SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Ogos 2011

JANGAN BERI HADIAH SEBAGAI HELAH LAKUKAN RASUAH - SPRM

Bernama
26/8/2011



KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan individu atau syarikat supaya tidak memberi hadiah atau hamper pada musim perayaan sebagai helah melakukan perbuatan rasuah.

Dalam satu kenyataan di sini, SPRM menasihatkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak menerima sebarang hadiah berunsur rasuah atau diketahui diberi secara rasuah untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan urusan rasmi.

"Pada musim perayaan, ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang mengamalkan pemberian hadiah atau hamper kepada sahabat dan kenalan.

"Walaupun pemberian hadiah seumpama itu boleh mengeratkan persahabatan dan silaturahim, penjawat awam perlu akur kepada peraturan sedia ada mengenai penerimaan hadiah, terutamanya peraturan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998," kata kenyataan itu.

Sebarang pemberian atau penerimaan rasuah hendaklah dilaporkan terus kepada mana-mana pejabat SPRM dengan segera mengikut peruntukan Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya syorkan majlis keraian yang bersifat penghargaan dan berkonsepkan 1 Malaysia untuk penjawat awam yang telah sekian lama berkhidmat 30 tahun manakala disyorkan satu anugerah berkonsepkan integriti sebagai menghargai sumbangan penjawat awam yang berkhidmat 20 tahun dalam pembentukan sahsiah dan keunggulan perkhidmatan awam yang berbudi cemerlang dan bertangungjawab disamping anugerah kreativiti kepada mana-mana penjawat awam junior dan telah berkhidmat 10 tahun dalam menjayakan tugasan mengikut acuan dan kemahiran serta daya pemikiran yang kritis dan idealis.

Tanpa Nama berkata...

salam syawal,

Buat kerja dengan betul
buat betul semasa kerja

buat kerja dilihat betul
buat dilihat betul semasa kerja.

Tanpa Nama berkata...

upgrade j17 ke j27

Mohd Zairiey berkata...

saya nak tanya, adakah semua komen di sini mendapat perhatian pihak atasan CUEPACS atau sekadar tempat membuang tahi sahaja?

Tanpa Nama berkata...

sisa pepejal cuepacs adalah grant 3 juta yang diberi oleh kerajaan.

bagiman mereka melupuskannya???!!!
- seminar, bengkel, di kota kinbalu sabah, pulau langkawi, pulau tioman, kota bharu , terbang sana ... terbang sini ...

habuk tinggal jer.

gaji .. gaji .. bonus .. cola ... taik kushing.

Tanpa Nama berkata...

Biasanya orang yg terima hamper ni bos2 belaka ala buat tak tau plak

Tanpa Nama berkata...

beb dah tak da tajuk lain ke beb..!! dah masuk bulan 9 nie ape cite kenaikan pangkat dan penyelarasan gaji 1.2 juta PA..

senapi berkata...

sesiapa yg mnyokong polis bukit kepong nyatalah taat dan setia kepda negara. hanya UMNO yg berjuang untuk merdeka, lain2 persatuan dan parti semua ejen yahudi

Tanpa Nama berkata...

apa lu merepek ape beb..!!nyanyuk kea..ini blog cuepacs perjuangkan nasib PA.. tak ada kena mengena dengan dgn lu punya cerita beb..!! sengal..!!

Tanpa Nama berkata...

PA dapat duit raya 1/2 bulan gaji dari kerajaan. Diaorang beli hamper... Ha ha rasuah tu....

Situasi lain pula diaorang dapat hamper jual semula utk dapat duit raya. Aaaa macam....?

Tanpa Nama berkata...

Jangan beri hadiah dan tak terkecuali komisyen untuk beli atau lulus tender.

Pak Kadok berkata...

Setahu saya ADUN/MP kawasan lulus projek dpt 30% komisyen samada dalam bentuk wang atau harta benda...apa mcm itu SPRM??? Tolong siasat dan jelaskan.

Tanpa Nama berkata...

Biar betul Senapi ni

Jerung berkata...

Mana ada Parti yg 100% betul selagi dianggoai oleh manusia2 yg rakus kuasa dan wang lah Senapi...pakai otak Hang tu bila bercakap..hahahahhaaaa..

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu Dato Onn Jaafar juga adalah ejen Yahudi..

Tanpa Nama berkata...

bab hamper2 ni golongan jawatan besar2 je yg dapat.......yg bercakap tu golongan yg biasa dapat......mcm tak faham2 pula...

Tanpa Nama berkata...

Setakat hamper cabuk tu nk bising! Ketua2 jabatan yg dpt lebih dr hamper buat2 x nmpk pulak! Semua kes2 org besar last2 senyap... Pak Menteri sorg pun x penah sangkut... Padahal lg byk yg dh kena kebas.

Tanpa Nama berkata...

Bln okt ni dlm bajet 2012 takde kenaikkan gaji PA...siap la BN bakal tumbang dlm PRU 13! Kami susah... Kamu lg susah!!! Ingat Najib... Undi PA dlm PRU 13 amat berharga! Dh ada ramalan, BN bakal tumbang dlm PRU 13 walaupun dibuat pd Mac 2012. Populariti makin menjunam menuju KEMUSNAHAN!!!

senapi berkata...

BN akan menang besar. Dimana2 pun semakin ramai rakyat menyertai UMNO, malahan terdapat beberapa cawangan borang keahlian juga habis. UMNO dan BN tetap teguh membela sunnah dan Quran. Hanya pembangkang yang menolak Islam. Peristiwa bukit kepong membuktikan org UMNO rela syahid demi membela negara, x mcm org PAS yang sanggup masuk penjara menentang British. Ramai pemimpin PAS dah masuk penjara dan ISA, bukti mereka penjenayah.

Tanpa Nama berkata...

Org UMNO bersama british ketika itu mati syahid..!! ha..!!ha..!!

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL