SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Ogos 2011

LAKUKAN PENGAUDITAN BAHASA DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

Bernama
11/08/2011 3:49pm


KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pihak berwajib digesa melakukan pengauditan bahasa untuk memastikan mutu penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan jabatan kerajaan dan penjawat awam mencapai piawaian yang disasarkan.

Pakar bahasa tanah air, Profesor Dr Awang Sariyan berkata, sebagai permulaan, proses itu boleh dimulakan di peringkat pentadbiran dan pendidikan sebelum diperluas ke sektor lain.

Beliau berkata, kecekapan pentadbiran negara bergantung kepada kualiti berbahasa penjawat serta jabatan di bawahnya, justeru, mutu bahasa mereka perlu dinilai dan diaudit.

"Adakan satu sistem atau modus operandi yang sesuai terhadap cara untuk menilai bahasa.

“Dengan adanya pengauditan ini, lama-kelamaan akan terbudaya dalam diri rakyat Malaysia mengenai kepentingan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul," katanya ketika ditemu bual menerusi Program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24 hari ini. – Bernama

5 ulasan:

busin berkata...

Betulkan dulu bahasa Melayu kat Pekeliling-pekeliling kerajaan tu dulu.

Bahasa berbelit-belit susah nak faham. So maksud tak sampai, pegawai bawahan tertanya maksud ayat tertentu. Staf bawahan tanya pada PTD tempat bertugas. PTD tempat bertugas pun tak berapa nak paham. PTD pun tanya pada PTD JPA/Treasury. PTD JPA/Treasury pun tak berapa nak paham ayat depa sendiri.

Last2 kena buat seminar penerangan Pekeliling semata-mata nak menjelaskan maksud ayat di pekeliling tu.

Membazir duit, masa, tenaga sahaja.

Adam berkata...

Pengguna Bahasa Melayu adalah orang Melayu, tetapi sayangnya mereka sendiri belum menguasai bahasa Melayu dengan baik. Di samping itu pula, usaha kerajaan menginggeriskan Matematik dan Sains kembali bergema dengan pengumuman penubuhan Jawatankuasa untuk menjadikan penggunaan DUA BAHASA di beberapa buah sekolah tidak lama lagi oleh kerajaan. Kita mampu menguasai bahasa Inggris tanpa penginggerisan Matematik dan Sains.

Tanpa Nama berkata...

pengajaran matematik dan sains masih dalam bahasa Inggeris bro..lu.cakap tak serupa bikin.. temuduga dalam jawatan kerajaan pun kena cakap dlm bahasa inggeris..ape nie.. kata nak daulatkan bahasa melayu.. buang masa beb bincang hal nie.. lebih baik cuepacs dan jpa buat penyelarasan gaji dan kenaikan pangkat 1.2 juta PA..

2bz4money berkata...

Satu ujian khas bahasa patut dilaksanakan bagi mengukur tahap penguasaan bahasa di kalangan PA. Modul boleh ditiru seperti IELTS, TOEFL dan MUET. Secara tidak langsung, mereka yg mempunyai pencapaian bahasa yg baik boleh ditempatkan di bahagian yang melibatkan penulisan dan komunikasi.

Tanpa Nama berkata...

kami benci bahasa penjajah..!!! sape sokong dan laksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam apa-apa jawatan dari perjawatan A hingga C.. mereka adalah tali barut dan pencaicai penjajah..