SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

19 Ogos 2011

BONUS SETENGAH BULAN PENJAWAT AWAM TERTAKLUK KEPADA POTONGAN CUKAI BULANAN - LHDN

Bernama
19/8/2011


KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bonus setengah bulan gaji yang diterima penjawat awam pada 15 Ogos lepas tertakluk kepada potongan cukai bulanan (PCB) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Noorhelmi Mohd Nor berkata langkah itu bagi mengurangkan beban mereka untuk membayar jumlah sebenar cukai pendapatan 2011 apabila ia dikira kelak.

PCB dikenakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 kepada bayaran saraan tambahan antaranya bayaran kerja lebih masa, bonus atau insentif, tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain kepada pekerja dan ganjaran.

"Saraan tambahan bererti apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekali gus atau berkala atau tertunggak atau bayaran tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Khamis.

Justeru katanya, bayaran bonus perlu dibuat potongan cukai kerana ia adalah sebahagian daripada perolehan atau pendapatan yang diterima pekerja daripada suatu pekerjaan.

"Kaedah pengiraan amaun cukai yang perlu dipotong untuk bulan berkenaan ialah mengikut Formula Saraan Tambahan dan terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam pengiraan cukai untuk bonus ini," katanya.

Katanya pembayar cukai boleh mengira PCB dengan menggunakan kalkulator PCB secara online di laman web LHDN www.hasil.gov.my.

-- BERNAMA

8 ulasan:

2bz4money berkata...

Bantuan Ihsan yg tidak dikenakan cukai. So, bonus separuh gaji akan berkurang dgn adanya tambahan PCB.

Tanpa Nama berkata...

MANGKOK HAYUN...LHDN NI KUTIP HASIL DARI KITA SEMUA LEPAS TU MEREKA CIPTA UNTUK MEREKA 4 @ 5 BULAN BONUS MACAM TAHUN LEPAS..DASAR GAMPANG..HARAM JADAH

budakkampong berkata...

dah la dapat bonus ciput,kena cantas pla dengan LHDN..kalau ya pun melahap sangat tunggu la lepas raya baru potong,semoga allah balas la setiap jasa baik pihak yang baik dan begitulah sebaliknya..

Tanpa Nama berkata...

bagi tangan kanan...amik tangan kiri... kalau yang mmg tidak layak bayar cukai mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

Mohom CUEPACS merayu agar potongan PCB terhadap bonus yang baru diberi di tarik balik. Mengikut seorang kawan saya, semalam umum potongan dalam TV, hari ni dh dapat statement daripada LHDN. Bukan sikit tapi hampir 1/3 drp jumlah bonus dipotong dan terpaksa dibayar dari bulan Dis.2011 hingga April 2012. Macam mana LHDN ni kira potongan. Takkan hampir 30 % kut kena cantas balik. Ini dah dikira buruk siku.

Tanpa Nama berkata...

memberi seolah nampak mcm byk..sebenarnya, nilainye kecik saje..tp bagi yg tak kena cukai untung la...tp yg kena cukai, gigit jari la...mcm nak melompat tinggi..rupanye separuh je boleh lompat.. tp sape LHDN? kerajaan gak kann...so kerajaan memberi so tuntut semula la..LHDN pn kerajaan gak..sape punya arahan untuk potong? Sure org besar LHDN pun kena potong jugak?takkan dia bodoh nak wat arahan dia sendiri yagn kena potong bonus?? fikir2kanlah kemana duit itu pergi..ke tempat asalnya?

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL

Pemikir berkata...

Macam macam tuduhan.

Saya pun tak faham..LHDN bukannya potong banyak sangat..bukannya 50%, dan kalau ada banyak tanggungan, bukan ke boleh isi dalam form tu. boleh kurangkan pembayaran cukai kan.