SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 April 2012

32 PEMBERI MAKLUMAT DIBERI PERLINDUNGAN DIBAWAH AKTA

Berita Harian
26/4/2012


KUALA LUMPUR: Sejak Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dikuatkuasakan, 32 pemberi maklumat diberi perlindungan selepas mendedahkan kes berhubung amalan dan salah laku dalam sektor swasta dan awam sehingga hari ini, persidangan Dewan Negara, diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata 1,100 laporan kes berkaitan "kelakuan tidak wajar" termasuk kes rasuah diterima bagi Januari hingga 31 Mac lalu.
"Akta yang dilaksana oleh tujuh agensi ini, iaitu Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Syarikat serta Suruhanjaya Sekuriti, mula memberi kesan serta mendapat perhatian masyarakat dalam memerangi gejala rasuah.
"Sepanjang tahun lalu, sejumlah 1,690 kes didedahkan," katanya semasa menjawab soalan asal Senator Datuk Maijol Mahap yang meminta penjelasan berhubung jumlah aduan yang diterima.

Ketika menjawab soalan tambahan Maijol mengenai tindakan yang diambil di bawah akta ini sejak diperkenalkan pada tahun 2010, Liew berkata beliau tidak mempunyai statistik lengkap untuk menjawab soalan tersebut.

"Walaubagaimanapun, kita berpuas hati dengan kerjasama serta maklum balas daripada orang awam yang tampil memberi maklumat bagi membantu kerajaan mencapai hasrat memerangi salah laku serta kelakuan tidak wajar ini," katanya.

Liew berkata, akta ini menggalakkan serta memudahkan orang awam untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah serta salah laku lain, termasuk di bawah kelakuan tidak wajar, dan perlindungan sewajarnya akan diberikan kepada mereka.
"Laporan boleh dibuat melalui surat atau e-mel, dengan syarat pemberi maklumat memberikan nombor telefon serta alamat untuk dihubungi bagi pengesahan identiti pemberi maklumat bagi mengelakkan laporan atau maklumat palsu," katanya.

Menjawab soalan tambahan Maijol yang ingin tahu sejauh mana kesungguhan kerajaan mempromosi serta mendidik orang awam supaya tampil memberi maklumat dan pendedahan mengenai akta ini, Liew berkata sebanyak 51 siri jelajah dijalankan sejak 30 September, 2010 dan masih berterusan sehingga sekarang.

"Kita mahu memberi kesedaran kepada orang awam selain memberi galakan kepada mereka untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan," katanya.

Akta yang diwartakan pada 15 Disember 2010 adalah satu inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi menangani gejala tidak wajar terutama di kalangan penjawat awam di negara ini.

Selain menggalakkan pemberi maklumat tampil mengemukakan laporan tindakan salah laku dengan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi kerahsiaan identitinya, mereka juga diberi imuniti daripada tindakan jenayah atau sivil serta perlindungan terhadap sebarang bentuk tindakan yang memudaratkan mereka. - BERNAMA

4 ulasan:

Reporter berkata...

Adakah kesemua laporan tersebut benar ? Berapakah yang palsu, berapakah yang dimasukkan ke dalam OSA dan ISA ?

Tanpa Nama berkata...

Pemberi maklumat maksudnya memberi info iaitu berkata sesuatu.

Usah jadi Munafiq. Jika benar berkatalah benar. Jika menafi yang benar, itu tandanya MUNAFIQ.
Juga menuduh perkara yang tidak benar juga MUNAFIQ.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana PAP boleh baik dengan orang luar seperti Pengarah,kkumpulan pegawai pegawai kenal tapi tak baik macam PAP,buat kajian penglibatan PAP ini.

Tanpa Nama berkata...

Buat masa sekarang ramai penjawat awam yang suka jadi batu api kepada boss boss untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang lain,kakitangan awam itu tak mau suluh muka diri sendiri,boss boss jangan dengar cakap orang bawah porak pranda akibatnya,mereka ini agendanya.