SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Ogos 2011

PERJUMPAAN KHAS CUEPACS MENGENAI PROGRAM GREEN JOB

Putrajaya
17/8/2011


CUEPACS telah mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air Malaysia. Kunjungan ini diketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden CUEPACS, Setiausaha Agung Puan Lok Yim Phing dan rombongan jawatankuasa Alam Sekitar CUEPACS.
Kunjungan ini disambut oleh YB Dato Sri Peter Chin Fah Kui, Menteri dan KSU dan pegawai kanan kementerian tersebut. Perjumpaan ini adalah untuk mengetahuai program-program Green Jobs dan ingin membuat kerjasama diantara CUEPACS dengan Kementerian dalam program seminar bagi menerangkan peranan kementerian tersebut dan teknologi hijau kepada penjawat awam.








9 ulasan:

arawari berkata...

Nak buat cemana, siapa la yang bagi idea bengong buat bangunan cam kat putrajaya tu kat Dr Mahathir..semuanya tertutup rapat.
Kalau takder econ, x der lampu letrik, rasa cam nak lemas. Gelap cam tengah malam.

Dah tau negara ni iklim tropika, panas, buat la bangunan macam zaman British dulu yang banyak pengaliran udaranya, cahaya pun dari natural lights. Tiru cam Alamanda tu kan bagus.

Sekarang ni, baru la nak tersedar gomen ni

Tanpa Nama berkata...

Green tak Green tak tahu tapi Poket Dah Kering.

Tanpa Nama berkata...

Green green grass of home ... balik raya.

SELAMAT PULANG PERANTAU

Tanpa Nama berkata...

Posing tersangat tuh !
bila jadik pemimpin jangan nak berlagak pulak. Yang berbaju putih ngko dari Kesatuan mana?

Semacam ada idea apa-apa ker bila sebut GREEN niih!

Tanpa Nama berkata...

Green green jugak... Kenaikkan gaji PA jgn dok buat lupa! Pastikan ada dlm Bajet 2012 nnt sekurang2 nya 35% kenaikkan gaji!!!

2bz4money berkata...

Kesedaran penjimatan kos melalui penggunaan teknologi hijau perlu dimasukkan dalam kursus2 berkaitan pengurusan kewangan di Institut Perakaunan Negara. Bagi individu pula, bole diterapkan dalam modul Pengurusan Kewangan Peribadi.

Tanpa Nama berkata...

siapa la yg buat program yg lansung tak berguna ni, dah nak tukar nama ke kesatuan alam sekitar ke cuepacs ni, buang duit saja, pasti ada makan free tu.... buat lah yg berfaedah sikit....

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya pasai ape usm tak di panggil dalam jawatankuasa tersebut. Ikut Kongres ari tu, usm turut serta. Sekadar ingin tahu...

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL