SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Julai 2009

GAMBAR KESELURUHAN 100 HARI NAJIB SEBAGAI PM DARI PERSPEKTIF PEKERJA

Bernama
11/7/2009

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bagi pergerakan pekerja di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sama seperti Allahyarham bapanya yang "sangat rapat dan bertimbang rasa dengan golongan pekerja."Bekas Presiden Cuepacs A. Ragunathan berkata Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua, "sentiasa meletakkan kepentingan para pekerja dekat di hatinya dan sentiasa bersedia mendengar dan menyelesaikan masalah mereka.""Tun sering mempelawa kami ke kediaman rasminya untuk makan malam di mana para pemimpin kesatuan boleh berbincang isu penting dengan beliau secara tidak rasmi dan dalam suasana yang santai," katanya."Hubungan baik dan peribadi yang dijalin beliau sejak beberapa tahun telah banyak membantu memperbaiki keadaan hubungan industri di negara ini," katanya.Begitu juga, hari ini Najib sebagai Perdana Menteri Keenam telah "mewarisi sifat-sifat keperibadian itu" dan dalam tempoh 100 hari memegang jawatan, telah membawa banyak kegembiraan dan harapan kepada para pekerja terutama dalam kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam.Keputusan kerajaan di bawah pentadbiran Najib, bagi melaksanakan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan kepada 300,000 pekerja kumpulan sokongan dalam perkhidmatan awam merupakan keputusan besar bagi meningkatkan moral dan keyakinan mereka."Kenaikan pangkat bagi pekerja dalam kategori ini adalah isu "penting" yang diperjuangkan oleh Cuepacs dan kesatuan di bawah gabungannya sejak beberapa tahun tanpa banyak kejayaan."Walaupun begitu, hanya dalam tempoh sebulan menjadi Perdana Menteri, Najib mampu menyelesaikan masalah ini, yang kini membenarkan mereka yang berada di dalam kumpulan itu dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh tahun perkhidmatan mereka," kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd. Zin kepada Bernama.Pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat selama 15 tahun dan masih berada pada tangga gaji maksimum selama beberapa tahun layak dinaikkan pangkat bermula bulan ini."Langkah ini akan memberi faedah kepada kepada kira-kira 105,000 petugas perkhidmatan awam," katanya.Ahmad Shah berkata Perdana Menteri juga telah membayangkan bahawa beliau akan bertemu Cuepacs bagi mendengar rungutan daripada anggota kongres."Bagi 100 hari yang akan datang, Cuepacs berharap bahawa Najib akan dapat menyelesaikan lebih banyak isu bagi mendorong petugas awam bekerja kuat dan memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh kerajaan untuk orang ramai," katanya.Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Teknikal Malaysia (MTSU), Samuel Davadason, berkata keputusan Najib untuk melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, merupakan "keputusan yang amat baik bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam."Bagi para pekerja sektor swasta, pentadbiran Najib telah memberi jaminan bahawa kehilangan kerja berada pada tahap minimum dan bagi mereka yang diberhentikan disediakan peluang untuk mendapat pekerjaan alternatif.Pentadbiran Najib telah mencadangkan kenaikan gaji bagi para pekerja melalui budaya kerja yang lebih baik dan berinovatif."Cadangan Perdana Menteri adalah amat menarik dan sepatutnya diberi keutamaan dan perlu dikaji dengan mendalam," kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Shamsuddin Bardan.Beliau berkata kenaikan pendapatan boleh dibelanjakan memang dialu-alukan oleh masyarakat peniaga kerana ia boleh memacu perniagaan mereka dan ekonomi negara.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), G. Rajasegaran berkata selaras dengan cadangan itu, kongres itu telah mencadangkan gaji minimum RM900 bagi 10 juta pekerja sektor swasta."Kami berharap untuk berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: