SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 Disember 2009

CUEPACS USUL NAIK TANGGA GAJI MATI PENJAWAT AWAM

Bernama
10/12/2009

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengusulkan kertas kerja untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam sebanyak lima mata tangga gaji kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs menjangkakan perkara itu dapat dibincangkan dengan JPA pada Januari ini setelah ditunda bulan lepas kerana Ketua Pengarahnya Tan Sri Ismail Adam menunaikan ibadah haji."Kita akan bincang hal ini...sebab 45 peratus anggota perkhidmatan awam sekarang sudah (mencapai) gaji maksimum. Jika tidak ada pergerakan gaji atau kenaikan gaji, kita bimbang ia menjejaskan kualiti dan produktiviti (penjawat awam)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penolong Pegawai Kesihatan dan Persidangan Perwakilan DwiTahunan (Luar Biasa) Kesatuan Inspektor Kesihatan di sini.Omar berkata Cuepacs juga akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membela kebajikan pekerja kontrak kerajaan supaya tidak ada lagi yang diberhentikan tahun hadapan.Menurutnya kongres itu kecewa kerana banyak agensi kerajaan tidak menyambung perkhidmatan kakitangan kontrak terutama yang sudah berkhidmat antara 5 hingga 15 tahun.-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa guru-guru kemas tidak diberi status jawatan tetap...? kerana dulu pernah ada ura-ura hendak memberi jawatan tetap....sekiranya kemas terus diberi jawatan kontrak seperti sekarang banyak kemudahan yang mereka patut dapat tetapi tidak dapat semata-mata status kontrak, sebagai contoh kemas tidak dapat menikmati pencen seperti kakitangan kerajaan lain dan untuk membuat pinjaman-pinjaman peribadi melalui kerajaan dan loan rumah kerajaan memang sukar sama sekali....dan satu soalan lagi kenapa kemas tidak diserapkan terus dibawah kementerian pelajaran adakah kerana guru-guru kemas hendak dijadikan alat oleh umno untuk berkempen politik dan fokus mendidik anak-anak bangsa tidak lagi menjadi keutamaan....dalam pekara ini sudah lama guru-guru kemas teraniaya....sedangkan guru-guru kemaslah banyak menbantu umno dalam pilihan raya....tapi jasa mereka tidak pernah di kenang"

Nizar_Ryza berkata...

aku secara rasionalnya setuju kenapa la guru Kemas ni tidak menikmati jawatan tetap, padahal pekerjaan mereka sebagai guru tadika Kelas adalah sama saja dengan guru2 biasa, dimana ianya memang jawatan yang perlu, bukannya sementara pun.. dah la gred S11, gaji bertaraf PRM/SRP sahaja. malahan guru Kemas yang ke maktab juga akan ditawar S27, masih sebagai kontrak dan tidak menikmati pencen bila bersara nanti.. ini amat tidak adil kerana merekalah tulang belakang jentera UMNO/BN tetiap pilihanraya.. tetapi, benar kata2 JASA MEREKA LANGSUNG TIDAK DIKENANG!!!!

yang peliknya mengapa KEMAS pun macam x berminat membela mereka? adakah kakitangan KEMAS tidak terbabit didalam CUEPACS??

Tanpa Nama berkata...

Tu lah...patut nama tu tukar je daripada KEMAS kepada lain nama. Nanti orang kata..kalau lu tak suka ini kerja..lu boleh BERKEMAS...

apa-apapun...minta pembelaan dibuat kepada guru-guru KEMAS . Hidup One Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kepada kawan-kawan ku yang berkelulusan cukup-cukup makan (SRP/PMR) marilah kita ramai-ramai pakat...jangan jadi guru KEMAS...yang dah jadi...mari BERKEMAS...dahlah jadi alat berkempen oleh ARM NO..lepas tu tak berjawatan tetap pula...bila-bila boleh BERKEMAS...ini dah tak ADIL...dimana KEADILAN....

Tanpa Nama berkata...

Lu orang aaah...lain tajuk yang diberi aahhh...lain ulasan..ni CUEPACS USUL NAIK TANGGA....tau tak, bukan pasal itu kebajikan guru Kemas...baca betul-betul dulu ahhhhhh....

nujumpakblalang berkata...

cuepacs nak minta tangga gaji mati plak dahh.....mintak tambah yang rm500.00 hari tu pun tak dengar apa2 cerita pun ni pulak nak mintak naik tangga gaji mati..biaq betoi mat2 cuepacs ni...duit rm1juta tu mat2 cuepacs tu dah buat apa dah...dah pi makan angin kat luaq negari kaa????

Tanpa Nama berkata...

selepas gaji maksima saya kena kerja 14 tahun lagi dalam keadaan gaji tak naik, elok sangat lah usul cuepacs tu, semoga berjaya.

Tanpa Nama berkata...

byk sgt la yg cuepacs mintak... mau najib nak bagi....

la ni pelan2... jgn kalut2.. mintak satu2 dulu... usaha bagi dapat yg RM500 tu dulu//
lepas ni nak mintak apa pun... mintak la

Tanpa Nama berkata...

duit rm 1 juta tu banyak woo, bonus hanya umpan saja . banyak shopping kat Langkawi .

Tanpa Nama berkata...

ok juga kiranya tangga gaji mati dinaikan kerena kebanyakan PA yg berkhidmat lebih 25th dah gaji maksima..berjuanglah sampai berjaya..

Tanpa Nama berkata...

tak payah la minta apa2 lagi....bagi yang dah koje 25 tahun keatas tu...baik la korang pencen cepat..bagi orang yang muda2 nie koje...dok rumah jaga cucu...tak pun jaga mak ayah kalau ada lagi...

tak pun yang paling baik ialah tadah la tangan sambil berkata SYUKUR ALHAMDULILLAH....(aku pinjam dari HAI-O)

Cikgu Esa berkata...

kenaikan harga barang keperluan spt petrol, gula dll perlu SEJAJAR dgn kenaikan gaji khasnya k.tgn awam yg byk berjasa kpd negara. cb bygkan jika anda menggenggam rm 500 hari ini;
rm 50 - 100 nak isi petrol satu tangki
rm 200 beli barang dapur
rm 200 beli pakaian anak tupun kt Hari Hari....
pastu dh kering...tolonglah naikkan gaji kami wahai kerajaan dn CEUPACS perjuangkan utk sume jgn hanya k.tgn sokongan

Main-Main berkata...

taak yah la Cuepacs nak minta pe2..semua pembohong jer nak menyeapkan ati..bonus dua tahun tak dapat, presiden Cuepac ye ye kata nak minta 2 bulan tp abuk..lepas tu kata nak jumpa PM..pastu senyap jer..terfikir pulak camna ttibe jer senyap..mulut penuh nasi kut takleh nak cakap..