SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Disember 2009

GURU BERMASALAH ELOK KE PEJABAT PENDIDIKAN

Berita Harian
3/12/2009





TIMBALAN Menteri Pelajaran menyatakan guru semberono akan ditangani secara serius untuk memastikan pelajaran murid tidak terjejas. Guru semberono bermaksud guru yang mengajar sambil lewa dan tidak komited dalam menjalankan tugas di sekolah. Sebenarnya bukanlah susah sangat mengenali guru jenis ini. Secara umum sebahagian besar tenaga pengajar sekarang adalah guru yang bertanggungjawab, berdisiplin dan sentiasa memberikan kerjasama. Bukan mudah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam, khususnya tindakan gantung kerja atau buang kerja. Tugas ini memakan masa panjang kerana melalui peringkat tertentu dan perlu disertai maklumat dan bukti lengkap.
Oleh itu elok guru berprestasi rendah ini ditempatkan di pejabat pendidikan. Malah, pegawai kanan atau pegawai atasan di pejabat pelajaran dapat 'mengawasi' dan membimbing guru bermasalah ini.
ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mslah skg ni blh ramai guru semborono di sekolah disebabkan oleh pentadbir...guru x takut ngan pentadbir Guru besar/Pengetua...mane idaknye...guru besar GRED DGA32 tapi guru2 ramai yg DG41 sbb sambung belaja.

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat guru2 semberono diambil tindakan.tapi harap kerajaan terutamanya KPM lebih memantau tindakan segelintir Guru Besar/Pengetua yang memperkulikan guru-guru bagi mencapai impian mereka menjadi pentadbir cemerlang sehinggakan hilang budi bicara dan pertimbangan sesama manusia.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan saudara tanpa nama.tapi sekarang ni ada segelintir sekolah dimana pengetua bertindak sesuka hati.bukan saya hendak menidakkan kuasa yang ada pada pengetua.tetapi terdapat juga beberapa pengetua di segelintir sekolah yang membuat perancangan tanpa mengira pendapat golongan bawahan seperti guru.sebagai contoh masalah disiplin.guru disiplin menjalan tugas mengikut ketetapan kpm tapi sampai kpd pengetua,pengetua pejam mata dan pelajar tersebut tidak diambil tindakkan.ini juga akan menyebabkan wujudnya pemberotakkan dalam jiwa guru tersebut.ekoran itu,timbullah guru semborono.
peaceee yooo

ghazali othman berkata...

Setuju bg pencen awal saja