SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Disember 2009

CUEPACS ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BINCANG PINJAMAN PERUMAHAN

Bernama
09/12/2009 4:57pm




KUALA LUMPUR 9 Dis. - Cuepacs akan memanggil mesyuarat tergempar majlis bagi membincangkan penolakan kerajaan terhadap tuntutannya menghapuskan kira pinjaman perumahan yang diluluskan sebelum 1 Ogos 1995 bagi mereka yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan, kata setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, di sini hari ini.
Mereka yang pinjamannya diluluskan selepas 1 Ogos 1995 diberikan keistiwewaan ini oleh kerana pinjaman mereka dilindungi insurans hilang upaya total kekal.
Ahmad Shah mengulas kenyataan Perbendaharaan semalam, bahawa kerajaan tidak dapat mengecualikan petugas yang tamat perkhidmatan atas sebab kesihatan yang telah mengambil pinjaman sebelum tarikh itu oleh kerana insurans mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran.
Beliau berkata, langkah itu menjejas kira-kira 50,000 petugas awam dan majlis akan memutuskan bentuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, ketaksamaan itu disebabkan oleh 'perbendaraan terlepas pandang kerana petugas awam tidak mempunyai suara dalam memilih insuran bila mengambil pinjaman perumahan'. - Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya syorkan supaya takde faedah untuk pinjaman rumah. kalau ada pun 1% je. itulah cara nak bantu kakitangan awam

Tanpa Nama berkata...

nanti sah mati suruh la gomen sponser kain kapan ye.

kalau semua nak senang baik tak payah hidup.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Jumaat, Disember 11, 2009 7:59:00 AM

Laa..x tau ke?mmg kakitangan awam mati pon dpt sponsor kain kapan..elaun tu namanya Elaun Pengurusan Jenazah sbyk RM1000. Serius weh...aku wat byrn elaun tu...

Tanpa Nama berkata...

NANTI DAH MATI SURUH LA GOMEN SPONSER PAHALA PULAK...AMAL JARIAH YANG GOMEN BUAT SURUH LA BUAT ATAS NAMA KO...HAHAHA...DAPAT LA PAHALA LEBIH SIKIT...

HOKEYY TAK CADANGAN AKU NIE?

JADI CEPAT2 LA MATI...ORANG LAIN PUN NAK KOJE GOMEN JUGAK...BUKAN KO SORANG JE TAU...