SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Disember 2009

GAJI DIPLOMA TIDAK SETARAF

Berita Harian
1/12/2009




SAYA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan lulusan diploma untuk mengisi kekosongan jawatan di perkhidmatan awam. Walaupun jawatan gred 17 yang kami terima itu tak setaraf kelulusan, kami terima dengan hati terbuka. Cuma apa yang terkilan ialah dari segi gred gaji dibayar JPA. Kami lulusan diploma dan ijazah dibayar dengan gred P1T1 (RM824.00) iaitu setaraf gred lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala bagi yang memiliki sijil politeknik pula dibayar dengan gred P1T9.
Jika semua masyarakat terdedah dengan hal ini, saya yakin lebih baik lepasan SPM memohon melanjutkan pelajaran pada peringkat sijil di politeknik. Ia jelas menunjukkan tiadanya keadilan dan JPA seolah-olah menafikan kelulusan dan tidak mengiktiraf lulusan diploma IPTA. Kami berharap sekurang kurangnya berilah gaji kami sama dengan kelulusan sijil politeknik atau lebih tinggi. Kami menghabiskan masa belajar peringkat diploma selama tiga tahun dan dalam tiga tahun, pihak JPA jangan lupa kami meminjam berpuluh ribu ringgit daripada PTPTN untuk menghabiskan pengajian. Dengan gaji RM824, mana mungkin kami membayar hutang PTPTN serta tunggakannya seperti dijadualkan. Gaji habis semata-mata untuk bayar hutang, tambang pergi balik kerja, perbelanjaan makan dan minum.
Jadi terpaksalah kami menggunakan pakaian sama bertahun-tahun sehingga menunggu gaji naik.

KAKITANGAN AWAM,
Pahang.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu.. zaman dah berubah,skop kerja pun dah berubah. pengemaskinian dan penambahbaik skim perkhidmatan awam amat perlu supaya seiring beban kerja dengan gaji dan imbuhan diterima.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya JPA lembab dalam menyelesaikan masalah seperti ini..

JPA ni ketinggalan zaman kot...lemah dan perlu distruktur semula..

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kenyataan penulis. Kami akur dengan skim gaji gred 17...dlm masa yg sama kami masih berusaha memohon utk jawatan gred 27. Namun, apa yg kami kesalkan, biarlah gaji permulaan kami sekurang2nya setaraf dgn pemegang sijil pada P1T9. Tidaklah terkilan sgt. Tolonglah fikirkan hal ini. Ramai rakan2 sejawat saya rasa kurang motivasi lbh2 lg dgn penjumudan gred N11 dan N1 ke N17...siapa kami di sisi JPA???

Tanpa Nama berkata...

adalah tidak munasabah kerana kekangan kewangan(gaji) anda mengeluh mengatakan memakai pakaian yang sama bertahun2. kenapa perlu sedemikian adakah pakaian anda terlalu branded??, sehelai beribu harganya??..anda tidak perlu mengeluh kerana posisi anda adalah untuk lepasan SPM & setaraf. kenapa dari awal tidak tolak sahaja jawatan itu dan tunggu jawatan setaraf. anda mencerminkan sikap tidak sabar dan tidak bersyukur. sedangkan ramai golongan seperti anda masih menganggur diluar sana dan bekerja dengan syarikat swasta yang mana gaji tidak seperti anda. saya juga mengalami masalah seperti anda dahulu, malah gaji lagi rendah dari anda semasa di swasta, tapi masih boleh bayar ptptn dan boleh beli pakaian baru walaupun setahun 2 pasang. tidak perlu mahal dan berjenama. tapi sekarang saya bersyukur dapat jawatan setaraf kelulusan disektor awam.

Tanpa Nama berkata...

Ye saya setuju 100%, spttnya sesiapa yang mempunyai kelayakan yg lbih tinggi drpd SPM tetapi dlm gred 17 diberi tangga gaji mengikut sijil politeknik iaitu P1T9.

Tanpa Nama berkata...

dah jawatan itu utk lepasan SPM dan sijil POli. memang layak gaji dan jawatan utk meraka. tak payah bising2. kamu yang ada diploma & degre tak akan duk lama kat situ bila ada offer cabut..biar mereka nikmati hak mereka. kamu tu dah ambil hak mereka.kesian la kat lepasan spm

Tanpa Nama berkata...

SPM, STPM dan SIJIL POLITEKNIK adalah tidak sama kategori.
Kenapa JPA samakan dgn SPM?

Hang Tuah Moden berkata...

kepada Tanpa Nama : Isnin, Disember 07, 2009 9:37:00 AM

jgn la mcm ni..mereka suarakan masalah mereka.kalo saudara duduk di tempat mereka pun, saudara mgkin akan rase seperti itu.
Kepada JPA, skrg ini byk rungutan ttg skim gaji dan gred dari kumpulan sokongan. Sudah smpai masa ianya dikaji secara terperinci. Jgn smpai menjadi nanah

Hang Tuah Moden berkata...

Tanpa Nama : Isnin, Disember 07, 2009 8:59:00 AM

bersyukurlah rezeki anda cepat dpt jwtn setaraf dgn kelayakan dlm PA. Tahu atau tidak, kami yg ada diploma @ degree bukan tidak mencuba dan berusaha utk memohon jwtn yg sesuai dgn kelayakan. Tp kami terpaksa bersaing dengan fresh graduate & pekerja swasta utk post itu malah kami terpaksa melepasi syarat2 yg lbh sukar. Cth exam KPSL, prestasi 85% utk 3 tahun berturut, pengisytiharan harta, malah semasa interview kami ditanya soalan2 mengenai Perintah Am, dasar kerajaan, Undang2 dan sbgainya. Saya sendiri telah lulus PTK, lulus KPSL, markah prestasi 85%, dah terima APC, dan telah 4 tahun berkhidmat, juga ada diploma...masih tak bernasib baik utk menjawat jwtn selayak kelayakan. yang sy dpt setiap tahun hanya penyata hutang PTPTN! Jadi sebagai manusia normal bolehkah bersabar lg?

Tanpa Nama berkata...

Maklum Balas: “Gaji Diploma Tidak Setaraf”
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Surat Pembaca Bertajuk “Gaji Diploma Tidak Setaraf” Oleh Kakitangan Awam, Pahang Yang Disiarkan Dalam Akhbar Berita Harian Pada 30 November 2009.

Dari segi prinsip, penetapan gred gaji sesuatu jawatan adalah berdasarkan kadar upah untuk kerja dan kelayakan minimum yang diperlukan dalam melaksanakan skop fungsi tugas yang ditetapkan. Dalam hal ini, bagi skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), penetapan gred gaji adalah pada Gred N17 dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (gaji permulaan ialah pada P1T1:RM820.38) bagi melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan.

Sehubungan itu, penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi mengikut kelayakan diploma seperti mana dicadangkan oleh pembaca adalah tidak berbangkit kerana bercanggah dengan prinsip kadar upah untuk kerja di samping menjejaskan relativiti dan pariti perkhidmatan bagi skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat STPM/diploma.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
7 Disember 2009

-ini kami tahu..yg kami minta gaji gred 17 yg ada kelayakan lebih dr sijil patut diberi gaji permulaan
P1T9..bkn kami minta gred 17 dibayar skim 27.kenapa susah sgt nak faham?

Tanpa Nama berkata...

dah p1t9 utk pemegang sijil.nak marah pasal apa? marah diri sendiri la kenapa terima jawatan tu!!

Tanpa Nama berkata...

Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.

Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...Khamis, Disember 10, 2009 6:46:00 AM

Kepala bpk engkau...pekerja awam ada 1.5juta org...ko nak samakan 1.5 juta tu semuanya kerja mcm engkau adil ke?sila sedarkan diri sendiri dulu! Fitnah lebih teruk dr membunuh!

Tanpa Nama berkata...

reply to---Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.

Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.


jgn suka2 nk cap kakitangan kerajaan mcm 2...bkn smua yg mcm 2..dengarkan kisah sy..sy pasti bkn sume pnjawat awam bsenang lenang seperti statement di atas...

sy ade diploma dan terpaksa terima n17 sbb bertahun2 apply n27 x penah dipanggil interview...
apabila tawaran diterima..sy diberi tugasan yg bukan di dalam bidang saya...saya adalah pembantu penerbitan yg melakukan kerja2 pt p/o...dan adakala sedikit kerja2 p/a...lansung x tau tugas hakiki sbg pembantu penerbitan n17...kerja byk dan menimbun...xde mase kuar berfoya2.. mkn minum pn x tentu....blk kul 530 hingga 6 dh mnjadi perkara biasa..kdg2 smpai kul 7 pn penah...bkn boleh claim o.t pn...blk lmbat pengasuh dh claim o.t....bila dh keje teruk mcm ni teringin jgk nk bgaji besar skit..smpai skrg pn sy masih memoohn utk n27..dipanggil interview pas 2 trus diam menyepi..mcm mane la org spt sy x mengeluh soal gaji...sedih...

PEMBANTU PENERBITAN N17,
JOHOR BAHRU

Gerakan Anti DG berkata...

wow.. ade statemnet memaki hamun..

aku rasa.. semua penjawat awam dah rasa sehari-suntuk bekerja dari pkl 8 sampai 5 (bagi yg bukan kaunter).. dan ada kalanya balik sampai pkl 6/7.. terus-terang aku ckp THERE'S IS NO FUCKING LIFE!

Yg ckp terlibat nari-menari sukan2 semua tuh itu semua pangkat2 besar.. ada time utk pergi main Golf!

So.. kita kembali kepada asal.. kalau dlm skim perkhidmatan kata sesuatu jawatan tuh level paling tinggi pun SPM atau Sijil Politeknik maka kita terima saja pendapatan yang dibagi even kita ada Diploma/Degree/Edu Master pun.

Jgn dikait ada diploma tapi gaji SPM.. hal itu terjadi sbb pemegang Diploma terdesak nak kerja.. mau tau mau level SPM pun dimohonya..

Tapi bila Allah s.w.t bagi rezeki pergi interview dpt jawatan tuh dah demand mcm2.. dah rasa diri tuh lebih higher (ada Dip/Deg katakan) dari rakan sekerja dan cemburu tengok pegawai2 tau arah2 saja.. tapi dia tetap anggota sokongan walaupun ada Dip/Degree dan gaji pokok around RM800/RM1200..

Jalan penyelesaianya:
1. Sebelum mintak kerja fikir masak2.. adakah berbaloi memohon jawatan gred SPM/Sijil kalau diri tuh ada Diploma/Degree.. tak rasa menyesal ke kemudian hari??
2. Jgn terburu2 dan berasa terdesak nk kerja Kerajaan walaupun gred rendah dari kelayakan. Fikir2 masak mcm statement1 dan pohon jawatan yang sewajarnya dengan kelayakan supaya masa dan wang ringgit belajar tidak terbuang mcm tu saja.


Sudah2lah.. terima saja apa yg korang mohon dulu.. tak de kerja sibuk nk kerja bila dah kerja demand2 yg bukan2..

Redha dengan rezeki yang tuhan bagi.

Tanpa Nama berkata...

SILAP KORANG JUGAK...DAH SAH-SAH JAWATAN JURUTEKNIK DAH TERTULIS KELULUSAN DIPERLUKAN HANYALAH SPM DAN SIJIL POLTEKNIK.KORANGPUN BELAJAR TINGGI2 TAKKAN TU PUN TAKLEH NAK PAHAM.TAKDE PLAK DIORG TULIS LULUSAN DIPLOMA BOLEH MOHON JAWATAN JURUTEKNIK.KORANG PUN TAHU,KORANG ISI BORANGPUN,KORANG ISI SPM JE N KALAU KORANG ISI DIPLOMA SAH2 KORANG TAK DPT JAWATAN JURUTEKNIK TU.BERCAKAP TU BERFIKIR SIKIT....SEBAB TU AKU AMBIK SIJIL DULU BARU DIPLOMA.....

Tanpa Nama berkata...

Saya juga seperti Tanpa Nama Berkata Khamis, Disember 10,2009 11:56 pm.Pem.Penerbitan.Pembetulan utk sesiapa yg mengatakan kami isi borang x tulis gred diploma.kami dh tulis pas2 kami di panggil interview n pas2 diterima itu bukan salah kami.kami x mintak pakai kabel kami mintak jaw sama cam org len.Yang ader sijil nmpak sgt x puas hati biler kami mintak gaji sama dgn korang.Knapa?kami x ambik sikit pn gaji korang utk naikkan gaji kami.masalahnya kerja yg kami lakukan kerja N27 tapi upah yang kami trima adalah N17.adil ke x?biler kami claim ETK dikatakan x layak kerana berlainan skim.adil ke x?Kami buat kerja org lain ats sebab kami x ada kerja hakiki nak buat.Kalau tak ada kerja hakiki yg nak buat kenapa ambik kami dahulu?kami trima ja cz kami pn x tau nak ditempatkan dimana.adil ker x?kalau anda semua di tempat kami anda pasti akan rasa diperguna-gunakan n dinafikan hak.kami terima gaji kami sama dengan N17 lain krana dh mintak jaw.2.Tp masalahnyer biler kami dh wat kerja N27 n dibayar gaji N17 kan dh jadi x adil.
Selepas itu dalam soalan exam utk confirm n PTK keluar soalan kerja hakiki sedangkan kami x buat kerja 2 jadi mcm mana nak jawab? Bagi jawatan pembantu penerbitan yg tidak menjalankan kerja-kerja hakiki mereka sepatutnya kerajaan mengkaji semula kedudukan kami dengan lebih terperinci supaya hak kami tidak dinafikan.

Tanpa Nama berkata...

so, the next step is... stop! then, apply the next job with your highest qualification.. nothing much to say... think it wisely before you throw out all your outdated ideas.... look, out there, more people needs the survival & wanna be one of the civil servant but you less in thanks /ungrateful... do comparison the mall worker/cleaner... how they survive with nowadays lifestyle...? the civil servant always do take personal for RM 1kk and more than that ... not afford ... live like the Westerner .... now, barking non-stop..

Tanpa Nama berkata...

saya pun menerima nasib yang sama..pohon CUEPAC ambil kesempatan sempena gaji baru di bawah SBPA untuk membawa isu ini..sekurangnya kelulusan diploma diambil kira walaupun untuk jawatan juruteknik..jika tidak bagaimana kami boleh layak ketika memohon?..dan kenapa juga taraf kami lebih rendah dr juruteknik berkelulusan sijil?..

Tanpa Nama berkata...

kerja-kerja yang diamanahkan juga adalah berat seperti pekerja lulusan diploma kerana mereka mengetahui kelulusan kami..cuma dari segi gaji amat berlainan di taraf rendah..

andrew santo Joseph berkata...

saya ada diploma tapi keja ngan tsukeh cina..gaji ? jgn cakap looo kalu buli semua keja buat free jerr