SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Oktober 2012

KETUA JABATAN DIINGATKAN BERI PERHATIAN KENAIKAN PANGKAT DAN GAJI PETUGAS - ALI HAMSA

Bernama
12/10/2012

SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama) -- Ketua-ketua jabatan kerajaan diminta memberi perhatian berhubung kebajikan petugas bawahan mereka terutama dalam soal kenaikan pangkat dan gaji dalam program 'turun padang' meninjau tahap perkhidmatan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ini kerana penjawat awam sering diminta memberikan perkhidmatan berkualiti tetapi kebajikan mereka berhubung soal perjawatan tidak diambil peduli.


Dalam pertemuannya dengan penjawat awam persekutuan dan negeri di sini hari ini, Ali berkata penjawat awam perlu menikmati kenaikan gaji dari tahun ke tahun kerana jika tiada kenaikan, nilai gaji yang diterima mereka akan semakin berkurangan kesan daripada kadar inflasi.


Katanya penjawat awam terutama daripada kumpulan sokongan harus mendapat unjuran gaji sebaik mungkin sehingga tamat perkhidmatan agar mereka tidak tergolong dalam golongan miskin, apabila bersara kelak.


Memandangkan pesara kerajaan juga menikmati kenaikan pencen dua peratus setahun, beliau berpendapat penjawat awam perlu mendapatkan kenaikan gaji sekurang-kurangnya sama dengan kadar inflasi negara.


Bagi kumpulan pegawai pula, beliau berkata ketua jabatan perlu memastikan kumpulan ini mencapai gred pangkat yang tinggi sebelum bersara, dengan syarat mereka tidak mempunyai masalah disiplin dan mendapat markah 80 peratus ke atas dalam laporan penilaian prestasi tahunan mereka.


Beliau memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan.


Sehubungan itu, beliau berharap skim perjawatan lain perlu menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah perjawatan dan gaji statik untuk jangka masa panjang.


Sementara itu, dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Muhammad Khusrin Munawi memaklumkan jumlah penjawat awam di negeri ini ialah 17,200 orang dan Selangor perlu mengisi 3,800 jawatan kosong.


Katanya penambahan petugas itu diperlukan memandangkan kepadatan penduduk dan kemahuan untuk perkhidmatan terbaik daripada penduduk.


-- BERNAMA

63 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beliau memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan.

Sehubungan itu, beliau berharap skim perjawatan lain perlu menggunakan pendekatan yang sama bagi menangani masalah perjawatan dan gaji statik untuk jangka masa panjang.

====================================

INILAH KSN YANG MEMAHAMI DENYUT NADI PENJAWAT AWAM...JIKA KEADILAN INI BERLAKU UNTUK SEMUA SKIM ,KAMI BERJANJI AKAN BEKERJA BERSUNGGUH SUNGGUH.

Tanpa Nama berkata...

harap dr ali pandanglah pada gred j yg da btahun2 ditipu n danaktiri.. skim lain guna sijil trus naik jd penghulu.. skim gj ade sijil langsung x d ambil kira walopon pekeliling mnyatakan sijil poly dama stpm telah 2x klor.. sbpa da elok2 gred j naik n motivasi juruteknik smua fresh.. tiba2 gred lain irihati n dengki terus cancel.tapi gred nt or penghulu sedap je naik.. inilah ujian dr ALLAH SWT kpd gred j.. wira juang

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan KSN...tapi kenapa penstrukturan semula JUPEM ditolak? dah lebih sepuluh tahun tiada pertambahan jawatan, beban kerja di semua negeri dan seksyen bertambah setiap tahun...jumlah kakitangan yang ada banyak tu jugak?

Semoga Ketua Pengarah Ukur dapat beri perhatian dan hantar penstrukturan sekali lagi terus ke KSN

"KSN memberi contoh masalah perjawatan perkhidmatan perguruan diatasi dengan pengenalan kenaikan pangkat berdasarkan jangka masa bertugas di mana guru siswazah yang berkhidmat 25 tahun akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan."

Sebab itulah ramai Juruukur JUPEM meninggalkan perkhidmatan setiap tahun kerana peluang kenaikkan pangkat amat kurang dan umur persaraan semakin hampir.

Guru siswazah berkhidmat 25 tahun akan dapat naik ke gred 54....Juruukur dah berkhidmat 20 tahun masih gred 48, sempat ke?

Itu bagi Juruukur, belum lagi bagi Pen. Juruukur dan Juruteknik Ukur... Peluang naik pangkat amat kurang...jadi, harapkan 15 tahun (KUP) sahajalah (Terima kasih kerajaan) untuk naik pangkat. Guru ada ke yang pencen dengan KUP?

Pen. Juruukur dan Juruteknik Ukur yang ada ijazah sarjana muda pun amat ramai. Jika ada penstrukturan semula Pen. Juruukur dan Juruteknik Ukur boleh diserap sebagai Juruukur kerana untuk melatih tenaga pakar bukan mengambil masa yang singkat.

Saya sokong semua perjawatan dalam semua skim menikmati kenaikkan pangkat secara time base.

Syabas KSN (janji ditepati)

Tanpa Nama berkata...

Time base 15 tahun memang terlalu lama bagi kakitangan sokongan. Ini kerana mereka menikmati kenaikan pangkat di kala usia mereka makin meningkat. Katakan jika PA mula bekerja ketika berumur 25 tahun. Jika diambilkira KUP 15, bermakna PA naik pangkat ketika berumur 40 tahun.

Berbanding dengan guru DGA29 yang diberi time base 8 tahun, mendapat time base DGA32 ketika umur belum mencecah 40 tahun. Pada masa yang sama, mereka diberi peluang kenaikan pangkat ke gred DG41 selepas menamatkan pengajian juga ketika umur masih muda. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka sempat merasa gred 54 sebelum bersara kelak.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih diucapkan kepada pihak CUEPACS yang telah banyak berjasa untuk turut menarik perhatian terhadap masalah para penjawat awam kumpulan P&P. Tidak kurang Penjawat Awam yang bermula dengan Gred 41 dan bersara dalam Gred 41 tanpa pernah mendapat peluang kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan jawatan terutama dalam golongan skim perkhidmatan tertutup jabatan, PBT, negeri dan sebagainya.

Syabas dan Terima Kasih diucapkan kepada Datuk Seri KSN kerana telah turun padang untuk memahami perjuangan perkhidmatan awam secara lebih menyeluruh.

Rahman Nanyan berkata...

KSU dan KSN wajib turun padang untuk mengingatkan PA agar tidak termakan dakyah pembangkang, kononnya harga kereta dan tol boleh turun, kami yakin semua PA menolak cadangan karut dan tidak bernas sebegitu rupa. PA sokong Bajet 2013 sepenuh hati.

Tanpa Nama berkata...

pegawai jer naik pangkat yg bawah-bawah ni melihat jer sekor-sekor pegawai atasannya naik pangkat...sedihnya pagawai bawahan...

Tanpa Nama berkata...

Di kerajaan negeri Sarawak bayaran kerja lebih masa (overtime) tak dibayar dan tertunggak...KSN sila pantau.

Tanpa Nama berkata...

MANA KENAIKAN UNTUK GRED G PERTANIAN 17, 22 DAN 26 YANG SEPERTI DIJANJIKAN OLEH KERAJAAN BN???...MANA DIA???...KAMI SEMUA ADA SIJIL KEMAHIRAN TAHAP 3...TAPI GAJI PAKAI GRED SPM SAJA???...KSN SILA JAWAB DAN PANTAU???...DAH NAK PENCEN BARU DAPAT KUP GRED G22!!!....MANA JANJI DITEPATI???

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn penyataan Dato kSN ujuran gaji diselaraskan dgn kadar inflasi. Beri peluang kakitangan sokongan 22 yang dlm lingkungan nakpencen dlm tempoh 5th nak bersara tu di wujudkan peluang ke KUP 26 bagi menggelakkan dlm kategorikemiskinan selepas bersara.
Syabas Dato KSN satu idea pembaharuan Dato memeperjuangkan kumpulan sokongan semenjak memagang tampok KSN T.Q

Tanpa Nama berkata...

masuk ke guna sijil poli/iutm...tapi diletakkan pd gred 17.....dah 20 thn lebih berlarutan....sepatutnya pemegang sijil dah lama diletakkan pd gred yg sepatutnya iaitu di gred 27.....mana dia kata JANJI DITEPATI....

Tanpa Nama berkata...

syukur dengan apa yang kita ada

Tanpa Nama berkata...

walau sebesar telur kuman.....kena bersyukur

Tanpa Nama berkata...

hak-hak kumpulan pelaksana harus diperjuangankan.. contohnya dalam perjuangan kumpulan J dan G ke gred sepatutnya diperjuangakan. memandangkan sijil ini telah dihapuskan dan dinaik taraf ke diploma selaras dengan tahap plan teknikal dan vokasional negara yang memerlukan tahap yang lebih tinggi, maka sijil politeknik ini harus diupgred ke tahap diploma.

Tanpa Nama berkata...

Perjuangkn hak bukn bermaksud tk bersyukur tuan hj........

Tanpa Nama berkata...

Berjuanglah melalui kesatuan masing-masing daripada buat bising dalam ruangan ini. Buat kertas kerja yang lengkap dengan bukti-bukti yang relevan, kenapa kumpulan perkhidmatan anda perlu diberikan kenaikan gaji selaras dengan kelulusan yang ada. Nabi Muhammad dah ajar kita supaya sentiasa hidup dalam jemaah (kesatuan), barulah kita kuat. Bila tengok guru dapat lebih, mula hina golongan cikgu dengan pelbagai ayat yang menggoreskan hati orang yang pernah mendidik anda. Cikgu dapat pelbagai kemudahan bukannya secara kebetulan, tapi melalui perjuangan dalam jangka masa yang bertahun-tahun lamanya dan tak pernah putus asa.Kesatuan guru berbincang lama untuk hasilkan kertas kerja yang dapat diterima oleh pihak kerajaan untuk diluluskan. Kertas kerja yang disertakan dengan bukti-bukti yang realistik, bukannya bombastik. Kalau mana-mana PA yang belum menyertai kesatuan anda, silalah sertailah kesatuan yang mewakili perkhidmatan anda supaya satu nada yang ampuh dapat disuarakan. Jangan berjuang bersendirian, takda siapa yang nak dengar. Janganlah asyik nak menyalah dan menghina orang lain.Insya-Allah, dengan kesabaran dan hidup bersatu, segala permasalahan kita dapat diatasi. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tanpa Nama berkata...

Nak kertas kerja apa lagi Tuan haji.. Pekeliling dah ade menyatakan sijil poli ni setaraf stpm dan layak dapat J27.

lagipun dah lama dah MTSU & CUEPACS perjuangkan nasib J17 ni. Siap ada memorendum kepada kerajaan lagi.. tak silap tahun 2009 serah memorandum.. kan memorandum tu kan kertas kerja la jugak.

gred J17 ni sebenarnya pihak berwajib tersalah letak dalam bakul yang salah. sepatutnya dalam bakul stpm tetapi dia letak dalam bakul spm... dah lebih 20 tahun dah terperam kat situ, buat2 tak tau atau tak nampak...Masa SBPA barulah pihak berwajib ni tersedar tersalah letak dalam bakul yang salah... baru nak baiki, skim lain pulak dengki.. tup2 dibatalkan. Apa la nasib J17.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan terima kasih Datuk Seri KSN di atas keperihatinan dan empati kepada penjawat awam selain guru. Harap pendekatan time based untuk skim perjawatan PA selain guru juga dapat dilaksanakan segera.

Tanpa Nama berkata...

KEMENANGAN BESAR BN

1. Rakyat mula merasa gelisah dengan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.
2. 80% PA tiada kenaikan pangkat, perubahan gred, kenaikan elaun dan perubahan sistem gred gaji.
3. 40% PA kumpulan sokongan berkelulusan ijazah dan master tiada kenaikan pangkat berdasarkan kelulusannya.
4. kegelisahan rakyat dgn kenaikan harga minyak, rumah, barangan makanan,barangan mentah, cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, kenaikan tarif bil api-air, astro, kenderaan nasional, yuran pengajian universiti, kenaikan kos perubatan,tol,i-phone,komputer,kenaikan barangan elektrik,bahan binaan,barangan palstik, dan sebagainya.
5. rasuah jutaan ringgit berleluasa di kalangan pemimpin-pemimpin BN akan menginflasikan negara.
6. Pengembalian royaliti minyak kepada kerajaan terengganu dan kelantan.
7. penurunan saham felda dan penurunan harga sawit di sebabkan pembelian besar-besaran minyak sawit oleh kerajaan cina di indonesia.
8. penguatkuasaan GST pada tahun hadapan oleh kerajaan.
9. penarikan subsidi beberapa barangan spt gula dinaikkan kepada 20 sen.
10. pengganguran lepasan graduate semakin bertambah di kalangan golongan belia.
11. masalah kesukaran kenaikan pangkat di kalangan pensyarah-pensyarah universiti awam.


Tanpa Nama berkata...

INILAH KSN YANG MEMAHAMI DENYUT NADI PENJAWAT AWAM...JIKA KEADILAN INI BERLAKU UNTUK SEMUA SKIM ,KAMI BERJANJI AKAN BEKERJA BERSUNGGUH SUNGGUH.

Tanpa Nama berkata...

INILAH KSN YANG MEMAHAMI DENYUT NADI PENJAWAT AWAM...JIKA KEADILAN INI BERLAKU UNTUK SEMUA SKIM ,KAMI BERJANJI AKAN BEKERJA BERSUNGGUH SUNGGUH.

Tanpa Nama berkata...

Nak kertas kerja apa lagi Tuan haji.. Pekeliling dah ade menyatakan sijil poli ni setaraf stpm dan layak dapat J27.

lagipun dah lama dah MTSU & CUEPACS perjuangkan nasib J17 ni. Siap ada memorendum kepada kerajaan lagi.. tak silap tahun 2009 serah memorandum.. kan memorandum tu kan kertas kerja la jugak.

gred J17 ni sebenarnya pihak berwajib tersalah letak dalam bakul yang salah. sepatutnya dalam bakul stpm tetapi dia letak dalam bakul spm... dah lebih 20 tahun dah terperam kat situ, buat2 tak tau atau tak nampak...Masa SBPA barulah pihak berwajib ni tersedar tersalah letak dalam bakul yang salah... baru nak baiki, skim lain pulak dengki.. tup2 dibatalkan. Apa la nasib J17.

-----------------------------------------------------------------------------------------

apa nak buat????????....ajar je pada PRU 13 ni....

Tanpa Nama berkata...

INILAH KSN YANG MEMAHAMI DENYUT NADI PENJAWAT AWAM...JIKA KEADILAN INI BERLAKU UNTUK SEMUA SKIM ,KAMI BERJANJI AKAN BEKERJA BERSUNGGUH SUNGGUH.

Tanpa Nama berkata...

Itu merupakan arahan kepada semua pihak yang berkaitan terutamanya JPA, walaupun ianya merupakan satu ucapan sahaja. Skim perkhidmatan yang ketinggalan hendaklah diberi pembelaan.. Mana-mana pegawai awam yang memiliki kelulusan seperti diploma atau Ijazah, hendaklah diberi peluang kenaikan pangkat sesuai dengan kelulusan masing-masing. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan yang menghendaki seseorang itu belajar secara berterusan dan meningkatkan kebolehan diri masing-masing. Ditambah pula, pegawai yg berpegalaman itu merupakan modal insan yg penting bagi sesebuah organisasi.

Tanpa Nama berkata...

Minta pihak JPA kaji kertas kerja yang dikemukakan oleh pihak KEPAK bagi penambahbaikan skim PPT selaras dengan skim2 lain yg telahpun ditambahbaik seperti Guru, Inspektor Polis, Inspektor Kesihatan, Jururawat dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

kami 1.4 juta PA, malas cakap banyak la beb..!! kita BE END PRU-13 nie..

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK IKUTKAN TIME BASE GURU, MAKA RUGILAH PENJAWAT AWAM DALAM GRED-GRED YANG LAIN. INI KERANA GURU PALING LAMA TIME BASENYA, IATU 8 TAHUN. KALAU PERKHIDMATAN KESELAMATAN 5-7 TAHUN, KESIHATAN 3-5 TAHUN DAN PTD 3 TAHUN....SO?....MASIH MAHU KENAIKAN PANGKAT SEPERTI GURU?

Tanpa Nama berkata...

KRONIK:
1. ELAUN PERUMAHAN
2. ELAUN KHIDMAT AWAM/KERAIAN

DIJANJIKAN AKAN ADA PELARASAN PADA TAHUN 2013....MANA DIA?

Tanpa Nama berkata...

Memang patut dikaji... Skim perjawatan sekarang dah haru biru... Contohnya, Umur 32 tahun, dah dapat Gred 48., pengalaman belum mencukupi, kerja tunggang langgang, dah jadi Ketua Jabatan. Public langsung tidak hormat PA spt ini. So, KERAJAAN MESTILAH MENGKAJI BALIK, GRED 48 MESTILAH KAKITANGAN YG BERUMUR TIDAK KURANG DARIPADA 40 TAHUN... Barulah dpt pegawai yg berfikiran Matang, bukannya setakat tahu IT shj.. Terutamanya skim PTD, perlu kaji balik..

Tanpa Nama berkata...

kami tidak mahu kenaikan pangkat time based seperti guru tetapi kami mahu kenaikan pangkat seperti PTD. 3-5 tahun ke gred 44 dan 5-8 tahun gred 48.

Tanpa Nama berkata...

PTD punya kerja haram menyebabkan perjawatan dalam perkhidmatan awam jadi tunggang langgang.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada KSN yang perihatin dan turun padang mengenai kebajikan golongan pelaksana,sekiranya KSN mengamalkan kebajikan anggota bawah,InsyaAllah PA ini akan melaksanakan kerja dengan penuh semangat telus dan berdedikasi,oleh itu haruslah golongan pelaksana ini melakukan tugas dengan jujur dan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

KSN sembang saja lebih. dia pun PTD jugak. apa ingat dia nak cadangkan 1 dasar baru yang boleh menggugat PTD dari bermaharajalela dengan menyapu semua jawatan tertinggi. hah?

jangan mimpi la. kalau KSN benar-benar berani, hapuskan semua jawatan yang ada skimnya yang tersendiri dari dibolot oleh PTD. ambil contoh paling senang:

1. JPJ
2. IMIGRESEN
3. JPN
4. GSO

dan beberapa jabatan & agensi lain yang ada skimnya yang tersendiri tapi skim tersebut hanya mampu sampai ke gred 54 atau jusa C sahaja kerana jawatan ketua cawangan, pengarah negeri, ketua pengarah, ketua setiausaha telah disapu oleh PTD yang berperangai seperti yakjud & makjud ni.

Tanpa Nama berkata...

satu keperluan di jabatan ukur dan pemetaan malaysia. dah ramai sangat otai2 resign kerna di sekat peluang dan peluang kenaikan pangkat tipis. golongan PP yang ada seme muda2 je.. kemahiran belum cukup.. sila sekat fenomena ini sebelum terlamabat... please

Tanpa Nama berkata...

What is so special bout PTD ni ? Pasal org lain tak boleh buat kerja PTD ni ? Muda tapi kalau boleh buat kerja takpe ! Ni muda dah tu kerja pun Oh Tuhan !

Time based kan semua jawatan ikut PTD kan lebih adil !

Tanpa Nama berkata...

PTD Muda berkata


Naikkan gaji kami gred 41 kalau boleh 100 % coz buat kerja semua kami ! Naikkan elaun kami 100 % juga ! Kami ni penggerak perkhidmatan awam !

Harap Tan Sri kaji dan naikkan gaji kami supaya lebih tinggi dari gred sokongan ! Sekarang ni mereka dah melampaui gaji kami . Malah beza sampai RM 1000 lebih ni ! Sila kaji ! Geng kami dah kaji dan memang sah dan betul !


Thanks

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Minta pihak JPA kaji kertas kerja yang dikemukakan oleh pihak KEPAK bagi penambahbaikan skim PPT selaras dengan skim2 lain yg telahpun ditambahbaik seperti Guru, Inspektor Polis, Inspektor Kesihatan, Jururawat dan lain-lain.

Ahad, Oktober 14, 2012 9:45:00 PG

Tanpa Nama berkata...
KALAU NAK IKUTKAN TIME BASE GURU, MAKA RUGILAH PENJAWAT AWAM DALAM GRED-GRED YANG LAIN. INI KERANA GURU PALING LAMA TIME BASENYA, IATU 8 TAHUN. KALAU PERKHIDMATAN KESELAMATAN 5-7 TAHUN, KESIHATAN 3-5 TAHUN DAN PTD 3 TAHUN....SO?....MASIH MAHU KENAIKAN PANGKAT SEPERTI GURU?

Ahad, Oktober 14, 2012 12:09:00 PTG

___________________________________

mohon ambil perhatian para sahabat yang membuat komen.. di dalam kementerian kesihatan skim yang ditambah baik hanya DOKTOR dan JURURAWAT sahaja.. memang benar dr naik pangkat setiap 3-4 tahun yang mejoritinya dapat pada tahun ke 3, mana kala jururawat sahaja yang mendapat elaun kritikal (sedangkan baru-baru ini keluar berita lambakan graduan jururawat tidak bekerja) dan jumlah elaun kalau tak silap 15% gaji..maka setiap tahun gaji naik naik lah juga elaun kritikal.. dan yang terbaru merasa elaun kritikal adalah pembantu perubatan (M.A).. jawatan lain di kementerian kesihatan adalah dianaktirikan dengan kup 15 tahun..sekian harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong cakap ko.. sedara aku keje kesihatan.. dr je yang cepat naik pangkat nyer.. adoi yai..kecian org kesihatan.. bukan semua dapat rahmat.

Tanpa Nama berkata...

trima kasih ksn ... pjuangan kebajikan kump sokongan dh tlalu lama . sewajibnya diselaraskn semua pkhidmatan tanpa menunggu arahan ketua pkhidmatan setiap skim. sometimes bila yg atas dh selesa lupa pmasalahan yg bawah. kup 15 thn wajib dhapuskn. pengiktirafan kpd yg muda dgn qualification dn yg lama dgn penglaman harus diambil kira. cadangan ksn supaya kump pnp bsara dgn sekurangnya gred 54 adalah amat baik tetapi kump sokongan patut dtambah gred sehingga 40 dn 42 supaya tidak bsara dlm kemiskinan. gred 41 jgn melihat pd gaji sokongan yg tinggi ... kiralah brapa tahun bkhidmat dn pengalaman yg ada. bandingkn keistimewaan dn kemudahan yg dperolehi oleh kump pnp berbanding ngan sokongan contoh mudah cuti blajar ... kimp pnp bgaji penuh kump sokongan separuh gaji. perkara ini petlu dkaji dah lama. elaun kump gred 27 hingga 40 perlu dikaji juga. semua kita manusia yg ingin mengecapi nikmat yg allah beri kpd kita semua sementara masih hidup jgn hingga dpersoalkn ketidakadilan yg byk blaku kini. cakap pasal kertas kerja tengok sebelah mata je... pandang lekeh walaupun hasrat jelas.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kup 15 tahun adalah terlalu zalim bagi kakitangan sokongan. Jika nak naik pangkat buat kali pertama pun ambik masa yang lama, inikan pula untuk kenaikan pangkat seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Situasi ini berlaku pada pegawai kastam W22.2@3 tahun lagi nak pencen baru ler ada ehsan sikit kasi W26.Pada hal dah menjawat jawatan W22 dah lama sangat.Servis pun ada yang 30 tahun lebih.Prestasi cemerlang saban tahun,exam pun dah lulus.Tapi aku tengok kalau pegawai kanan kastam W41 ke W44 mudah pulak naik pangkatnyer.Apa Celup?

Tanpa Nama berkata...

Salam...mohon penstrukturan semula gred sesuai dgn senarai tugas dan naiktaraf elaun ikut gred penjawat awam tak kira dalam gred apa. Malaysia perlu tegas dalam hal ini agar negara yang meningkat maju ini serta berpendapatan tinggi adalah telus dan berdaya saing.

Tanpa Nama berkata...

pihak pengurusan tertinggi jabatan ukur dan pemetaan malaysia perlu mengambil langkah pro aktif untuk menjaga kebajikan pegawai dan kakitangan.

Dalam skim kejuruteraan, kumpulan Juruukur, Jurukartografi, Penolong Juruukur dan Juruteknik Ukur tidak dapat kemudahan dan insentif seperti yang dinikmati skim kejuruteraan lain seperti elaun kritikal.

Peluang naik pangkat amat tipis sekali kerana tiada kekosongan jawatan. Penstrukturan baru, lama dah tak dibuat. Perbanyakkan jawatan naik pangkat J26 dan J38 dan wujudkan jawatan J40.

Mohon KSN dan CUEPACS lihat dan ambil tindakan perkara ini, arah ketua pengarah hantar lagi penstrukturan semula.

Tanpa Nama berkata...

SPA,JPA N CUEPACS.....TOLONG PERBANYAKKAN KENAIKKAN PANGKAT UNTUK N17 KE N22&N27 DAN KURANGKAN SYARAT2 UNTUK KENAIKKAN PANGKAT DR 15 TAHUN KE 8 TAHUN SEPERTI YANG DINIKMATI OLEH PARA GURU-GURU......ZAMAN KINI DH MAJU....SYARAT2 KENAIKKAN PANGKAT SEKARANG MASIH DI TAKUK LAMA.....TRANFORMASIKAN JABATAN JPA,SPA N CUEPACS DULU......BARU BOLEH TRANFORMASIKAN SELURUH PA DI MALAYSIA....

Tanpa Nama berkata...

trima kasih ksn ... pjuangan kebajikan kump sokongan dh tlalu lama . sewajibnya diselaraskn semua pkhidmatan tanpa menunggu arahan ketua pkhidmatan setiap skim. sometimes bila yg atas dh selesa lupa pmasalahan yg bawah. kup 15 thn wajib dhapuskn. pengiktirafan kpd yg muda dgn qualification dn yg lama dgn penglaman harus diambil kira. cadangan ksn supaya kump pnp bsara dgn sekurangnya gred 54 adalah amat baik tetapi kump sokongan patut dtambah gred sehingga 40 dn 42 supaya tidak bsara dlm kemiskinan. gred 41 jgn melihat pd gaji sokongan yg tinggi ... kiralah brapa tahun bkhidmat dn pengalaman yg ada. bandingkn keistimewaan dn kemudahan yg dperolehi oleh kump pnp berbanding ngan sokongan contoh mudah cuti blajar ... kimp pnp bgaji penuh kump sokongan separuh gaji. perkara ini petlu dkaji dah lama. elaun kump gred 27 hingga 40 perlu dikaji juga. semua kita manusia yg ingin mengecapi nikmat yg allah beri kpd kita semua sementara masih hidup jgn hingga dpersoalkn ketidakadilan yg byk blaku kini. cakap pasal kertas kerja tengok sebelah mata je... pandang lekeh walaupun hasrat jelas.
_________________________________________________________________________________________________________
PA PELAKSANA MINTAK KEADILAN :

saya setuju & sokong apa yg saudara katakan di atas....memang betul para PA pelaksana dh rasa terabai dengan syarat 15 thn utk time based....terlalu lama..tupun kalau ketua jabatan yg baik akna bagi..kalo K.J yg teruk....memang sampai bla2 pun dia tak bg..walaupun keja dh tahap terbaik....harap Dr Ali Hamsa dpt membubarkan syarat tersebut dan digantikan kepada 8 thn ubntuk kump.pelaksana untuk naik pangkat dan time based....

Tanpa Nama berkata...

masalah dalam kenaikan pangkat dalam sesuatu jabatan lebih lagi 'closed service' adalah tempat untuk pangkat tersebut.

kalau ada 10 orang gred 17, sedangkan cuma ada 3 tempat untuk 22 dan 1 untuk 26, takkan semua 10 orang tu akan merasa naik 22 dan 26?

inilah masalah dalam perkhidmatan awam. gred rendah lagi ramai dari gred yang tinggi. sudahnya ramai gred rendah yang kekal rendah sampai ke mati sebab tak ada tempat dan post yang kosong.

Tanpa Nama berkata...

Salam
mohon juga pertimbangan mereka yang sudah mati gaji beberapa tahun tanpa kenaikan gaji kerana berada tahap maksima, hanya pada april 2012 yang lalu berlaku perubahan. Jika hendak buat time bsed patut lah menyeluruh untuk semua PA.

Tanpa Nama berkata...

GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN dan Guru pengiring aktiviti Kokurikulum tidak dilindungi undang-undang. Harap cuepacs isukan benda ini ke kementerian. sudah banyak kes kebelakangan ini yang mana guru bertugas dipertanggung jawab oleh pengetua utk membawa pelajar sakit ke hospital atau melakukan aktiviti luar sekolah dan Apabila berlaku kemalangan guru terbabit disaman oleh ibu bapa dan sudah ada yang sampai dibuang kerja. Kena ada satu keputusan jelas dalam hal ini dan.

Tanpa Nama berkata...

GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN dan Guru pengiring aktiviti Kokurikulum tidak dilindungi undang-undang. Harap cuepacs isukan benda ini ke kementerian. sudah banyak kes kebelakangan ini yang mana guru bertugas dipertanggung jawab oleh pengetua utk membawa pelajar sakit ke hospital atau melakukan aktiviti luar sekolah dan Apabila berlaku kemalangan guru terbabit disaman oleh ibu bapa dan sudah ada yang sampai dibuang kerja. Kena ada satu keputusan jelas dalam hal ini dan.

Tanpa Nama berkata...

Golongan N17 merupakan antara penjawat awam yang paling ramai sekali di dalam perkhidmatan. Namun, peluang kenaikkan pangkat amat tipis sekali.

Jika KSN kata guru siswazah akan naik sehingga gred 54 sebelum menamatkan perkhidmatan...kami gred N17 juga mahukan naik gred N26sebelum tamat perkhidmatan.

Seperti juga guru yang tidak memerlukan kekosongan jawatan untuk naik pangkat, kami juga selayaknya diberikan peluang berkenaan. Apa perasaan KSN jika kita asyik buat proses kenaikkan orang setiap 6 dan 8 tahun...sedangkan diri N17 sendiri dah masuk tahun ke 15 masih takuk tu jugak.

Kalau dapat pun KUP bukannya hakiki macam guru.

Tanpa Nama berkata...

APA KELAS GRED N17 NAK LAWAN GURU GRED 41...MN ADA KEADILAN UNTUK UTK GRED BAWAHAN..HANYA PEGAWAI-PEGAWAI JER YG KENA PANDANG NAIK PANGKAT...

Tanpa Nama berkata...

sebagaimana P&P yang ada 41 44 yang masih menggunakan gelaran jawatan yang sama, seharusnya gred 17 perlu diberikan kenaikan ke 22 yang masih duduk dalam jawatan yang sama. jawatan kanan yang asalnya 22 bolehlah dianjakkan ke gred 24 atau 26.

macam biasalah, selagi pembuat keputusan di JPA dikuasai oleh yakjud&makjud, selagi tula takkan ada apa-apa perubahan.

Tanpa Nama berkata...

JPA memang buat kerja dgn cara yg betul ! The only problem is pembuat dasar ini lebih pentingkan gred sokongan ! Satu contoh ialah mana boleh gaji gred B lebih dari gaji gred A ! pasal tu lah gred 41 meroyan ! Memang tak adil pun ! So baguslah Tan Sri KSN nak selaras gaji gred 41 ! Selaras gaji gred 41so that layak dgn tanggungjawabnya yang beribu ribu lemon !

Gred sokongan ni pula sila ukur baju di badan sendiri ! Jgn pula org ni pakai kereta honda city , dia pun nak beli sama !

Tanpa Nama berkata...

Janji mereka KARUT MARUT JER TU..sampai 10 tahun pun tak kene layan so UNDILAH PILIHAN DIHATI...

Tanpa Nama berkata...

bangang betul siapa yang komen pasal gred B KANAN lebih tinggi dari gred A JUNIOR.

orang ni memang tak tau pasal perkhidmatan. macam mana boleh lepas masuk perkhidmatan awam aku pun tak tau.

ni mesti guna kabel, takpun dapat CGPA 3.5 ke atas sebab bodek lecturer suruh bagi A kat kebanyakan subjek.

bila masuk kerja, inilah jadinya, keluar kenyataan bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya di sini rata rata gred sokongan tidak puas hati dgn CGPA 3.5 ke atas ! Mungkin kah sebab PA sokongan buat degree dgn passing mark cukup makan aje ! Pas tu desak JPA melantik mereka ke jawtan PnP terus ! Skim dan syarat sekarang bagus kerana the best gets the best job !

JPA tolong kaji situasi dimana gaji kump C dan B lebih dari gaji kump A ! Yg ni memang patut dikaji ! Harap kami gred 41 mendapat pembelaan yg sewajarnya !

Sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

diulang: nampaknya masih ada yang BANGANG tak reti bezakan antara gred KANAN dalam C & B dengan gred JUNIOR a.k.a. BUDAK MENTAH dalam kumpulan A.

patutlah perkhidmatan awam makin hari makin teruk. kumpulan A penuh dengan budak-budak belajar pandai tapi lambat pikap.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju..

Tanpa Nama berkata...

Zaman sekarang ni, naik gaji atau naik pangkat macam tak bermakna....bayangankan gaji naik tak seberapa tapi potongan cukai naik lebih 150%.... harap sangat perkara ini diambil perhatian...

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah tertunggak gaji - pihak pengurusan sila ambil perhatian.

Tanpa Nama berkata...

tipikal setiap KSN yang pernah wujud dalam malaysia, hanya keluar kenyataan bersifat populis sahaja. pelaksanaan langsung boleh dikatakan tak ada langsung.

Tanpa Nama berkata...

Salam Datuk,elaun untuk pemandu penguatkuasa farmasi.elaun pemandu khas ada tapi kami tak layak.sedang kan risiko amat bahaya kerana terlibat bertugas bersama-sama pegawai dan pegawai dapat elaun penguatkuasa dan elaun kritikal.jadi kami sebagai pemandu langsung tak dapat apa-apa sedang kan risiko sama dapat.kalau boleh kami sebagai pemandu memohon perhatian keatas pihak cuepacs.sudah banyak kali buat permohonan kepada ptj kami dan pihak jabatan.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham dari segi kenaikan pangkat jururawat ni, walau dah samapai time base 15 tahun berkhidmat jika jabatan tak sokong tak kan dapat punya. walhal keja bagai nak gila. kalau dah camni sampai masa opsyen je la. mohon tubuh satu cawangan jpa bagi pegawai teraniaya dan dianak tirikan mengadu dan buat siasatan.