SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Julai 2009

KAJI SEBELUM LAKSANA SKIM PEMBANTU RUMAH TEMPATAN - PAPA

Bernama
8/7/2009



KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Pelbagai faktor perlu dikaji sebelum dilaksanakan skim pembantu rumah tempatan dengan mengandungi tawaran gaji yang menarik serta faedah istimewa lain, kata Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA), Datuk Raja Zulkepley Dahalan.Beliau berkata antaranya faktor kesediaan rakyat tempatan untuk menjadi pembantu rumah perlu juga diambil kira."Cadangan perlaksanaan ini boleh dikatakan lebih berupa pelan jangka panjang. Akan tetapi buat ketika ini, perlu ada perubahan perspektif dan tanggapan masyarakat bahawa pekerjaan pembantu rumah di kalngan rakyat tempatan boleh diterima masyarakat."Masalahnya kita belum lagi sampai ke tahap itu dan kita tiada pilihan selain menggunakan warga asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan pembantu rumah, katanya.Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang meminta kerajaan mengkaji perlaksanaan skim pembantu rumah tempatan, yang disarankan supaya turut memuatkan tawaran gaji menarik serta faedah seperti antaranya caruman Kumpulan Simpanan Pekerja, Pertubuhan Kesihatan Sosial dan Elaun Sara Hidup.Menurut Zulkepley, perlaksanaan menjadi pembantu di kalangan rakyat tempatan sukar dilakukan kerana rakyat tempatan lebih gemar mengisi jawatan kosong di kilang-kilang daripada menjadi pembantu rumah.Katanya selain itu, masalah budaya, sensitiviti kaum dan agama perlu diambil kira memandangkan permintaan tinggi untuk pembantu rumah datangnya dari masyarakat bukan Islam."Berdasarkan respons yang diterima, tiada orang nak jadi pembantu rumah melainkan gaji yang diberi tinggi, ada kebebasan, maruah dipelihara dan perlindungan diperolehi mereka."Ada juga yang membangkitkan masalah perbezaan agama yang mungkin berlaku jika skim ini diadakan. Kita tidak menghalang skim ini diadakan tapi perlu dikaji dahulu faktor-faktor yang dinyatakan tadi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata PAPA menyambut baik langkah kerajaan Indonesia untuk kemungkinan membatalkan pembekuan tenaga kerjanya dihantar ke Malaysia seawal-awalnya 1 Ogos depan, sekiranya rundingan kedua-dua negara pada pertengahan bulan ini mencapai kata putus yang positif.Katanya keputusan ini akan memberikan faedah kepada kedua-dua negara termasuk kepada majikan, ejen dan pembantu rumah sendiri.Semalam Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Dr Erman Suparno berkata kerajaan Indonesia optimistik untuk meneruskan penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia namun semuanya bergantung kepada keputusan perbincangan akan datang.-- BERNAMA

Tiada ulasan: