SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 Disember 2009

CUEPACS POSITIF KERAJAAN BERI BANTUAN KHAS RM500

Berita Harian
Oleh Nazura Ngah, Mohd Anwar Patho Rohman dan Haspaizi Mohd Zin
bhnews@bharian.com.my
9/12/2009



Peruntukan tambahan ganti bonus sebelum akhir tahun KUALA LUMPUR: Cuepacs positif kerajaan akan memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan bonus sebelum akhir tahun ini. Presidennya, Omar Osman, berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia mendapat reaksi meyakinkan.
"Baru-baru ini saya sempat menyambut ketibaan Perdana Menteri di Langkawi, apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang positif. "Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum persekolahan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam. Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagaimanapun bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan awam dan pesara.
Sementara itu Omar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas dilakukan penambahbaikkan. Selepas berlaku penambahbaikkan terhadap sistem penilaian itu, ramai kakitangan awam yang menduduki peperiksaan terbabit tidak lulus. "Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu, sehingga semakan semula dilakukan. "Memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji, apakah elemen yang diguna pakai dalam peperiksaan ini. Apakah kakitangan awam itu di nilai melalui produktiviti dan prestasi ataupun peperiksaan semata-mata," katanya.
Selain itu, Omar berkata pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, bagi memastikan pekerja kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada akhir bulan ini mendapat pembelaan sewajarnya.

---------------------------------------------------------
Suasana Semasa Mesyuarat Kongres Di Cenang Langkawi



Media Cuepacs

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai...mintak2 ada lah tuh....amin.....

Tanpa Nama berkata...

Harap-harap dapatlah. pendaftaran taska pun 1K lebih untuk sorang anak, bulanan dah RM500 lebih untuk 2 orang anak. Harapkan PERMATA. apa pun tarak. Cakap je lebih. 1/2 gaji untuk taska aje, tak kira lampin dengan susu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Harap jd kenyataan...jgn lak dituduh x bermoral utk kali ke 2..ringan skit beban utk hujung tahun ni..

kerani jer berkata...

mahalnya taska anak awak....high class punya tu.

Anak saya 4 tahun masuk taska sekolah jer....pendaftaran baru seratus lebih, bulan-bulan takde kena bayar.

Iyerlah..sayakan cuma N9

Tanpa Nama berkata...

lebih adil kalau dapat bagi RM500 kpd gred paling bawah sampailah 17,27 hingg 41 yang lain-lain 44 sampai 58 tu tak payah bagi pasal mereka asyik2 tumpang sekaki ajer....

Nizar_Ryza berkata...

yang dengki kat 41 keatas apa sebab? xdenya nk tumpang sekaki.. dh nama pn sama2 kakitangan awam.

yg selalu mrh kt org2 41 keatas ni biasanya ms sek dlu malas nk belajar betul2, pastu bila dh keje, br insaf tp dh tlambat...

mcm samseng2 kat sek men dlu laa.. kite nmpak je mcm kaki study, dikeji n dicacinya, diejek2.. sekarang, bila kita dok atas dia kat bwh pn nk nk dengki2 lg

bersyukur dengan apa yang Tuhan rezekikan kita.. apa yg kita dapat adalah dr usaha masing2

Tanpa Nama berkata...

Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.

Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada taska bayaran serendah RM 100 je saya pun nak hantar. Kat putrajaya mana ada. dahlah parking kena bayar

nujumpakblalang berkata...

wakakakakakakakaka boleh percaya ka gomen nak bagi tambah rm500.00?? mcm pernah dengaq la skrip ni hihihihihihi...nak bayaq rm500 hari tu pun jenuh 2X bayaq ni kan plak nak bagi tambah lg rm500. mat2 cuepacs ni dah jadi jurucakap kerajaan bukannya jurucakap pekerja2 kakitangan awam

Tanpa Nama berkata...

UNDILAH,,,,,,,,,,,,PAKATAN RAKYAT

Tanpa Nama berkata...

to..
niza_ryza

kimak lu la...

rakyat berkata...

harapan hanya tinggal harapan...

Tanpa Nama berkata...

Apo bole buat nasip rakyat memang begitu.. sudahlah bodoh pelupa lagi.

BUDIMAN JUGA berkata...

PM.. Jadi ka tidak kerajaan nak bantu kami yg berpendapatan rendah ini. kami sangat mengharapkan bantuan kerajaan ni utk mengurangkan beban perbelanjaan dan yuran persekolahan anak2 kami. klu tak jadi tak apalah.., tapi sepatutnya PM kena umum bahawa kerajaan tidak berupaya untuk membantu supaya kami yg berpendepatan rendah ini tidak terus menunggu.

Tanpa Nama berkata...

skong pakatan