SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Disember 2009

PRESTASI KWSP BERITA BAIK UNTUK SEMUA PENCARUM

Utusan Malaysia
5/12/2009




KUALA LUMPUR 4 Dis. - Prestasi memberangsangkan yang dicatat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi suku ketiga tahun ini adalah berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh kira-kira 12 juta pencarum dana persaraan itu.
Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam berkata, ia diyakini akan memberikan semangat yang lebih tinggi kepada semua pencarum untuk terus mengharungi keadaan ekonomi yang lembap sepanjang tahun ini.
"Ini satu berita baik dan MTUC mengalu-alukan apa yang telah dicapai KWSP bagi tempoh itu. Ia juga satu keputusan yang positif dalam negara berhadapan dengan situasi ekonomi sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman KWSP semalam mengenai pendapatan pelaburannya dalam suku ketiga tahun ini yang melonjak 52.71 peratus kepada RM5.5 bilion daripada hanya RM3.6 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Kira-kira 12 juta pencarum KWSP dijangka menerima bayaran dividen lebih tinggi bagi tahun ini susulan prestasi memberangsangkan itu.
Dalam pada itu, kira-kira 300,000 pencarum KWSP yang berkhidmat di sektor awam menyifatkan prestasi memberangsangkan agensi pengurus dana persaraan itu pada tahun ini sebagai satu petanda baik kepada golongan pekerja.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, perkembangan terbaru itu menunjukkan bahawa walaupun di dalam keadaan ekonomi yang lembap pada masa sekarang, KWSP masih mampu mencatatkan pendapatan pelaburan yang meyakinkan.

1 ulasan:

Ada Apa Pada Nama? berkata...

bagaimana kami pekerja 'contract-for-service' yang berkhidmat dgn kerajaan tetapi dinafikan hak sebagai pencarum.waima,kerajaan tidak gagal memotong cukai pendapatan kami..
klausa apa yang menyokong penafian hak kami sebagai pencarum?