SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Julai 2011

CUEPACS MOHON KERAJAAN PERTIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
16/7/2011




KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.



-- BERNAMA

226 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 226 daripada 226
Tanpa Nama berkata...

Memang diharapkan sangat sangat ada bonys tahun ni.....barang dah sume mahal...sume dah naik tapi gaji masih takat tu jer. Kalau ada kenaikan macam dulu pun alhamdulillah.....syukur sesangat. Bukan kita ni tak bersyukur pada gaji yang sedia ada tapi mestilah berbaloi dengan tahap kehidupan sekarang. Barang dulu kalau RM10 pergi pasar....seguni dapat bawa balik. Tapi sekarang ni bawa RM 10....letak dalam poket pun belum tentu nampak barang tu. Maaf lah orang yang bergaji besar.....mereka ni memang tak terasa la kenaikan harga barang sebab gaji memang dah besar lagipun tak perku nak bayar loan sebab gaji dah cukup. Kalau takat macamkita kita ni kalau tak buat loan tak der harta lah rupanya.......

HeRRy D' PutRa berkata...

Saudara Zairi...

Kami ni yang bekerja dalam perkhidmatan kerajaan, bukannya tak tahu bersyukur ata apa... Kami cuma minta sedikit bantuan daripada kerajaan untuk meringankan beban taraf hidup kami yang bergelar kakitangan awam... bukannya nak ugut atau untuk meminta-minta...

Anda kena faham konsep dalam perkhidmatan kerajaan... Dan disebabkan itulah CUEPACS ini wujud di Malaysia bagi membela nasib kakitangan awam di Malaysia ni...

Seperti yg saudara tahu (itupun kalau tahu), gaji yang diterima oleh kebanyakkan kakitangan awam khususnya bermula dari gred 1-40, ternyata berada pada tahap yang lemah jika dibandingkan dgn taraf hidup pada zaman sekarang ini...

Dan jika disarankan supaya berjimat cermat, saya rasa ianya tidak lagi relevan... kenapa? kerana pada pandangan saya, kakitangan awam khususnya takkan mampu utk berjimat cermat sekiranya gaji mereka ini masih lagi ditakuk lama, walhal di luar sana, harga barang2 keperluan terus meningkat dari masa ke semasa...

Jadi, janganlah berkata seolah-olah saudara ni tahu apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS... CUEPACS inilah yang menjadi perantara antara kakitangan awam dengan kerajaan... nanti kalau buat demonstrasi ke apa ke, saudara kata pulak yang kami ni tak ikut saluran yang betul... huhu...

Tanpa Nama berkata...

saya penjawat awam (beruniform).. dahulu saya penyokong kerajaan..tetapi hati saya pudar setelah melihat kelemahan dan kegagalan kerajaan yang tunduk kepada musuh dari segala segi..saya melihat kerajaan tunduk kepada bangsa dan agama lain kerana takutkan dengan ugutan mereka,takutkan bilangan undi merosot,dan takutkan kejatuhan mereka..tapi apa kesannya,bangsa dan agama Islam yang aku sayangi tergadai..bukan omongan kosong,tapi cuba belajar melihat realiti,dan juga menjadi adil jika ingin jadi pengadil.....aku sangat kecewa...

HeRRy D' PutRa berkata...

itulah manusia... asal kakitangan awam mintak bonus jer, katanya suruh berhenti dari perkhidmatan kerajaan la apa la...

Aku nak terangkan kat "MANUSIA" yang beranggapan macam di atas...

Kami ni punya hak juga untuk memohon sedikit bantuan daripada kerajaan... bukannya untuk meminta-minta... rasanya tak salah pun kalau nak mohon sedikit insentif bagi meringankan beban taraf hidup kakitangan awam yg kini kian meningkat dari masa ke semasa...

Saudara/Saudari,

Kenalah ingat yang gaji yang diterima sekarang ni, tak semua kakitangan awam yang benar2 menikmatinya... jadi, fikir-fikirkanlah bagi mereka2 yg berada dalam kesusahan... just imagine, seorang kakitangan awam gred 17, yang mempunyai anak seramai 7 orang, dan gajinya masih lagi RM1400 katakan... rasa2nya saudara2 sekalian boleh fikirkan tak tentang kepayahan dia ni dari segi keperimanusiaan??? dengan keadaan ekonomi yg kian meningkat, saya rasa, kakitangan awam ini akan dibelenggu oleh kesusahan dari segi kewangan...

Jadi, tolonglah faham dan hayati apa sebenarnya tujuan kakitangan awam memohon bonus pada setiap tahun... hanya sekadar meringankan beban... bukannya untuk diri sendiri semata-mata... kekadang manusia ni perlukan sedikit insentif/motivasi untuk bekerja...

Dan disebabkan itulah CUEPACS ini diwujudkan... iaitu bagi membela nasib kakitangan awam dan mendengar rintihan daripada penjawat awam... bukannya pergi merusuh di pejabat2 kerajaan atau sebagainya... and this is the right solution for us to show our opinion...

Tanpa Nama berkata...

Itu MANUSIA jenis mangkuk-hayun, bodoh-bebal n bangkai punya orang..!! ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

anti kapitalis

surat terbuka buat mohd zairi..

anda mungkin terdiri dari keluarga yang berada atau mewarisi kekayaan keluarga anda. jadi anda tidak heran dengan bonus dan gaji anda. ibarat gaji anda tu dekat celah jari jari aje...

tapi kesian, anda tidak memahami keperitan sebenar dan isu berbangkit yang sebenar...

saya juga enyokong BN. tapi saya bukan penyokong membabi buta...isu bonus ada kebenarannya...

SEPATUTNYA KSN SEBAGAI KETUA PERKHIDMATAN AWAM KENA TAU MASALAH PENJAWAT AWAM...KSN JUGA DENGAN PRESIDEN CUEPACS HARUS MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM KESELURUHANNYA. GAJI TURUS 1 YANG DITERIMA OLEH BELIAU TIDAK BOLEH DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENJARAKKAN DIRI NYA DGN KESELURUHAN PENJAWAT AWAM.

KSN PERLU DAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA JIKA ADA KELUARGA PENJAWAT AWAM YANG TERPAKSA MENGIKAT PERUT DAN MEMAKAN MAGGIE DIHUJUNG BULAN...

sepatutnya saudara zairi tidak memandang rendah terhadap golongan bawahan penjawat awam. walaupun mereka mempunyai kelulusan setakat SRP dan pemikiran yang kurang.

hakikatnya, memang kerajaan berkewajipan serta merta untuk menaikkan gaji kakitgn awam...

kalau saudara zairi ingin berdebat dengan saya..silakan...saya alu-alukan. janganlah menjatuhkan maruah saudara berdebat di dalam sini semata2 kedudukan saudara tinggi sedikit dari mereka. saudara PTD ke? so saya tidak hairan..sy juga golongan profesional yang ditindas oleh sistem perkhidmatan yang tidak adil!!!!

silakan berdebat dengan saya...ym putera_tahan@yahoo.com

silakan, dan jangan jadi bacul!!!!

Tanpa Nama berkata...

mari semua PA kita minta tlg Dato presiden BERSIH suarakan hak kita,minta dilaksanakan pelarasan gaji yang dijanjikan dengan kadar segera..nak harap dato presiden cuepacs..tak dilayan punya..

Tanpa Nama berkata...

Kepada Datuk Omar..kalu nak mintak bonus tu mintaklah betol2..jgn ada ayat "...namun ianya bergantung kepada kemampuan kerajaan"..mcm nak mengampu plak..sebab tu kerajaan Najib tak heran kat Datuk..ingat Datuk, title dgn pejabat baru Datuk bukan alasan untuk Datuk berlembut dan mengikut telunjuk kerajaan

Tanpa Nama berkata...

bersyukur la atas pe yg ade....

bihai berkata...

'kita ni manusia .. banyak mana duit dilambak depan mata, mmg takkan cukup. percayalah.

yang penting, bersyukurla dengan apa yang ada. mungkin senang kita meminta itu dan ini, tapi orang yang mentadbir kerajaan lebih tahu susah senangnya buat kerja dan terpaksa nak puaskan hati semua pihak.'

i m may differ of ur extensive mentioning of how much money is enuf. injustice... it seem that u address everyone who seeks up-waging or extras is morally money greed? no...no..the problem is money wise and can judge for itself. d truth is less money n then, u'r less human.

d issues now is concerning CS asking for bonuses n it should not be taken in easily. goment, as d risk taker should look after d disparaging or .....i cant predict much, but my friends said; desperadoes are unpredictable!

Tanpa Nama berkata...

saudara kamu

salam semua.x de bonus dan bntuN KEWANGAN RAYA...nnti pru13..aku dan sleuruh kaum kerabat aku bersepakat utk undi //////hehe..undi adalah rahsia

Tanpa Nama berkata...

kepada PM Malaysia. Diharapkan Dato Sri tahun TUKAR nama wang Ehsan kepada Hadiah Penghargaan. Ini kerana kami PA bukannya Peminta Sedekah tapi pekerja kepada rakyat Malaysia. Ehsan ertinya kasihan...faham tu najib...

kepada saudara Zairi .... istigfharlah kepada ALLAH TAALA. Ini kerana saudara telah menghina semua PA yang tidak bersalah pada saudara....

Tanpa Nama berkata...

Jum smua PA kita minta dato presiden BERSIH suarakan HAK kita..nak harap presiden Cuepacs...tak bole pakai dah..bubar je cuepacs ni..

Tanpa Nama berkata...

setuju ngn analisis tempatan...... bagi bonus yang sama rata.... mcm pak lah dan tun mahathir buat... x payah penin kepala.... semua PA akan rasa nikmatnya.... bagi pegawai gred tertinggi, ok le tu kan drpd xder..

Tanpa Nama berkata...

ooii..tajuk bonus dah nak abis beb..!!

Tanpa Nama berkata...

memang senang bercakap JIMAT CERMAT,JANGAN BOROS,BERSYUKUR,JANGAN MEMBAZIR..kalau isteri ada kelulusan dan bekerja boleh la korang cakap macam tu !! pada yang isteri TIDAK BEKERJA,nak tanggung anak ramai macammane?? sampai dah nak pencen ada yang masih x mampu beli rumah.njangan kata nak beli rumah nak bagi makan ahli keluarga pun siksa dengan gaji yang x relevan di zaman 2011 ni.. fikir lah kalau bercakap jangan hanya pentingkan diri sendiri..hidup masing2 x sama

Tanpa Nama berkata...

dengar khabar COLA akan dipotong separuh....benar kah?bikin susah ni...barang2 makin mahal.gaji mkin ckit.....apa macam?

Tanpa Nama berkata...

malas nak cakap lagi ler... Kami DIZALIMI, tapi tunggu jer ler nanti kuasa PA yang bakal memangkah..

Tanpa Nama berkata...

semoga doa & hajat kita semua penjawat awam untuk menerima bonus 2 @ 3 bulan gaji akan tercapai dan dimakbulkan Allah S.W.T...InsyaAllah Amin, walau pun nampak mcm impossible, tapi siapa tahu...huhu

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Nak shared dgn umum sumer..
besenye g kedai beli ckit barang2 kperluan dapur,habislah dlm rm20-30..tp skangni dekat rm100..same thing-bnda yg sama.Allahuakhbar..teriknyer..jerihnyer..org kg kaya2 dh skangni..ehsan pelbagainyer..PA??sbb tu timb menteri kew ke-2 buat statement golongan pertengahan Xkan disisihkan..seharusnya benarlah spt dikata..yg kaya dh mmg kaya..yang rendah sering dibantu..yg tengah???terus terhimpit dan dihimpit..41 keatas(atasan)17-40(pertengahan)16 kebawah(bawahan)..harap tolongla yg tengah2 tue...;p

Tanpa Nama berkata...

Bonus dua bulan gaji ker atau bonus RM200 jer....

Tanpa Nama berkata...

Pak Omar, kalau boleh tolong minta gaji dinaikkan, dah tak larat dah nak bayar loan kereta, kos kehidupan bertambah-tambah dari hari ke hari.. kalau tak ada penyelarasan gaji, kami dah hampir nak bangkrap.... tolong laaaaaa

Tuan Hj. Omar Osman berkata...

Tanpa Nama berkata...
Pak Omar, kalau boleh tolong minta gaji dinaikkan, dah tak larat dah nak bayar loan kereta, kos kehidupan bertambah-tambah dari hari ke hari.. kalau tak ada penyelarasan gaji, kami dah hampir nak bangkrap.... tolong laaaaaa

Rabu, Ogos 03, 2011 9:46:00 PM

pak hj minta maaf la banyak-banyak kat korang P.A semua bukan pak hj tak nak fight tuk korang tapi najib dah bagi banyak rasuah kat pak hj so mcm mana pak hj nak lawan! Apa-apa pun nasihat pak hj berjimat cermatla. Ikut langkah isteri PM kita menabung dari kecil insyaallah dapatla korang beli cincin 24usd nanti

Tanpa Nama berkata...

DENGAN INI SAYA MENGUMUMKAN DUIT SAGUHATI SEBANYAK RM500.00 UNTUK BANTUAN HARI RAYA AKAN DIMASUKKAN HUJUNG BULAN INI... HEHEHE RM500.00 LAGI. VOUCHER DH SIAP...

miracle adda berkata...

MOHD ZAIRI said "Akhir sekali, buat anon-anon, jangan la komen dalam waktu pejabat. Sah-sah kantoi tak buat kerja. Kalau ya pun tunggulah waktu rehat. Nampak sangat lah... "

~ hukaloh! weyh anda check balik anda nyer post tuh jam bape?? 18 jualai 2011, 4.36pm... tuh bukan office hour lagi kaaa?

P/S ; it's easy 4 us to talk about others.. but it's really hard 2 realize dat it's all about ourselves!

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan mentaliti kakitangan awam pada masa kini ... datang kerja dan tunggu gaji pada tarikh 25 haribulan , buat kerja sambil lewa , kena tegur sedikit dah melenting dan mengadu sama sini untuk memalukan diri sendiri ... sampai ada pegawai yang tidak berfikiran dua kali dan teruskan percaya dengan penipu di depannya yang bersifat alim ,pendusta bagi menjatuhkan kesilapan sendiri terhadap orang lain ....untuk pendusta tersebut tidak harus diambik kerja sebagai penjawat awam kerana tidak membina dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam .....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 226 daripada 226   Terbaru› Baru»