SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Disember 2009

CUEPACS YAKIN KERAJAAN LULUS IMBUHAN TAMBAHAN RM500

Bernama
8/12/2009



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin kerajaan akan meluluskan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di negara ini bagi menggantikan bonus.

Presidennya, Omar Osman, berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu, ia mendapat reaksi positif.

"Baru-baru ini saya sempat menyambut Perdana Menteri di lapangan terbang di Langkawi...apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang meyakinkan.

"Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan kerajaan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum musim persekolahan tahun depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan bayaran imbuhan RM500 kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk tahun ini.

Sementara itu, Omar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula penambahbaikan yang dilakukan terhadap peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Katanya, ini kerana ramai penjawat awam yang menduduki peperiksaan PTK tidak lulus selepas berlaku penambahbaikan terhadap sistem penilaian itu.

"Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu sehingga semakan semula dilakukan memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji," katanya. - Bernama

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

leceh la..aku buat gaji...dh key in yg 250 dah..kalo bg 500 lagi bile nk byr? nak tutup akaun dh ni ha...ms nk raya hr tu bg last minit sabtu ahad kena keje smpai mlm..staf jab aku ramai!!!!!
tp pikir2, berkhidmat utk negara aje la...rupanya keje kena ikhlas baru happy je wpun kena bertapa kt opis.

Tanpa Nama berkata...

tidak yakin...

Tanpa Nama berkata...

BILA TU NAK BAYAR TAHUN DEPAN KE...

Tanpa Nama berkata...

aku harap 17.12.09 duit dah masuk..

jgn lambat ea...bnyk bnda nak beli utk anak2 sekolah

Tanpa Nama berkata...

tunggu tahun depan jea la bonus

Tanpa Nama berkata...

Kalau kat Persekutuan dapat cepatlah ... tekan butang aja. Tapi bagi Negeri pula kena tunggu kelulusan kedua (Terimapakai)..sedih gak. Kalau ada Alhamdulillah. Kat bandar gaji RM3,000.00, miskin u.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada bonus tak apa..Kalau boleh bagi Tiket Kapalterbang (Percuma untuk 2 orang) melancong dalam negeri bagus jugak. Dapat tingkat ekonomi.

Tanpa Nama berkata...

Bole caye ke dapat imbuhan nii..aku takut 5sen pun tak dapat..akaun pun nak tutup dah.gaji minggu depan je..kte amek duit 500 pak osman je laa.ari tu kan najib dah pam 1 juta kat cuepacs..bahagi2 kan je la duit tu.. B-)

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kalau dapat Alhamdulillah... kalau tak dapat nak buat cam ne... tak kan nak berpiket pulak... pekerja swasta dah pandang serong kat kakitangan awam... asyik nak naik gaji... nak bonus. Dia orang apa tau... jaga periok masing-masingla.
Kalau sendiri tak perjuangkan hak... siapa lagi nak perjuangkan.
Mudah-mudahan dapat... bolehla beli keperluan persekolahan anak. Aku memang simpati dengan kakitangan sokongan... Kalau anak 3 orang bersekolah... yuran dengan pakaian tak cukup RM2000.00. Walau pun aku agak bernasib baik kerana di kumpulan pengurusan & profesional, tapi campur tolak sama sahaja.Itulah kita penjawat awam.

aku budak lagi dlm PA berkata...

bapak aku keje ladang gaji tak sampai RM600 sebulan (tahun 90'an) bleh plak bagi aku dgn adik beradik sekolah sampai masuk universiti. zaman sekarang barang mahal dan branded sgt kot..aku sekolah dulu pun pakai kasut 2 pasang je dari form 1-5

Tanpa Nama berkata...

huhu.....ye ker....bole percaya ke??? Jangan arap ler....kalau nak dekat pilihan raya nanti...baru dapat tu...skrang ni........jgan hrap bole dpt bonus tambahan tu...aku sanggup potong jari kalu dapat....huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.

Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.

Tanpa Nama berkata...

Jangan hipokrit. Bagi saya gaji dan bonus amat penting dalam kehidupan di zaman yang mementingkan material... kerana tanpa kedudukan kewangan yang mantap kita tidak akan kemana. Nak beramal ibadah pun kalau poket kosong... siapa nak bagi makan anak bini...macam mana nak berzakat/bersedekah/menderma kalau tak ada duit. Macama mana nak ke Mekah kalau tak cukup duit. Adakah kita hanya perlu bertawakal dan berserah kepada Allah swt. sebelum kita berusaha.?
Lu fikirlah sendiri.

ada nama la berkata...

wei jgn nak ckp ke mekah tak da duit

Tanpa Nama berkata...

nak bagi 500 macam minta sedekah,apalah nasib kita PA semua.

Nizar_Ryza berkata...

dulu yakin jigak dapat honorariuym RM2000, last2 apa pn x dapat...

mana yang dapat, bersyukurlah.. jgn nk banding2 swasta, bkn semua swasta yg bonus banyak.. GLC mcm petronas n telekom boleh laa.. yang swasta x naik gaji btahun2 smpi akhirnya diVSSkan pn ramai

Tanpa Nama berkata...

kalau korang semua simpan RM 50 sebulan dari awal tahun kan senang...tak payah la nak mintak lagi....


aku bagi calculation untuk yang tak pandai mengira hokeyyy...

RM 50x10 bulan(tolak 2 bulan sebab nak raye la)=RM 500.

ada faham ka thammbiii....

simpan la RM 50 sebulan..itu pun susah ke?

pada sesape yang mengharapkan RM 500 tu...korang memang ada money management problem....

gomen sepatutnya buat 1 kursus money management untuk orang koje gomen nie...

tapi sayang..takde course camtu...yang ada asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.

Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.

aku bdk baru berkata...

setuju memang diorg suruh masuk koir, kompang, tarian, dsb..

perkara yang tak menaikkan prestasi kerja. lagi malas adalah

Tanpa Nama berkata...

jangan diharap yang diatas nak gugur kalau x dijolok2..tungunlah demo..spt tunggu buah x gugur..agaknya galah dah patah