SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Ogos 2011

PEMBERIAN BONUS BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NGO

Utusan Malaysia
9/8/2011


KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pemberian bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam serta pesara dengan menyifatkan ia sebagai bukti kerajaan prihatin dalam membantu meringankan beban rakyat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Lok Yim Pheng berkata, usaha kerajaan itu amat dihargai selain berharap jumlah pemberian itu dapat dinaikkan lagi selepas musim perayaan ini.

"Penambahan jumlah bonus ini adalah berdasarkan produktiviti dan pengiktirafan kepada mereka yang terus dan pernah berjasa dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor awam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas kepada pesara kerajaan, semalam.

Bonus itu sebagai tanda menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM), Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh berkata, bayaran khas itu membuktikan kerajaan masih prihatin terhadap pesara-pesara yang dahulunya pernah berkorban tenaga dan idea dalam proses pembinaan negara.

"Bagaimanapun, pesara kerajaan dinasihatkan supaya menggunakan bonus tersebut secara cermat dengan melakukan perkara yang berfaedah.

"Penjawat awam yang masih berkhidmat pula harus tekun bekerja dan taat kepada kerajaan supaya dapat melaksanakan hasil yang boleh diterjemahkan untuk kejayaan negara," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, pihaknya turut berharap agar kerajaan dapat memberi insentif kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.

"Sekiranya kerajaan bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan adalah baik juga sekiranya insentif itu turut diberikan kepada bekas kakitangan kerajaan yang bersara tanpa pencen.

"Ia adalah wajar kerana kebanyakan mereka adalah terdiri daripada bekas-bekas tentera yang dahulunya pernah berbakti kepada negara," katanya.

Presiden Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Peberkas), Datuk Abdul Rahman Manan pula berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meningkatkan jumlah pemberian minimum bonus tersebut daripada RM500 kepada RM1,000 ekoran harga barang yang semakin meningkat.

"Jumlah itu adalah wajar kerana harga barang di pasaran semakin meningkat selain dapat membantu pesara yang perlu membeli barangan keperluan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

90 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong cadang PEBERKAS pada kerajaan untuk tambah jumlah minimum bonus dari RM500 ke RM1000. Mmg harga barang skrg dah meningkat mendadak.

Tanpa Nama berkata...

Harga barang memanglah meningkat...duit bonus saja tak meningkat...

2bz4money berkata...

Ya, tahun ni gomen bersetuju membayar bonus berdasarkan prestasi PA. So, dgn pemberian bonus ni pandai2lah PA berjimat krn kadar inflasi meningkat dan persediaan menjelang raya nanti.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam yg masih belum pencen dinasihatkan jgn buat hutang smpai lepas pencen..nnt dh pencen mulala tpaksa carik keje jd pengawal keselamatan la, tukang sapu la..pastu time raya harap bonus k'jaan..kalo blh hutang2 pinjaman selesaikan sblum pencen.xde meroyan kalo x dpt bonus..

mnfali86 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

BAJU ANAK-ANAK RM200,BAJU ORG UMAH RM 200,MINYAK KERETA BLIK KAMPUNG + TOL RM150,BELI BARANG BASAH DAN DAPUR UNTUK HARI RAYA NANTI RM150,DUIT RAYA ANAK-ANAK DAN TETAMU RM200...WOW..CUKUP BETUL DUIT BONUS..HAHAHA..RM500 UTK COVER SEMUA TUE...SUSAH HATI PN DER NIEEE...

mnfali86 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mnfali86 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Firdaus PPH berkata...

Untuk contract for service tak dapat ke elaun raya?.Sedangkan beban kerja yang kami tanggung pun sama dengan penjawat awam yang lain.Tahun lepas diberi.tapi pada kali tidak dinyatakan pun sama ada kami terima atau pun tidak elaun raya

Tanpa Nama berkata...

Bonus bonus gak....skim juruteknik jgn dok wat lupa lak

Leena berkata...

harap-harap dapat ler bonus untuk service for contract...dah laa gaji bulan lepas pun tak dapat-dapat lagi ney...sedih betul tak dpt wat persiapan puasa...raya apatah lagi.

Tanpa Nama berkata...

bonus..bonus juga beb..!! naik pangkat dan gaji PA.. manenya..?? PA ada ijazah ape cite dah 6-7 tahun tak dpt jawatan baru..kup 15 tahun mansuhkan jea jadi 7 tahun.. otak undang mana cadangkan sampai 15 tahun tue.. ada setengah PA dah pencen waktu tue.. spa,jpa kau org ingat nak bodohkan PA.. ramai PA dah ada degree beb..!! lu mimpi kea cuepacs..perjuangkanlah..
dah daftar kat spa.. kami rase kalau tak di panggil akhir tahun nie.. faham-faham jea la yea..!! PRU-13 nanti..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih PM kerana memberi bonus 1/2 bulan gaji...Tp kena ingat juga bagi mereka yang berpendapatan besar 1/2 bulan gaji memang mencukupi tetapi bagi golongan berpendapatan rendah macam saya nie berapa sgt yang saya dapat. Thn lepas lagi banyak dapat dari tahun nie...tambahan pula , saya bekerja di sarawak...kos tambang untuk balik semenanjug sahaja mencecah seribu lebih..itu belum termasuk perbelanjaan untuk raya...baju raya anak pun blm dpt beli lg....sy dgn suami pakai bj thn lps je...sbb nk berjimat...gaji bulanan hanya cukup untuk susu, pampers anak, byr keta dan hutang kredit kad je...baju sy dan husbnd pun dah lama tak berganti baru...so harap2 sgt hujung thn nie gov bg bonus lg setengah bulan...br la gol pendptn rendah blh tersenyum sikit...thn dpn pilihanry..barulah Hidup PM!!!

Tanpa Nama berkata...

"PEMBERIAN BONUS BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NGO"
Ayat2 yg dah dijangka ha........ ikan paus dapat byk le.... ikan bilis dapat cikit ha......
makin byg ulasan kena buang ha....

Tanpa Nama berkata...

salam cuepacs. terima kasih di atas perjuangan mendapatkan bonus untuk PA. Tetapi bagi saya (dan rakan2 PA yg lain) pelarasan gaji adalah lebih penting. Mana perginya perjuangan unuk pelarasan gaji? Dari 1 mei kami tunggu, tak ada sound langsung.
Satu lagi, mintaklah supaya tempoh untuk kenaikan pangkat dipendekkan. Takkan nak tunggu 10 ke 15 tahun baru nak naik pangkat? Kalau Cuepacs betul2 berjuang untuk PA2 seMalaysia ni, tolonglah usulkan semula permintaan untuk pelarasan gaji. Jangan cakap saja.

Tanpa Nama berkata...

pembangkang jgn terima duit pemberian kerajaan persekutuan ini terutama org2 kelantan. haram!!! org2 kelantan yg kerja kr sarawak tak sedar diri!!!

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju apa yang Firdaus PPH ckp contract for service x dpt elaun ke? Sy harap agar kjaan bgi semua elaun raya x kira tetap atau kontrak bg staf kjaan. Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan = Prihatin..
PA = Perit Hati..

Tanpa Nama berkata...

dah agak dah mesti keluar ayat tuu...bukti perihatin konon! .. nanti lepas 10 tahun akan datang x dapat bonus, tahun ke 11 dapat!..ayat ni juga akan keluar...lepas ni bukan NGO kata..mungkin PERKASA pulak kata...CITT PORAHHH !!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

bonus..bonus juga beb..!! naik pangkat dan gaji PA.. manenya..?? PA ada ijazah ape cite dah 6-7 tahun tak dpt jawatan baru..kup 15 tahun mansuhkan jea jadi 7 tahun.. otak undang mana cadangkan sampai 15 tahun tue.. ada setengah PA dah pencen waktu tue.. spa,jpa kau org ingat nak bodohkan PA.. ramai PA dah ada degree beb..!! lu mimpi kea cuepacs..perjuangkanlah..
dah daftar kat spa.. kami rase kalau tak di panggil akhir tahun nie.. faham-faham jea la yea..!! PRU-13 nanti..

================================

Ni lah orang tak kenal dek untung.
Dok main ugut-ugut PRU-13. Kalau nak sangat gaji banyak ada degree, apahal ko mintak kerja gomen dah tau gaji banyak tu? Kalau nak gaji banyak, resign pastu cari lah kerja swasta? Aku ada diploma ni pun rilex je. Ugut-ugut PRU-13 ingat pembangkang boleh bagi lagi baik ke? Apasal tak dengar bonus dari parti pembangkang untuk kerajaan negeri? Ingat sikit, sekolah dulu sekolah kerajaan ke swasta? Ingat sikit masa sambung IPT tu IPTA ke IPTS? Ingat sikit ada PTPTN ke tak? Apa lah punya orang, gomen dah bagi 1/2 bonus tu kira ada gak lah daripada takde. Ko nak banyak, ko blah lah. Ramai lagi nak kerja gomen. RM500 tu boleh guna macam-macam, jimat-jimat lah. Pandai komplen je. Lagi satu, yang ko gi mintak kerja gomen tak guna degree apahal? Ni dok bising ada degree lah, nak jawatan baru lah, macam orang lain takde degree. Pelik betul orang sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Tanpa Nama berkata...

bonus..bonus juga beb..!! naik pangkat dan gaji PA.. manenya..?? PA ada ijazah ape cite dah 6-7 tahun tak dpt jawatan baru..kup 15 tahun mansuhkan jea jadi 7 tahun.. otak undang mana cadangkan sampai 15 tahun tue.. ada setengah PA dah pencen waktu tue.. spa,jpa kau org ingat nak bodohkan PA.. ramai PA dah ada degree beb..!! lu mimpi kea cuepacs..perjuangkanlah..
dah daftar kat spa.. kami rase kalau tak di panggil akhir tahun nie.. faham-faham jea la yea..!! PRU-13 nanti..

================================

Ni lah orang tak kenal dek untung.
Dok main ugut-ugut PRU-13. Kalau nak sangat gaji banyak ada degree, apahal ko mintak kerja gomen dah tau gaji banyak tu? Kalau nak gaji banyak, resign pastu cari lah kerja swasta? Aku ada diploma ni pun rilex je. Ugut-ugut PRU-13 ingat pembangkang boleh bagi lagi baik ke? Apasal tak dengar bonus dari parti pembangkang untuk kerajaan negeri? Ingat sikit, sekolah dulu sekolah kerajaan ke swasta? Ingat sikit masa sambung IPT tu IPTA ke IPTS? Ingat sikit ada PTPTN ke tak? Apa lah punya orang, gomen dah bagi 1/2 bonus tu kira ada gak lah daripada takde. Ko nak banyak, ko blah lah. Ramai lagi nak kerja gomen. RM500 tu boleh guna macam-macam, jimat-jimat lah. Pandai komplen je. Lagi satu, yang ko gi mintak kerja gomen tak guna degree apahal? Ni dok bising ada degree lah, nak jawatan baru lah, macam orang lain takde degree. Pelik betul orang sekarang ni.

Rabu, Ogos 10, 2011 4:30:00 PM

---------------------------------

yup,aku sokong 200%
kalo PA2 yg rasa degree korang tu bagus sgt,Sijil Poli korang tu mahal giler dan x berbaloi dgn apa yg kerajaan bagi,sila angkat kaki..byk lagi graduan2 yg bkualiti yg blh mnyumbang kpd pmbangunan negara akan masuk walaupun pada jawatan N17.
Manusia yg x reti bsyukur ni,mcm bagi kat anjXXg makan dia gigit nya tangan kita balik.

Tanpa Nama berkata...

Sokong Tanpa Nama berkata ...Rabu, Ogos 10, 2011 4:30:00 PM

Kalau tak suka kerja dengan Kerajaan tunggu apa lagi? Baik berhenti dan tukar je la. Takde orang paksa. Tak gentlemen la kalau asyik nak ugut PRU-13...perangai cam budak kecil pulak.

Tanpa Nama berkata...

Ramai PA golongan bawahan @ pecacai yg suka
berlagak! Gaji RM 1200 ada hati beli keta PERSONA!
Tak sedar diri. .. Pastu time nk isi minyak, repair, rd
tax & insurans mulalah pening! Sedar la wahai
pegawai kasta rendah awak tu len kali naik moto
saja. Shopping baju & seluar kat bundle.. . Baru laa x
memekak duit x cukup!!!

Harakah berkata...

Jika kerajaan benar-benar mahu mengurangkan beban rakyat, maka tunjukkan keseriusan dalam menangani maslah pembaziran, ketirisan, dan perbelanjaan melampau. Ingatkah anda lagi pada kos RM50 juta untuk melaksanakan program email 1Malaysia? Manakala RM1.8 juta pula disia-siakan untuk membayar kos penyelenggaraan laman Facebook Kementerian Pelancungan Malaysia oleh syarikat yang langsung tiada laman web! Jika anda teliti Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat, anda sudah pasti berjumpa dengan pelbagai senarai ketirisan dan salah urus harta Negara hingga mengakibatkan ketirisan lebih RM28 billion. Ini bukan cerita rekaan, semua maklumat ini juga boleh didapati dari Laporan Audit Negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Rakyat sebenarnya berhak mendapat kualiti gaji yang memungkinkan kuasa beli yg lebih tinggi. Pemberian bonus secara one-off begini tidak membantu rakyat mencapai tahap itu. Kita perlukan pengurusan yang benar-benar berhemah, yang mahu meletakkan kebajikan rakyat sebagai matlamat utama. Peningkatan ekonomi tidak sekadar pada peratus kenaikan KDNK semata, namun kebajikan dan taraf hidup rakyat patut turut meningkat.

Kalau kita teliti pemberian bonus ini pun, sepatutnya ia berbentuk piramid di mana untuk kakitangan awam di peringkat tertinggi seperti JUSA patut tiada bonus diberikan, bagi kumpulan professional dan kumpulan A mendapat setengah atau sebulan gaji, dan bagi kumpulan sokongan dan pentadbiran sekurang-kurangnya 2 bulan gaji. Ini baru dilihat benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat.

Tidak hairanlah ada pembaca akhbar yang meminta CUEPACS menolak pemberian bonus setengah bulan ini dan mengharap badan penjawat awam itu terus mendesak kerajaan memberikan sekurang-kurangnya bonus dua bulan gaji dan juga menyemak kembali tangga gaji mereka. Atau adakah ini langkah kerajaan mengabui mata penjawat awam memandangkan ura-ura pilihanraya umum yang makin dekat?

Tanpa Nama berkata...

prihatin..i dun think so..kerajaan sepatutnya naikkan gaji kakitangan awam ni..this is funny goverment..

Tanpa Nama berkata...

Alahai nanti kalau bagi bonus 2 bulan pun kecoh jgk sebab pegawai atasan dpt byk bonus dari depa...kalau dah hasad dengki tu bagi berapa pun tak cukup...tak pernah bersyukur...mmg logik la pegawai dan PA yg lebih senior dpt bonus lebih tinggi...tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

jgnlah kita jadi pencaicai angkat najis.. otak udang.. bedo bin tolol..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

lepas ni tunggu penyelarasan gaji pulak !! dah sampai masa kena bagi ni..harga barang buat rakyat sesak nafas..semua naik tapi gaji n elaun kenapa susah sangat nak naik ???????????

Tanpa Nama berkata...

tkasih kerajaan diatas bonus raya..walaupun ciput dptlah cover skit2..harap2 pelarasan gaji pada thn dpn iaitu 10% dan sistem 1 bar jadi kenyataan.

wak karto berkata...

sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan BN, mustahil dicapai.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Takkan pemerintah malaysia ya jauh saja lebih teruk dari indonesia? ya ampuun.

Proidas berkata...

Jangan la nak disamakan dengan Indonesia. Jurang GDP PPP kita berbeza. Walaupun kononnya (wak karto, maklumat wak karto x der sumber rujukan beb??) ramai rakyat indonesia yang dapat kenaikan gaji tapi adakah pengagihan secara adil?? Ramai lagi yang merempat, budak2 ketuk cermin kereta kat Jakarta tu.

Prestasi ekonomi kita pun power apa??!! dari -2% meningkat ke 7% (2010). Sila buka website Pemandu atau IMF Data Mapper. Actually nak capai taraf ni sukar kerana Malaysia dah hampir mencapai taraf negara maju. SO our labour cost pun mahal. FDI susah sikit nak dapat. Mostly negara maju around 2-3% sahaja pertumbuhan KDNK. USA?? 1-2% Tengok IMF punya website dan click di Data Mapper dan bandingkan dengan negara lain. Very good website by IMF. I think everyone should look into it to compare our country performance.

Malaysia dalam hal ni menyasarkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan tidak lagi menyasarkan ekonomi berpengetahuan rendah dan sebolehnya menggalakkan pelaburan dalaman. Thats why kerajaan suruh semua orang buat degree/master/phd. Sebabnya bila dah ada tu semua, peluang kerja dah terbuka luas dan tak perlu nak harapkan kerajaan bagi kerja. Nak kerja oversea pun boleh sebab dah ada profesional cert.

Slow2 la brother, kita tak buat pinjaman dari IMF macam Tahiland, SOuth Korea, Indonesia tu masa kegawatan ekonomi 1998. Kita bangunkan semula ekonomi dengan with our blood and tears.

Yang berjaya membayar balik semua pinjaman tu hanya South Korea sahaja. Yang lain2 masih menanggung hutang tinggi. South Korea pun senang diurus sebab dia monoraces (satu bangsa shj). Malaysia pulak nak kena jaga hati banyak pihak. Susah beb!


Alhamdulillah, kerajaan Malaysia seboleh-bolehnya nak berlaku adil tapi apakan daya. Kalau bagi kat sini lebih, sana bising, bagi kat sana lebih, sini pulak bising.

cikda berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ramai PA golongan bawahan @ pecacai yg suka
berlagak! Gaji RM 1200 ada hati beli keta PERSONA!
Tak sedar diri. .. Pastu time nk isi minyak, repair, rd
tax & insurans mulalah pening! Sedar la wahai
pegawai kasta rendah awak tu len kali naik moto
saja. Shopping baju & seluar kat bundle.. . Baru laa x
memekak duit x cukup!!!

err.... org yg komen tu... awk posa tak? tak elok menghina kasta2 kat org.

Tanpa Nama berkata...

sedar lah wahai PA semua..kita dpt bonus pun jangan sedap hati sangat..barang keperluan makin naik..kita tunggu jer minyak nak naik lg ni..so kita semua kena tipu dgn najib ler..PRU 13 ni kita pilih org yg betul2 tlg kita...faham semua PA...

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN PRIHATIN??
kalau tak diminta belum tentu dia bagi kan?
tu kan berapa kerap diminta baru dapat kan?
bukan tak bersyukur,tapi betul kata yang lain-lain tu,pemberian tu kena adil gak,lagi satu penyakit kenapa plak nak hebohkan belanja kerajaan sampai 2billion nak bagi bonus..klo nak bagi tak yah le cakap jumlah pemberian..tu yang dikatakan 'PRIHATIN'

Tanpa Nama berkata...

terima je lah BONUS 1/2 bulan tu...kita tunggu penyelarasan gaji lagi baik. itu lebih penting kerana nak isi perot rakyat di rumah tu..bonus dapat hanya setahun sekali je sekejap dah habis..

Tanpa Nama berkata...

SAYA...
Harap dipanjangkan juga bonus hari raya ini kepada kakitangan "contract for services"

Tanpa Nama berkata...

aku caya ngko Proidas Khamis, Ogos 11, 2011 9:53:00 AM

tabik spring.
info ngko tepat.
tahniah.
aku posa niih.

Tanpa Nama berkata...

salam.. bro proidas lu punya idea tak boleh pakai beb..!! kami ada degree dan master tapi bukan semua org Allah swt jadikan pandai boleh buat degree.. Allah swt jadikan kejadian langit dan bumi ini berpasang-pasangan.. siang-malam, tua-muda, kaya-miskin, pandai-bodoh.. kenapa.? sebab ia saling memerlukan dan berkerjasama.. bro lu tak ngaji sampai habis Al-Quran dan hadis.. silap-silap tak kenal jawi kot..

Tanpa Nama berkata...

Hari ini dalam sejarah.. mana ada kerajaan dalam dunia ini bagi bonus pada kakitangan kerajaannya setengah bulan gaji kecuali MALAYSIA..

Tanpa Nama berkata...

kami penjawat awam yang berjawatan N1-N17 yang bergaji kurang daripada 1 ribu ingin mencadang kepada cuepacs agar ditambah bonus sekurang-kurangnya seribu kerana bagi yang mempunyai banyak tanggungan, amaun tersebut tidak mencukupi. Bonus yang diberikan ini hanya mengutungkan bagi pegawai yang berpendapatan tinggi tapi tidak adil bagi penjawat seperti kami.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama cikda berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ramai PA golongan bawahan @ pecacai yg suka
berlagak! Gaji RM 1200 ada hati beli keta PERSONA!
Tak sedar diri. .. Pastu time nk isi minyak, repair, rd
tax & insurans mulalah pening! Sedar la wahai
pegawai kasta rendah awak tu len kali naik moto
saja. Shopping baju & seluar kat bundle.. . Baru laa x
memekak duit x cukup!!!

err.... org yg komen tu... awk posa tak? tak elok menghina kasta2 kat org.


ala pompuan..katakan..
mcm dia cikda gred 58...setakat n17 berlagak konon level spm jeww..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama cikda berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ramai PA golongan bawahan @ pecacai yg suka
berlagak! Gaji RM 1200 ada hati beli keta PERSONA!
Tak sedar diri. .. Pastu time nk isi minyak, repair, rd
tax & insurans mulalah pening! Sedar la wahai
pegawai kasta rendah awak tu len kali naik moto
saja. Shopping baju & seluar kat bundle.. . Baru laa x
memekak duit x cukup!!!

err.... org yg komen tu... awk posa tak? tak elok menghina kasta2 kat org.


ala pompuan..katakan..
mcm dia cikda gred 58...setakat n17 berlagak konon..level spm jee..sombong

Tanpa Nama berkata...

Pertimbangkanlah bonus untuk pejawat awam yang berpendapatan rendah yang gaji pokok kurang daripada seribu.

Tanpa Nama berkata...

Pertimbangkanlah bonus untuk pejawat awam yang berpendapatan rendah yang gaji pokok kurang daripada seribu.

Tanpa Nama berkata...

gaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gaji
gaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gaji
gaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gaji
gaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gaji
gaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gajigaji...gaju...gaji...gaji..gaji..gaji
NNNNNNNNNAAAAAAIIIIIIKKKKKKKKK.....

Proidas berkata...

salam.. bro proidas lu punya idea tak boleh pakai beb..!! kami ada degree dan master tapi bukan semua org Allah swt jadikan pandai boleh buat degree.. Allah swt jadikan kejadian langit dan bumi ini berpasang-pasangan.. siang-malam, tua-muda, kaya-miskin, pandai-bodoh.. kenapa.? sebab ia saling memerlukan dan berkerjasama.. bro lu tak ngaji sampai habis Al-Quran dan hadis.. silap-silap tak kenal jawi kot..

Salam???, itu pun ikhlas ke ko bagi salam kat aku? atau ko buat2 ikhlas? Salam ertinya selamat. Apa yang selamatnya??? Selamat di dunia tak semestinya selamat di akhirat. Tapi selamat di akhirat selamat di dunia jugak.

Ada aku suruh ko terima idea aku??. Apa benda ko citer merepek berpasang-pasangan ni?? Ada jugak yang tiga pasang, 4 pasang, 5 pasang. Don't you realize that you've answered your own argument??

Tak payah la cakap pasal agama dengan aku, aku bukan ustaz, Quran pun aku tak hafal. Ayat-ayat lazim jer aku hafal termasuklah wirid2 tahlil kalau kenduri orang meninggal. Tapi dah Qatam jugak banyak kali. Bulan puasa ni pun hampir Qatam satu Quran. Sekarang ni dah Juz 25. Aku continue sepanjang tahun. Memang nak bajet Qatam bulan Ramadhan ni. Untuk hadis pulak, buka la website Jakim tu. Berlambak hadis. Pilih jer la mana berkenan di hati dan jadikan panduan asalkan beramal. Kalau nak ikut semua, susahla sebabnya kita bukan Nabi. Tapi usahala kalau nak ikut. Dapat follow yang basic pun ok. Ini untuk aku yang tak seberapa ni la. Pasal Jawi tu, Utusan Melayu (versi 100% jawi) dulu aku langgan sampai ditamatkan 2 tahun lepas sebab ko tak nak beli Utusan. Asik beli harian metro jer. Aku belajar jawi dengan Pak Matlob tapi jawi sekarang ni pelik sikit. Tapi aku follow jugak sebab ada sisipan setiap hari Isnin. Aku old school punya jawi. Takkan la tak boleh cakap pasal Islam. Nabi pun ada kata, sampaikan pesan dari aku walaupun sopotong ayat. Sesama Islam kena la saling menasihati antara satu sama lain. Lebih kurang camtu la. Ko carik la sendiri dalam kitab2 hadis. Exco selangor yang Cina tu pun ada memetik surah dari Quran. So kalo orang kafir pun boleh petik surah dari Quran, takkan orang ISlam sendiri tak boleh petik?? Pelik la perangai ko ni. Ke ko nak aku petik dari Bible. Boleh jugak aku petik kalao ko nak dengar la, sebab aku memang ada naskah Bible ni aku download kat internet. Saje jer baca mengisi masa lapang. Tapi karang ko tuduh aku kafir pulak. Macam dulu2 ada orang tu tuduh orang ni kafir. Apa asasnya pun aku tak tau. Sekarang ni jilat ludah sendiri. Aku suka buat perbandingan Quran dan Bible sebabnya baru ko tau keagungan Al-Quran. Walaupun aku dilahirkan ISlam, tak de maknanya kalau nama jer Islam tapi pengisian kosong. Kalau orang kafir nak pesongkan akidah pun, kita boleh pesongkan balik akidah diorang


Capisce!

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman Kakitangan Contract For Service dpt bonus.Pekeliling telah dileluarkan oleh JPA

Tanpa Nama berkata...

salam 1Malaysia.Terima kasih kpd PM Dato Sri kita. tapi sedih gak krn sepatutnua bonus mengikut katogari, kakitangan atatsan dpt lebih manakala sokongan 1 dpt minimum RM500 je, yg gaji besar dpt byk. tapi kat ofis yg kerja bertungkus lumus dgn tiap hari berpeluk dgn mcm2 fail n layang pelanggan adalah kakitangan sokongan kump.1 & 2, kerajaan sepatutnya umu 1 bln gaji utk gred 1-32 n 1/2 bulan gaji utk gred ke atas, sbb k/tgn gred atas ni semua start gaji tinggi dr RM2000. jadi mereka akan dpt kurang- RM1000. jadi mcm lah sokongan 1 & 2 ni tak wat kerja. harap2 PM 1malaysia kita akan lebih prihatan d masa/bajet thn ni. 10q.

Tanpa Nama berkata...

kesal dengan penggunaan bahasa inggeris di surat perrjanjian bank, pajak gadai dan beli kenderaan. manalah kami gol sokongan ni mahir membacanya, silap2 kena tipu nnt. PM dengar rayuan kami semua agar mengharamkan bahasa inggeris dalam urusan seharian dan perniagaan. kita mertabatkn BM, ianya selaras dengan perjuangan Umno yang kita kasihi.

sabaruddin mat piah N3,
kuala pilah

Tanpa Nama berkata...

Broidas Khamis, Ogos 11, 2011 2:33:00 PM

aku memang yakin dgn ngko.
info tepat.
usah ambil hal dgn Mamak Khamis, Ogos 11, 2011 12:33:00 PM

aku posa niiih.
cakap lebih kannn terlebih ayat debit aku punya ganjaran hari ni.

jadik Proidas, kita Istighfar banyak2.

kesempatan ini aku nak sampaikan mesej yg baik di bulan yg Baroqah ni kpd semua cuepacs blogspot, "berilah makan anak bini kita dgn rezki yang halal".

salam.
selamat posa semua ...

Nenek Kebayan berkata...

Saya mempunyai firasat bahawa BN akan kecundang dlm PRU 13 kelak...namun saya adalah penyokong BN yg setia selama ini...
Setelah meninjau kepada org ramai dan PA ditempat saya dan d blog rata2 mereka tidak puas hati terhadap kerajaan sekarang yg tidak memberi perhatian kepada PA terutamanya dlm isu pelarasan gaji, elaun dan gred yg sepatutnya...
Boleh dikatakan tinjauan saya hampir 95% yg menolak kerajaan BN sekarang...Saya juga sedih melihat keadaan ini berlaku di peringkat bawahan dan org ramai.
PA adalah jentera penggerak ekonomi dan pembangunan negara namun kini gaji bulanan yg tak mampu menanggung kos hidup yg kian meningkat hari demi hari memberi tekanan hebat kepada mereka sehingga mereka boleh berpaling tadah terhadap kerajaan kini..
Saya walaupun bukan ahli politik namun suara rakyat peringkat bawahan dapat saya kedengaran jelas tentang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan..
Saya berharap PM Datuk Seri Najib dpt membuat tindakan bijak utk membantu golongan PA yg setia selama ini dengan melaksanakan skim gaji baru dan pelarasan yg sepatutnya untuk meringgankan beban kos kehidupan dan mendapat sokongan padu dari PA yg kian pudar terhadap kerajaan sekarang...Sekian Terima Kasih.

Katak berkata...

PA Pulau Pinang 1 org dapat RM500.00 dari kerajaan Persekutuan dan RM600.00 dari kerajaan negeri = RM1,100.00
Tapi PA kerajaan BN hanya dapat RM500.00 sahaja...rugi pilih kerajaan BN kan???

Tanpa Nama berkata...

Nak dapat bonus lebih tiap2 tahun pilihan di tangan anda semua dlm PRU 13 nanti..Tepuk dada tanya minda???

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...DAP bg xtra RM600.... Najis bg RM500 saja. Mmg btul2 NAJIS PM Malaysia nih!!!

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah dapat la juga 1000 lebih, kat sini, gred 32 dapat lagi bnyk dari gred 41 sbenarnya, yg gred bwh2 sabar la ye, ada la berita baik lepas ni kot...

senapi berkata...

x payah la kecoh disini, 80% PA sebenarnya menyokong BN dan akan pastikan BN menang seperti biasa. Usahlah kita terperangkap dalam fitnah pembangkang, semata2 utk melihat negara muflis akibat terlebih belanja wang negara.

BN pasti menang, hanya BN harapan kita.

Tanpa Nama berkata...

bersyukurla pada yang ada.. dapat2, tak dapat takpe la.. ni da la kna bagi nak bising lagi... da la macam da kerajaan bagi..nak minta lebih2.. keluar negara la.. negara ni jauh lebih baik dari negara org.. kerja asyik nak mngutuk ja.. siap ckp PM 2 najis lagi.. pakai otak la..lu ingat lu siapa... napa tak apply jadi PM ja lau rasa diri 2 hebat sangat... sepa2 yang kerjanya nak mengutuk kerajaan ja lebih baik dilucutkan kelayakan dapat subsidisegala barang2 yang disubsidikan... otak tahu nak komplen je tapi tak reti nak bersyukur langsung...

Tanpa Nama berkata...

Boleh pasti ke kalau pembangkang yang memerintah dia org ni akan lebih baik dari kerajaan sekarang?Aku tengok memerintah 5 negeri pun dah kelam kabut saja.

ros berkata...

pembangkang tu nak populariti ... DAP tak yahlah mengaburi mata rakyat dengan duit yang sumbernya tak tahu dari mata ... beristigfar banyak sebab duit 600 jangan negara tergadai kepada org macam DAP tu ... jangan kerana seronok raya sampai masa depan ank2 kita tergadai

ros berkata...

SEdih tengok orang melayu mengutuk sesama sendiri ...kita kena akur dengan keupayaan negara ... jangan terlalu taksub sehingga mengadaikan maruah semata2 duit 600 yang 2 jam sahaja habis .. fikirkan kebaikan negara kita , anak-anak belajar disekolah dengan subsidi ... segala yuran yang dikenakan berpatutan ...apa lagi yang tidak ckup ...kalau nak lebih berdoalah dibukakan pintu rezeki negara ...dan insyaalah rezeki kita juga ... bukan senang untuk memimpin negara ... belajar dari sejarah kejatuhan melayu semuanya berpunca dari perebutan kekayaan sehingga bangsa lain campur tangan

bapa prihatin, Israel berkata...

ros jgn bebal sgt. duit bonus dan gaji kita ni pun bukan 100% islamic, tapi halal juga sebab itu sumnber pendapatan negara. yg kerja swasta tu lg la.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa mahu minta bonus naik gaji tidak cukup kah gaji yang diberi oleh kerajaan kalau tidak puas hati berhenti kerjalah minta, minta, minta...... bonus kenapa mahu sangat duit sepatutnya gaji PERJAWAT AWAM dan menteri2 bergaji sederhana tak payah besar sangat kerja bukannya berat susah macam dapat duit atas angin. Kalau mahu banyak duit buatlah kerja sendiri. Ini tidak sentiasa mahu dapatkan duit cara senang minta2 bonus naik gaji diguna untuk hari raya kami orang cina, India, sabah dan sarawak tidak juga mengharakkan bonus dari kerajaan untuk sambut hari perayaan kami seperti tahun baru cina , hari gawai, krismas, Depavali, wesak sudah diberi isi mahu minta paha lagi itulah orang suka boros wang kerajaan sudah diberi mahu minta lagi

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan la sokong pembangkang tapi sekiranya kerajaan buat penyalarasan gaji baru PA terutama sekali PA 1-17 saya sanggup pulang ke daerah asal untuk mengundi Umno biar pun saya berkerja jauh dari daerah asal dengan kos penerbangan yang boleh juga mencecah 1K sebagai tanda megenang jasa kerajaan.. hehe

Tanpa Nama berkata...

betul-betul...
klau nak gaji beso minta la gred beso..
dah tau gred kecik gaji kecik yg trime wat pe?
patutnye bersyukurla..
ramai yg kat luar sana yg perlukan keja.. lebih2 lg keja gomen ni..
perkara yg perlu diucap patutnya alhamdulillah!!!

Tanpa Nama berkata...

cikgu naik pangkat guna time based 10thn... 7 thn dh boleh isi borang... kenapa kita ya bkn guru ni kena tunggu 15thn... bonu sx penting sgt, y penting kenaikan gaji!!! setiap bln dpt... melebihi bonus tu...

Kantoi berkata...

Betul kata rakan di atas...Kenapa kerajaan kita tak dapat tadbir urus soal kenaikan pangkat ada yg 19 tahun dan ada pula kena tunggu 15 tahun???kenapa susah sangat selaras kenaikan pangkat ni..betol2 tak faham...Ini akan menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan PA yg lain berbanding dgn Guru...kan kita sama2 PA dan berhak mendpt gaji dan kenaikan pangkat dlm tempoh yg sama..kenepa sentiasa buat PA lain rasa tak puas hati???kenapa PM,JPA,SPA n CUEPACS tak ada inisiatif langsung utk selesaikan isu yg sangat ketara ini...kenapa????
Slogan 1 Malaysia tu untuk memberi bantuan kpd rakyat Malaysia secara rata dan saksama tapi apa yg PA dpt sekarang???? ada 10 tahun dan 15 tahun baru naik pangkat dan gaji/gred/elaun pun tak sama walaupun mempunyai sijil atau kelayakan yg sama..Apa ni semua??? Pihak yg bertanggungjawab buka mata dan minda lah...Ini kan tugas kamu org dan cuba selesaikan...Malunya bila ditanya oleh negara Luar n jiran...sistem pembahagian yg tak betul tapi laung2kan 1 Malaysia...Apa ni semua???

Tanpa Nama berkata...

kita hendaklah berbelanja ikut kemampuan ,takkan gaji tak cukuppun mau salahkan kerajaan tapi masa berhutang tak tanya kerajaan,bersyukurlah dengan rezeki yg ada dan bila susah jgn salhkan org lain

Tanpa Nama berkata...

kaum pembangkang tak malu malu ka ambil bonus dari kerajaan yang dikatakan zalim dan duit haram,tak takut dosa ka atau tentang duit buat tak tau saja,memang kaum pembangkang ni bodoh

Tanpa Nama berkata...

Hukum haram ahnya untuk orang lain ,untuk diri sendiri hukumnya harus,inilah pembangkang berselindung disebalik serban tg tebal dan pergunakan hukum untuk kepentingan diri

Tanpa Nama berkata...

mmg btul tu kerajaan prihatin tapi prihatin kat PA kelas atasan je.PA bawah2 ni tiada beza bonus stgh bln dgn bantuan khas thn lps.lbh kurang sama je.najib oh najib.kau nk jaga sgt org2 atas ni tp yg bwh atau lbh elok dpanggil akar umbi kau tak nk ambil ksah atau saja kau buat tak tau.aku rasa PA bawahan ni ramai yg memendam rasa kat kau.aku bukan la nk siarkn cite karut kat sini tp itu la realitinya.aku pn tau enggang sama pipit jauh bezanya tp ia tetap seekor burung.begitu juga la dgn PA ni.bkn la maksud pipit nk dok sama tinggi dgn enggang cuma kerenggangan tu tak la nmpak terlalu jauh.fikir2kn la.aku pn penyokong kau juga.

Jack Sparrow berkata...

ketidakadilan berlaku kepada penjawat awam apabila bonus 1/2 bln gaji... bg yg gaji bsr spt 4000 dpt separuh 2000 tetapi bg gaji yg 1000 dpt 500 shj.. sedangkan harga brg/petrol dijual tidak mengikut tangga gaji mereka.. harga tetap sama. bukan tidak bersyukur. tetapi lebih baik jika semua diberi 'bantuan raya' dlm kadar sama iaitu 1000 setiap org.. itu lebih adil bg golongan bawahan...
Golongan atasan. gaji:rm4000 + bonus :rm2000 = rm6000
Golongan bawahan. gaji:rm1000 + bonus :rm500 = rm1500
PERBEZAAN :RM6000 - RM1500 = RM4500
adilkah itu? Cuba pihak kerajaan & quepacs kaji...

Tanpa Nama berkata...

Jack Sparrow berkata...

ketidakadilan berlaku kepada penjawat awam apabila bonus 1/2 bln gaji... bg yg gaji bsr spt 4000 dpt separuh 2000 tetapi bg gaji yg 1000 dpt 500 shj.. sedangkan harga brg/petrol dijual tidak mengikut tangga gaji mereka.. harga tetap sama. bukan tidak bersyukur. tetapi lebih baik jika semua diberi 'bantuan raya' dlm kadar sama iaitu 1000 setiap org.. itu lebih adil bg golongan bawahan...
Golongan atasan. gaji:rm4000 + bonus :rm2000 = rm6000
Golongan bawahan. gaji:rm1000 + bonus :rm500 = rm1500
PERBEZAAN :RM6000 - RM1500 = RM4500
adilkah itu? Cuba pihak kerajaan & quepacs kaji...

Ahad, Ogos 14, 2011 2:00:00 PM

********
Nak kaji apanya, penentuan pemberian bonus tu dibuat oleh golongan atasan, sudah tentu lah diorg cadangkan bonus yg boleh untungkan diorg. Apa kata kita desak kerajaan bg kakitangan sokongan pulak buat penentuan bonus akan datang?

Tanpa Nama berkata...

kata bonus setengah bulan gaji...tp apasal sy dpt xsmpai separuh?gaji pokok rm1626, patut nye dpt dlm rm813, apasal lak dpt rm723?????mana pergi lg rm90 2????hairan,janji xserupa bikin ni......

Tanpa Nama berkata...

pelarasan gaji...pelarasan gaji...pelarasan gaji...bila nak laksanakan...setakat bonus.. tak pakai da...smua PA mengharapkan pelaksanaan gaji pada Oktober ni...saya yakin kerajaan akan melaksanakan pelarasan gaji pd oktober ni..Kerajaan Barisan memang prihatin akan kepayaan hidup PA

Tanpa Nama berkata...

sapa2 yang rasa bonus korang tak sampai 1/2 bulan gaji da kena tolak kwsp laaa 11% ( sapa yang lum sah lagi @ pilih opsyen kwsp ) siasat dulu baru nak ngamukkkk ok?

Tanpa Nama berkata...

tengok la pekeliling..cara pembayaran bonus adalah 1/2 Gaji Julai 2100 x (bil. hari berkhidmat/220)..mmg la xkn dpat nilai setengah bulan gaji..dah kira utk sampai bulan julai je..

Tanpa Nama berkata...

*Julai 2011

Tanpa Nama berkata...

hahaha...bonus aku pon x cukup 1/2 bulan, tp automatik aku paham, kena tolak kwsp, sbb blom masuk skim pencen, apa da...siasat dulu..

Tanpa Nama berkata...

tak cukup bonus da..!! tiket air asia tak lepas da nak gie sepanyol..

Tanpa Nama berkata...

allow kawan.. cek dulu...ang kene tolak epf kot? dah sain skim pencen lom? kalo lom,,,hehehe jgn la wat malu kat sini... hehehe

Tanpa Nama berkata...

betul la rumus kiraan bonus tu..aku mmg la x dpt nilai setengah bulan gaji..sbb aku kerja x sampai 220 hari lagi tahun ni..hahaha..pastu kena tolak pulak dgn epf..tinggal berapa je..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah korang bersyukurla dapat bonus.x kira la banyak mana pun namapun bonus kan... Duit banyak mana pun tak akan cukup..

Tanpa Nama berkata...

Saya usulkan kerajaan turut pertimbang semakan gaji yang setimpal dengan suasana masakini kerana kakitangan sokongan turut sama memberikan sumbangan khidmat bakti kepada tanahair. Biarpun kakitangan sokongan ramai kalangan berasal dari latarbelakang akademik yang tidak tinggi, kakitangan sokongan juga yang banyak menyokong dan melaksanakan dasar dan perancangan untuk rakyat dan negara. Oleh itu gaji yang setimpal, bukannya setara amatlah wajar dipertimbangkan tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat dari semasa ke semasa.

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah..

Kesan pemberian bonus td anak2,adik beradik,org tua kita juga merasa nikmatnya.Secara Xlangsung dah menyumbang kepada kerancakan urus-niaga dan seterusnya ekonomi negara.kerana apa??kerana masih ade lagi proses jual beli yang melibatkan duet.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ramai PA golongan bawahan @ pecacai yg suka
berlagak! Gaji RM 1200 ada hati beli keta PERSONA!
Tak sedar diri. .. Pastu time nk isi minyak, repair, rd
tax & insurans mulalah pening! Sedar la wahai
pegawai kasta rendah awak tu len kali naik moto
saja. Shopping baju & seluar kat bundle.. . Baru laa x
memekak duit x cukup!!!

Bukan main lagi mulut kau nak simbah asid jugak kah,aku nak tanya kau bila mati nanti malaikat tanya kau dari kasta mana ataupun pernah tak kau solat,kalau nak kelas kelas kan orang baik hidup dalam zaman aparthied saja

Tanpa Nama berkata...

bukan tak bersyukur,kalau nak kasi bonus pun biarlah berhemah sikit,kalau gaji 1000 kebawah kasi lah sebulan ataupun minumum 1000, yang besar gaji terus besar yang dapat gaji kecil terus merana,najib najib bila lagi kau nak cerdik....

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah dapatlah bonus untuk meringankan skit beban. Cuma kita kena kaji aliran keluar Wang Negara terlalu besar. Contohnya Amah Indon dapat RM600.00 Mereka dapat duit hantar ke Indon, Indon jadi kayaraya. Begitu juga kerja ladang, kontraktor binaan dll. Belum kira pelaburan keluar negara. Ada sebagian ekonomi kita kita buat cara komunis (bukan sokong komunis) iaitu biar ada sebahagian daripada aliran kewangan berpusing dalam negara untuk kebaikan rakyat. sebahagian lagi keluar untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai PA saya juga memohon, supaya pihak Cuepacs usulkan elaun2 dinaikkan. Kalaulah berat sangat nak naikkan 10% gaji. naikkan elaun khidmat awam tu ngn elaun tetap perumahan. naikkanla beringkat setiap 3 tahun ker. sewa rumah dah naik, sekurangnya dlam bandar 800. Kalau boleh naikan la 300 untuk rumah, khidmat awam tu daripada 115 naikkan lah 300 juga. Kalau kenaikan gaji 10% tu beban untuk negara, rasanya tidak begitu beban sekiranya kerajaan menaikkan kadar elaun itu. maknanya kenaikkan adalah sama di gred2 tertentu berbanding kenaikan 10% di setiap gred.

Hang Nadim berkata...

Bagusla 1.27juta orang penjawat awam dapat bonus tahun 2011 dekat nak raya ini .Tapi kalau sampai pinjam duit KWSP orang swasta untuk bayar bonus apa kata mereka pula. Setiap bulan sebahagian duit gaji orang swasta dipotong selepas mereka berpenat lelah dan menahan maki hamun dari bos mereka. Nasib mereka lain ada kerja adalah gaji,tidak macam kita tak ada kerja pun dapat gaji siap bonus lagi bila kita pencen.Perlu diingatkan 11juta orang pencarum KWSP berbanding 1.27juta kita boleh mengubah jauh senario politik negara kalau mereka mogok.Tolonglah lain kali kita dapat bonus seranan kita pada KWSP supaya membenarkan pencarum boleh mengeluarkan RM500 atau RM1000 dari akaun dua KWSP mereka, supaya turut tidak terbeban dan iri hati dengan kita. Lihatlah kes FELDA memimjam RM6 bilion dari KWSP dan siap guna buat bayar bonus peneroka mereka . Duit KWSP orang swasta sebolehnya jangan diganggu untuk bayar bonus orang kerajaan. malu rasanya , renung-renungkan lah.

Bakal CEO berkata...

Aku rasa dah tiba masanya CUEPACS memebuat koperasi sendiri dengan mewajipkan ahli memotong satu sen (RM0.01) seorang. Apalah nak kirakan dengan satu sen tu. Tapi dengan jumlah 1.27 juta orang ahli=1,270,000 x 1 sen =RM 12,700 banyak tu. Duit tu boleh buat berniaga. Bayangkan setahun duit tu terkumpul dah boleh buka PETROL PAM dah . Kalau kita nak melabur dalam restoren,kedai mamak,kedai runcit,kedai satay,bundle,pinjaman wang sah,kedai butik kain tudung,banyak lagi bisnes boleh buat. Betul kata pendapat kawan kita di atas jangan harap bonus dari kerajaan perintah , RM 3 bilion nak dibayar . Kesudahannya duit KWSP orang swasta yang kita pakai,malu betul kita .Kita kena belajar berdikari majukan diri, untuk faedah semua ahli. Mana tahu esok koperasi kita berjaya. Pada masa itu kita bukan saja dapat bonus yang diberi tapi juga dividen dari koperasi.Benda ini tidak mustahil sebab lihatlah TONY FERNADES CEO Air Asia, Mana tahu koperasi CEUPACS ada syarikat kapal terbang sendiri ,hotel sendiri ,malah kelab bola sepak sendiri .pada masa tu ahli terkejut dapat bonus sebab contohnya RM500 bonus campur RM500 dividen koperasi. Wowwwwww !!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

sy merupakan penjawat awam di bawah JAKOA dan sehingga ke hari ini sy masih belum menerima bonus untuk penjawat awam..adakah status sy yg ditarik semula emolumen gaji menyebabkan sy tidak layak menerima bonus tersebut..ad cadangan??