SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Ogos 2011

JANGAN BERI HADIAH SEBAGAI HELAH LAKUKAN RASUAH - SPRM

Bernama
26/8/2011



KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan individu atau syarikat supaya tidak memberi hadiah atau hamper pada musim perayaan sebagai helah melakukan perbuatan rasuah.

Dalam satu kenyataan di sini, SPRM menasihatkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak menerima sebarang hadiah berunsur rasuah atau diketahui diberi secara rasuah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan urusan rasmi.

"Pada musim perayaan, ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mengamalkan pemberian hadiah atau hamper kepada sahabat dan kenalan.

"Walaupun pemberian hadiah seumpama itu boleh mengeratkan persahabatan dan silaturahim, penjawat awam perlu akur kepada peraturan sedia ada mengenai penerimaan hadiah, terutamanya peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998," kata kenyataan itu.

Sebarang pemberian atau penerimaan rasuah hendaklah dilaporkan terus kepada mana-mana pejabat SPRM dengan segera mengikut peruntukan Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

23 Ogos 2011

HAMPIR 10,000 ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT BERTUGAS SEPANJANG OPS RAYA

Bernama
23/8/2011




KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Lapan puluh peratus atau 9,920 orang daripada keseluruhan 12,400 anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan bertugas sepanjang Ops Raya 2011 bermula hari ini hingga 6 Sept bagi mengawasi insiden melibatkan kebakaran dan kemalangan di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung berkata hanya 20 peratus anggota yang akan bercuti semasa perayaan Aidilfitri tahun ini.

"Kesemua anggota bomba ini kena siap sedia pada musim raya untuk menangani kejadian yang tidak diingini dengan cepat, pantas dan berkesan," katanya selepas merasmikan Majlis 'Ops Raya' 2011 di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.

Menurutnya sebanyak 254 buah balai bomba akan terlibat dalam 'Ops Raya' untuk membuat rondaan di jalan persekutuan, jalan bandaran dan lain-lain di sepanjang tempoh 'Ops Raya' berlangsung.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat rondaan dengan menggunakan pesawat udara dari Unit Udara jabatan masing-masing di seluruh negara," katanya.

"JBPM juga dikenal pasti sebagai agensi penyelamat utama bagi menangani insiden yang melibatkan kebakaran, kemalangan, Kemalangan Jalan Raya (RTA) dan bahan kimia berbahaya (HAZMAT)," katanya.

Sementara itu katanya pemeriksaan akan dilakukan di semua tempat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, pasar raya dan hiburan awam di mana kompaun maksimum sebanyak RM500 akan dikenakan kepada sesiapa yang didapati menyimpan barangan berbahaya pada musim perayaan.

-- BERNAMA

BERSEDIA HADAPI KRISIS EKONOMI

Utusan Malaysia
23/8/2011



KHAMIS lalu, sekali lagi bursa saham dunia runtuh lagi dengan Dow Jones jatuh sehingga 500 mata selepas satu jam dibuka dagangan. Sektor teknologi lemah dan tuntutan pekerjaan lebih tinggi.

Bon perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat jatuh ke paras bawah 2 peratus (%). Sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Di Eropah, FTSE jatuh sebanyak 4.36%, di Perancis CAC jatuh sehingga 6%, bursa Jerman DAX jatuh 5.42%. Emas telah meningkat ke paras AS$1,823.65 seauns. Sementara itu, minyak di pasaran New York jatuh ke paras AS$83 setong dengan jangkaan permintaan akan menurun.

Memanglah ada dalam kalangan pemimpin kita yang mengatakan kita terlindung daripada krisis ekonomi semasa kerana kita banyak berdagang dengan negara-negara ASEAN dan Asia seperti China dan India dan bukan negara-negara Eropah. China sendiri sedang bergelut untuk membendung inflasi dan India berdepan dengan defisit.

Kebimbangan tentang ekonomi dunia menuju ke arah kemelesetan dimanifestasikan oleh keruntuhan bursa-bursa saham dunia sebanyak dua kali dalam bulan ini saja.

Terbaru kebimbangan bank pusat di Amerika tentang unit-unit bank Amerika di Eropah yang mungkin berdepan dengan kekurangan dana.

Pertumbuhan negara Jerman yang lebih rendah untuk penggal kedua dan perbincangan antara Perancis dan Jerman yang tidak mencapai sesuatu kata sepakat dalam menyelesaikan masalah krisis hutang Euro, meningkatkan lagi kebimbangan pelabur.

Bank Negara Malaysia pada Rabu lepas menyatakan pertumbuhan 4% untuk penggal kedua tahun ini. Penggal pertama kita telah mencatat pertumbuhan sebanyak $4.3%. Walaupun mengakui keadaan ekonomi global yang semakin lemah, Bank Negara masih yakin kita boleh mencapai pertumbuhan 5-6%.

Mengapakah kita tidak mahu mengakui yang keadaan ekonomi dunia yang lemah ini akan memberi kesan kurang baik kepada ekonomi kita yang bergantung kepada eksport dan keadaan defisit fiskal kita yang tinggi?

Para penganalisis antarabangsa mengakui kesan yang bakal kita hadapi ini.

Kita seolah-olah ingin memberi gambaran yang tidak ada apa-apa yang akan mengganggu-gugat ekonomi kita. Sekiranya harga minyak menurun, ini akan memberi kesan kepada pendapatan negara yang 40% datangnya daripada pendapatan minyak.

Kita juga berdepan dengan harga barang-barang yang meningkat yang seterusnya meningkatkan kos sara hidup. Kerajaan tidak mampu lagi untuk menambah subsidi untuk membendung kenaikan harga barang-barang tanpa meningkatkan lagi defisit yang sudah tinggi.

Dengan mata wang ringgit semakin kukuh berbanding dolar Amerika (disebabkan ekonomi Amerika yang lemah) dan permintaan dunia yang dijangka kurang, pengeksport kita mungkin mencatat angka-angka perolehan yang lebih rendah.

Kebanyakan pendapatan bank datangnya daripada pinjaman isi rumah yang kini mencapai 75% daripada keseluruhan pinjaman.

Rasanya masa sudah sampai bagi kerajaan “mengetatkan pinggang” mengurangkan pembaziran perbelanjaan.

Kalau dapat dikurangkan 5% sekalipun, kita sudah dapat mengurangkan lebih kurang RM10 bilion daripada perbelanjaan.

Perbelanjaan seperti perasmian itu dan ini patut dikurangkan, latihan yang menggunakan hotel-hotel dan resort-resort pun patut beralih kepada dewan-dewan kerajaan yang tidak kurang kemudahan mereka.

Untuk belanjawan tahun hadapan permintaan jabatan-jabatan dan kementerian sepatutnya zero-based berdasarkan keperluan dan bukan secara incremental.

Perbelanjaan atas barang-barang dengan harga yang bukan-bukan seperti yang lazim dilaporkan oleh Ketua Audit Negara perlu dielakkan.

Ada pendapat yang mengatakan kita perlu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan pendapatan negara tetapi tiada siapa yang tahu bila masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Rasanya kalau diamalkan perbelanjaan yang berhemah apa yang boleh diperolehi adalah lebih tinggi daripada yang bakal diperolehi dengan pelaksanaan GST. Sikap “ini duit kerajaan bukan duit aku” perlu dikikis oleh penjawat awam dan orang ramai.

Inilah satu-satunya kempen yang perlu dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara dan melalui secara bentuk media.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang lemah dan kos sara hidup yang meningkat, apakah sesuai diadakan pilihan raya dalam jangka masa terdekat ini?

DATO’ SALLEH MAJID

ialah bekas Presiden Bursa Saham

Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

21 Ogos 2011

MPPD BAYAR BONUS TUNAI

Berita Harian
Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my
20/8/2011





ABDUL Wahab Shamsuddin (tengah) bersama warga MPPD menunjukkan lambang 1Malaysia dan sampul duit bonus di Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin.


TELOK KEMANG 20 Julai – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaksanakan kaedah yang tersendiri dalam pemberian bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh kerajaan, baru-baru ini.

Ia diberikan secara tunai oleh Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin kepada 425 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada satu majlis khas di Port Dickson dekat sini, semalam.

Abdul Wahab berkata, pemberian secara tunai itu membolehkan semua kakitangan menzahirkan terima kasih terhadap keputusan kerajaan memberikan bonus tersebut.

“Pemberian dengan kaedah ini juga diharap meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan supaya menghargai sumbangan kerajaan terhadap mereka.

“Jika duit ini dimasukkan ke dalam akaun, kita mungkin tidak nampak sangat. Oleh itu, kita beri secara tunai kepada kakitangan,” katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut.

19 Ogos 2011

PERJUMPAAN KHAS CUEPACS MENGENAI PROGRAM GREEN JOB

Putrajaya
17/8/2011


CUEPACS telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Kunjungan ini diketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden CUEPACS, Setiausaha Agung Puan Lok Yim Phing dan rombongan jawatankuasa Alam Sekitar CUEPACS.
Kunjungan ini disambut oleh YB Dato Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri dan KSU dan pegawai kanan kementerian tersebut. Perjumpaan ini adalah untuk mengetahuai program-program Green Jobs dan ingin membuat kerjasama diantara CUEPACS dengan Kementerian dalam program seminar bagi menerangkan peranan kementerian tersebut dan teknologi hijau kepada penjawat awam.








MINDA PENGARANG: PENJAWAT AWAM PATUT BERHEMAH BELANJA BONUS ELAK LAMBUNGAN HARGA

Berita Harian
2011/08/10




PENGUMUMAN pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam tentunya disambut dengan perasaan gembira oleh semua kakitangan kerajaan. Selain itu, kerajaan juga akan membuat Bayaran Khas Kewangan kepada semua pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas yang akan dikreditkan pertengahan bulan ini, tepat pada masanya bagi membantu 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan khususnya beragama Islam membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Pemberian berkenaan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan semua penerima tidak lupa bersyukur di atas rezeki yang diterima dan dapat diterjemahkan dengan tekad untuk berkhidmat lebih gigih agar produktiviti jabatan masing-masing dapat dipertingkat. Peningkatan produktiviti ini seterusnya bermakna hasil kerajaan akan bertambah, dan peluang untuk mendapat bonus selanjutnya pada masa depan menjadi lebih cerah. Di samping itu, penerimanya tidak harus membazir dengan berbelanja melebihi kemampuan masing-masing, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Perbelanjaan tidak berhemah akan hanya membawa kepada kenaikan harga barangan berikutan peningkatan permintaan mendadak dan ini seterusnya akan bermakna wang bonus itu hanya dapat dimanfaatkan oleh golongan peniaga semata-mata.

Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan pembayaran bonus dan bayaran khas itu. Walau apa sekali pun, pemberian bonus dan bayaran khas itu sekali lagi membuktikan kerajaan sentiasa peka terhadap nasib penjawat awam dan pesara kerajaan khususnya, serta rakyat secara amnya yang sudah tentu terpaksa menyediakan perbelanjaan tambahan menjelang Aidilfitri. Namun, kita berharap hasrat murni kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam dan pesara ini tidak dinafikan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan secara melampau. Sikap tamak haloba segelintir peniaga ini banyak kelihatan pada Ramadan ini yang menyaksikan kenaikan harga juadah berbuka puasa seperti kuih muih yang kini dijual lebih mahal berbanding sebelumnya. Keadaan ini tidak akan berlaku jika pengguna lebih berhemah dan bijak dengan membeli barang yang perlu saja. Dalam pada kakitangan awam menikmati bonus hari raya, mereka yang bertugas dalam sektor swasta turut menaruh harapan untuk mendapat imbuhan sama. Perkara ini sebenarnya di luar pertimbangan kerajaan, sebaliknya terletak kepada keputusan majikan masing-masing. Namun, demi meringankan beban kewangan pekerja, kita berpendapat ada baiknya majikan sektor swasta memikirkan kaedah untuk membayar sebahagian bonus tahunan pekerjanya pada musim hari raya.

BONUS SETENGAH BULAN PENJAWAT AWAM TERTAKLUK KEPADA POTONGAN CUKAI BULANAN - LHDN

Bernama
19/8/2011


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bonus setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam pada 15 Ogos lepas tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Noorhelmi Mohd Nor berkata langkah itu bagi mengurangkan beban mereka untuk membayar jumlah sebenar cukai pendapatan 2011 apabila ia dikira kelak.

PCB dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada bayaran saraan tambahan antaranya bayaran kerja lebih masa, bonus atau insentif, tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain kepada pekerja dan ganjaran.

"Saraan tambahan bererti apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekali gus atau berkala atau tertunggak atau bayaran tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.

Justeru katanya, bayaran bonus perlu dibuat potongan cukai kerana ia adalah sebahagian daripada perolehan atau pendapatan yang diterima pekerja daripada suatu pekerjaan.

"Kaedah pengiraan amaun cukai yang perlu dipotong untuk bulan berkenaan ialah mengikut Formula Saraan Tambahan dan terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam pengiraan cukai untuk bonus ini," katanya.

Katanya pembayar cukai boleh mengira PCB dengan menggunakan kalkulator PCB secara online di laman web LHDN www.hasil.gov.my.

-- BERNAMA

18 Ogos 2011

PERMOHONAN PINJAMAN PERUMAHAN SECARA ON-LINE DI PORTAL SPPB PADA 2012

Bernama
18/8/2011


PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Mulai tahun depan, penjawat awam yang memohon pinjaman melalui Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) Perbendaharaan Malaysia perlu mengisi borang secara on-line (atas talian) menggunakan portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB).

Setiausaha BPP Datuk Shuib Md Yusop berkata melalui portal itu, mereka akan mendapat kelulusan secara bersyarat dengan serta merta apabila permohonan itu diisi dengan lengkap.

"SPPB ini mudah diisi. Ini merupakan salah satu inovasi yang dibina sendiri BPP tanpa menggunakan konsultan luar. Malah kita mampu menjimatkan lebih sejuta setahun wang kerajaan antaranya untuk kos mencetak borang penyata tahunan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal SPPB yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Datuk Nozirah Bahari di sini Rabu.

Shuib berkata setelah menerima kelulusan bersyarat itu, pemohon boleh membuat pembayaran wang proses melalui perbankan internet berbanding sebelum ini yang menggunakan bayaran melalui wang pos atau 'bank draft'.

Peminjam seterusnya diberikan tempoh dua minggu untuk menghantar dokumen sokongan yang berkaitan untuk tujuan pemprosesan, dan apabila kelulusan sepenuhnya diperoleh, pemohon akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya sebanyak 400 peminjam telah mengemukakan permohonan melalui portal itu sejak ia mula digunakan 10 Ogos lepas dan pihaknya mensasarkan lebih ramai penjawat awam akan menggunakannya selepas ini.

Melalui portal itu yang boleh dilayari melalui https://sppb.treasury.gov.my, peminjam juga boleh menyemak status bayaran balik, bayaran kemajuan, penghantaran hak milik, baki pinjaman, status permohonan dan penyata tahunan.

Setakat ini portal ini hanya boleh menampung sebanyak 1,000 peminjam sehari dan pihaknya memberi jaminan bahawa sistem ini selamat untuk digunakan kerana hanya boleh diakses oleh pemohon sahaja, kata beliau.

Katanya, BPP yang ditubuhkan pada 1970 menerima permohonan sebanyak 3,200 sebulan daripada penjawat awam dengan pemberian pinjaman antara tujuh hingga lapan bilion setahun.

-- BERNAMA

17 Ogos 2011

CUEPACS TO RAISE COMPLAINT OVER BONUS WITH PSD

Bernama
18/8/2011




KUALA LUMPUR, Aug 16 (Bernama) -- CUEPACS is to raise with the Public Service Department (PSD) a complaint by civil servants that income tax and EPF deductions were made to their half-month bonus paid Monday.

Its president, Datuk Omar Osman, said he would bring up the matter with the PSD at a joint breaking-of-the-fast event next Tuesday, particularly for the sake of the middle-income earners.

"It is pointless to have huge deductions made when we asked for the bonus to ease the financial burden in view of higher prices of goods," he told Bernama.

Omar also dismissed the assumption of certain quarters that the bonus payment was an attempt to garner political support.

"Let's not politicise the matter. We asked for the bonus for the sake of staff welfare and to raise productivity and the spirit to work harder," he said.

The government paid a half-month bonus or minimum of RM500 to its 1.27 million staff and a special payment of RM500 to all government pensioners.

-- BERNAMA

13 Ogos 2011

BONUS SETENGAH BULAN GAJI BAGI PENJAWAT AWAM DI SABAH

Bernama
13/08/2011 5:08pm


KOTA KINABALU 13 Ogos – Seramai 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah berkata, kos untuk pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini kepada penjawat awam adalah sebanyak RM16,166,364.40.

"Ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan program dan agenda pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

“Ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian bonus ini selaras dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

12 Ogos 2011

NAJIB BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SERI PERDANA

Bernama
11/8/2011



PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama lebih 1,000 tetamu di kediamannya di Seri Perdana, di sini Khamis.

Mereka yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin Pemuda dan Wanita Barisan Nasional (BN), badan bukan kerajaan (NGO) belia dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Antara yang kelihatan Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim dari Darul Ruqayyah, Bangi dan Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri bersama tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya solat Isyak dan sunat tarawih.


-- BERNAMA

PENJAWAT AWAM SARAWAK TERIMA BONUS SETENGAH BULAN

Bernama
12/08/2011 5:16pm

KUCHING 12 Ogos — Kira-kira 16,000 penjawat awam kerajaan negeri Sarawak akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan hari ini.

Beliau berkata, turut layak menerima bonus tersebut ialah kira-kira 2,000 pelatih siswazah yang bekerja secara kontrak di beberapa agensi kerajaan negeri.

"Seperti mana bonus daripada kerajaan pusat, Sarawak juga akan memberi bonus kepada semua penjawat awam sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14.1 juta untuk pemberian bonus tersebut. —Bernama

11 Ogos 2011

LAKUKAN PENGAUDITAN BAHASA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
11/08/2011 3:49pm


KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pihak berwajib digesa melakukan pengauditan bahasa untuk memastikan mutu penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan jabatan kerajaan dan penjawat awam mencapai piawaian yang disasarkan.

Pakar bahasa tanah air, Profesor Dr Awang Sariyan berkata, sebagai permulaan, proses itu boleh dimulakan di peringkat pentadbiran dan pendidikan sebelum diperluas ke sektor lain.

Beliau berkata, kecekapan pentadbiran negara bergantung kepada kualiti berbahasa penjawat serta jabatan di bawahnya, justeru, mutu bahasa mereka perlu dinilai dan diaudit.

"Adakan satu sistem atau modus operandi yang sesuai terhadap cara untuk menilai bahasa.

“Dengan adanya pengauditan ini, lama-kelamaan akan terbudaya dalam diri rakyat Malaysia mengenai kepentingan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul," katanya ketika ditemu bual menerusi Program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24 hari ini. – Bernama

10 Ogos 2011

ENAM KERAJAAN NEGERI UMUM BAYAR BONUS PENJAWAT AWAM

Bernama
10/8/2011



KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor merupakan enam kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan untuk mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun. Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Di KOTA BAHARU, kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Di IPOH, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Di SEREMBAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

- BERNAMA

PEMBERIAN BONUS BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NGO

Utusan Malaysia
9/8/2011


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pemberian bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam serta pesara dengan menyifatkan ia sebagai bukti kerajaan prihatin dalam membantu meringankan beban rakyat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng berkata, usaha kerajaan itu amat dihargai selain berharap jumlah pemberian itu dapat dinaikkan lagi selepas musim perayaan ini.

"Penambahan jumlah bonus ini adalah berdasarkan produktiviti dan pengiktirafan kepada mereka yang terus dan pernah berjasa dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, semalam.

Bonus itu sebagai tanda menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata, bayaran khas itu membuktikan kerajaan masih prihatin terhadap pesara-pesara yang dahulunya pernah berkorban tenaga dan idea dalam proses pembinaan negara.

"Bagaimanapun, pesara kerajaan dinasihatkan supaya menggunakan bonus tersebut secara cermat dengan melakukan perkara yang berfaedah.

"Penjawat awam yang masih berkhidmat pula harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya turut berharap agar kerajaan dapat memberi insentif kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.

"Sekiranya kerajaan bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan adalah baik juga sekiranya insentif itu turut diberikan kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.

"Ia adalah wajar kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada bekas-bekas tentera yang dahulunya pernah berbakti kepada negara," katanya.

Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Peberkas), Datuk Abdul Rahman Manan pula berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meningkatkan jumlah pemberian minimum bonus tersebut daripada RM500 kepada RM1,000 ekoran harga barang yang semakin meningkat.

"Jumlah itu adalah wajar kerana harga barang di pasaran semakin meningkat selain dapat membantu pesara yang perlu membeli barangan keperluan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

09 Ogos 2011

TERIMA KASIH PM - CUEPACS

Utusan Malaysia
9/8/2011



KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pengumuman pemberian bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima baik pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 pada pertengahan bulan ini.

HALF- MONTH BONUS

The Sun
By Farrah Naz Karim and Sean Augustine
news@nst.com.my



Early Raya gift of minimum RM500 for civil servants

PUTRAJAYA: All 1.27million civil servants in the country will be getting an early Hari Raya gift as the government will be making a half-month bonus payout soon.

The bonus, with a minimum payment of RM500, will be paid out in the middle of this month.

The 590,000 pensioners in the country will also not be left out as they will be getting a RM500 special payment at the same time before Hari Raya which is expected to fall on Aug 30.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the payouts were in appreciation of their contributions and dedication in successfully carrying out the country’s development plans.

“The government hopes this bonus and special payment will help lighten the burden of civil servants and pensioners as well as help them make preparations for the upcoming Hari Raya celebrations.

“This shows that the government is always concerned about the welfare of civil servants and pensioners.

“This bonus payout is a mark of the government’s appreciation of all civil servants,”Najib,who is also finance minister, said.


In a statement issued yesterday, Najib also said the payouts would cost the government RM2 billion. The news came as a pleasant surprise for General Operations Forces chief security supervisor Chief Inspector Che Samsudin Che Yusoff.

Hearing it first from the media, he said he did not see it coming at all.

“This will not only lighten the burden of my Hari Raya expenditure but will certainly make the celebration more meaningful for my whole family.” For Noorafida Pardi, 40, an auxiliary policewoman attached to Seri Perdana, the bonus would go a long way as it meant she could buy extra revision books for her son who was sitting the Sijil Pelajaran Malaysia this year.


The single mother, whose salary was about RM1,300 per month, said with the gift she could also make Hari Raya special for her mother, who is also a single mother.


Malaysian Pensioners Association president Datuk Raja Wan Mahmood Pawanteh, when contacted, expressed appreciation to the government for considering the welfare of pensioner s.

This is the third consecutive year civil servants and pensioners are getting the bonus — after the payment in August last year and the 2009 payout made just before Hari Raya.

The last time the government issued a one-month salary or a minimum of RM1,000 bonus to public servants was in 2008 when the payout was staggered in September and December.

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services president Datuk Omar Osman said Cuepacs was thankful that the government had made such a huge allocation to pay bonuses to civil servants.

It hoped the government would consider another round of bonus payout after the Budget presentation in October.

Omar said this would especially help the rank-and-file in the service, especially those with many school-going children.



08 Ogos 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Malaysiakini
8/8/2011



Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

HALF-MONTH RAYA BONUS FOR SIVIL SERVANT, RM5OO FOR PENSIONERS

Malaysia Insider
@ 07:00:45 PM 08-08-2011
August 08, 2011



Najib said the payout would ease civil servants’ burdens ahead of the Hari Raya holidays. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 8 — The Najib administration will pay out a half-month bonus to 1.3 million civil servants and RM500 to 600,000 government pensioners ahead of Hari Raya amid public concern over rising inflation.

Datuk Seri Najib Razak, who is expected to call a general election within the year, said that the funds “can lighten the burden... for the upcoming Aidil Fitri celebration.”

Hari Raya Aidil Fitri, which falls at the end of the month, is expected to see muted celebrations after the consumer price index hit a two-year high of three per cent in March and continued to rise to 3.5 per cent in June, when government subsidies for basic necessities were slashed.

Putrajaya said that the price hikes to fuel, sugar and electricity were necessary to keep a subsidy bill from doubling to RM21 billion this year, as it seeks to reduce its budget deficit that hit a two-decade peak of seven per cent in 2009.

“This shows that the government is always concerned about the welfare of civil servants and government pensioners. The awarding of the bonus is a mark of appreciation of all civil servants,” the prime minister added.

Barisan Nasional (BN) has traditionally held strong in areas with large populations of civil servants such as Putrajaya, an important vote bank for the ruling coalition.

But in the landmark 2008 general election, where it ceded five state governments and its customary two-thirds majority of Parliament, BN saw its majorities cut in these areas and even lost the Shah Alam federal seat, previously considered an Umno stronghold.

Najib, who is also finance minister, said the two payments to be made in the middle of the month would entail an estimated expenditure of RM2 billion.

Putrajaya also made a similar payment last Ramadan, handing out RM500 across the board to all civil servants and pensioners, and amounting to a total of RM934.6 million.

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA

Bernama
8/8/2011



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

04 Ogos 2011

CUEPACS TERUS MINTA KERAJAAN TIMBANG BONUS DUA BULAN

Bernama
4/8/2011



KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua bulan lepas dan mengharapkan berita baik itu diumumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum ini, Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Beliau juga berkata pemberian bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi kepada keseluruhan penjawat awam.

Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan.

Sementara itu, Cuepacs berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama kerajaan mengenai Skim Pencen Bercarum (SPB) yang dijangka akan dilaksanakan tahun depan.

Beliau berkata walaupun Cuepacs sebulat suara menolak pelaksanaan skim itu, mereka tetap bersedia untuk berbincang dengan harapan kerajaan dapat menawarkan penambahbaikan yang mampu memberi kebaikan kepada keseluruhan penjawat awam.

"Perbincangan ini untuk kerajaan mendengar apa sebenarnya pandangan Cuepacs, kenapa Cuepacs menolak SPB," katanya.

Cuepacs sebagai badan tertinggi yang mewakili sektor awam tetap dan berpencen mendakwa bahawa skim itu tidak menguntungkan terutamanya kepada generasi baru sektor awam.



-- BERNAMA

03 Ogos 2011

JUDIN NAIK TURUS II

Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2011/08/03




KETUA Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (kanan) melihat surat penerimaan jawatan Ketua Eksekutif CIDB oleh Judin pada majlis di Putrajaya, semalam.



BEKAS Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim bersyukur selepas menerima surat tawaran jawatan Ketua Eksekutif CIDB dengan Gred Turus Utama II, sekali gus menamatkan kemelut dua Ketua Pengarah JKR.


Sidang Media (sila klik disini)


Bekas ketua pengarah JKR setuju sertai CIDB


PUTRAJAYA: Kemelut dua nakhoda di Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkompromi dengan menawarkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, gred dan gaji lebih tinggi untuk dipinjamkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Ketua Eksekutif, berkuat kuasa semalam.
Beliau yang sebelum ini Ketua Pengarah Kerja Raya dengan Gred Jusa A kini dinaikkan ke Gred Utama Turus II. Lazimnya, Ketua Eksekutif CIDB ditawarkan Gred Jusa A.

Berikutan kompromi itu, Judin mengesahkan beliau akan menarik balik saman yang difailkan terhadap kerajaan tiga minggu lalu.

Difahamkan gred yang ditawarkan itu juga lebih tinggi daripada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) di beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Belia dan Sukan.

CIDB membuat tawaran itu menerusi surat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bertarikh 22 Julai dan tempoh pinjaman bermula semalam sehingga tarikh akhir persaraan wajib Judin pada 16 Disember 2013.


Abu Bakar yang ditemui pada majlis menandatangani surat penerimaan oleh Judin di sini, semalam, berkata Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bersetuju meluluskan tawaran CIDB dengan gred itu kepada Judin.

“Tanggungjawab besar menanti beliau di CIDB dan kita yakin pengalamannya membolehkan beliau memikul tugas baru ini dengan baik dan berkesan,” katanya kepada Berita Harian pada majlis yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan wakil lima kesatuan sekerja di bawah CUEPACS.

Kemelut jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya timbul apabila Judin dipinjamkan ke CIDB dan tempatnya digantikan Timbalan Ketua Pengarah II, Datuk Mohd Noor Yaacob pada 1 Mei lalu. Bagaimanapun, beliau tidak mengosongkan pejabat, walaupun Mohd Noor sudah menjalankan tugas, sehingga menimbulkan kontroversi.

Difahamkan, pada masa itu, proses peminjaman bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam. Pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai terbabit terlebih dulu, sebelum dikemukakan kepada JPA dan dirujuk kepada SPA yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Di KUALA LUMPUR, Judin yang melaporkan diri di CIDB kira-kira jam 3.40 petang disambut lebih 10 kakitangan dan lima wakil kesatuan sekerja dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bersama CUEPACS.

Ketika ditemui, Judin berkata, gembira kerana kemelut itu sudah berakhir dan percaya ia tidak akan menjejaskan tugas barunya.

“Hari ini, saya terima tawaran itu dan diarahkan untuk bertugas serta-merta. Saya turut ditawarkan dengan gaji baru ke Gred Utama Turus II.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai. Fokus saya kini hanya memajukan industri pembinaan yang dapat memberi pulangan lumayan kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Omar yang ditemui gembira dan lega kerana kemelut yang meresahkan kakitangan JKR berakhir dengan baik.

02 Ogos 2011

KEMELUT DUA KETUA PENGARAH JKR SELESAI

Berita Harian
2011/08/02



KUALA LUMPUR: Kemelut dua ketua pengarah di Jabatan Kerja Raya yang berlarutan sejak 1 Mei lalu, berjaya diselesaikan di luar mahkamah apabila bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dijangka menerima tawaran penyelesaian dibentangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada minggu ini.

Sumber Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan gabungan kesatuan sekerja JKR menyatakan, bekas Ketua Pengarah JKR itu akan menurunkan tandatangan bagi menerima tawaran ke jawatan baru. Sebelum ini, JKR mempunyai dua ketua pengarah apabila Judin enggan mengosongkan biliknya selepas mendakwa proses pelantikannya ke jawatan baru tidak dibuat mengikut prosedur. Sumber menyatakan, selepas rundingan membabitkan tujuh pihak dengan CUEPACS yang bertindak selaku orang tengah, satu penyelesaian berjaya dicapai dan kini dalam proses untuk memuktamadkan isu ini.

Berita Harian difahamkan, satu majlis diadakan hari ini dengan CUEPACS dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya.