Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
"Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.
“Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120 peratus," katanya.
Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.
Azih berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini meningkat di kawasan bandar-bandar utama. - BERNAMA