SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

29 Julai 2009

TELITI SEBELUM BENARKAN POTONGAN GAJI

Berita Harian
29/7/2009



KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membuat penilaian terperinci dan menyeluruh sebelum perkhidmatan potongan gaji diberikan kepada mana-mana pihak supaya tidak memberi kesan memudaratkan kepada mereka yang sudah berjasa, kata Pengurus Umum Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Nasir Khan Yahaya. Walaupun kerajaan berhak memberi perkhidmatan itu kepada mana-mana pihak, beliau berkata, gesaan Cuepacs supaya kerajaan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan gaji sektor awam daripada Angkasa, menambahkan lagi kegusaran koperasi mengenai masa depan gerakan itu. “Sebelum ini, Akauntan Negara sudah membuka tawaran perkhidmatan potongan gaji kepada bank dan syarikat kewangan tempatan yang memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan sebagai alternatif kepada perkhidmatan yang hingga kini dipelopori oleh koperasi kredit, termasuk Bank Rakyat,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya dan majoriti kakitangan Awam bersetuju Cuepacs mengambil alih proses potongan gaji kakitangan awam melalui Angkasa.
Selama ini pun kakitangan awam tidak dapat merasai komisen yang dipotong oleh Angkasa yang besar jumlahnya.

Pengurus swasta berkata...

Salam semua,Saya pekerja swasta jawatan pengurusan yang bergaji lebih dari 10 ribu sebulan tapi saya berhenti kerja untuk menjalankan bisnes sendiri yg boleh memberikan pendapatan yg lebih lumayan. kenapa? saya kerja pun gaji banyak tapi bayar income tax pun banyak dekat 40% sebulan, mana tahan. Nak bayar gaji you all dalam kerajaan. gomen tak ada duit kita kena tax lebih.Kau org pakai kereta Myvii cukuplah dan rumah teres, jadilah.Bersyukurlah, kalau nak tambah bini tu tak payahlah buat pening kepala aje..tambah pendapatan itu ok.