SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Disember 2009

CUEPACS RAYU SELESAI MASALAH STATUS KONTRAK

Berita Harian
28/12/2009




KUALA LUMPUR: Seramai 30,000 kakitangan awam berstatus kontrak di bawah kerajaan negeri mungkin hilang pekerjaan menjelang tahun depan apabila kontrak perkhidmatan mereka tidak disambung ekoran tiada peruntukan. Sehubungan itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan campur tangan dan mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan. “Boleh dikatakan setiap hari Cuepacs menerima panggilan daripada pekerja kontrak ini memohon kami merayu kepada Datuk Seri Najib Razak supaya membantu mereka. Ada yang sudah berkhidmat hampir 20 tahun dan berpendapatan purata sekitar RM1,500 sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Omar berkata, secara keseluruhannya ada lebih 60,000 kakitangan awam secara kontrak di negara ini dan sebahagian besar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau berkata, ketiadaan peruntukan disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu adalah punca perkhidmatan mereka tidak dapat disambung.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selesaikan lah segera kerana semakin hari semakin ramai kakitangan kontrak ini yang diberhentikan. Pengalaman mereka pun kerajaan tidak boleh pandang remeh. Kepada kakitangan kerajaan yang berjawatan tetap yang bertugas di bahagian sumber manusia pula janganlah terlalu menghina sangan kakitangan kontrak ini, kononnya mereka ni menyusahkan kerja2 mudah mereka. Bayangkan jika anak2 kamu pula yang berada ditempat mereka, sudah pasti kamu akan menolong mereka juga bukan ??

Tanpa Nama berkata...

adakah kerajaan BN akan campur tangan isu ini?? rasanya tidak kot, sebab tak masyuk poket laaa... kena carik isu yang masyuk ar... apa barang BN nak perjuangkan nasib rakyat (kontrak) ini.
Pegawai2 atasan kerajaan pun takkan tolong mereka ini (kakitangan kontrak gred rendah) sebab jadual petang mereka adalah bermain golf.

Sampai berjanggut laaa isu kakitangan kontrak ni nak selesai. Lepas ni ramai laa budak2 kontrak yang kena berenti ni masuk lokap sebab dah tukar kerja jadi peragut plak coz dah banyak berhutang dengan bank rakyat .. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

saya dan isteri adalah kakitang kontrak di negeri johor yang mana saya telah ditamatkan kontrak pada 31.12.2009 tempohari. Isteri saya juga akan ditamatkan pada bulan mei 2010 depan. Masalah saya sekarang yang memeningkan adalah, saya mempunyai 2 orang anak yang akan bersekolah pada hari esok yakni pada 4.1.2010, dan kami difahamkan bahawa proses untuk membela nasib kami sekeluarga ini sedang dijalankan oleh CUEPACS. Namun, apakah tindakan kerajaan BARISAN NASIONAL hari ini??? tiada jawapan .. saya amatlah tertekan ketika ini.. bantulah kami ~~~

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya anwar ibrahim nak jadi perdana menteri..isu inilah yang akan menjadikan impian nya kenyataan sekiranya dia berjaya membela golongan tersebut .. hehehehe

juruteknik insaf berkata...

anwar, belalah kami.. biar kena liwat pun xpe yg penting dapat status tetap, pastu leh la goyang2 kaki macam kerani dan juruteknik..

sila jadi ahli UMNO supaya tidak diberhentikan...

Tanpa Nama berkata...

apa yang paling meyedihkan adalah di dalam kementerian sumber manusia sendiri . kementerian sibuk konen membela pekerja kilang yang di berhentikan kerja .. tetapi di dalam kementerian ini sendiri pekerja sambilan dan kontrak juga akan mengalami nasib yang sama seperti perkerja - pekerja kilang tersebut. Jika pekerja swasta di berhentikan kerja ada juga pampasan sementara untuk mencari kerja lain .. ini jika di berhentikan kontrak kerajaan pakat tak aper .. sehelai sepinggang.. kami pekerja sambilan dan kontrak amat berharap masaalah ini di selesaikan segera.. dan paling tak boleh di terima adalah .. masih ada kemasukan baru untuk jawatan tetap oleh spa ... tetapi pegawai kontrak dan sambilan yang dah ader pengalaman dan isi juga borang spa tak pernah - pernah di panggil ... tambahan pula umur dah mencecah 40an nak mintak kerja kilang pon pakat tak dapat dah .. anak anak masih banyak yang belajar ..

Tanpa Nama berkata...

selesaikan segara masalah status kontrak dan sambilan ini,tetapkan mereka..knp perlu mengambil pekerja baru?sdgkn rmi lg smbln yg bekerja di sesebuah jabatan itu..knp mengambil pekerja baru boleh..?kata kerajaan tiada peruntukan..?knp alasan
'peruntukan tiada' sentiasa digunakan..?mmg la peruntukan tiada sebab peruntukan tu digunakan kpd bnda2 yg bukan2 atau kata lain bnda2 bodoh..mereka senang memberi keputusan membuang kakitangan sambiln atau kontrak..sebab semasa kita menandatangani kontrak mereka ada memberi syarat,syarat yg sy rasa syarat yg plg kejam..iaitu.."pihak kami berhak menamatkan kontrak pada bila-bila masa tanpa ada sebab'..mereka tidak fikir pekerja sambilan atau kontrak ini la yg byk memberi sumbangan..sy minta jasa baik kerajaan supaya kerajaan memandang serius dalam masalah ini..kerana pekerja sambilan dan kontrak ini la yang banyak memberi sumbangan kepada jabatan-jabatan kerajaan ,tetapi kerajan tidak menghargai sumbangan kami..tidak membela nasib kami...sy berharap masalh ini cepat diselesaikan..

Tanpa Nama berkata...

sudah la tu...kalau korang tak koje gomen bukannye mati tak makan punnn...ramai lagi yang kat luar sana tu bertungkus lumus cari rezeki dengan macam2 cara....

Tanpa Nama berkata...

sokonglah lagi kerajaan BN.Sekarang baru nak menyesal.Ape je yg boleh diharapkan dek Najib dgn orang2 bawah die???Muhyiddin langsung diam menyepi.Tengok kerajaan Selangor,walapun kerajaan BN main api dengan diorang,ade gak perancangan baik nak bantu graduan yg menganggur dapatkan kerja.Kerajaan BN???Dah lah tu adik,abang,kakak,pakcik,makcik,atuk,nenek,moyang dan lain2,tak perlu sanjung kerajaan BN tu.Biar kalah di Pilihanraya Umum 13 nanti,adalah perubahan Kerajaan Malaysia nanti.Saya tak meyebelahi mana2 pihak,tapi kalau begini lah kerajaan BN still gagal dalam mengatasi masalah pekerja kontrak ni,senang cakap RAKYAT DAH MUAK,terutama yang masyarakat muda sekarang,spesifik lagi GRADUAN2 UNIVERSITI yg menganggur lagi ni hah.Saya baru je tamat kontrak Pegawai,tak sambung dah.Rakyat didahulukan konon,rakyat ka hangpa dgn kroni hangpa yg didahulukan.Kerajaan BN,mintak maap banyak2,disebabkan anda semua tidak berjaya mengatasi masalah ini,kami pakat-pakat seluruh bekas2 pekerja kontrak pangkah KEADILAN ka,PAs ka,DAP ka.Pembaharuan,itu yg kami nak.Setakat diam diri duk kata takdak perbelanjaan utk gaji,terus terang kata lah,mana janji kata nak bela rakyat???Berbuih dah bdialog sal hal kontrak ni.KERAJAAN PAKATAN RAKYAT,sedia utk memerintah,merampas Malaysia di PRU13.Saya ni amalkan demokrasi,jadi saya ada hak sal ni.Malaysians are priority.-RAKYAT MALAYSIA2010

Aminah berkata...

Sebenarnya isu ini perlu Datuk Najib yang suarakan kepada JPA supaya pekerja kontrak diserapkan dalam sektor kerajaan. Kalau Perdana Menteri yang keluarkan arahan, pasti JPA akan segerakan.
Ini perlu kerana berdekad sudah usaha CUEPACS namun tidak mendatangkan hasil. JPA kalau terima arahan PM takkan nak tolak. Suruh aje PM usulkan berita ke TV3 pasti dapat liputan meluas...

Aminah berkata...

Kalau setakat kita aje meluahkan rasa di blog ini, dilayan atau tak saranan kita ni???
Sebab yang baca blog ni peringkat bawahan aje. Kalau tak diusulkan ke peringkat atasan seperti anjing menyalak bukit.

Tanpa Nama berkata...

mintak tuan haji OMAR OSMAN tolongla kami selesaikan masalah status kontrak nie,serapkanlah kami ke status tetap secepat mungkin,sedangkan gaji kami pun kecil,apa nak makan...kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,anak dan isteri kami akan merempat kalau masalah nie berterusan...tinggal di bandar sangatla tinggi kos sara hidupnya....harap tuan haji memberi perhatian dlm masalah kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak,kalau susah sangat mintakla bantuan mantan perdana menteri,tun mahathir mohamad untuk selesaikan masalah kontrak nie dan bantuan sara hidup kakitangan kerajaan supaya dapat di selesaikan dgn segera....URGENT

Tanpa Nama berkata...

betul tu tolong la selesaikan status kitorang ni...tapi jangan la kontrak jew sambilan ni juge pon tlg la selesaikan.....PTK dah dimansuhkan kami yang berjawatan pembantu tadbir sambilan ni pula jangan diabaikan..bila PTK dimansuhkan ape lah status kiteorg ni ...saye dah berkhdamat hampir 8 tahun pengalaman dibawah peperiksaan dah cukup banyak...kenape susah sangat nk diserap...sedangkan bile perjawatan baru msk nk kena diajar dari a to z yg dah bnyk pengalam masih di tahap same keje 7, 8 tahun gaji duk bnyk tu jge tk pernah naik pon...tolong la cuepacs sye amt berharap...tq

Tanpa Nama berkata...

taw tak nape kontrak ni susah sangat diserap sebab tak der perjawatan coz org pencen makin lame makin lambat dah umur 55 jadi 58...58 jadi 60 so bile nk masuk org2 baru...cukup2 la tu 55 tu dah cukup bagus dah...58 tu pun stakat datang lena jew..badan dah tk larat pon nk koje...terketar2 jew pegang pen...kang ader juge yg tk sempat nk merase pencen.....kesian la kami2 yag tk der kojer ni...bagi peluang org2 baru plak

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.... Saya sendiri pun dah masuk 8 tahun bekerja dalam skim kontrak nie. Jabatan (PL,KWP&KB) saya sendiri pun tak dapat nak bantu kakitangan kontrak mcm saya dan rakan senasib yg lain, apatah lagi Kementerian berkenaan, (Apa pun...jawapannya kat PRU13 nantilah, kitaorang dah lenguh memohon)..Insyallah.