SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Oktober 2012

JPA KAJI SELARAS GAJI GERADUAN

Berita Harian
5/10/2012



Kerajaan cadang mekanisme baru gred penjawat awam

Ipoh: Kerajaan sedang mengkaji untuk menyelaras tangga gaji penjawat awam berkelulusan ijazah yang kini memulakan kerjaya dengan Gred 41. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, pelarasan itu perlu bagi mencapai sasaran masyarakat berpendapatan tinggi dan negara maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan gred yang dicadangkan. Penggredan perjawatan awam berkelulusan ijazah kini bermula daripada gred 41, diikuti Gred 44, Gred 48, Gred 52, Gred 54, Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C, JUSA B, JUSA A, Turus 3, Turus 2, Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.

Penyelarasan gaji

“Ia di peringkat awal perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melihat segala aspek mengenai pelarasan gaji bagi penjawat awam berkelulusan graduan.

“Sebagai graduan, mereka memasuki kerja bermula dengan Gred 41 dan boleh mencapai jawatan setinggi Ketua Setiausaha Negara, tetapi tidak semua boleh mencapai tahap sedemikian.
“Jadi, kita mencadangkan satu mekanisme baru untuk memastikan pelarasan mengenai penggredan serta had gaji berasaskan kemampuan sedia ada,” katanya selepas merasmikan penutup Persidangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia, di sini semalam.

Mengenai cadangan CUEPACS memohon bonus satu setengah bulan dikecualikan daripada cukai, Ali berkata, ia membabitkan perbincangan di peringkat Kementerian Kewangan.

“Kita perlu melihat cadangan itu dalam pelbagai aspek serta apa juga implikasi kewangan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Berhubung dakwaan pembangkang bilangan 1.4 juta penjawat awam terlalu ramai sehingga meningkatkan kos kerajaan, Ali berkata, bilangan itu seimbang bagi membantu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Apa yang penting, matlamat penjawat awam ialah meningkatkan produktiviti dengan kreatif dan berinovasi,” katanya.

INFO: Tangga Gaji Permulaan
- Gred 41 RM1,690
- Gred 44 RM2,976
- Gred 48 RM4,349
- Gred 52 RM4,894
- Gred 54 RM5,160.

90 ulasan:

gred diploma N27 berkata...

bagus jugak tu tapi kumpulan sokongan kenapa x diselaraskan.sepatutnya diploma dan stpm dipecahkan... guna gred macam sbpa

Tanpa Nama berkata...

Gaji gred 41 memang rendah ! Tak byk beza dgn gred sokongan malah lebih rendah dari gaji gred sokongan ! Patut dikaji semula !

bakal J27 berkata...

Jangan lupa Upgradkan skim J17 - J27
Starting J27 : RM2,299.95 ~ M6,589.95
KGT : RM390.00
COLA : RM300.00
ITP : RM500.00
EKA : RM400.00
Cuti : 35 hari / tahun

Tanpa Nama berkata...

bakal J27 berkata...

Jangan lupa Upgradkan skim J17 - J27
Starting J27 : RM2,299.95 ~ M6,589.95
KGT : RM390.00
COLA : RM300.00
ITP : RM500.00
EKA : RM400.00
Cuti : 35 hari / tahun

BABI ngeh...

Tanpa Nama berkata...

Yang dahulu didahulukan dan yg kemudian dikemudiankan...skim JURUTEKNIK tu yg patut dh selesai buat kajian yg dh cecah 30 tahun tak setel2 lagi.

Tanpa Nama berkata...

mak aaii ! Starting J27 lebih tinggi dari gred 41 ke ?

Kalau camni gred 41 kena starting RM 3000 keatas kot !

Gred 41 ITP hanya RM 250 dan EKA hanya RM 250 aje ! KGT hanya RM 225setahun !

Cuti hanya 25 hari aje !

Sokong patut dikaji semula !

Tanpa Nama berkata...

spelling mistake bukan geraduan tapi graduan !

kakitangan sokongan BERIJAZAH berkata...

bagaimana pula nasib kakitangan sokongan yang mempunyai kelulusan IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA(MASTER) malah dengar ceritanya ada yang tengah buat P.HD?

tak ada ke KELONGGARAN untuk mereka? GLC dah berbelas tahun mengamalkan pengambilan dalaman, mengapa perkhidmatan awam masih jumud dan di takuk lama?

kata SPA/JPA sekarang dah dipenuhi dengan "PTD MUDA" yang kononnya berotak moden dan berteknologi tinggi? mengapa masih gunapakai konsep jumud? adalah "PTD MUDA" ini telah dijangkiti penyakit "PTD TUA" lalu menyebabkan cara pemikiran mereka tetap terkebelakang dan jumud?

GTP dan segala apa transformasi khusus untuk perkhidmatan awam masih tak nampak apa apa lagi. masih belum cecah tahap MARKAH LULUS lagi.

Tanpa Nama berkata...

PTD Muda berkata


Kalau ada ijazah gunakan saluran yang betul . Apply melalui SPA !Kalau layak memang akan dipanggil interview ! Dan CGPA mesti melepasi paras 3.5 baru layak ! Kalau kurang akan direject !

Tanpa Nama berkata...

taipis cuepacs ni mesti orang 50an-60an ni, tu pasal GERADUAN.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

yg amek ptd pun ptd gak. dungu mesti amek org dungu gak. xkira ler pointer 3.5 ke, 3.9 ke, 4 flat ke atau terlebih cerdik 4.1 ke.

kalu amek yg sedang berkhidmat untuk naik p&p, mereka nih byk yg dah tau selok belok pentadbiran, jadi bleh kacau periuk nasi ptd ptd yg naik dari fresh graduate yg dah dibentuk oleh ptd ptd tua dengan ideologi ptd. tuh psl yg sedang berkhidmat susah mau dapat tempat

lebih mudah bagi brain wash & kasi tanam ideologi ptd dlm fresh grad dari yg sedang berkhidmat, lebeh lagi kumpulan sokongan yg penah keje dgn ptd.

itulah realiti nye...

Tanpa Nama berkata...

PTD Muda berkata


Memang dasar utk mengambil Pnp dimana CGPA mesti 3.5 keatas!
So berusahalah utk mendapat keputusan cemerlang kalau nak jadi Pnp !

Takpayah nak bising bising kat sini kalau CGPA below 3.5 ! Ok

Tanpa Nama berkata...

Salam, dh dh x usah bergaduh.. PTD ke ape ke pointer ke, jgn nk berlagak dengan pointer anda.. Seperti anda sorang je yg pointer 3.5+

J17 bile nak G J27 ?? Cam dalam SBPA dan pekeliling yang telah dikeluarkan 1980+ & 2002 x silapnye kate sijil setaraf STPM.. Mengapa keluar pekeliling sedangkan ianya x digunapakai.. Sile kaji, KGT J17 setaraf SPM :)

Tanpa Nama berkata...

setakat pointer 3.5, nenek aku pun pointer dia 3.8........pe cher!!!!!

Tanpa Nama berkata...

cgpa 3.5 tapi ambil bidang apa?
bila dah jadi PnP ,pekeliling yang dikeluarkan sendiri pon x ikut hahaha

Tanpa Nama berkata...

pombongakkk!!..

Tanpa Nama berkata...

Mohon cuepacs perjuangkan nasib kakitangan sokongan berijazah.

Tanpa Nama berkata...

budak freshies mentah yg xtau ape2 mmg senang 'dibentuk' & 'diprogram' utk jd robot. tuh le psl.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS
kembalilah kepada perjuangan asalmu untuk membantu kumpulan sokongan.
kumpulan professioanl ni dah kenyang

Tanpa Nama berkata...

mana ade kenyang? gaji pokok/COLA/ITP rendah tp tjawab tinggi. pastu kene g gile byk kursus utk sah dlm jawatan. kite mau gred41 berbeza bbanding sokongan.

kpd kump sokongan yg dengki dgn ptd, kalo pointer > 3.5. cube apply dgn saluran betul, lulus interview dan masuk ptd melalui front door. jgn merapu kat blog disebabkan kebodohan anda. brani x?

j17 berkata...

nenek aku pointer 3.8 pe cher

Tanpa Nama berkata...

PTD bekata

Gred sokongan ni guna saluran yang betul ! Tak perlu mempertikaikan kewibawaan PTD muda coz mereka ini memang layak memegang jawtan PTD ! CGPA 3.5 keatas !

Kalau berani compete dgn diaorang ! Tak payah nak kutuk dan dengki dgn org lain ok !

And then memang patut gaji gred 41 dikaji semula ! Memang tersangat rendah berbanding tanggungjawab yang dipikul !

Gaji gred 41 lebih rendah dari gaji gred sokongan ! Patut diupkan gaji dan elaun untuk gred 41 ni khasnya!

Kalau gred 27 nak gaji begitu banyak , tak kan gred 41 nak kekal dengan gaji rendah sebegini !

Kump sokongan tak perlu dengki dgn Pnp ok !

Tanpa Nama berkata...

Bagus nenek anda lebih bijak dari amda ! Belajar dari nenek anda ye !!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sokong kaji....gaji mereka tak banyak beza dengan sokongan,mereka juga tak dapat buat kerja lebih masa walaupun kerja luar waktu kerja biasa...

Tanpa Nama berkata...

kumpulan sokongan berijazah sepatutnya dipandang sebagai aset untuk organisasi dalam kacamata pengurusan sumber manusia .Berilah peluang untuk internal promotion kerana pengalaman diperingkat akar umbi untuk kebaikan organisasi.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan sokongan berijazah sepatutnya dipandang sebagai aset untuk organisasi dalam kacamata pengurusan sumber manusia .Berilah peluang untuk internal promotion kerana pengalaman diperingkat akar umbi untuk kebaikan organisasi.
--------------------------------

lebih baik sume org yg ade degree xpyh apply ptd atau mane2 jawatan pnp, sume apply je n17. pastu guna laluan senang utk promote jg ptd. freezekan pengambilan jawatan pnp kerna sume sokongan ijazah mau naik pangkat, wpun sokongan tu dah berumur keldai tua.

syoknyeeeeeeee......

Tanpa Nama berkata...

GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN GERADUAN

Tanpa Nama berkata...

Bagus nenek anda lebih bijak dari amda ! Belajar dari nenek anda ye !!!!!!!


AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!AMDA!

POINTER AKU LEBIH KURANG BEGITU

Tanpa Nama berkata...

BERSYUKURLAH

Tanpa Nama berkata...

INFO: Tangga Gaji Permulaan
- Gred 41 RM1,690
- Gred 44 RM2,976
- Gred 48 RM4,349
- Gred 52 RM4,894
- Gred 54 RM5,160.

zaman bila punyer gaji ni??

Tanpa Nama berkata...

Sy sokong sepenuhnya gred gaji PTD muda (41)yg bkelayakn tinggi dn CGPA 3.5 di kaji semula sbb beban tugas dn tggjwb mereka sgt besar.. Adalah mjadi tggjwb yg sgt besar PTD muda bila tugas2 mereka adalah mgarahkan kump sokongan buat kerja..mereka juga perlu membeli signature pen yg byk,kerna byk dokumen surat menyurat yg perlu ditandatangani dn mjadi beban kpd PTD muda apabila mereka pergi berkursus sehingga x sempat nk mjenguk pejbat dn sehingga meninggalkn tugas hakiki..TUgas2 mereka juga di ambilalih oleh kump sokongan terutamanya gred 22-27..dn mjadi beban kpd PTD kerna perlu membuat tuntutan perjalanan pd setiap bln kerna melibatkan byk pergerakan kursus dn tugas rasmi. Mmg sepatutnya Gred gaji PTD dikaji semula kerna mereka layak setelah penat lelah belajar utk mdptkn CGPA 3.5, ini semata-mata nk msok keje kjaan.. Kasihanilah PTD muda kerna merekalah paling byk buat keje dlm jabatan..

Tanpa Nama berkata...

bagai mana pula dengan graduan yang berada dalan skim lebi rendah 17, 22 dan lain-lain

Tanpa Nama berkata...

SOKONG KAJI GAJI GRED 41 KERANA SAYA LIHAT KEHIDUPAN SAYA YANG GRED 27 LEBIH MEWAH DARI MEREKA.GAJI MEREKA TAK BANYAK BEZA DENGAN GRED 27,TAPI GRED 27 BOLEH CLAIM KERJA LEBIH MASA BILA KERJA LUAR WAKTU KERJA BIASA...

AKHIRNYA PENDAPATAN SAYA MEMANG LEBIH DARI GRED 41.

KADANG KADANG SAYA TERFIKIR KENAPA NAK JADI GRED 41,TANGGUNGJAWAB BANYAK,GAJI TAK BANYAK BEZA DENGAN GRED 27.DAH TU PULA TAK BOLEH CLAIM OT.....KESIAN MEREKA.

NAMA JE GRED 41,TAPI GRED 27 PAKAI TOYOTA WISH,GRED 41 PAKAI SAGA BLM SAJA....HAHA HAH HAH...

Tanpa Nama berkata...

DATUK SERI KPPA YANG TERBAIK KAMI SENTIASA DI BELAKANGMU

Tanpa Nama berkata...

sokong kaji semula sebab gaji gred 41 rendah berbanding gaji gred sokongan ! Thats why gred sokongan malas nak jadi gred 41 sebab gaji sikit !

Tanpa Nama berkata...

claim atas dasar kerajinan seseorang & kepentingan tugas. jadi jangan tengo claim tengo gaji pokok.siapa tinggi? jika gred 41 ada claim siapa lebih tinggi claim? gred 27 kerja 2-3 hari baru boleh disamakan claim gred 41.kemewahan gred 27 bukan dari claim semata2 kemungkinan mereka ada buat kerja sambilan di luar pejabat cthnya bisnes.tq

Tanpa Nama berkata...

Thank you Datuk KPPA kerana prihatin dgn masalah yg dihadapi oleh gred 41 khasnya !

Hope ada good news for us dalam penambaikan SSM next year !

We support you Datuk !

Tanpa Nama berkata...

gred sokongan yang dah lama kerja memanglah gaji lebih tinggi sikit dari gred 41 yang baru. tapi kemudian gaji
gred 41 ni jadi gred 44 kemudian jadi gred 48, gaji pun lumayan.yang sokongan tu jauh ketinggalan. susah ke nak faham?

Tanpa Nama berkata...

BERSUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA

Tanpa Nama berkata...

gaji 41 memang patut dikaji.....

Tanpa Nama berkata...

BERSYUKURLAH WALAUPUN SEBESAR TELUR KUMAN NIKMAT YANG TUHAN BERI. MUHASABAH DIRI, SEMOGA KITA DIBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH. AMIN.

Tanpa Nama berkata...

ORANG YANG BERSYUKUR AKAN DIMURAHKAN REZEKI. AMIN.

berkecuali!! berkata...

nampak nyer ada yg " memulangkan paku buah keras "..lariii!! poinggg!! ( baling boom ).. booom!! keba.... booom!!!!!..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kalau bab naik gred 41 aje , gred sokongan dah jeles ye ? Biarlah kalau JPA nak kaji pun !

Dah rezeki diarong ! Jgn dipertikaikan ! Memang patut gred 41 dikaji pun ! Ape salahnya !

Tanpa Nama berkata...

sokong gaji dinaikkan 100% kepada semua kakitangan gred 40 ke bawah...

Tanpa Nama berkata...

BUDAK-BUDAK BARU KERJA MANA BOLEH BAGI GAJI BANYAK SGT.CUKUP LE BANYAK TU.BIAR DIA RASA GAJI SIKIT LAMA SIKIT SEBAB LEPAS DIA NAIK GRED 44 OR 48 MAMPUS DITINGGALKAN KITA GRED 22-27.DAH TU BERLAGAK LAK BILA BUDAK MUDA TAPI GRED 48 DAN TAK PANDANG LANGSUNG PANDANGAN PA YG TUA GRED 22-27
BUDAK-BUDAK NAK BELI AIS KERIM JE BAGI SIKIT DAH LE GAJI DIA.KENA BAGI BANYAK KEPADA PA SOKONGAN YG DAH TUA NAK MAMPUS NI

Tanpa Nama berkata...

SYUKUR.........

KESYUKURAN KU PANJATKAT
BERMUHASABAH AKU AKAN KEKURANGAN DIRIKU
LIMPAH KARUNIAMU AMAT BESAR BAGIKU
TIADA AKU TANPA MU
AKU TANPA CINTA MU BAGAI LAYANG2 TERPUTUS TALINYA
BERSYUKUR AKU DGN APA YG TELAH KAU BERI

Tanpa Nama berkata...

Asyik2 DG41.....MENYAMPAH DH TENGOK JPA DAN CUEAPCS NIE....BAIK LAGI LETAK DG41 URUS PASAL FAILING2 LAM PEJABAT...KELUAR MASUK SURAT.....N WAT EVER LG LAH...PUUIITT PTD MUDA.....

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT GRED 41 DIKAJI PUN! APE SALAHNYA!

MEMANG TIDAK SALAH PUN! TAK SALAH JUGA KALAU KITA BERSYUKUR! APA KATA KALAU KITA REDHA DAN BERSYUKUR! DENGAN APA YANG KITA ADA!

Tanpa Nama berkata...

betul tu. kami bersyukur dengan apa yang kami ada. tak usahlah minta apa-apa lagi. kami redha dan bersyukur.

Tanpa Nama berkata...



Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
Shalawat ke atas nabi, Muhammad ya Rasulallah
Shalawat ke atas nabi, ya Rasulallah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku

Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak dan loba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera

Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia, aman dan makmur

Syukur, syukur, syukur ya Allah
Syukur alhamdulillah

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman tulus sedekah

Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suguhkan

Tanpa Nama berkata...

BIASALAH..... BILA KENA DEKAT KITA, DISURUHNYA KITA REDHA SERTA SYUKUR.....BILA KENA DEKAT DIA, DI KATANYA REZEKI.....

Tanpa Nama berkata...

Yee naikk
Gaji lg semua kakitangan awam naik gaji dari gred 1 hingga jusa baru adil..bila keputusan kajian penambahbaikan ssm nk umum..yg penting semua PA dari akar hingga ke pucuk puas hati ..setiap kakitangan awam perlu bersatu untuk memantapkan perkhidmatan awam di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

kalau kita bersyukur nescahaya akan ditambah rezeki

Tanpa Nama berkata...

BIASALAH..... BILA KENA DEKAT KITA, DISURUHNYA KITA REDHA SERTA SYUKUR.....BILA KENA DEKAT DIA, DI KATANYA REZEKI.....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Like komen ni....

Tanpa Nama berkata...

aku yang bertaraf diploma ni bukan graduan ke?

Akupun terima diploma pakai jubah dan ada majlis konvo juga.

kenapa bila sebut graduan je,mereka tak masukkan diploma.???

Tanpa Nama berkata...

BIASALAH..... BILA KENA DEKAT KITA, DISURUHNYA KITA REDHA SERTA SYUKUR.....BILA KENA DEKAT DIA, DI KATANYA REZEKI.....

me too , like this comments.
..what a double standard

Tanpa Nama berkata...

MOHON SEPARUH KAKITANGAN KERAJAAN YANG TIDAK EFISYEN DI BUANG KEJA. BAGI JAK KAT KRONI2 BN.....HEHE

Tanpa Nama berkata...

ARTICLE: MOHON GAJI KAKITANGAN PELAKSANA DIKAJI

PnP: REDHA SERTA SYUKURLAH DGN APA YANG ADA

ARTICLE: KAJI SELARAS GAJI GRADUAN

PnP: REZQI! REZQI! REZQI!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

aku yang bertaraf diploma ni bukan graduan ke?

Akupun terima diploma pakai jubah dan ada majlis konvo juga.

kenapa bila sebut graduan je,mereka tak masukkan diploma.???

Jumaat, Oktober 12, 2012 8:37:00 PG


aku dulu masa tadika pun pakai jubah jugak untuk ambil skrol. ada lagi gambar aku masa tadika tu sampai sekarang. takyah la nak bangga sangat dengan status "graduan" tu. kah kah kah.

lagipun "graduan" universiti ni takda la kualiti mana pun. asal dapat C-, jumpa lecturer, bodek sikit, rasuah sikit, tergedik2 sikit, boleh dapat B+ punya. silap2 dapat A-

bukannya susah... jadi jangan pelik kalau kita tengok budak2 p&p yang masuk kerja ni buat kerja tunggang langgang. dari situ kita dah tau cara mereka "belajar" di kolej/universiti dulu macam mana.

Tanpa Nama berkata...

KSN..

Tanpa Nama berkata...

waaa waaa waaa..kikiki..beng!! beng!! booom!! kebaaa..booom!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak kaji apa lg? Kalau banding dgn swasta graduan kerja kjaan gaji lebih tinggi! Belum masuk kemudahan2 yg lain. Sepatutnya selaras dulu gaji MINIMUM kpd RM1200. Pencen pun dah naik ke RM850! Nampak sangat KSN kurang cerdik...

Tanpa Nama berkata...

betoi, lg elok selaras dulu smua gred minimum 1200 ka 1500 ka barulah buat penambahbaikkan kt gred atas..

geng2 ptd(x smua orgla..) ne bkn pandai tara mana pn, cakap lebey.. harapkn ada GERADUAN.. haha.. nk buat SBPA tp cam harem..

apapn bersyukur apa yg ada, bt kerja betoi2.. makan 'duit rakyat' tp bt kerja kena betoila.. jgn membazir dgn kursus2 yg masuknya cuma 20% dlm pala otak.. hahaha..

Tanpa Nama berkata...

silap, bkn gred minimum tp GAJI MINIMUM.. my mistake.. hehehe..

so kesian, aku tgk teruk bdk2 aku bt kerja x setimpal dgn gaji.. terutama geng2 PT..

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula nasib kakitangan sokongan yang mempunyai kelulusan IJAZAH SARJANA MUDA, SARJANA(MASTER) malah dengar ceritanya ada yang tengah buat P.HD?

tak ada ke KELONGGARAN untuk mereka? GLC dah berbelas tahun mengamalkan pengambilan dalaman, mengapa perkhidmatan awam masih jumud dan di takuk lama?

kata SPA/JPA sekarang dah dipenuhi dengan "PTD MUDA" yang kononnya berotak moden dan berteknologi tinggi? mengapa masih gunapakai konsep jumud? adalah "PTD MUDA" ini telah dijangkiti penyakit "PTD TUA" lalu menyebabkan cara pemikiran mereka tetap terkebelakang dan jumud?

GTP dan segala apa transformasi khusus untuk perkhidmatan awam masih tak nampak apa apa lagi. masih belum cecah tahap MARKAH LULUS lagi.

Sokong 100%. Saya rasa kalau pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber manusia perkhidmatan awam itu bukan dari kalangan PTD muda/ Unggul... dah lama bende tu lulus... Golongan PTD ni, kalau ada tekanan drp pihak2 tertentu je.. baru cepat lulus.. hehehe

Tanpa Nama berkata...

Bila selaras gaji minimum RM1200, secara automatik semua gred gaji akan turut sama diselaraskan! Kenapa perlu lihat pada peringkat graduan saja? Apakah gred bawahan semua tidak penting untuk KSN? Jgn jd kadok naik junjung, contoh dah ada - SBPA. Buat silap lagi, buruk padahnya nnt...

Tanpa Nama berkata...

mangkuk-hayun, asyik gred 41 ke atas jea yg diberi keutamaan, ape cite gred lain, kumpulan sokongan, perubahan gred, kenaikan elaun, sistem gaji dan time based, ape cite pulak kumpulan sokongan yg ada ijazah dan master..KSN tak nampak kea, atau buat-buat tak nampak jea.. jadah betul kau org nie..!! kasi santau baru padan muka kau org..!!

Tanpa Nama berkata...

nak tau gak...dato nie skolah takat darjah berapa?...yang nak selaras gaji gred 41 buat pa?
kan depa baru masuk kerja?
sepatutnya yang kena selaras gaji tu yang sedang berkhidmat dan telah upgrade kelayakan masing2...contoh:
pembantu tadbir yg telah susah payah buat degree
guru yang dah ada master/phd
tukang kebun yang dah ada degre dalam perkebunan
dsb...
RASANYA ANAK KSN BARU MASUK GRED 41 KOT....TU YANG NAK SELARAS TU....
KALAU GRADUAN 41 NAIK GAJI....GRADUAN 44, 48, 52 ,54 JUGA PERLU ADA PELARASAN...KALAU TAK JADI SAMA PULAK GAJI YANG BARU MASUK DENGAN YANG DAH KERJA 5 TAHUN...
BANGGANG...

Tanpa Nama berkata...

Tolong selaraskan yang ada kelulusan tapi gred tak naik... Kalu yang ni pun tak dapat buat.. tak payah la nak buat yang lain, GTP ke, modal insan... itu namanya cakap KOSONG.... Kakitangan Awam juga adalah RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

syukur dengan apa yang ada walau sebesar telur kuman

SAYA YANG MENURUT PERINTAH berkata...

Alhamdulillah saya dapat keja ngan goverment...gaji tiap tahun naik..amin..bsyukur agar rezeki mndapat keberkatan..KERJA ADALAH IBADAH..

Tanpa Nama berkata...

aku pun sama mcm di atas, syukur alhamdulillah, aku pernah ditawarkan jawatan pegawai imigresen tetapi aku tolak sebab aku bersyukur dgn kerja aku sekarang sebagai pembantu tadbir, tak kisahlah gaji dan gred tak naik, yg penting bersyukur dgn ape yg ada..dpt kerja kat kampung sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Bodo statement pegawai imigresen tu 17 mcm ko la jugak n17 oiii..... haha lawak. Klu aku pun tolak dh sama gred... apa bhlol statent ko ni. Memg mentaliti n17 mcm ni ker... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kerja tahu pulak ibadah tapi yg jenayat politik nape dipisahkan dari islam.Mengaku islam tapi haprak. Memg jahil la org umngok... dulu kini selamanya

Tanpa Nama berkata...

PTD Muda berkata


Naikkan gaji kami gred 41 kalau boleh 100 % coz buat kerja semua kami ! Naikkan elaun kami 100 % juga ! Kami ni penggerak perkhidmatan awam !

Harap Tan Sri kaji dan naikkan gaji kami supaya lebih tinggi dari gred sokongan ! Sekarang ni mereka dah melampaui gaji kami . Malah beza sampai RM 1000 lebih ni ! Sila kaji ! Geng kami dah kaji dan memang sah dan betul !


Thanks

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa tuan2 semua berhujah naik gaji sokonganlah pnplah jusalah cuba teka? adakah kerana dengki atau ...........sakit hati. Jawapanyan tuan/puan tak payah cakap biar saya yang cakap.

1. Kadar sara hidup di Malaysia semakin tinggi dan membebankan. Sebagai contoh Kalau tuan2 gaji PTD rm4000 sekalipun mampukah beli rumah teres 20x70 pada harga RM500K. Kalau kumpulan pelaksana pula nak beli apartmen kos rendah 1Malaysia yang harga RM150K bayaran instalmen 700 dengan pendapatan gaji rm1500 sebulan mampukah?

Kesimpulanya perut yang lapar akan mengatasi segala rasional yang ada dalam diri manusia. Sepatutnya CUEPACS tu tak payah ditubuhkan langsung jika Pengurusan Atasan jaga kepentingan kakitangan bawahan, nie tidak gaji anda riban2 yang bawah tersepit. yang PTD Muda pula kalau nak rezeki anda bertambah sama2 memperjuangkan nasib anak2 buah. Sekarang anda melolong nak gaji sama kakitangan sokongan yang telah berkhidmat 30 tahun sama dengan anda tapi lagi 5 tahun anda dapat gred 48/52/ 10 tahun dapat 54/Jusa adakah anda pandang ke bawah. saya pasti tidak. Moral yang boleh dinyatakan kita satu Kapal kalau tiada kelasi masakan kapal boleh belayar. Contohi pengurusan ATM yang memperjuangkan semua peringkat lapisan barulah kerja dengan ikhlas mempertahankan negara.

Tanpa Nama berkata...

Kepada sesiapa yang berkenaan

Isu nak masuk kerja kerajaan kena pointer 3.5 ke atas adalah mengarut.

Kenapa

Kenapa mengarut,

Kerana ia memang mengarut

Kalau dah nak keje kena CGPA 3.5 ke atas aje tak payahlah buka beratus universiti kenakan yuran mahal2.

Buka aje satu dua universiti aje untuk orang2 yang genius aje macam yang mengaku genius. Dah nama manusia pasti lah tak sama ada yang pandai ada yang tak pandai. Ada yang duduk kat kampung ada yang duduk kat bandar. Ada mak bapak kaya ada mak bapak susah. Sudah tentu padang permainan tak sama.

Tahukah anda ada orang melayu yang takde ijazah jadi Pensyarah di Universiti Oxford tekalah sape?

Kesimpulanya kalau semua berfikiran yang kuat, pandai aje boleh hidup lingkuplah negara ini.

Kesimpulanya keadilan bukan bereri yang pandai atau yang kuat atau yang mendapat CGPA 3.5 keatas tetapi keadilan adalah diletakan pada yang haknya.

Kalau tak paham tuan yang banyak cakap kena rujuk sejarah keturunan anda. Adakah moyang anda dulu dapat 3.5 ke atas baru boleh kerja kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Alaaah Tan Sri KSN kalau nak naikkan gaji dan elaun gred 41 tak payah dihebahkan ! Nanti mesti gred sokongan dengki ! Buat senyap aje ! Naikkan aje dahtu buat bodoh aje ! Macam LHDN tu yg dpt bonus 6 bulan senyap aje ! Laa ni ramai dengki dlm sektor awam

Ali berkata...

Asalamualaikum
Kenapa nak gaduh pasal pointer cgpa tu, tapi kalau betul lah JPA nak ambil 3.5 ke atas maka nasib malang lah kepada graduan2 baru sebab setahu saya nak dapat kan cgpa 3.5 ke atas ni memang sukar.

Balik kepada cerita PTD ni. rata2 jabatan mempunyai PTD yang muda2. Proses pengambilan PTD ni agak sukar juga dengan pelbagai proses bermula dari peperiksaan, PAC dan temuduga. Sama dengan jawatan lain gred 41 juga perlu melalui proses tersebut. Tapi hasil temuduga yang dapat PTD ni seperti di jabatan saya ada yang blur...blur saja. Mungkin sebab belajar terlalu tekun untuk mendapatkan pointer 3.5 kot. Masa PAC kena sesi public speaking, tapi ada yang tergagap2, bila kerja ada yang zero habis. Apakah terdapat ketirisan ketika pengambilan PA tersebut.

Berkaitan gred gaji pula saya rasa pembuat dasar ni kurang cerdik sikit kerana masih gagal dalam membuat pelarasan gaji mengikut gred. Contoh: Gaji gred D tak boleh melebi gaji gred C, maka begitu lah untuk gred seterus nya. Tetapi apa yang berlaku, ada gaji gred B mengatasi gred A, itu yang membuatkan gred 41 jadi meroyan.

Satu lagi berkaitan KPSL, untuk kenaikan pangkat mesti disertai dengan gred kelulusan yang sepadan dengan jawatan, barulan gred 41 muda boleh berdiam diri. Contoh: ramai PA sokongan sanggup belajar untuk mendapatkan ijazah hingga terlalu tinggi, agak sukar untuk melihat PA gred 41 sambung belajar hingga ke peringkat sarjana terutama PTD. Lain2 jawatan ada yang menyambung sampai sarjana dan PhD, itu pun pada kategori jawatan berbaentuk akademik.Tapi PTD memang tidak menyambung pelajaran sebab mereka telah berada di peringkat selesa.
Maka sama2 lah berusaha untuk menjadi kakitangan awam yang berjaya dan mencari rezki yang halal.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

tambahan komen di atas:
PTD yang sambung belajar pun semata-mata mengharapkan ihsan hadiah latihan persekutuan (HLP).

itulah dia kualiti P&P dalam perkhidmatan awam, gila subsidi. semua harapkan kerajaan bagi duit free untuk sambung belajar. pulak tu dapat gaji penuh, duduk diam-diam dalam kolej untuk dapatkan master & phd.

yang kumpulan sokongan apabila sambung belajar, dapat ijazah/master, dianggap sama dengan fresh grad, kena bersaing sama rata dengan fresh grad. pulak tu demand >3.5 dari yang sedang berkhidmat ni. apa gila la spa/jpa ni. tak tau beza antara sedang berkhidmat dengan budak baru ke?

Tanpa Nama berkata...

memang benar terlalu banyak universiti/kolej dalam negara ni. melambak sangat. zaman dulu boleh kira dengan jari berapa ramai orang masuk universiti. sama dengan zaman dulu berapa orang saja boleh pakai kereta. zaman sekarang, mat rempit hantar surat pun mampu beli kereta.

masalah di sini adalah apabila graduan terlalu ramai, kaedah yang digunapakai adalah tapisan menerusi CGPA. perlu diambil perhatian bahawa seseorang itu bukanlah dianggap skillful workers sekiranya CGPA mereka 3.5 dan ke atas. nombor tu boleh dimanipulasi. budak yang tak reti apa pun boleh dapat 3.5 dengan menggunakan social engineering terhadap pensyarah/profesor dia. realitinya, adakah mereka benar-benar pandai dan mempunyai idea?

mengapa tidak digunakan ujian secara praktikal berbanding dengan ujian bertulis yang stereotaip yang hanya menguji pengetahuan seseorang yang pakar dalam menghafal fakta dalam buku?

Tanpa Nama berkata...

Bila nak ade nak wat pelarasan ..... byk pihak yg x puas hati , kutuk sana sini ...itu la manusia , serba kekurangan ..syukur dgn ape yg ada ..insyallah rezki akan bertambah..setiap insan tu telah ditetapkan rezkinye ,tinggal kita jer yg perlu usaha .....tp jgn sampai ade yg tertindas ....

Baris baris. berkata...

Memang kena selaras
Buat gaji sebaris, bukan tiga baris dan dua baris
Macam2 boleh jadi.

Penjimatan berkata...

Naik jangan tak naik..tapi pastikan PA selepas ini kurangkan penggunaan kontraktor bagi kerja mudah/hakiki supaya penjimatan ini digunakan untuk bayar kenaikan mereka...bukanya naiki gaji tapi kerja masih dibuat kontraktor

Tanpa Nama berkata...

PTD disini hanya berani menyalak kepada PT/kerani sahaja. Sedarkah kamu PTD semua bahawa kami P&P dari skim lain juga tidak sukakan PTD..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Nak kaji apa lg? Kalau banding dgn swasta graduan kerja kjaan gaji lebih tinggi! Belum masuk kemudahan2 yg lain. Sepatutnya selaras dulu gaji MINIMUM kpd RM1200. Pencen pun dah naik ke RM850! Nampak sangat KSN kurang cerdik...
Sabtu, Oktober 13, 2012 12:49:00 PTG


------------------

setuju.. maksudnya gaji minimum kena 1 kali ganda daripada gaji berpencen barulah adil..

Tanpa Nama berkata...

Memang patut dibuat kajian. Tapi bukan untuk satu kumpulan sahaja, biarlah ianya menyeluruh. Semua ada tanggungjawab masing2 dan ianya saling perlu memerlukan. Kalau dah rasa awak tu berada dalam Gred 41 jgn la jadi bodoh mcm takdak gred pulak (dok memandang rendah pada kumpulan sokongan) sebab belum tentu awak tu hebat. Yang kumpulan sokongan pulak jangan dok asyik nak gaji sama ngan org2 gred 41 ke atas pulak cermin la diri sendiri dulu. (tu la, dulu Mak Bapak suruh sekolah pandai-pandai tak mau)

Tanpa Nama berkata...

Rasanya isu ni berkaitan gred 41 yang terpinggir mcm gred sosial yg kebanyakkannya 20 tahun masih gred 41. Cth mcm pegawai agama, pegawai kebajikan masyarakat, pustakawan, pegawai penerbitan, pegawai arkib etc. Tan sri ksn cuma nak gred terpinggir ni jawatan yg ada timebased mcm guru, kesihatan etc.

Unknown berkata...

CGPA lebih dri 3.5 tp dah 3 tahun apply SPA...xdpat2 pun asyik xlepas tapisan...xdpt iv pun sob sob....padahal masa study ditaja sepenuhnya oleh JPA...why oh why?? Sob sob.....

Tp nak ty gaji govrmnt mmg sama kah kalau utk semua kos graduan?? Ralat la jgak rasa kalau masuk govrmnt tp gaji lg rendah dri gaji skrg?