Utusan Malaysia
23/8/2011
KHAMIS lalu, sekali lagi bursa saham dunia runtuh lagi dengan Dow Jones jatuh sehingga 500 mata selepas satu jam dibuka dagangan. Sektor teknologi lemah dan tuntutan pekerjaan lebih tinggi.
Bon perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat jatuh ke paras bawah 2 peratus (%). Sesuatu yang tidak pernah berlaku.
Di Eropah, FTSE jatuh sebanyak 4.36%, di Perancis CAC jatuh sehingga 6%, bursa Jerman DAX jatuh 5.42%. Emas telah meningkat ke paras AS$1,823.65 seauns. Sementara itu, minyak di pasaran New York jatuh ke paras AS$83 setong dengan jangkaan permintaan akan menurun.
Memanglah ada dalam kalangan pemimpin kita yang mengatakan kita terlindung daripada krisis ekonomi semasa kerana kita banyak berdagang dengan negara-negara ASEAN dan Asia seperti China dan India dan bukan negara-negara Eropah. China sendiri sedang bergelut untuk membendung inflasi dan India berdepan dengan defisit.
Kebimbangan tentang ekonomi dunia menuju ke arah kemelesetan dimanifestasikan oleh keruntuhan bursa-bursa saham dunia sebanyak dua kali dalam bulan ini saja.
Terbaru kebimbangan bank pusat di Amerika tentang unit-unit bank Amerika di Eropah yang mungkin berdepan dengan kekurangan dana.
Pertumbuhan negara Jerman yang lebih rendah untuk penggal kedua dan perbincangan antara Perancis dan Jerman yang tidak mencapai sesuatu kata sepakat dalam menyelesaikan masalah krisis hutang Euro, meningkatkan lagi kebimbangan pelabur.
Bank Negara Malaysia pada Rabu lepas menyatakan pertumbuhan 4% untuk penggal kedua tahun ini. Penggal pertama kita telah mencatat pertumbuhan sebanyak $4.3%. Walaupun mengakui keadaan ekonomi global yang semakin lemah, Bank Negara masih yakin kita boleh mencapai pertumbuhan 5-6%.
Mengapakah kita tidak mahu mengakui yang keadaan ekonomi dunia yang lemah ini akan memberi kesan kurang baik kepada ekonomi kita yang bergantung kepada eksport dan keadaan defisit fiskal kita yang tinggi?
Para penganalisis antarabangsa mengakui kesan yang bakal kita hadapi ini.
Kita seolah-olah ingin memberi gambaran yang tidak ada apa-apa yang akan mengganggu-gugat ekonomi kita. Sekiranya harga minyak menurun, ini akan memberi kesan kepada pendapatan negara yang 40% datangnya daripada pendapatan minyak.
Kita juga berdepan dengan harga barang-barang yang meningkat yang seterusnya meningkatkan kos sara hidup. Kerajaan tidak mampu lagi untuk menambah subsidi untuk membendung kenaikan harga barang-barang tanpa meningkatkan lagi defisit yang sudah tinggi.
Dengan mata wang ringgit semakin kukuh berbanding dolar Amerika (disebabkan ekonomi Amerika yang lemah) dan permintaan dunia yang dijangka kurang, pengeksport kita mungkin mencatat angka-angka perolehan yang lebih rendah.
Kebanyakan pendapatan bank datangnya daripada pinjaman isi rumah yang kini mencapai 75% daripada keseluruhan pinjaman.
Rasanya masa sudah sampai bagi kerajaan “mengetatkan pinggang” mengurangkan pembaziran perbelanjaan.
Kalau dapat dikurangkan 5% sekalipun, kita sudah dapat mengurangkan lebih kurang RM10 bilion daripada perbelanjaan.
Perbelanjaan seperti perasmian itu dan ini patut dikurangkan, latihan yang menggunakan hotel-hotel dan resort-resort pun patut beralih kepada dewan-dewan kerajaan yang tidak kurang kemudahan mereka.
Untuk belanjawan tahun hadapan permintaan jabatan-jabatan dan kementerian sepatutnya zero-based berdasarkan keperluan dan bukan secara incremental.
Perbelanjaan atas barang-barang dengan harga yang bukan-bukan seperti yang lazim dilaporkan oleh Ketua Audit Negara perlu dielakkan.
Ada pendapat yang mengatakan kita perlu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan pendapatan negara tetapi tiada siapa yang tahu bila masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Rasanya kalau diamalkan perbelanjaan yang berhemah apa yang boleh diperolehi adalah lebih tinggi daripada yang bakal diperolehi dengan pelaksanaan GST. Sikap “ini duit kerajaan bukan duit aku” perlu dikikis oleh penjawat awam dan orang ramai.
Inilah satu-satunya kempen yang perlu dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara dan melalui secara bentuk media.
Dengan keadaan ekonomi dunia yang lemah dan kos sara hidup yang meningkat, apakah sesuai diadakan pilihan raya dalam jangka masa terdekat ini?
DATO’ SALLEH MAJID
ialah bekas Presiden Bursa Saham
Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

35 ulasan:
Langkah penjimatan yg diambil oleh gomen agak perlahan walaupun gesaan telah dikeluarkan melalui circular MOF pada tahun 2008. Banyak event yg dianjurkan tidak berdasarkan value, impak dan tiada continuity. Gomen perlu serius utk lakukan cost reduction secara down/right sizing dan penggunaan teknologi hijau yg lebih meluas. Bagi PA, mereka juga akan menerima tempias krisis ekonomi di mana kos sara hidup akan melonjak naik.
PANGLIMA PERANG
kos sara hidup tinggi hanya mainan politik dan peniaga. kalau mereka sama-sama membantu rakyat untuk hidup dalam keadaan yang baik, bukan faktor keuntungan semata-mata yang perlu dikejar dalam perniagaan. tapi, tanggungjawab sosial dalam menstabilkan ekonomi dan memastikan hidup pengguna tidak tertindas dan menderita. sampai bila orang yang bekerja di malaysia perlu dilabel sebagai 'golongan berpendapatan rendah' sedangkan mereka telah belajar dan menghabiskan banyak duit untuk mengejar cita-cita. namun, itu saja yang mampu dibayar oleh majikan untuk mereka mendapat status "Golongan Berpendaptan Rendah". amatlah memalukan....betul-betul pekerja di negara ni hidup susah...
Aku setuju dengan pandangan Dato Salleh Majid, 2bz4money dan panglima perang.
Actually, tak tahu la aku samada perkara ini benar atau tidak tapi ramai telah menjangkakan mengenai bakal berlakunya perang dunia ke 3 tidak lama lagi akibat krisis economy yang telah amat kritikal dan mencapai "point of no return"
Kalau kawan2 PA perasan, satu persatu negara ISlam spt Tunisia, Mesir dan Libya (kerajaan dah hancur). Yaman, Algeria, Syria (on the way hampir hancur.)By the way, sebagai selingan Syria ni negara favourite Ali Setan
So bila, negara2 ISlam ni hancur, pemerintahan yang berasaskan Islam (kononnyalah, padahal selepas kerajaan demokrasi hancur, negara akan diperintah Junta Tentera. SIla rujuk WIkipedia Egypt dan blog chedet) akan ditubuhkan disemua negara ni.
So, siapa yang tersepit?? Yup, you guessed it right. Israel Zionis Yahudi laknatullah akan melolong terpekik sebab bangsa penakut ni akan berasa fobia kerana dikelilingi tentera2 Islam yang menguasai negara sekelilingnya.
So, skrip yang sama akan berulang (seperti perang Arab Israel 1948), Israel akan menggunakan peluang ini untuk mengatakan bahawa negaranya diserang oleh tentera2 Islam dan seterusnya NATO (28 negara NATO) akan menyerang kembali negara2 Islam ni. So, terjadilah perang dunia ke 3.
WAR is MONEY. Lebih banyak perang, economy US boleh meningkat semula kerana dia boleh menjajah negara yang banyak minyak contohnya Iraq yang dah duduk bawah telunjuk US. Negara NATO yang dah bankrap spt UK, Greece, Italy, Spain boleh la jugak merasa tempias kemakmurannya
Itu la sikit sebanyak pendapat aku. So, apa persediaan kita di Malaysia ni umunya dan PA khususnya? Apakah persediaan kita betul atau mengikut trend semasa sekarang??
Korang jangan ingat aku tak kerja pulak, tulis komen panjang2 ni..aku dah draf komen ni semalam lepas terawih. Nak komen camni kena buat research sikit. Time kerja aku postkan ajer deraf aku ni. Rumah aku takder internet lagi
Saya setuju pandangan ini harus diambilkira sebab penjimatan bukan harus diukur dari perbelanjaan semata-mata bahkan penjimatan harus fokus kepada tuntutan tugas.
Penjimatan yang menyeluruh dapat membantu dalam memudahcarakan tuntutan tugas yang bersifat kritikal dan memerlukan kedudukan / struktur yang stabil serta ini memerlukan perbelanjaan berbanding keraian.
tanda2 awal xda pelarasan gaji n bonus hujung tahun ni....
biar betul.. mana boleh tadak pelarasan gaji!
dah ciput niiihhh !!!
mmg konfirm takda pelarasan gaji.. kena belajar berjimat cermat.. tangguhkan dulu nak beli kereta baru..
well dunia ni adilkan? PM kena jadikan apa yg berlaku sebagai pengajaran.time ekonomi naik...tak nak agihkan kekayaan dengan rakyat..now ekonomi di jangka meleset....nak pulak pilihanraya 13...so PM ada satu je pilihan kalau nak menang.naik kan gaji..kalau tak..paham sendiri la k.raya tetap raya.gaji meti mau naik......ade aku kesahhhhh?huhu
PM pun harus berjimat. kurangkan program keluar negara
kalau gaji tak naik kita ramai2 berenti kerja kerajaan cari kerja swasta.. amacam?
Nak jimat macam mana kalau wang yg ada itu memang tak cukup2 sejak 4 tahun lalu...harga barang naik, gaji tak nak...macam mana nak jimat..jelaskan???
gitulah.. strategi kerajaan tak nak naikan pangkat dan buat penyelarasan gaji 1.2 juta PA.. aku dah agak dah.. tapi yang peliknya PRU-13 boleh buat pulak walaupun menelan perbelanjaan bilion ringgit.. ape cite.. lagi satu nak berjimat ape beb.. brg skg nie tengah melambung naik serta minyak mahal.. bonus ciput jea rm500.. ape da..dan mane ada jusca A,B,C dan gred 56.52 nak berkursus kat dewan kerajaan.. buktikan..!!!
Boleh je nak jimat, Belanja ikut kemampuan la.. kalau gaji 1000 belanja la 1000, makan bwk bekal, pi kerja naik moto, dok quartes kerajaan.. jangan la gaji 1000 belanja 2000, mkn kt tmpt mahal, pi kerja naik keta, dok rumah mahal.. kalau nafsu besar gaji 10000 pon tak cukup.. jgn dok compare ngan org yg gaji tinggi.. kalau nak tau erti bersyukur tgk la kat org yg gaji sikit drp kita..
saya berpandangan.ekonomi tetap satu senario yang perlu dihadapi. naik turun itu sudah namanya ekonomi. naik gaji, mesti...tidak naik banyak susah hati.
"Bersedia Hadapi Krisis Ekonomi" ungkapan ini adalah hanya utk golongan miskin saja dan PA golongan 26 ke bawah..yang kurang pendapatan...Bagi org yg kaya raya 41-Turus, Menteri2, TPM, PM mana ada krisis sebab gaji besar...komisyen banyak dari gaji...betul tak???
PA masih ramai enggan bersyukur kepada BN atas nikmat gaji dan bonus yg mereka nikmati. Sepatutnya bonus diberi berdasarkan keahlian UMNO dan komponen BN sahaja, ini lebih adil terhadap seluruh rakyat.
Kos sara hidup tinggi hanya mainan politik pembangkang dan peniaga tamak yang menyokong DAP. Mereka sengaja ingin menekan org Melayu yg ikhlas menyokong dan menyayangi UMNO serta pemimpinnya.
ape kau merepek beb..!!krisis ekonomi semua terlibat tak kira siapa..!!yg teruknya PA gaji kecil.. yang gaji n komisen besar..ketawa besarlah nampaknya..
Kassim kau bodo kah? Cakap tak pakai otak hang...jgn berpolitik kat sini ...ini blog utk luah pendapat PA tentang gaji lah...kau merepek pasal olitik apa hal???
kassim kan duduk bawah tempurung,ape dia tau...
Heheheheheehhe.....
jgn ada sesapa peduli kassim baharum tu...dia hanya memerlukan perhatian saja setiap statement dia...
tak abis-abis krisis nie..ape cite..
ALA KASSIM...KASSIM SELAMAT..NK POLITIK LAK.. KLU NK POLITIK PEGI KAT PWTC
penyelarasn gaji amt penting terutama golongn bawahn seperti kami. jarak rumh antara tmpt keje lebih 60 km. bagaimana kami boleh memyusun budget. nk cari rumh dkt dgn tmpt keje tak da atau mahal. kuarters pn tk da.
silap2..kami yang berkerja dalam perkhidmatan awam berstatus kontrak..ditamatkan kontrak..alasannya kekangan ekonomi negara..
ape kebendanye krisis tak abis-abis.. katanya kedai 1 Malaysia brg murah..mahal juga bro..Tesco lagi murah da.. ape cite.. bila budget ha.. harga brg semakin naik nie..minyak mahal.. gaji ciput jea.. gitulah tunggu PRU-13 jealah..
tak puas ati sikit asyik2 "tunggu PRU 13 la".. ni la mentaliti PA
baguslah la beb mentaliti mcm tue.. mentaliti kelas pertama dunia.. ape la lu beb mentaliti lu katak bawah kaca.. ha..!!ha..!!
PA wajib sokong dan taat pada pemimpin UMNO kerana mereka kebanyakannya penerus sunnah dan pewaris Khulafa Al-Rasyidin. Para pemimpin UMNO rela ikat perut demi rakyat, x mcm pemimpin PAS suka bermewah dan mengejar dunia.
kami rela ikat perut yg boroi nie..tapi kaut harta sebanyak mungkin..ekonomi kapitalis ..ha..!!ha..!!
PERLU TANYA?
TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan
PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:
JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17
Syarat Lantikan:
Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17
KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27
Syarat Lantikan :
Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27
SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.
cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.
INI TIDAK ADIL
TAK ADA NAIK GAJI YAA...NEGARA KRISIS EKONOMI...HEHEEEE...TAKTIK LAMA...HENTAM SAJALAH BELALANG...
senapi ngan kassim nie anjing umno kalau komen asyik umno jer bagus tp tak sedar umno tue mcm puki mak taun nie kalau najib tak naik gaji memang aku pangkah pembangkang bertahun2 acuan umno tetap owg miskin makin papa owg kaya makin kaya laki bini pg enjoy luar negara hmmmnnnn sedih2
Catat Ulasan