SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

01 Julai 2009

AKTA PEKERJAAAN LINDUNGI PEKERJA SWASTA DARI HUTANG MEMBEBANKAN

Bernama
1/7/2009




KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Akta Pekerjaan merupakan "perlindungan yang terbaik" buat 10 juta petugas sektor swasta daripada terjebak dalam masalah hutang yang membebankan, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.Beliau berkata ini kerana pekerja itu terpaksa mendapatkan kebenaran Jabatan Tenaga Kerja dan pihak pengurusan syarikat sebelum mereka boleh memilih untuk membuat potongan gaji semasa mendapatkan pinjaman dari bank atau lain-lain sumber.Menurutnya akta itu mewajibkan setiap pekerja memastikan bahawa mereka tidak memilih untuk memotong sehingga 50 peratus daripada gaji bulanannya semata-mata untuk membayar balik pinjaman."Bagaimanapun bagi tujuan pinjaman perumahan, tambahan 25 peratus dari kadar itu dibenarkan," katanya di sini hari ini.Shamsuddin berkata disebabkan peraturan ini, amat sukar bagi para pekerja mendapatkan pinjaman dari institusi-institusi pinjaman yang mahukan supaya pembayaran balik pinjaman dibuat menerusi potongan gaji.Beliau berkata demikian semasa mengulas satu laporan bahawa 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang, dan rata-rata kalangan mereka membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.Shamsuddin berkata bagi petugas sektor swasta kebanyakan mereka mengambil pinjaman bagi tujuan yang lebih produktif, seperti pelaburan, pendidikan dan perumahan."Berhutang tidak semestinya buruk, sekiranya ia bagi tujuan pelaburan atau pendidikan," tambahnya.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Ahmad Shah Mohd Zin semasa merujuk kepada isu hutang petugas awam berkata keadaan hutang membebankan itu boleh berlaku kerana petugas awam tidak mempunyai peraturan yang benar-benar tegas berhubung potongan gaji untuk membayar hutang.Menurutnya walau ada sekalipun peraturan itu, ia tidak dikuatkuasakan dengan tegas.--BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Laporan Terhadap Pihak Majian Yang Tidak Bertanggungjawab

Dengan Segala hormatnya, pihak saya mengemukakan maklumat aduan dan laporan seperti berikut:

Maklumat Aduan dan Laporan:

Saya sebagai pekerja bagi pihak majikan IT Network Distribution Sdn Bhd bermula pada 18 August 2009 dan tamat pada hari 24 September 2009.

Disebabkan perkerjaan ini tidak bersesuaian dengan saya, dan telah dapat kebenaran daripada pihak pengarah majikan, maka saya tamat perkerjaan saya pada 24 September 2009.

Manakala pada 7 October 2009, lebih kurang jam 6 petang, saya menerima panggilan telefon daripada pihak pengarah majikan Vincent Low Chye Huat, beliau berkata dengan perasaan yang tidak puas hati dengan saya, sebab saya telah mempersoalkan maklumat pembayaran gaji daripada pihak beliau. sedangkan hari berkenaan adalah 7 october 2009, saya sebagai bekas pekerja syarikat, saya yakin bahawa saya berhak mempersoalkan bila dapat pembayaran gaji saya semasa 7 October 2009 dengan berdasarkan AKTA PEKERJA:

PART III

PAYMENT OF WAGES

Time of payment of wages

19. Every employer shall pay to each of his employees not later
than the seventh day after the last day of any wage period the
wages, less lawful deductions, earned by such employee during
such wage period:

Dengan sedemikian, pihak saya yakin tidak ada alasan yang musnasabah daripada pihak majikan mempertahankan pembayaran gaji saya bagi tempoh 1 September hingga 24 September 2009.

Sehingga hari ini (15 October 2009), saya tidak dapat jawapan daripada pihak majikan yang ingin membuat pembayaran gaji kepada saya, maka saya yakin pihak majikan IT Network Distribution Sdn Bhd dan pengarah syarikat Vincent Low Chye Huat telah tidak mematuhi AKTA PEKERJA tersebut dan SENGAJA berniat tidak baik mempertahankan gaji bulanan saya bagi tempoh 1 September hingga 24 September 2009.

Maklumat terhadap pihak majikan:
Pengarah Syarikat: Vincent Low Chye Huat 016-3388669
IT Network Distribution Sdn Bhd (839813-T)
No. 45, Jalan Alam Jaya 17, Taman Alam Jaya, 43200 Cheras, Selangor. Malaysia.
TEL : 03-9080 1118
FAX : 03-9080 1113

Sekian, Terima kasih!


Yang benar,

Metns Bee Chiou, Teo
Bac. Perakaunan [Kepujian] (Universiti Putra Malaysia)
Ex-Majlis Perwakilan Pelajar UPM
Ahli Alumi UPM
3, Jalan Puteri Jaya 11,
Taman Puteri Jaya,
43200 Cheras, Selangor.
013-3914314

Tanpa Nama berkata...

telah menerima pembayaran gaji bulanan pada 22 Oct 2009, lewat 15 hari.