SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

29 Julai 2009

GAJI KAKITANGAN GRED 41, 44 MASIH RENDAH

Berita Harian
29/9/2009




SEBELUM ini kita sering mendengar rungutan dan rintihan guru sekolah lulusan ijazah selepas Pelarasan Gaji Baru Kakitangan Awam yang bermula pada Julai 2007. Sesungguhnya fenomena sama juga dihadapi kakitangan awam yang berada di bawah jabatan lain seperti Kastam, Bomba dan Penyelamat, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya. Persoalannya, sampai bila kumpulan pengurusan dan profesional perlu bersabar dengan jurang kenaikan gaji yang seolah-olah diatur oleh pihak lain untuk merendahkan kumpulan berijazah di negara ini? Sebagai contoh, saya sudah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam di bawah Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam selama 12 tahun lalu, sebagai pegawai di dalam Kumpulan Sokongan 1 di bawah Gred 27 (lulusan STPM dan Diploma ).
Bagi meningkatkan taraf akademik dan pembangunan kerjaya, saya menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan dengan perbelanjaan sendiri. Hasilnya saya berjaya menjawat jawatan dalam Gred 41, tetapi dengan gaji pokok lebih kecil berbanding kawan yang sama-sama melaporkan diri 12 tahun lalu, tetapi sudah dinaikkan pangkat ke Gred 32. Perbezaan gaji kami sebanyak lebih RM500. Itu belum lagi mengambil kira kakitangan yang baru berkhidmat lima tahun yang sudah dinaikkan pangkat dengan gaji mereka juga lebih besar daripada pegawai mereka. Apa yang saya ingin persoalkan di sini, bukanlah saya tidak berpuas hati dengan gaji mereka, bahkan saya mewakili pegawai lain mengalu-alukan kenaikan itu bagi menampung kos kehidupan yang cukup tinggi.
Apa yang ingin saya pertikaikan ialah perbezaan peratusan kenaikan gaji yang dibuat dua tahun lalu, tidak adil kepada kumpulan pekerja yang berijazah terutama dari Gred 41 dan 44. Ia bukan saja membabitkan kenaikan gaji pokok, malah juga memberi kesan kepada kenaikan tahunan iaitu kenaikan tahunan Skim Gaji 32 lebih besar daripada kami yang berada di dalam Gred 41. Keadaan ini memberi tekanan hebat kepada kumpulan pengurusan dan profesional. Untuk makluman, gaji Gred 38 juga lebih besar dan menarik daripada Gred 44. Inilah kenyataan yang harus diterima oleh kumpulan bawahan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam perkhidmatan awam. Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan kerajaan, bahkan saya amat bersyukur dengan pembelaan daripada pihak kerajaan terhadap masalah kakitangan awam di negara kita, tetapi perbezaan kenaikan peratusan sebanyak 10 peratus, menyebabkan golongan kami tertindas. Hasilnya, segelintir pegawai bawahan memandang rendah kepada pegawai mereka yang bergaji kecil. Saya merayu kepada pihak kerajaan supaya mengkaji semula pelarasan gaji yang bermula pada Julai 2007 dan bukannya berterusan mengikut telunjuk Cuepacs yang ternyata tidak membela nasib Kumpulan Pengurusan dan Profesional di negara ini.
Kepada Cuepacs, cuba selami hati dan perasaan kami yang terpaksa mengikat perut, meminjam duit untuk menyambung pelajaran dan jangan hanya tahu menuntut untuk sebelah pihak saja. Sesungguhnya kenaikan sebanyak 35 peratus untuk Kumpulan Sokongan 2 adalah baik, kenaikan sebanyak 25 peratus untuk Sokongan 1 juga adalah munasabah, tetapi satu kajian semula perlu dibuat supaya Kumpulan Pengurusan dan Profesional tidak tertindas. JALAK LENTENG, Banting, Selangor.

68 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...dah gred 41, 44 pulak yg tak puashati dengan gaji mereka yg kononnya rendah..

Bersyukur je laa dgn gaji yg awak terima tu..Klu pegawai gred rendah naik gaji, pegawai gred tinggi pun nak naik gaji lebih tinggi......

Tanpa Nama berkata...

Apa sajalah dia nie. Tak reti bersyukur ker?? Gaji yang beribu tu pun masih tak cukup2. Pelik tol. Cuba pikir gaji peringkat bawahan. Nak jurang berapa jauh lagi??

Iskh3... manusia..manusia... tamak!

Tanpa Nama berkata...

ko ingat naik gaji 35% tu naik beribu ker...pikir la skit apa hal kalo sebelum naik gaji mati RM1000 n bila dah naik gaji mati RM 1350 tu banyak sangat ker sampai korang nak jeles ni haaa...Sudah la tu kumpulan cikgu n PRO ni sememangnya tamak haloba belaka..asik tak cukup memanjang dengan gaji tu...Teruk sangat ker kumpulan sokongan ni buat kerja sampai tak layak pulak naik gaji...LU pikir la sendiri cukup ker pencen RM 720 dalam keadaan sekarang yang belanja semuanya besar...BERSYUKUR la sikit...

Tanpa Nama berkata...

memang rendah...sebab kenaikan x selaras..
sepatutnya semua naik 35%..

baru x bercelaru sistem gaji..

ini sokongan 35 %.

mana nak logik..ikut kiraan matematik pun x akan jadi sama banyak...

golongan ijazah kena gaji banyak,,sb mereka golongan pemikir..

Tanpa Nama berkata...

mana adil..sepatutnya kenaikan kena sama...sokongan mana boleh sama dengan yg ada ijazah..

sebabnya...kena hargai golongan siswazah yang ada kelulusan.

Tanpa Nama berkata...

tak de kemana nya golongan pemikir yang pentingkan tengkolok sendiri...Jangan berlagak sangat sbb yang banyak perjuangkan hak kakitangan adalah dari golongan kumpulan sokongan yang perjuangkan tak kira untuk mana2 kategori sama rendah atau tinggi..itu lebih baik beb..tak payah belajo tinggi tapi hati budi mesti tinggi baru orang hormat

Tanpa Nama berkata...

kalau x belajar tinggi..macam mana negara nak maju...

jgn dengki dgn org..kau belajar x pandai tapi dengkin dgn golongan pegawai..

apa punya pemikiran.

Tanpa Nama berkata...

kumpulan gred A tak boleh memegang jawatan dalam persatuan.
perintah am.

kalau kami kum A pegang..x akan jadi masalah celaru gaji..

kalau naik 20%..semua naik sama,

baru betul.

Tanpa Nama berkata...

emmm pandai nya korang nie belajao yer sampaikan TAMAK itu dah jadi sebahagian dari diri korang...ishh..ishhh...ishhh...manusia apa la korang ni yer..yang sorang tu matematik dia pandainyerrrrrr...yang kaya bertambah kaya ...betul la tu 2 x 2 = 4

Tanpa Nama berkata...

Kalau golongan sokongan naik gaji mana pernah golongan profesional / atasan tak naik gaji sama? pasni naik sama kan? Tapi pernah dgr tak klu golongan profesional / atasan naik gaji, golongan sokongan pun naik gak gaji? tak pernah dgr lagi laaa... mana keadilannyer? Tak adil... klu org atasan sendiri ckp gaji masih rendah... inikan pula golongan sokongan punyer gaji.. lagi lah rendah!!

Tanpa Nama berkata...

Kat jabatan lama tempat saya bertugas dulu pegawai gred 41 baru lantik tak tau buat keja, dok dalam bilik main game dengan surf internet je..
Tak berbaloi kerajaan (rakyat) bayar gaji tinggi2, tapi takde hasil pun..
Penagih dadah pun semakin menjadi2 banyak.:-(

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan sokongan naik gaji hingga ke 35% berapa sangat laa klu dikira, tp klu pegawai atasan naik gaji 10% pun sebenarnya dah cukup byk perbezaannya dgn kumpulan sokongan..
Cuba la kira sendiri..

Tanpa Nama berkata...

mana ada sama..!!
naik gaji 20% kumpulan sokongan dengan naik gaji 20% kumpulan gred A hanya menguntungkan kumpulan gred A saja..
tak reti kira ke?

Tanpa Nama berkata...

sb golongan gred A bijak.

mereka pemikir.

staf sokongan..jangan lah dengki dgn 41.

nak 41 ke??? belajar lah rajin rajin...dulu x mahu belajar rajin rajin..bila gaji rendah..salahkan golongan A...apa lah...

Tanpa Nama berkata...

kalau pegawai naik 10%..sokongan pun kena 10%.

baru adil....

takkan lah sokongan nak naik 100% kot...

kesian lah golongan A..mereka pemikir...korang hanya melaksanakanya..

Tanpa Nama berkata...

banyaklah korang punya pikir yang projek2 kerajaan juta2 dan bilion2 tu tak kan tak takda "masyuk!!"
kalau pandai sangat pikir napa rasuah berlelusa? kita orang orang sokongan mana ada kuasa nak sain oiii!! jadi pak menteri lah lagi best boleh masuk parlimen dan gaji 5 angka....

Tanpa Nama berkata...

"Dunia boleh beri keperluan manusia tapi tidak dapat memenuhi ketamakan manusia"

......................

Tanpa Nama berkata...

kepada kakitangan awam golongan atasan yang dah kaya raya melimpah ruah dengan segala elaun dan kemudahan jangan perkecilkan golongan sokongan yang amat memerlukan ganjaran untuk menampung kos kehidupan yang semakin meruncing ni..jangan cuba nak tutup periuk nasi kami.. kalau dapat bonus nanti pergi sedekah kat rumah anak-anak yatim..pastu..jaga disiplin diri..jangan ambik rasuah..

Tanpa Nama berkata...

kesimpulannya...

lain kali belajar lah rajin rajin..

jangan bising bila gaji rendah..

nasihat pada anak masing masing..supaya belajar rajin rajin..

jgn gagal spm..lebih tu minta gaji macam pegawai..

Tanpa Nama berkata...

takkan pegawai nak pakai honda civic..sokongan pun nak..

ukur baju lah..

masalahnya..sokongan ni nak gaji sama mcm pegawai..

saya ulang..nak gaji sama mcm pegawai..tapi belajar malas..

fikirkan lah..

Tanpa Nama berkata...

saya harap sokongan sabar.

anda memang layak dapat gaji mcm itu sahaja sb korang x perlu memikir.

Tanpa Nama berkata...

kita kena bersyukur.

cadangan saya..sokongan jgn meminta. udah lah. buat keje ye.

pegawai gred A..anda layak mendapat apa yg sepatutnya

Tanpa Nama berkata...

"KORANG HANYA MAMPU PIKIR TAPI TAK MAMPU SURVIVE SEBAB TU NAK GAJI LEBIH DAN NAK RASUAH LEBIH!!!!"

Tanpa Nama berkata...

Belajar tinggi sama tinggi dengan duit "masyuk"!!!
hari2 fikir macamana nak masyuk lebih tinggi!

Tanpa Nama berkata...

Engko ni bernasib baik datang dari keluarga senang. Setengah tu bukan tak leh nak masuk ‘U’ tapi datang dr keluarga susah. Zaman2 aku masa tu susah. Budak ramai yang cerdik. Mak bapak potong getah. Harga rendah. La ni nak dapat pinjaman senang. Dah tu bila masuk U, dapat kerja, gaji tinggi melanggit, liat pulak nak bayar

Tanpa Nama berkata...

Woit waras ko ni waras ker ada yg dah dtg dari keluarga susah bekorban utk adik beradik nak further studies jadik dapat ker kerajaan jadi kerani atau PAR jer ko tak hati perut ker
aku pun ada kelulusan tapi boleh berfikir sama. dia org nak sambung belajar sumber kewangan terhad. kalau naik gaji ni mungkin peluang mereka aakan terbuka utk menyaingi org mcm ko naper ko takut ker???

Tanpa Nama berkata...

ada sesetengah bos pulak, kedekut nek bagi markah untuk kakitangan bawahan bila staf tu di nilai untuk kenaikan gaji. puluh biluh..bila staf yang pandai membodek, baru la kembang bulunya. padahal, smua kerja orang buat. dia cuma tau mengarah dan cepat buat kerja. walau pun suda time pulang orang masi kena suruh buat kerja. tapi kedekutnya ya Allah..Tuhan je yang tau. mcm dia yang bayar gaji kita orang. kalau orang tak buat kerja takpe la dia mcm tu..Tuhan je yang boleh balas segala apa yang dia buat..

Tanpa Nama berkata...

saya org susah tapi berjaya masuk u dan bergelar pegawai..

jgn guna alasan susah.

dah ditakdirkan korang malas belajar.

lepas tu nak salahkan org.

x faham teman

Tanpa Nama berkata...

golongan gred A kena sabar.

sokongan x waras sb mereka x belajar tinggi. kesian kat mereka.

Tanpa Nama berkata...

cadangan...pegawai dinaikan gaji lagi sebanyak 35%.

sebabnya..mereka layak.

Tanpa Nama berkata...

Aku baca semua komen-komen yang disiarkan ini, nampak cukup tak matang.Walaupun saya tak kenal, gaya penulisan kau orang memang ada perasaan dengki dan khianat. Kalau perangai macam ni ada dalam hati, sampai bila pun tak selamat.Kalau permintaan gred 41 dan 44 ni ada rasionalnya, JPA akan kaji. Cuepac pula akan menyokong.Yang kita beriri hati kenapa?Kalau kita berjawatan rendah dan bergaji rendah, usahakan untuk tingkatkan diri supaya berjaya macam orang yang dah berjaya.Manakala kita yang dah berjaya dan berada di atas, berilah semangat dan kekuatan untuk berkreatif dan maju kepada orang yang kurang berjaya.Dosa kita dengan Allah kerana terlupa nak tunaikan suruhannya dah tertanggung, kita tambah pulak dengan dosa-dosa sesama makhluk.
Maaf kalau terasa. Dpd saya Pak Teh Ail, peniaga JUS jambu 88.

Tanpa Nama berkata...

sokong pak teh ali jambu..

Tanpa Nama berkata...

jangan dengki dgn org berpelajaran.

sb apa...mereka sebenarnya tidak boleh memegang apa apa jawatan dlm persatuan dan politik.

kalau boleh gerenti presiden cuepac milik golongan pegawai kelas A. Baru org respect.

sekadar renungan

Tanpa Nama berkata...

Merujuk 2 post ni Rabu, Julai 29, 2009 7:58:00 PM Rabu, Julai 29, 2009 8:56:00 PM

Awak berdua ni dah salah tempat nak komen. Sekarang ni sape yg memekak kat sini sibuk kata gaji gred 41, 44 rendah?? kan golongan pegawai gred tu juga..bukan kumpulan sokongan...
Lain kali baca dulu baru bagi komen.
Klu nak komen pasal kumpulan sokongan, pegi bagi komen kat Gred N17 rayu pembelaan..ada fhm..?

Tanpa Nama berkata...

Salam
Harap Pegawai Kerajaan Di Sini Bertenang dan Jangan Salahkan Sesiapa.Kesatuan tidak Perjuangkan Satu gred kumpulan.
Apa Pun Bersyukurlah apa yang kita terima..Lihat orang yang kerja di kilang, kerja lapangan membanting tulang cari rezeki...jadik syukurlah wahai penjawat Awam Semua.
Manusia tidak pernah puas di Muka Bumi ALLAH ini, Seolah Olah Dunia ini Hakiki...Ingat Mati akan Jemput Kita.

Tanpa Nama berkata...

Nak buat pembetulan.
Gelaran saya bukan Pak Teh Ali Jambu.Tapi Pak Teh Ail(Mail).Pak Teh ni tak nak kondem sapa-sapa, orang bawah ke..orang atas ke..yang penting syukur. Dapat alhamdullilah..tak dapat usha lah lagi. Jangan jemu.Cuma Pak Teh Ail nak nasihat,jangan iri hati kat orang tak baguih(Pak Teh ni oghang Kedah..anak Baling)Sapa usaha..sapa dapat.Apa kata..kalau kita semua pakat-pakat minta.Pak Najib akan bagi..kan dia kata rakyat diutamakan.

Jgn marah kat Pak Teh Ail. Malam ni malam Jumaat.

Tanpa Nama berkata...

sokongan pun ramai yg dh belajar tinggi..cuma belum ada rezeki utk dpt jwtn setaraf.

Mintalah pada kerajaan apa yg tak cukup..Golongan PRO mintak bahagian mereka, kita semua sokong..Golongan SOKNGAN mintak bahagian mereka,pon kita sma2 sokong.jgn lah kondem, sama2 lh bagi semangat..baru la kerajaan bagi kalo kita semua bersatu.

Jgn dengki, jgn menghina...manusia semua sama dan saling memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

Saya x suka tengok sesama kakitangan awam bergaduh sama sendiri. Kenapa nak gaduh. Semua saling memerlukan, x dinafikan gred 41 ke atas gred pemikir, namun perlu sokongan untuk jalankan tugas. 70% jumlah kakitangan awam adalah sokongan. So hormatilah mereka. Bagi yg gred 41 ke atas. Jadilah contoh kepada mereka, berbelanja secara berhermah.. bagi yg tidak puashati pasal gred 32 & 38 sepatutnya tidak menjadi isu. Dasar JPA menetapkan gaji sebegitu adalah faktor pengalaman. Makluman, untuk menjawat 32 perlu berkhidmat 8-10 baru dipertimbangkan. lagi pun gred 41 adalah gred lantikan bukan gred naik pangkat. Saya yang JUSA C pun syukur dengan apa yang tuhan bagi. Sepatutnya kita sebagai umat Islam, sepatutnya mengsyukuri apa yang tuhan beri. Tidak berkira dengan apa yg Allah kasi. Saya seperti anda semua tidak bermula dari atas setelah 30 tahun baru perolehi apa yang ada sekarang. Pesan saya kita perlulah bersatu padu bagi mengdokong cita-cita 1 malaysia dan sepatutnya bermula di kalangan Kakitangan Awam. Sekian

Tanpa Nama berkata...

sokong jusa C.

Tanpa Nama berkata...

gaji kakitangan awam masih lagi rendah sebenarnya...

kepada kakitangan awam..bersyukurlah anda masih bekerja....

Tok dah kena buang keje..
ekonomi meleset..

Tok SE

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kita menuntut ilmu bukan kerana nak gaji besar, gaji itu hanya sampingan, walaupun pegawai sokongan mempunyai ijazah saya rasa bagus sebab dia telah usaha untuk meningkatkan ilmunya.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya gaduh antara staf kerajaan ni memang nampak 'ngok'.

tapi yg dok 'ngok' tu nampaknya staf bawahan yg tak faham isu.

yg staf 'atasan' dok perjuang tu bukan nak nafikan hak pekerja bawahan, cuma mereka nak 'kelulusan' dan pengalaman mereka diiktiraf kerajaan.

lagi pun, jika kerajaan naikkan gaji mereka, ianya tak melibatkan duit poket pekerja bawahan.

sekiranya pekerja bawahan tak puas hati dengan gaji mereka, mereka juga boleh bincang soal tersebut di web ini bersama cuepacs, sebab ini web site cuepacs..

dari sinilah pihak cuepacs dapat maklumat dan akan cuba berhujah dengan pihak kerajaan. lagipun, kerajaan kita tak akan peka dengan semua permasalahan ini jika tak diberitahu oleh cuepacs..

semua staf tak kira bahagian atas atau bawah boleh berdiskusi hal-hal yg berkaitan dengan pekerjaan mereka di sini tanpa syarat saya rasa.

jadi, adalah lebih molek kita lebih waras dalam berhujah.

takperlulah kita asyik melenting dengan 'staf atasan' sekiranya mereka berhujah 'cara mereka' untuk 'hak mereka'.

kita staf bawahan pun perlu tunjukkan kehebatan kita berhujah KEPADA KERAJAAN untuk kepentingan dan pertimbangan mereka akan hak-hak kita dalam sektor awam ni.

bukan nak bermaksud ketepikan rasa bersyukur pada Allah akan 'kesempatan' kita berkhidmat dengan sektor awam ni, tetapi dalam masa yg sama kita juga dibolehkan untuk sama-sama berbincang demi menambahbaikkan 'nasib kita' dalam sektor awam ni.

tidak semua apa yg digubal oleh kerajaan kita itu sentiasa sempurna. adakalanya, mereka sendiri pun 'tidak perasan' tentang 'perkara-perkara' tertentu dlm perkhidmatan awam ni sebab itulah kita selalu melihat pihak cuepacs sentiasa memohon itu dan memohon ini pada pihak kerajaan.

oleh yg demikian, kepada semua staf atasan atau bawahan, kita perlu berbincang dan berhujah demi kepentingan bersama secara profesional, bukan emosi.

jangan mare..

PAKULLAZI berkata...

BETUL KAWAN-KAWAN KITA KATA TU.

JANGAN IRI HATI KALAU ORANG LAIN MINTA.KITA SENDIRILAH KENA MINTA.JANGAN HARAP ORANG LAIN MINTA UNTUK KITA.

INI MINTA TAK NAK, BILA ORANG MINTA KITA MAKI ORANG.MANUSIA APA NAMANYA? DOK SEMBAHYANG TUNGGING TEBALIK SIANG MALAM, TAK DAPAT PAHALA DAPAT DOSA, SEBAB DOK MAKI DAN IRI HATI DENGAN ORANG.

YANG DOK KONDEM ORANG,BERTAUBATLAH.MULAI ESOK ATAU LEPAS BACA KOMEN SAYA,BUAT SURAT HANTAR KAT CEUPACS.KAMI SOKONG

Tanpa Nama berkata...

golongan sokongan dengki x sudah..

artikel ini berkenaan dgn 41 dan 44.
apa kena mengena dgn hanpa sokongan.

belajar x pandai..pikir pun x pandai...

pak misai

Tanpa Nama berkata...

YANG PASTI PENGIRAAN PERATUS SOKONGAN DENGAN 41 DAN 44 MEMANG TIDAK SEIMBANG. PERLU DISELARASKAN MENGIKUT KESESUAIAN KELULUSAN DAN PENGALAMAN.TAK PERLU KUTUK MENGUTUK SESAMA KITA. CUEPACS SHOULD BE RESPONSIBLE FOR THIS ISSUE.FIGHT FOR ALL NOT FOR ONE.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak gaji lebih, usaha kena lebih, lebih maksudnya disini berniaga seperti unjuran dalam islam. Gaji kakitangan awam beza tak jauh, 2 ke 3 ribu antara gred 17 - gred 48. Cina berniaga jual sayur kat pasar malam, saya percaya bleh mencecah 10 ribu. Disini maksudnya bersyukur dan berusaha.Saya gred 41 dah 14 tahun keja belum dapat gred 44.Pandangan saya kalau gaji 10000 pun saya tak layak sebab keja rilek kat dalam opis walaupun saya tak penah cuti sakit.

Tanpa Nama berkata...

merujuk post Rabu, Ogos 05, 2009 11:00:00 AM

Kau keje rilek mmg le x lyk dpt gaji tggi n naik pangkat..padan la tu! bkn semua org keje rilek mcm kau......

Tanpa Nama berkata...

Memang setuju...kalu belajar tak pandai..takat lulus je spm..takkan nak disamakan dengan gaji orang yang lulus universiti. Sekarang ni cuepacs tidak adil. Hanya nak tinggi kan gaji satu golongan dan macam nak disamakan elaun dengan golongan profesional. Kalu negara sosialis boleh la..mcm ni cakap dgn anak2 jgn belajar tinggi.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU!!!!!!!
DG41 dan DG44 belajar tinggi2 dan hutang banyak semasa belajar...

Gaji DG32 dalam Pendidikan jauh tinggi selepas kenaikan daripada DG41..sekarang gaji tukang masak senior sekarang sama dengan gaji fresh graduate(DG41) Kelulusan setakat mana. ada kena bayar PTPTN ke?

Pelarasan patut naik sama...supaya sistem gaji tidak bercelaru seperti sekarang dalam kementerian pendidikan. kalau tak pun...kenaian DG29 KE BAWAH 20% , DG32/DG41 DAN KEATAS ... TAKLAH ORAG MERUNGUT SANGAT.,,15%

Habis nanti pemegang sarjana....tak kan nak gaji kecik daripada DG32 kot....

Tanpa Nama berkata...

SETUJU!!!!!!!
DG41 dan DG44 belajar tinggi2 dan hutang banyak semasa belajar...

Gaji DG32 dalam Pendidikan jauh tinggi selepas kenaikan daripada DG41..sekarang gaji tukang masak senior sekarang sama dengan gaji fresh graduate(DG41) Kelulusan setakat mana. ada kena bayar PTPTN ke?

Pelarasan patut naik sama...supaya sistem gaji tidak bercelaru seperti sekarang dalam kementerian pendidikan. kalau tak pun...kenaian DG29 KE BAWAH 20% , DG32/DG41 DAN KEATAS ... TAKLAH ORAG MERUNGUT SANGAT.,,15%

Habis nanti pemegang sarjana....tak kan nak gaji kecik daripada DG32 kot....

hamba Allah berkata...

rata-rata sokongan 2 mempunyai ijazah/ Diploma. tapi mungkin rezeki kami tak sebaik golongan 27(Diploma)/ 41 dan keatas(Ijazah).
Kenaikan 30% golongan sokongan tak sebanyak basic golongan 41. sedangkan kami mempunyai Diploma. Walaupun pointer ok. Bersyukurlah dengan gaji yang anda terima. tak kisahlah samada daripada kumpulan Pengurusan&Profesional mahupun kumpulan Sokongan 1 dan 2. Saya masih belajar. Walaupun tak tahu nasib samada lepas graduate nie dapat pegang jawatan yang ok ke idak....setidak-tidaknya saya berusaha. Kalau Encik/ Puan yang bergaji 41/44 rasa gaji rendah. mari renung2kan gaji PT(W17) berkelulusan Diploma yang telah 6 tahun berkhidmat. setidak-tidaknya anda berpeluang memegang jawatan yang sepatutnya anda sandang. Saya tak malu sebagai PT dan cuba tingkatkan diri seperti yang disarankan. InsyaAllah...kalau ada rezeki anak2

Tanpa Nama berkata...

syukur memang syukur jika sama adil dan saksama.nie hanya menguntungkan puak sokongan ajer.mana adil.fikirla kita kenala adil dan saksama.bukan makan sorang aje.gred 41 dan 44 nie bljr guna duit dan bayar hutang pinjaman belajar buat degree.jadi kena la adil.nie yang tak bljr gaji tinggi.mana adil maaaa...lu fikirla sendiri....bonus pun lu org punya puak jugak makan sorang..adil ker...

tanpa berkata...

pihak berkenaan tolong kaji semula gaji golongan ijazah,hasil kenaikan gaji yang tidak adil kita dah nampak,kami ni golongan berijazah tolonglah hargai sikit,bukan tamak haloba tapi itu hak kami.

tanpa berkata...

pelarasan gaji kena adil,jangan pula sampai ada yang berkata...belajar tinggi-tinggi dapat gaji rendah,baik belajar rendah-rendah dapat gaji tinggi.dah lah tu,dapat bonus lagi.

Tanpa Nama berkata...

Maaf menyampuk,

Bukan kami tak bersyukur tapi memang kenaikan tidak seimbang, contohnya kami dari kumpulan B (diploma) gred F29 hanya mendapat kenaikan tahunan sebanyak RM66.55 sahaja, sedangkan, kumpulan D gred F11 (sijil....) mendapat kenaikan tahunan lebih dari RM100 +++...harap kajian dilakukan semula...Bukan kumpulan P&P sahaja yang rasa teraniaya, kami juga rasa begitu

Tanpa Nama berkata...

Patut la presiden cuepacs nie mcm lalang !!!!!!!!!takder pendirian!!!!!!! kejap macam nie kejap macam tuh.......rupa2nya dot dot dot......lain sgt pemikirannya

Tanpa Nama berkata...

Saya ni pun pemegang gred 44 juga...kita tak sepatutnya menyalahkn sesiapa dlm hal ni..apa yang penting kita tunaikn tanggungjawab sebagai kakitangan profesional...bersyukur kerana ada pekerjaan..terima seadanya gaji yg diberikn kpd kita...dan muhasabah diri..mana tau masih ada tanggungjawab tertentu yg belum kita laksanakn..apapn semuanya daripadaNYA... kerajaan kita ni adil..percaya pd rezeki masing2..luar sana lulusan master pn masih ada yg tk dapat kerja macam kita.

nomi berkata...

beribu2 sarjana kite bekerja di luar negeri terutama di UK, Qatar, Swiss, France, Spain.. bahkan yg paling dkat singapore.. mrk menyumbang pd kmajuan negara tersebut.. krn di sana sarjana, pemikir n saintis sgt dihargai krn nilai ilmu yg dimiliki..

nsar berkata...

salam...
Kenapa lah kite perlu hina menghina antara satu sama lain ni..Agak memalukan budaya kita mcmni..Walaupun xmengenali ttp ape yg ditunjukkan agak memalukan kite yg berada di sektor awam.
Kepada yg belajar rajin n terus berjaya alhamdulillah..itu semua berkat usaha mereka..Tetapi xperlu lh smpi nk mengutuk dan hina kt org yg kurang berjaya ni..Sudah tertulis rezeki masing2 mcm tu..Awak yg dh berjaya jgn mudah berasa bangga itu semua anugerah shj..Jgn ingat dh jd pegawai awk itu pandai, bagus shj..Kite masih ade yg lebih tinggi dlm hidup kite..jgn cepat melatah dlm hidup ni...Kepada kumpulan sokongan cuba perbaiki diri. Tingkatkan lg usaha..Insyallah kejayaan akan datang dgn usaha yg ikhlas. Biarlah diorg nk mintak gaji byk2 pun yg pasti KEBERKATAN itu yg penting..gaji byk mana pun klu xde keberkatan mmg sentiasa tidak mencukupi..Kita di sektor awam saling perlu memerlukan..Saya xthu plak pegawai boleh buat kerja dr A-Z tanpa pertolongan org sokongan..sapa yg nak menggerakkan idea2 bernas kumpulan A kalau setakat dlm "paperwork" aje..Bentang dlm meeting pastu simpan aje lm laci..leh ker?? Tidak kh mereka memerlukan org sokongan utk menyelaraskan projek2 mega diorg tu..Saya xmau slhkan kumpulan A atau sokongan..Udah2 lh..gaji ni byk manapun mmg xkan cukup..Sbb manusia ni bernafsu..suke menunjuk2,megah2 dan sbg nya. Janji kasih sesama manusia yg perlu dipupuk...amin

srizals berkata...

Tolong fahami isu sebenar. Pegawai 41 dan 44 bukannya meminta kenaikan durian runtuh sokongan dibatalkan atau ditarik balik. Mereka bukan dengki. Yang dipohon keadilan untuk mereka. Kenapa kumpulan sokongan marah membabi buta?

Segulung ijazah kosnya 15 - 19 ribu, belanja sendiri (hutang), masa 3 - 5 tahun. Orang yang lebih berusaha dan meningkatkan diri sepatutnya mendapat lebih dari yang kurang atau banyak alasan untuk berusaha tetapi hanya pandai mendesak dan meminta. Ada faham?

Pro Menyesal Jadi pro berkata...

Masa pru nanti, kumpulan p n p perlulah bersikap professional dan tidak takut untuk mengundi demi perubahan. Mesir dan Tunisia dah berjaya. Malaysia bila lagi?

saraly berkata...

Hmm..Mesir pun boleh terbalik, inikan pula Malaysia. Masa dekat dgn PRU, macam-macam boleh diuruskan. Manusia memang macam tu. Terlalu lama berkuasa mudah membuat yang sentiasa kenyang lupa.

Tanpa Nama berkata...

Salam...Bukan tak bersyukur dengan kenaikan gaji,tapi pikirlah golongan atasan sampaikan kenaikan gaji antara rm165 hingga rm320.kenapa gred sokongan hanya rm80 - bawah rm200 je?kenapa dia orang xbuat kerja ke?sendiri mau ingatlah, kalau x de kumpulan sokongan x merasalah gaji pihak atasan.fikir2kanlah pru13 dah semakin hampir,jgn di anak tirikan kumpulan sokongan.Kalau golongan cikgu masih x bersyukur, sedangkan kenaikan dah tinggi.berilah peluang kpd kumpulan sokongan...

Tanpa Nama berkata...

Ini saya forwardkan komen dalam fb KPPA..Assalamualaikum ..Tan sri,saya terpanggil untuk memberi komen tentang SBPA sejak saya mengikuti komen2 laman blog ini. Memang banyak yang tidak berpuas hati terutama PA pelaksana khususnya memandangkan kumpulan ini adalah majoriti PA di negara kita.Saya juga ingin menyampaikan rasa tidak puas hati saya bagi pihak golongan P&P setelah saya mendengar dan mendapat maklumat lengkap dari pihak KPT(mewakili JPA) tentang SBPA ini di salah satu IPTA baru2 ini.Saya tidak mahu menyentuh berapa kenaikan gaji Skim 54 ke atas..tetapi saya harap Tan sri dapat melihat kembali skim DS 52 kebawah terutamanya bagi pensyarah gred DS 52 dan DS 45 dimana kenaikan gaji permulaan dari TI(SSM) ke T1(SBPA) memang nampaknya ada kepincangan terutama gred DS 45 dimana gred kenaikan gaji permulaan terlalu sedikit iaitu RM3.95 (DS45-P1) , RM761.53(DS52-P1) berbanding gred DS54-P1 iaitu RM2257.97. Disini nampaknya pensyarah DS45 terutamanya kurang mendapat pembelaan sewajarnya memandangkan semasa gred SSM kalau dibuat perbandingan pun dengan guru DG44 pun pensyarah DS45 ini pun masih ketinggalan gred gaji permulaan DS45-P1 RM2546.06 berbanding DG44 RM 2982.99. Nampaknya dalam SBPA ini juga masih lagi ketara perbezaan walaupun katanya telah ada dibuat pelarasan gred-gred. Ini juga tidak di lihat lagi time base DG44 10 tahun (SSM) dan 8tahun SBPA mmg 1 lagi ketidak adilan berlaku.Ini belum di kaji dari kelemahan gred DS52 itu sendiri dimana sistem 'braceting' menganiaya pensyarah yang yg telah berkhidmat 9 atau 10 tahun di mana pensyarah DS52 yg baru dapat Profersor madya ( 1 atau 2 tahun) sama gaji permulaan T1 di dalam SBPA ini.Saya harap Tan Sri sebagai pemegang amanah kepada PA semua ini dapat melihat kembali kepincangan ini dan di buat kajian semula di mana gred-gred gaji yg tidak berpuas hati semoga dapat diberi pembelaan dan pertimbangan sewajarnya memandangkan Tan Sri dari apa yg saya tau(komen dari fb ini) adalah seorang ketua yang prihatin dan bertanggungjawab.Semoga apa yang Tan Sri buat nanti mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Disini saya ingin membuat cadangan dan penambah baikan : 1) Dikaji semula gred-gred 52 kebawah ini supaya tiada nampak perbezaan kenaikan yg terlalu jauh antara Kump. Pelaksa-P&P(<52)-Jusa/Turus-Primier. 2) Gred gaji pensyarah DS45 dan DS52 mohon Tan Sri kaji semula mengikut keadaan semasa ekonomi dan harga barang sekarang ini..bukan kita lihat masa akan datang 5,10 atau 20 tahun lagi kerana nilai wang pada masa itu tak kan sama dengan sekarang ni.. 3) Kerap mengadakan perbincangan wakil2 kesatuan terutama CUEPACS dari masa kesemasa.Saya memohon maaf sekiranya luahan ketidakpuasan hati sedikit beremosi..tapi itulah hakikat bagi semua PA yg sedang merancang masa depan dgn sistem baru ini yang memang ada kebaikannya SBPA ini.Semoga Tan Sri dapat mendengar komen dan cadangan ini untuk kebaikan semua PA.

Tanpa Nama berkata...

Kalau gaji golongan sokongan lagi tinggi drpd pegawai, baik sy letak jawatan dan apply jwtn dlm kumpulan sokongan....x yah susah-susah nak pikir....buat kerja yang sama jer tiap2 hari.....

Tanpa Nama berkata...

manusia sentiasa tamak,dia kata gaji dg 41 kecik. hang x pikir tgk gaji mati hang dgn gaji kita org, bersyukur la dgn ape yg ada. gaji mati ja dah 5 6 ribi. x termasuk elaun lg.e tu x cukup lagi ke. tamak. hang pa ni kalau hidup kat vietnam baru tau. keja x da, gaji kecik, perang sana sini. bodoh punya manusia

Tanpa Nama berkata...

nak ambik gaji berlambak.. mengaji tak tara mana pun.. bila gaji org tiga empat ribu hg nk melenting.. hg mai buat journal tgk.. mai buat reserch tgk.. pi conference tgk... tulis buku tgk... DS45

Nancy San berkata...

Hi