SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Ogos 2011

MPPD BAYAR BONUS TUNAI

Berita Harian
Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my
20/8/2011





ABDUL Wahab Shamsuddin (tengah) bersama warga MPPD menunjukkan lambang 1Malaysia dan sampul duit bonus di Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin.


TELOK KEMANG 20 Julai – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaksanakan kaedah yang tersendiri dalam pemberian bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh kerajaan, baru-baru ini.

Ia diberikan secara tunai oleh Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin kepada 425 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada satu majlis khas di Port Dickson dekat sini, semalam.

Abdul Wahab berkata, pemberian secara tunai itu membolehkan semua kakitangan menzahirkan terima kasih terhadap keputusan kerajaan memberikan bonus tersebut.

“Pemberian dengan kaedah ini juga diharap meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan supaya menghargai sumbangan kerajaan terhadap mereka.

“Jika duit ini dimasukkan ke dalam akaun, kita mungkin tidak nampak sangat. Oleh itu, kita beri secara tunai kepada kakitangan,” katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau masuk dalam akaun kena potong income tax la jawabnya. setengah bulan bunyi mcm banyak, tapi bila kena potong cukai tinggai seciput

PA kumpulan 2 berkata...

Kami ni kumpulan sokongan 1 dan 2, dapat celah gigi ajerlah..........

Tanpa Nama berkata...

x ada bezanye......

2bz4money berkata...

Lebih berkesan sekiranya diberi dalam bentuk unit saham AHB,LTHaji & SSP bagi memupuk kesedaran berjimat.

herannnnnnnnnnnnnnn berkata...

PERLU TANYA?

TADI BUKAK LAMAN www.spa.gov.my - maklumat jawatan

PASAL JURUTEKNIK & PENOLONG PENGAWAI:

JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA Gred J17

Syarat Lantikan:

Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik-politeknik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred J17

KALAU PENOLONG PENGAWAI TANAH Gred NT27

Syarat Lantikan :

Sijil dalam bidang kejuruteraan (ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT27

SIJIL politeknik yang sama tapi 1 jawatan dapat 17 dan 1 lagi penolong pengawai 27, rugi la..elaun perkhidmatan awam 17 dengan 27 kan berbeza..elaun lain lagi ..dan ada 2 jawatan guna sijil politeknik leh dapat gred 27..sijil politeknik yang lain tak dapat 27 ker?bukan ke sijil politeknik dibawah kementerian pengajian tinggi.

cuba bgtau?
klik www.spa.gov.my - maklumat jawatan - NT27,C27 dan E27.

INI TIDAK ADIL