SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

11 Julai 2009

TERLALU LAMBAT NAIK PANGKAT

Berita Harian
11/7/2009



GURU siswazah yang dilantik antara 1989 hingga 1995 yang memiliki selain ijazah perakaunan berasa kerugian kerana terpaksa menunggu lama untuk dinaikkan pangkat ke DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) Timed-Based. Rata-rata mereka perlu berkhidmat untuk tempoh 21 hingga 24 tahun sebelum layak memohon DG48 KUP. Keadaan itu agak berlainan jika berbanding rakan sejawat yang dilantik pada 1996 dan selepas itu. Mereka hanya perlu berkhidmat sekitar tempoh 20 tahun untuk layak ke DG48 KUP Timed-Based.
Justeru, saya ingin memberi komen surat daripada Cawangan Dasar dan Pembangunan Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia Bil: JPA(s) NP 134/8/3 Klt 17/s k5(3) bertarikh 9 Oktober 2008 yang bertajuk ‘Perbezaan Tempoh Ke DG48 KUP Timed-Based’ yang dialamatkan kepada Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP). Surat itu turut menyarankan supaya guru memohon peluang kenaikan pangkat ke DG48 dengan memohon jawatan sebagai guru cemerlang, guru Tingkatan Enam, pensyarah di Institut Perguruan Malaysia (IPG), pensyarah di Institut Aminuddin Baki (IAB) dan pensyarah di Kolej Matrikulasi. Soalnya, berapa orang guru ditawar dan berpeluang memohon jawatan itu berbanding nisbah guru yang layak memohon.
Contohnya, paling mudah ialah ada kalangan guru yang pernah mengajar di Tingkatan 6 lebih 10 tahun tidak ditawarkan DG48. Apa lagi untuk memohon sebagai pensyarah di mana-mana institusi di bawah Kementerian Pelajaran, sudah tentu proses pemilihan lebih ketat sewaktu menjalani proses temu duga. Oleh itu melalui ruangan ini, kami memohon jasa baik JPA, Kementerian Pelajaran dan Cuepacs supaya memberi peluang kepada guru yang dilantik mulai 1989 hingga 1995 menikmati tempoh perkhidmatan 20 tahun seperti rakan yang lain. Jasa baik ini dipohon memandangkan ramai guru terbabit berada pada umur sekitar 50-an. Oleh itu berilah peluang kepada mereka untuk terus berkhidmat di sekolah kawasan luar bandar sebagai guru DG 48 KUP Timed-Based tanpa perlu berhijrah ke mana-mana institusi di bawah kementerian demi menikmati pangkat sebelum bersara.
GURU 1MALAYSIA,
Baling, Kedah.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu lagi bermasalah,,,mak aku sampai pncen tak naik pangkat,,,makcik aku,,pakcik aku,,nenek aku tapi bukan cikgu la kumpulan sokongan ada kami kesah,,,

Tanpa Nama berkata...

apesal cikgu ni banyak sagat komen haa...kami sangat faham dengan pengorbanan cikgu dan jasa yang diberikan...tapi org lain lagi teruk , dah la gaji kecik nak naik pangkat sikit punya susah terutama dalam kategori sokongan... dari PAR, PRA, hingga ke juruteknik. Harap2 cikgu2 lain bawak bersabo la yer...banyak lagi kategori yang nak diperjuangkan..

Tanpa Nama berkata...

jangan dengki dgn guru,,,

pekerja stor nak gaji mcm pegawai..

mana adil...jika nak juga...kena apply jawatan baru sebagai pegawai..
tak baca perintah am ke??

PAKULLAZI berkata...

Tak usahlah kita dengki orang lain. Tak kan pasal mak kita dan sdra mara kita tak naik pangkat kita nak rungut-rungut. Saya sendiri dah 29 tahun dalam servis, ada ijazah universiti awam kat malaysia, tak nak pangkat sampai sekarang tak bising-bisingpun. Pada saya biarlah depa nak tuntut hak depa. Kalau ada munasabahnya pihak JPA bolehlah perbetulkan. Apa dosanya kalau depa para guru ni nak tuntut hak yang sepatutnya dituntut. Tak usahlah kita merungut dan dengki kat depa.Diri kita pulak kalau rasa teraniaya buatlah tuntutan guna saloran yang betul. Tuntutlah apa saja yang difikirkan layak. Ada rezeki dapatlah , kalau tak ada sabaq sajalah.Tak usahlah kita dengki dan iri hati pada orang lain.Mungkin ini rezeki dia, entah esok atau lusa rezeki kita pulak. Kalau ya pun kita tak dapat, boleh jadi rezeki anak atau cucu kita.Terus teranglah di pagi jumaat ni(waktu komen ini ditaip), kita orang Islam banyak sangat hasad dengki. Ini tak kena, itu tak kena. Yang rugi siapa. Kita yang rugi jugak.Saya tak bela guru 100 % . Tapi kadang-kadang saya terpikiaq jugak, hari ni ku boleh eja ,kira dan baca mai dari cikgu. Zaman ku mengaji dulu mana ada tadika, nama tadikapun tak biasa dengaq.Mungkin cikgu yang mengajaq saya dah mati,tapi jasa depa tetap terpahat dalam sanubari.Betoilah zaman cikgu mengajaq saya dulu, depa tak tuntut apapun, sebab zaman tu tak ada cuepac, internetpun tak ada. Jadi JANGLAH KITA DENGKI dengan orang lain. Muhasabahlah diri.Rezeki ketentuan ALLAH.Berdoalah dan berusahalah untuk kejayaan.

Tanpa Nama berkata...

bukan dengki muak asyik golongan guru aJA YG TUNTUT NAIK PANGKAT RASANYA SISTEM NAIK PANGKAT GURU DAH CUKUP BAIK DAH BERBANDING GOLONGAN LAIN,,,,BYK JUGA GOLONGAN BUKAN GURU ADA DEGREE TAPI JADI PT TAK DE LAH PLAK MEMEKAK NAK NAIK PANGKATOTH

Tanpa Nama berkata...

payah dgn golongan yang asyik dengki..busuk hati..

tu lah...dulu x mahu belajar rajin rajin...

Tanpa Nama berkata...

Setelah dibaca dan dikaji, saya dapati ada kesahan tulisan ini.Tapi apapun untuk guru yang berijazah dalam bidang perakaunan,undang-undang dan kejuruteraan tidak terlibat.Lalun mereka lebih pantas disebabkan peletakan tangga gaji sewaktu mula berkhidmat.Jika dikira perbezaan selama 4 tahun bererti 48 bulan.Untuk tempoh 48 bulan betapa banyak pendapatan yang sepatutnya diperolehi.Maksud saya bukan guru yang terlalu mengejar duit, tapi soalnya adalah hak.Kalau hak tersebut boleh dirasai oleh orang lain, kenapa hak guru dinafikan.Oleh itu SAYA MOHON pihak Cuepacs dapat panjangkan isu tulisan ini untuk tindakan selanjuntnya.

Tanpa Nama berkata...

Jangan marah dengan guru kalau depa minta naik pangkat. Sebab depa bersatu. Kesatuan depa kuat.Kesatuan depa berjuang sungguh.TUHAN kata dah sapa berusaha dia dapat.Aku langsung tak kecik hati apa lagi nak iri hati dengan cikgu, sebab depa bersatu dalam kesatuan. Abis kita ni...bersatu dak.Sebab tu orang dok kata satu lidi penyapu mudah patah. Bila seberkas lidi payah patah.Ni bukan kata nak bersatu mcm lidi penyapu, tapi nak kepak lagi buat korek taik gigi.

Tanpa Nama berkata...

Eloklah pihak Cuepacs berbincang dengan NUTP bersama dengan JPA.Saya rasa ada kebenaran rencana dalam akhbar tersebut.Bagi pembaca biasa, khasnya bukan guru mungkin kabur dan tak jelas isu tersebut.Namun mereka yang terlibat akan tersa kebenarannya artikel tersebut.

hamba Allah berkata...

saya tak kisah diorg nak naik pangkat...sebab golongan guru nie ader macam2 insentif...(parents guru) diorg pun cepat naik kalau betul2 cozz diorg perjawatan sendiri...tak macam kiter2 nie...saya ada diploma dah putus asa nak harpkan jawatan penolong pegawai...nampaknya sampai ketuala jadi PT.yang pasti tiap2 bulan bayar PTPTN.hmmm nthaler...saya harap pihak CUEPACS perjuangkan kenaikan gaji Pembantu Tadbir yang ader kelulusan...itu jer..nak jadi kerani seumur hidup pun lantaklah...dah malas nak mengharap...cuma bengang lulusan sijil dapat gaji P1:T9

Tanpa Nama berkata...

Saya cadang HAMBA ALLAH yang ada diploma teruskan cita-cita untuk dapatkan ijazah, setidak-tidaknya secara part time. Lulus nanti cuba mohon KPLI, moga2 Allah akan kabulkan hajat kita.Saya simpati taraf gaji spm di peringkat diploma. Nak buat macam mana.
Namun begitu saya bersyukur, walaupun ada ijazah dari UPM tapi bekerja sendiri dengan membela ikan keli.Pendapatan tu taklah banyak, tapi mampu beli CRV second hand. Jauh di sudut hati saya,untuk membenci para guru. Tak nafi kerana guru jugalah saya berjaya, walaupun tak ada slip gaji.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas segala komen dan kritikan sahabat-sahabat. Kita tidak pernah dan tidak akan sesekali berdengki dengan pihak lain. Yang diperjuangkan adalah untuk semua yang terlibat. Tak perlulah kita bermusuh sesama pegawai kerajaan. Sama-samalah kita perjuangkan hak masing\masing. Guru juga manusia biasa...

Tanpa Nama berkata...

ramai para kerani, pemabntu makmal, pembantu tadbir, pekerja am yang ada diploma, malah ada ramai juga yang ada degree dan segelintir ada master..tapi habuk pun tarak...

tak laku atau kurang laku diploma dan degree kat IPTA malaysia ni kalau buat secara PLK, PJJ, e-PJJ atau sebagainya melainkan belajar secara full-time..

kerajaan kita pulak tak peka dengan masalah ini. mereka yg belajar lagi dengan cara spt di atas banyak dah korban masa, wang ringgit dan sebagainya. akhirnya, sama saja nasib dengan lulusan sijil atau kadang-kadang lagi hampeh..

kalkau kerajaan sayang rakyat marhein seperti kami ni, jenguk-jenguklah masalah kami ni...

jangan bela gur dengan pensyarah IPTA saja..

kalau kami tak ada..(golongan sokongan bawahan ni)..lumpuh la..sektor awam ni...

pensyarah ni..nak foto stat pun tak pandai...apa lagi yg lebih teknikal...contoh la...jangan mare..

begitu juga guru-guru, ada yg kerja berpuluh tahun tapi nasib kadang2 lebih buruk dari yg baru kerja 'sehari dua'.

sifat peka tu perlu wahai kerajaan..kalau nak bagi sesuai dengan motto "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

bagi adil lah dalam sistem khidmat awam ni...

yg pandai bodek tentu lebih untung dlm sektor awam ni..

apa-apa pun kerajaan atau jabatan perlu ikut senioriti, kelulusan dan sebagainya dlm memberi kenaikan pangkat/gred pada kakitangan awam kecuali yg betul2 'luar biasa'.

Tanpa Nama berkata...

manusia x pernah puas...

Tanpa Nama berkata...

SETUJU dengan TANPA NAMA BERKATA manusia tak pernah puas. Manusia akan puas bila dah monopause(itupun kalau pompuan)Tapi kalau lelaki tu dia NO PAUSE.

Pada sayalah tak kisahlah sapapun nak minta.Kalau nak siar dalam cuepacs blogspot pun bukan rugi. Tak kena bayar satu sen pun. Apa kata kalau saya cadangkan siapa yang tak puas hati, tak kiralah kerani ke..tukang kebun ke..pembantu am pejabat ke...tukang fotostat ke...mai sama-sama kita hantar surat kat cuepacs.

Pasai pi belajar kat pjj atau mana-mana ipta, saya rasa tak seronoklah kalau salahkan depa.Depa tu cuma bagi ilmu. Depa tak janji nak bagi kerja.Kalau semua pakat pi univ, kemudian balik nak kerja kerajaan, sapa pulak nak motong getah buat skrap.

Saya ada master daripada salah sebuah ipts buat cara pjj, tapi motong getah buat skrap.Pendapatan tu taklah hebat, tapi kalau kerajaan tak mampu nak bayar dua orang pekerja setaraf pembantu am rendah, pakai duit getah skrap saya pun boleh.Yang penting kita mesti usaha.Bumi 1 Malaysia ni banyak peluang rezeki.Cuma nak tak nak saja.Contohnya seorang anak buah saya jual hasil kampung spti ubi,pucuk paku,sukun, petai kat pasar tani dan pasar malam..boleh pakai proton satria.apa lagi nak. incometax tak kena.betoi dak.

Tanpa Nama berkata...

betul tu betul tak dapat kerja gomen nak keja gomen dan dapat banyak karak plak

Tanpa Nama berkata...

hari2 guru atau kaki tangan kerajaan,terlalu di manja susah nanti.sekarang ada pula guru dah sombong tangungjawab di abaikan kna gaji dah besar,yang jadi mangsa kesombongan ini org awam yang gaji tak setanding ngan guru yg sombong ini.anak org awam ini sikit buat salah terus di singkirkan,nak bertindak duit tak cukup krana guru sangat senang dapat peguam.Ini cerita lain lagi janganlah asik nyebut pihak pekerja kerajaan, fikirkanlah sikit pekerja swasta yang bergaji rendah dan orang kpung yang tiada kerja. krana org inilah yang akan jadi mangsa,di sebabkan isu guru atau kaki tangan kerajaan naik gaji.(harga barang naik)kalau barang ini hanya di jual pada kaki tangan kerajaan saja tak apa.ini di jual menyeluruh pada rakyat. pihak kerajaan fikirlah secara menyeluruh jangan pada satu bahagian saja,jgn hanya di fikirkan saja ....tindakan harus ada. jangan seperti NATO. NO ACTION TALK ONLY.

Tanpa Nama berkata...

kesatuan guru kuatlah......ok untuk yang berpelajaran tinggi kesatuan itu adalah bagus... untuk yang tidak berpelajaran tinggi terpaksa bekerja di sektor swasta bagaimana? nak mendaftar nama untuk menubukan kesatuan(union)pihak majikan akan ambil tindakan buang kerja sebab tidak mahu ada kesatuan di bawahnya.fikirkanlah sendiri..... apakan jadi pada org yang lemah. kalau pihak kerajaan atau mana-mana yang berkaitan,nak turun padang untuk menyiasat,orang itu harus di beri baju kebar atau jimat bagi mengelakan di serang RM$$$$$$$$$$$$.dunia sekarang dah terlalu matang. dimana yang salah jadi betul,atau gajah yang di curi dapat di sembunyikan faham fahamlah............

Tanpa Nama berkata...

Pada mereka yang tidak tahu tentang urusan pentadbiran sesuatu jabatan, janganlah nak bagi komen kerana komen anda itu menunjukkan betapa bodohnya diri anda... fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

apapun yang u orang kata, naik pangkat ke naik gred/gaji ke tak kesah sangat.dah ada pendapatan tetap.Pokoknya ceupec hendaklah memikir dan memutuskan apa saja peluang kenaikan pangkat/pelarasan gaji untuk semua kumpulan/jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji/dibuat dengan bijak agar tidak merugi semua pihak berkenaan.Yang agak peliknya ceupec tidak melihat kepada kakitangan awam yang diambil secara kontrak.Tiap-tiap tahun pegawai yang sama diambil secara kontrak, sedangkan kementerian/jabatan mereka ditempatkan memerlukan perkhid-matan tersebut.Amatlah rugi bagi kumpulan ini,ramai yang berijazah, gaji secara kontrak.Umur makin tua,akhir-akhirnya memohon ke jawatan tetap dah dapat

Tanpa Nama berkata...

apapun yang u orang kata, naik pangkat ke naik gred/gaji ke tak kesah sangat.dah ada pendapatan tetap.Pokoknya ceupec hendaklah memikir dan memutuskan apa saja peluang kenaikan pangkat/pelarasan gaji untuk semua kumpulan/jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji/dibuat dengan bijak agar tidak merugi semua pihak berkenaan.Yang agak peliknya ceupec tidak melihat kepada kakitangan awam yang diambil secara kontrak.Tiap-tiap tahun pegawai yang sama diambil secara kontrak, sedangkan kementerian/jabatan mereka ditempatkan memerlukan perkhid-matan tersebut.Amatlah rugi bagi kumpulan ini,ramai yang berijazah, gaji secara kontrak.Umur makin tua,akhir-akhirnya memohon ke jawatan tetap dah tak dapat

Tanpa Nama berkata...

Tulah kau org ni silap, patut bersatu menubuhkan 'kesatuan kebangsaan rakyat malaysia', keahlian terbuka kepada semua rakyat malaysia tak kira sama ada dia berkerja atau tidak swasta atau kerajaan, tetap atau kontrak. Kesatuan ini menjaga semua segi hal hal tuntutan dan kebajikan kita rakyat malaysia terhadap majikan.