Utusan Malaysia
16 April 2015 3:54 PM
JOHOR
BAHARU 16 April - Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih
menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.
Beliau berkata, mereka yang menerima gaji
sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke
perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.
“Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120 peratus," katanya.
Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Azih berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini meningkat di kawasan bandar-bandar utama. - BERNAMA

19 ulasan:
Kesan daripada pelaksanaan GST, gaji menteri terus naik lebih 50%, takanlah kakitangan awam yang teruk melaksanakan agenda menteri dan kerajaan mestilah sama kenaikan dengan mereka juga baru adil.
Sepatutnya kena minta 70 persen kenaikan sbb nanti kena cut 20 persen tinggal la 50 persen.Ni minta 35 persen,kena cut 20 persen tinggai la 15 persen apaaa..daa
Kami orang kampung apa jadi? Memadailah diberi kenaikan 10% untuk 1.7 juta PA. Jangan tamak sangat...! Tapi, mengikut firasat Raja Bomoh kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan gaji PA dalam sekitar 2%. Tak percaya, lihatlah nanti....
petikan dari ulasan mantan presiden cuepacs
10,000 PENGAWAL KESELAMATAN DIJANGKA NAIK KE GRED KP17 Bernama 4/12/2013 MELAKA, 4 Dis (Bernama) -- Kira-kira 10,000 pengawal keselamatan di seluruh negara yang kini berada di gred KP11 dan KP14 dijangka dinaikkan ke gred KP17 pada tahun depan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman. Beliau berkata kenaikan itu adalah wajar kerana tugas yang diamanah dan dipikul mereka dalam skop keselamatan pada masa kini amat mencabar termasuk keselamatan pada bangunan, aset, para pekerja serta pelajar. Katanya hampir 50 peratus pengawal keselamatan kini berkhidmat di lebih 20 buah institusi pengajian tinggi awam dan selebihnya berkhidmat di enam agensi dan beberapa kementerian di Putrajaya. "Kita telah adakan bengkel pada bulan lepas mengenai penambahbaikan gred pengawal keselamatan ini dan telah putuskan untuk dijumudkan lantikan mereka kepada KP17," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengawal-pengawal keselamatan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Kampus UTeM di sini Rabu. Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang membuat semakan mengenai permintaan CUEPACS itu. -- BERNAMA Posted by CUEPACS at 9:54 PG
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Ulasan yang diberikan oleh pihak tertentu rentetan tuntutan pihak CUEPACS tentang kenaikan gaji golongan pelaksana 1 dan 2 sangat mengecewakan.
Ini kerana ayat yang digunakan sama seperti tahun tahun lepas,SEKIRANYA tingkah laku atau produktiviti atau disiplin penjawat awam golongan ini berada di tahap yang sama...apakah tindakan pihak yang ada kuasa ?
Justeru,sangat wajar kena lihat sudut positif terhadap golongan ini.
Berbagai alasan diberikan pihak atasan untuk melengahkan kenaikan gaji dan elaun,berbagai alasan untuk tidak membuat keputusan terutama yang melibatkan golongan pelaksana.
Namun,penjawat awam pelaksana 1 dan 2 tekad dan terus melaksanakan tugas demi perjuangan bersama kerajaan sedia ada.Inilah semangat yang ditunjukkn oleh pelaksana 1 dan 2.
Bagi pelaksana 1 dan 2 yang dah faham perkataan penyedap adalah terbuka minda.
Ini kerana,isu kenaikan gaji dan elaun jika ditimbulkan hanya penyedap didengar sahaja dan bukanlah sesuatu yang bersungguh sungguh.
Berkenaan kenaikan gaji dan elaun ahli parlimen dan adun tidak pula keluar kenyataan berkenaan keadaan ekonomi.
Fikir fikirkanlah,ada telinga dengar,ada mulut bersuara,ada ingatan ingat,ada akal fikir apa lagi selepas ini alasan pihak atasan dalam soal gaji dan elaun.
Sama sama kita saksikan episod seterusnya dalam isu ini.....saya seru pelaksana 1 dan 2 celik minda untuk ikuti episod seterunya
Wahai Dato Presiden Cuepacs yang dihormati..
Mohon sangat2lah apabila di perjuangkan kenaikan gaji PA ni, tolonglah jangan guna formula peratus ( % ) kerana apabila menggunakan formula %, yang akan menikmati kenaikan mencanak adalah P & P. Mohonlah kenaikan itu dengan formula nilai Ringgit Malaysia (RM), kerana kalu menggunakan nilai RM semua PA samada yg P & P atau sokongan akan dapat sama rata.
Contohnya jika mohon dengan %, katalah 10%, gaji P & P RM5,000 x 10% = RM500
Sokongan RM1,000 x 10% = RM100
Jurang kenaikan amat besar sedangkan GST purata 6% tanpa mengira P & P atau Sokongan.
Oleh yang demikian saya sarankan, mohonlah kenaikan gaji dalam nilai RM, supaya jika diberikan RM100, RM200 atau RM500, semua PA akan dapat sama rata.
Mohon difikirkan cadangan ini.
Tenkiu Dato Presiden.

Satu lagi cadangan cadangan saya, jika tidak dapat mohon kenaikan gaji, apakata pulak jika CUAPECS memperjuangkan penuruan kos sara hidup.
Perjuangan menurunkan kosa sara hidup ini jika berjaya akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, CUPACS akan dijulang sebagai HERO rakyat.
Fikir-fikirkan...
Satu lagi cadangan saya, jika tidak dapat mohon kenaikan gaji, apakata pulak jika CUAPECS memperjuangkan penuruan kos sara hidup.

Satu lagi cadangan saya, jika tidak dapat mohon kenaikan gaji, apakata pulak jika CUAPECS memperjuangkan penurunan kos sara hidup.
Perjuangan menurunkan kosa sara hidup ini jika berjaya akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, CUPACS akan dijulang sebagai HERO rakyat.
agi idup agi glaban.. selamat maju jaya kepada yg tidak menjadi ahli mana mana kesatuan sekerja di bawah cuepacs kerana jika anda seorang muslim, anda pasti akan disoal akhirat kelak kerana anda telah menikam hampir 1.5 juta kakitangan awam di malaysia... Takbbbiiirrrrr..
Kerajaan mampu mengutip berbilion rm dari perlaksaan GST...just tunggu dan lihat....kemana duit berkenaan di belanjakan....
ingatkan perhimpunan 15hb. baru nii... ada harapan.. nampanya.. hampess... jer... baru nak mintak! pohon pertimbangkan? 1 MEI nii seperti biasa tiada apa habuan untuk PA diumumkan jawabnya.."beranggan2lah setinggi2 langit... jika kamu jatuh kamu akan jatuh dikelipan bintang2 sahaja.." saja nak sedapkan hati jer..
KSN nak bincang kesan GST dengan presiden cuepacs selepas julai untuk lihat impak keatas ekonomi negara sedangkan sebelum pelaksanaan GST mereka dah tahu negara akan mendapat keuntungan dari GST 27 bilion, apa benda ni? Gaji dan elaun menteri dan ahli parlimen tak ditimbang terus diberikan 5 hari selepas GST. Ini bermakna mereka ini dah tahu kesan GST bebankan rakyat lalu terus naikkan gaji dan elaun diaorang.Gaji dan elaun PA akan dikaji lagi selepas julai bukan diberi kenaikan. Pihak mereka kata GST ringankan beban rakyat sb ringankan dompet rakyat sebenarnya termasuk PA.
Ketua pengarah perkhidmatan awam kata keadaan ekonomi semasa tidak mengizinkan untuk naikkan gaji penjawat awam....penjawat awam perlu ubah minda dan strategi bagi memberikan khidmat terbaik....ada keratan akhbar di FB.
Klau puak-puak menteri naik gaji sbb gst ko tak kata keadaan ekonomi ke ketua pengarah,,,, ko jgn nak bodek menteri2 tu sgt2, diorang dpt duduk kat situ pun sbb undi rakyat PA ni gak, pru14 penantian akhir luahan kami buat puak menteri2 ni nanti.....

Catat Ulasan