SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 April 2012

JADUAL PELARASAN GAJI BARU PENJAWAT AWAM BOLEH DISEMAK DALAM LAMAN WEB JPA

Bernama
1/4/2012


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac (Jumaat), membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Jan 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

"Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus hingga sembilan peratus dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan," katanya di dalam Pekeliling berkenaan.

Abu Bakar berkata dengan berkuatkuasanya Pekeliling itu, jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Jan 2012 dan beberapa peruntukan Pekeliling Perkhidmatan termasuk pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah dibatalkan.

Menurut Abu Bakar, prinsip kenaikan bagi gaji baru adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Dis 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Berdasarkan jadual gaji, kadar kenaikan gaji sehingga 13 peratus diberikan kepada pegawai kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54).

Manakala kadar kenaikan tujuh peratus diberi kepada kumpulan pengurusan tertinggi (Gred Gaji VU1, VU2 dan setaraf), lapan peratus (VU3,VU4 dan setaraf) dan sembilan peratus (VU7-VU5 dan setaraf).

Pelaksanaan gaji baru itu layak diberikan kepada pegawai tetap, sementara, kontrak dan Guru Sandaran, kecuali bagi pegawai yang dikenakan hukuman tata tertib, buang kerja yang berkuatkuasa pada atau sebelum 1 Jan 2012 dan pegawai yang bersara sebelum tarikh itu.

Abu Bakar berkata kenaikan gaji itu tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai atau elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau linkungan gaji.

Beliau berkata peruntukan Pekeliling Perkhidmatan itu dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

-- BERNAMA

104 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sape 1st.....?????????

Tanpa Nama berkata...

Setakat nak mengira 13% tu tak payah buat sistem tu pun takpe...patut la pekeliling lambat kluar sbb nak create sistem penggiraan tu rupanye heeeeee...

Tanpa Nama berkata...

Buatlah jadual yg detail dpd P1t1 sampai akhir mata gaji bukannya mula dan akhir je apa la PTD ni tu pun tak tau ke

Tanpa Nama berkata...

Pertanyaan utk Pakcik yg sering lawat anak kat Jepun.
Kat Jepun ada ke jadual gaji mcm ni..????

Tanpa Nama berkata...

mencadangkan supaya mata gaji maksimum P1 dan P2 disamakan kerana grednya sama dan kerjapun sama kadangkala PA gaji P1 lebih hebat kerja dari PA gred gaji P2. Minta JPA dan Ceupac teliti rasional ini. Jangan dibezakan hanya kerana keputusan peperiksaan yn ada kalanya tak telus juga.

Tanpa Nama berkata...

kenapa hanya pengurusan tertinggi naik gaji pakai % (peratusan) sedangkan gred 54 ke bawah pakai rm 80 hingga rm 320. Ini ada yang tak kena ni.

Tanpa Nama berkata...

kenapa hanya pengurusan tertinggi naik gaji pakai % (peratusan) sedangkan gred 54 ke bawah pakai rm 80 hingga rm 320. Ini ada yang tak kena ni.

..........
Biasa le mcm ni....kan ke ini Malaysia, bukan Jepun.
Tak caya cuba tanya Pakcik yg selalu lawat anak kat Jepun tu.

Tanpa Nama berkata...

pakcik yang selalu lawat anak kat jepun tu mesti PTD. sebab PTD je banyak duit untuk keluar negara naik flight ni.

aku tak rasakan pakcik tu seorang PRA R1 ataupun PAR N1. atau CC N22 sekalipun.

mesti PTD punya la ni!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat JPA nak mempamerkan kebodohan.. kira gaji yang simple pun tak tahu. sampai gaji junior (TPG awal tahun) boleh mengatasi gaji senior setahun atas mereka (TPG april/julai/oktober) disebabkan KGT yang tinggi..

PTD oh PTD (yang berkaitan pengiraan gaji ni).. tolonglah jadi bijak sedikit.. janganlah buat kerja caca merba.. pls be wiser.. pls..pls..

Penyelesaian: Betulkan cara pemindahan gaji ke JGMM baru terlebih dahulu. Selaras semua peratus kenaikan + KGT baru untuk tahun 2012 ni..(tak perlu ikut TPG asal, enforce semua bulan Jan 2012)
Tahun 2013 baru ikut balik TPG asal untuk elak gaji junior mengatasi gaji senior walaupun untuk beberapa bulan..

Ya Allah.. berilah PTD yang terlibat dalam membuat keputusan/pengiraan gaji ini sedikit kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut ini.. Aamin..

Tanpa Nama berkata...

Pertanyaan untuk Pokcik Pencen yang melawat anak kat JEpun tu....kat Jepun ada PTD tak Pokcik?

Tanpa Nama berkata...

kenapa gred 54 ke bawah rm 80-320 tahunan? Sedangkan pengurusan tertinggi kiraan secara 9% tahunan? Tak cukup ke golongan atasan dgn elaun keraian?, elaun tel, elaun bil tel, elaun pelbagai2 lagi?

Tanpa Nama berkata...

kumpulan pengurusan tertinggi dpt imbuhan 7,8 dan 9%, kemudian kenaikan gaji tahunan juga ikut peratusan 7,8,9%...... dlm tempoh x sampai 9 thn gaji mereka double.... en omar osman mengapa masih boleh berlaku perkara ini? ini tak adil..... kumpulan 41-54 juga rugi dalam sistem baru ini berbanding sbpa yang telah dibatalkan..... apa ni!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mengapa masih wujud P1 dan P2?
mereka yg lulus PTK dijawatan yg lebih rendah dan mendapat gaji maksima di P2 jawatan tersebut,kemudian dinaikan pangkat/jawatan lebih tinggi terus menimati gaji di P2 dijawatan yg baru disandang. memandangkan gaji P1 dijawatan baru lebih rendah daripada P2 jawatan lama.sedangkan mereka yang telah lama menjawat jawatan tersebut terkial kial untuk lulus PTK pangkatyang disandang(sejak berkuatkuasanya PTK )
Chontoh 1 :
L/Kpl A lulus PTK perengkat L/Kpl dan mendapat kenaikan gaji ditahap P2 skim L/Kpl.Kemudian dinaikan ke pangkat Kopral terus menikmati gaji P2 Kopral Sedangkan Masih belum lulus PTK Kopral,ini terjadi kerana mata gaji P1(L/KPL) lebih tinggi gaji maksima di P1 Kopral.BAGITU JUGA DILAIN LAIN
PANGKAT.
Chontoh 2 :
Kopral yang mejawat jawatan Kopral semasa berkuat kuasa PTK terpaksa bertungkus lumus untuk menduduki PTK bagi mendapat gaji P2.sama juga dgn lain lain pangkat.
Harap ceupasc dan PDRM tolng semak perkara ini...apa jadi mereka ditahap P1..setelah PTK dihapuskan??

Pokcik dari Jepun berkata...

Pertanyaan untuk Pokcik Pencen yang melawat anak kat JEpun tu....kat Jepun ada PTD tak Pokcik?

===========================
Kat Jopun...pokcik byk juga tengok PTD-PTD kat sana yg tengah cuci tandas, sapu sampah, potong rumput, cuci longkang. antar surat dan bancuh kopi.
Pokcik harap PTD di Malaysia ni pun buat la keje-keje mcm tu dulu dlm 10 tahun...baru boleh dpt PTD betul....boleh tak PTD malaysia..???

Tanpa Nama berkata...

tidak adil...bagi pergerakan gaji bulan 10 berbanding dengan org yang pergerakan gaji bulan 4...

cth :
A P1T4 - pergerakan gaji bulan 10
B P1T3 - pergerakan gaji bulan 4

si B akan mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding si A yg lebih senior pada bulan 4.

Tanpa Nama berkata...

tidak adil...bagi pergerakan gaji bulan 10 berbanding dengan org yang pergerakan gaji bulan 4...

cth :
A P1T4 - pergerakan gaji bulan 10
B P1T3 - pergerakan gaji bulan 4

si B akan mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding si A yg lebih senior pada bulan 4.
-------------------------------------


Dan yang junior lebih gaji dari senior..

apa ke hal

Tanpa Nama berkata...

Dan yang junior lebih gaji dari senior..

apa ke hal

---------------------
Memang kalau kat Jepun biasa berlaku mcm ni.....
Junior gaji mesti lebih sebab dia kena buat keje-keje kuli yang sangat susah punye....wajib le gaji dia lebih besar dari senior yg dah relex hehe....tak caya tanya pokcik yg lawat anak kek Jopon nun.....

Tanpa Nama berkata...

dalam hal PTK ni tak termasuk lagi yang berpangkat rendah dan lulus PTK tahap nya bila naik naik pangkat potong pula gaji mereka pangkat tiggin dariya..
Chontoh :
L/Kpl A yang lulus PTK L/Kpl dapat gaji P2 Kemudian dinaikan pangkat ke KOPRAL akan terus dapat gaji P2 Kopral, maka potong gaji sarjan yang berada ditahap P1..pangkat tinggi gaji rendah...daripada orang bawhnya.. etngok tengoklah PPRPD (PDRM)

Tanpa Nama berkata...

dalam hal PTK ni tak termasuk lagi yang berpangkat rendah dan lulus PTK tahap nya bila naik naik pangkat potong pula gaji mereka pangkat tiggin dariya..
Chontoh :
L/Kpl A yang lulus PTK L/Kpl dapat gaji P2 Kemudian dinaikan pangkat ke KOPRAL akan terus dapat gaji P2 Kopral, maka potong gaji sarjan yang berada ditahap P1..pangkat tinggi gaji rendah...daripada orang bawhnya.. etngok tengoklah PPRPD (PDRM)

//////
Biasa la tu...dia potong atas korner tu....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak diserap gaji bulan je utk pegawai kontrak, kan senang keja.... Najib perlu ambil berat tentang pegawai kontrak..... Gaji sama je mcm pegawai tetap..... Tukar je Pegawai kontrak ke pegawai tetap...??? Susah sgt ke nak buat???

Tanpa Nama berkata...

Dan yang junior lebih gaji dari senior..

apa ke hal

---------------------
Memang kalau kat Jepun biasa berlaku mcm ni.....
Junior gaji mesti lebih sebab dia kena buat keje-keje kuli yang sangat susah punye....wajib le gaji dia lebih besar dari senior yg dah relex hehe....tak caya tanya pokcik yg lawat anak kek Jopon nun.....

------------------------------


ooo...cam tu kat malaysia ni kena lah gak wat cam tu...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa gaji permulaan M41 PTD, lebih tinggi dari 41 perkhidmatan lain?...sama dgn U41 iaitu doktor..tak adil nii

Tanpa Nama berkata...

Saya amat hairan mengapa akhbar tradisi seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia sanggup membawa berita yang tidak tepat dari seorang yang kononnya menjadi juara orang Melayu Pulau Pinang.

Lebih buruk daripada itu berita tersebut tidak mendapat keadilan dari pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan.

Saya merujuk kepada berita tentang tanah Bayan Mutiara yang disensasikan mengikut selera perkauman dan agama yang sempit walaupun isu yang dibangkitkan lebih kepada soal pentadbiran dan undang-undang.

1. Faktanya ialah pelan pembangunan yang diluluskan oleh MPPP tahun 2006 adalah berdasarkan kepada penyerahan oleh syarikat sebelumnya yang gagal membangunkan tapak tersebut walaupun fasa 1 pelan telah diluluskan.
Semua sudah sedia maklum apabila tanah ini diambilalih oleh pemaju baru yang membelinya secara tender terbuka, satu pelan pembangunan baru mesti diserahkan kepada MPPP kerana pelan yang lama tidak diperakui lagi. Pelan baru belum diserahkan untuk pembangunan lagi.

2. Faktanya juga ialah ketika tanah yang diperuntukkan untuk tapak mesjid telah diluluskan pada ahun 2006, mengapakah kerajaan BN/Umno ketika itu tidak mengambil inisiatif untuk memecah lot itu dan menggazetkannya untuk diserahkan kepada MAIPP sedangkan mereka mempunyai masa 1 tahun lebih untuk berbuat demikian sebelum Pakatan ambil alih.

Tiba-tiba kerajaan hari ini pula disalahkan dalam isu tanah mesjid.

3. Faktanya juga tanah untuk mesjid diwajibkan sebagai syarat untuk lulus jika kawasan itu mempunyai rumah lebih dari 1,300 atau 1,500 unit.

Kaedah yang sama akan terpakai jika penyerahan pelan baru dibuat bagi pemaju yang membeli tanah tersebut hari ini.

4. Faktanya tidak ada pengazetan tanah tersebut di MAIPP untuk tujuan tapak mesjid dan kerana itu tidak timbul soal menjual tapak mesjid seperti yang didakwa.

Berdasarkan kepada fakta di atas khusus tentang soal tanah mesjid, saya menyeru kepada Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang supaya jangan bermain isu ini dengan niat menimbulkan sentimen kebencian seolah-olah kerajaan Pakatan di Pulau Pinang menidakkan hak orang Islam di Pulau Pinang.

Kami dari PAS berdiri teguh mempertahankan hak orang Melayu dan Islam sebagaimana kami terus membela kepentingan semua kaum seperti yang termaktub dalam tawaran kami kepada rakyat.

Kami juga berdiri teguh di bawah kepimpinan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dalam usaha beliau bersama PAS membawa politik yang lebih adil untuk semua rakyat di Pulau Pinang.
Carilah modal politik yang lain seperti menawarkan manifesto yang lebih menarik kepada orang ramai untuk mendapat sokongan tetapi jangan sekali-kali bermain api kebencian kelak nanti akan membakar diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Pokcik Sokong...
Masa pokcik lawat anak kat jepun ari tu....pakcik tengok news paper kat sana takde le memburuk-burukkan pembangkang...apa nama paper tu...haaaaa Asahi Shimbun...lupa dah pakcik sbb dah lama tak melawat anak kat jepun ni.

Tanpa Nama berkata...

apalah masalah sebenar diaorang nie.....kalau tak nak naikkan gaji cakap je...tak payah nak main tarik tali....gaji junior lebih tinggi???ohh tidak....dahlah junior sekarang demand je lebih....sudahnya yang banyak keja si senior nie jugak. cupeacs tolong perketakan syarat nak jadi cikgu.......

Tanpa Nama berkata...

apalah masalah sebenar diaorang nie.....kalau tak nak naikkan gaji cakap je...tak payah nak main tarik tali....gaji junior lebih tinggi???ohh tidak....dahlah junior sekarang demand je lebih....sudahnya yang banyak keja si senior nie jugak. cupeacs tolong perketakan syarat nak jadi cikgu.......

-----------
Masa pakcik lawat anak kat jepun ari tu kan....pakcik tengok kat sana profesyen cikgu adalah sangat dimuliakan...bukan dikutuk-kutuk mcm kat malaysia ni...
So...jgn la selalu mengutuk guru...tiru jepun tu, sayangi guru.

syukur je laa...buat kerja berkata...

Banyak komplen laaa makhluk2 yang makan gaji ni....mcm haremmmm

Tanpa Nama berkata...

pesara berkata...
saya nak cerita pengalaman saya melawat anak di jepun.
orang jepun bila dia diterima menjawat satu jawatan, contohnya pengurus. dia tidak terus duduk dikerusi pengurus. bulan pertama bertugas, cuci tandas dan sapu pejabat. bulan kedua bertugas distor. bulan ketiga bertugas sebagai kerani. begitulah seterusnya berperingkat peringkat, hingga akhirnya barulah dia kembali ke post sebenar, iaitu jawatan yang dia pohon.
dengan bangganya, dengan bangganya, dengan bangganya, dengan bangganya, dia melakukan semua tugas tersebut, walaupun dia ada ijazah, master dan PHD.
yang hebatnya, orang bawah tidak boleh la nak auta, nak tipu dia, sebab semua kerja dia dah buat dalam jabatan tu.
nak tanya, hampa semua disini macam tu ka?
fresh graduate nak mohon jawatan gred 41, kena trainning dulu buat kerja kuli. tamat trainning baru hampa kembali ke jawatan yang hampa pohon. barulah hampa tahu apa permasalahan dari level bawah sampai atas. masa tu, kalau ada orang bawah nak auta hampa, hampa boleh jawab, saya dah buat kerja orang bawah, semua dalam kocek saya, jadi jangan nak auta saya!!!!!!!!!!!!!
fresh graduate, masuk kerja terus level 41. setakat teori, praktikal tiada. setakat faham permasalahan level bawahan tanpa dapat menjiwai. bukan apa, dikuatiri......... lingkup organisasi. hampa pikiaq la no

pokcik bukan suruh hampa tengok anak pakcik blajaq dekat mana.
mesej yg pokcik nak sampaikan, itu yang hampa kena tengok.
bila kena dekat batang hidung hampa, mula hendak mengamuk.

Tanpa Nama berkata...

mana pegi semua PA-PA Malaysia nih..??
Pakcik tak abis lagi ni nak cerita pengalaman masa pakcik lawat anak kat Jepun tu...

Tanpa Nama berkata...

aku ada telefon jpa tanya berkenaan kenaikan gaji tersebut. Memang cibai jawapan yg jpa jwb. Mereka sengaja tak buat kenaikn gaji yg detail spt p1t1, p1t2 dan seterusnya dan cuma paparkn gaji max min supaya ssm baru ni nampak kelemahan & sbpa lebih baik kerana sakit hati sbpa kena batal. belum pernah mana2 skim ditentang sedemikian rupa.. mereka suruh kita sendiri. setelah dikira kgt tak seperti yg diwar-warkan..

Tanpa Nama berkata...

yang kau gatai telor pegi talipon jpa pasal details gaji tu buat ape....mmg betul la jwp jpa kat kau mcm tu.
Kiraan simple mcm tu pun kau nak tanye jpa. Kau naik kan aje la 13% tu dulu dan campor je KGT kau dari taun ke setaun...dapat la detailnya...DIY la sikit.
Kat Jepun semua kira sendiri tau...tanye pokcik tu...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

yang kau gatai telor pegi talipon jpa pasal details gaji tu buat ape....mmg betul la jwp jpa kat kau mcm tu.
Kiraan simple mcm tu pun kau nak tanye jpa. Kau naik kan aje la 13% tu dulu dan campor je KGT kau dari taun ke setaun...dapat la detailnya...DIY la sikit.
Kat Jepun semua kira sendiri tau...tanye pokcik tu...
Selasa, April 03, 2012 10:04:00 PM

=================================

malu bertanya sesat jalan... cibai betul jpa yg buat pekeliling penambahbaikan ssm ni.. nampak seperti misi balas dendam krn pembatalan sbpa.. maklumlah kppa tak dapat makan besar & mendapat malu & memulangkan balik duit yg terlebih bayar... sebenarnya kenaikan gaji tahunan kita taklah seperti yg diharapkan iaitu rm80 - rm320.. nampaknya najib akan terus dipersalahkan.. najib akan terus menjadi kambing hitam.. maklumlah pilihanraya dah dekat... makluman drp jpa, perkiraan adalah seperti di bawah:

A. P1T1 x 13% + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 13% + KGT = GAJI POKOK

Bila B - A kenaikan gaji tahunan adalah amatlah sedikit dan bukanlah seperti yg diharapkan oleh semua PA..

Tanpa Nama berkata...

A. P1T1 x 13% + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 13% + KGT = GAJI POKOK

Bila B - A kenaikan gaji tahunan adalah amatlah sedikit dan bukanlah seperti yg diharapkan oleh semua PA..
=====================
Haaaaaaaaa...disitu lah kesilapannya dalam penggiraaan tu.
Dlm SSM++ dan manima-maksima ni...kita kena ambik pd satu kedudukan sahaja...jika T1 di ssm lama, yg itu je dikira utk seseorang...dah tak boleh nak dibanding dgn org yg T2...sbb semua akan berada pada kedudukan masing2 yg terkini dan ada penggiraan yg tersendiri masing2.....dah tak mcm gaji matrik dah.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

A. P1T1 x 13% + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 13% + KGT = GAJI POKOK

Bila B - A kenaikan gaji tahunan adalah amatlah sedikit dan bukanlah seperti yg diharapkan oleh semua PA..
=====================
Haaaaaaaaa...disitu lah kesilapannya dalam penggiraaan tu.
Dlm SSM++ dan manima-maksima ni...kita kena ambik pd satu kedudukan sahaja...jika T1 di ssm lama, yg itu je dikira utk seseorang...dah tak boleh nak dibanding dgn org yg T2...sbb semua akan berada pada kedudukan masing2 yg terkini dan ada penggiraan yg tersendiri masing2.....dah tak mcm gaji matrik dah.
Selasa, April 03, 2012 11:46:00 PM

==============================

bila dikira balik, KGT dalam rm50 pun ada... cuba kira pada tangga gaji yg terakhir terakhir SSM ikut formula yg aku beri tersebut baru kau akan akan dapat jawapannya....

Tanpa Nama berkata...

Saya berpandangan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM)ini adalah untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ianya hanya boleh bertahan untuk tempoh 3-4 tahun sahaja kerana selepas perlaksanan JGMM ini, boleh dikatakan hampir 50% penjawat awam, terutama Kumpulan Pelaksana akan terus berada ditanggagaji maksimum.

Kumpulan Pelaksana yang kurang berpeluang menikmati kenaikkan pangkat berbanding dengan Kumpulan Pengurusan, akan tersekat di tanggagaji maksimum setelah berkhidmat diantara 20 hingga 25 tahun.

Peluang kenaikan pangkat untuk semua kategori dalam Perkhidmatan Awam adalah tidak seimbangan. Bagi kumpulan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat cuma 2 kali sahaja, itu pun kalau berpeluang. Gred 17 (untuk lepasan SPM) cuma berpeluang naik ke 22 dan 26. Bagi gred 27 (lepasan STPM dan Diploma) cuma berpeluang naik ke 32 dan 36 sahaja. Berbanding dengan Kumpulan Pengurusan yang berpeluang menerima kenaikan pangkat sebanyak 7 kali sepanjang perkhidmatan mereka, dari gred 41 ke 44, 48, 52, 54, Jusa C, Jusa B dan Jusa A.

Cuepacs kena buat sesuatu bagi membela Kumpulan Pelaksana kerana setiap kali pelarasan gaji dan pengskuturan organisasi, hanya akan menguntungkan Kumpulan Pengurusan sahaja.

Dari: Bakal Calon Presiden Cuepacs

Tanpa Nama berkata...

saya sokong. Masalah tersekat di tangga gaji maksimum tak timbul kepada kumpulan pengurusan kerana depa selalu naik pangkat sebelum gaji cecah dinding.

Tanpa Nama berkata...

ADA KENAIKAN GAJI SEKALI TAHUN NI,TAHUN DEPAN DAH LANGGAR TEMBOK.TAHUN DEPAN TEMENUNG LAGI,ADA YANG KENAIKAN GAJI TAHUNAN TERAKHIR IKUT BERAPA BAKI YANG TERTINGGAL...apa punya kes macam ni?...

Tanpa Nama berkata...

tetapi malangnya bagi (KGT) bagi mereka gaji di tangga Maksimum di P1 P2 atau di P3 selepas diselaraskan kenaikan gaji 13% dan dinaik sebanyak RM80.00 tahun yang sama 2012 berikutnya bagi tahun 2013 gaji mereka tidak ada kenaikan lagi.Kalau dibandingkan dengan kenaikan gaji dalam SBPA adalah lebih baik dan ada anjakan gaji lagi ditahun seterusnya.

PTD M44 berkata...

polak tulla kumpulan POLAKsana ni. bising!

Tanpa Nama berkata...

tetapi malangnya bagi (KGT) bagi mereka gaji di tangga Maksimum di P1 P2 atau di P3 selepas diselaraskan kenaikan gaji 13% dan dinaik sebanyak RM80.00 tahun yang sama 2012 berikutnya bagi tahun 2013 gaji mereka tidak ada kenaikan lagi.Kalau dibandingkan dengan kenaikan gaji dalam SBPA adalah lebih baik dan ada anjakan gaji lagi ditahun seterusnya.

...............

Mula-mula nak ditambahbaikan SBPA, last-last kena batal. SSM++ ni takada ke penambahbaikan ke. Silap-silap kena batal, tukar kat SBB super plus. Lagi sikit gaji lagi pendek "T". Dia orang bukan boleh harap sangat, ikut sedap mulut. Nak jadi pemimpin. Sebaiknya mempunyai firasat dan gerak hati yang berhikmah, solat istiharah dulu, doa-doa banyak, bertawakal, baru buat keputusan. Insya'allah
berjaya....

Tanpa Nama berkata...

SSM +...adalah unik. Masing-masing ada JGMM peribadi sendiri. Jangan nak bandingkan dengnan "T" sebelah. Silap-silap "T" dinding pun tak sama. Begini yang terjadi bila kenaikan serentak dgn tidak mengambil kira PGT. Kalau kenaikan mengikut PGT camna pulak,, Contoh PGT januari naik dulu 13%, kemudian April naik 13%....Julai sampai Oktober.
Kena yang PGT Oktober, lopong, bila lah aku pulak naik ni...lama da.

Harap-harap ni hanya sementara (interim) sahaja.

Tanpa Nama berkata...

makluman drp jpa, perkiraan adalah seperti di bawah:

A. P1T1 x 13% + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 13% + KGT = GAJI POKOK

Bila B - A kenaikan gaji tahunan adalah amatlah sedikit dan bukanlah seperti yg diharapkan oleh semua PA..

**************************************

Salam saudara,

maksud pernyataan di atas ni 13%+KGT baru dikuatkuasa utk semua tanpa mengira TPG asal ke?.. contoh bulan Jan/April/Julai/Okt..

Boleh beri penjelasan tak?

Tanpa Nama berkata...

makluman drp jpa, perkiraan adalah seperti di bawah:

A. P1T1 x 13% + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 13% + KGT = GAJI POKOK

Bila B - A kenaikan gaji tahunan adalah amatlah sedikit dan bukanlah seperti yg diharapkan oleh semua PA..

**************************************

Salam saudara,

maksud pernyataan di atas ni 13%+KGT baru dikuatkuasa utk semua tanpa mengira TPG asal ke?.. contoh bulan Jan/April/Julai/Okt..

Boleh beri penjelasan tak?
..............
Salah tu, macam ni yang betul
A. P1T1 x 1.13 + KGT = GAJI POKOK
B. P1T2 x 1.13 + KGT = GAJI POKOK
....
N17 P1T1 = rm820.38
A. rm820.38 x 1.13 + 95 = 1022.03
....
N17 P1T2 = rm870.29
A. rm870.29 x 1.13 + 95 = 1078.43

kesimpulan:-
kenaikan berdasarkan gaji semasa, semakin besar gaji semakin tinggi kenaikan. berbeza pada zaman Pak Lah berdasarkan kepada T1 setiap P.

Contoh,
N17 P1T1 gaji pokok = 656.30
kenaikan 25%
656.30 x 1.25 = 820.38
Untuk T2, P1T1 + KGT = 870.29
- kenaikan sekata sampai maximum

P1T3 guna formula
P1T1 + (3-1)KGT
P1Tn
P1T1 + (n-1)KGT

Tanpa Nama berkata...

Masa pokcik lawat anak kat jepun ari tu...masa tu la sbpa keluar, jadi pokcik tak sempat buat kiraan.
Tapi pokcik kagum betul mcm kiraan di atas nun......korang ni kalau bab kira mengira utk gaji tu...korang cukup cekap yeee...sampai ke lubang cacing tang mana kurang/lebih tu boleh di trace...mmg cukup cekap...tak payah blaja sampai ke jepun mcm anak pokcik dia punye cekap hehe...
Tapi masa buat matematik sekolah dulu korang cekap juga mcm ni tak...

Tanpa Nama berkata...

Nasib kakitangan yang naik pangkat teraniaya masih tak terbela. contohnya dulu J36 di tahap P2. Naik pangkat ke J38 Tahap P1. Gaji maksima J36 P2 lebih tinggi darigaji maksima J38 P1. Pihak JPA pernah berjanji akan kaji perkara ini tapi tak ada perubahan.

Tanpa Nama berkata...

Org Kampung berkata...
Kawan2 semua ce tengok Kenaikan peratus JGMM pada maksimanye berape peratus gok? Belanjawan hari tu PM kita UMUM kenaikan Maksima banyok mane? Kwn ingat PM umum Kenaikan gaji maksima sbgai contoh Guru gred 48 sehingga 39%
Kwn N17 ni kalu dibaginya 31.4072% pun alhamdullillah doh, kira dok sajer arr kwn duk tengok dan dengor PM umum belanjawan hari tu. Nok Wat naik CARE mane tu...Kita mesti nok hak cepat sebabnye TAHUN 2020 pun dok lame doh, KOS PERBELANJAAN MESTI NAIK CEPAT juge.

Tanpa Nama berkata...

PTD kira cm budak blom baligh...kire la 13% dri P1T1...bru gaji jadi seragam..maksimum-minimum..kalo kire dri P1T1,compem smua puas ati...sifir gaji jdi sekata bg sesuatu gred...Name jek PTD,tp sengal....kalo cmnie buat kje,boleh wt tumbng kerajaan..nmpk sgt pihak tertinggi nie ade agenda tersndiri...pembangkang ape???BAGHAL.. dri Gred U....

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat JPA nak mempamerkan kebodohan.. kira gaji yang simple pun tak tahu. sampai gaji junior (TPG awal tahun) boleh mengatasi gaji senior setahun atas mereka (TPG april/julai/oktober) disebabkan KGT yang tinggi..

PTD oh PTD (yang berkaitan pengiraan gaji ni).. tolonglah jadi bijak sedikit.. janganlah buat kerja caca merba.. pls be wiser.. pls..pls..

Penyelesaian: Betulkan cara pemindahan gaji ke JGMM baru terlebih dahulu. Selaras semua peratus kenaikan + KGT baru untuk tahun 2012 ni..(tak perlu ikut TPG asal, enforce semua bulan Jan 2012)
Tahun 2013 baru ikut balik TPG asal untuk elak gaji junior mengatasi gaji senior walaupun untuk beberapa bulan..

Ya Allah.. berilah PTD yang terlibat dalam membuat keputusan/pengiraan gaji ini sedikit kebijaksanaan dalam menyelesaikan kemelut ini.. Aamin..

Selasa, April 03, 2012 3:56:00 PM
___________________________________

Ya saya setuju. Ada pula berlaku gaji maksima digred lebih rendah mengatasi gaji maksima gred lebih tinggi. Contoh Gaji Mak 52 (P2) > Gaji Maks 54 (P1). Akai ada kaa!!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kenaikan "%" berdasarkan kpd "T1" pada setiap lapisan "P". Bila setiap "T" dinaikan tidak boleh mesti ada sesuatu "pelik"akan timbul. Cuba cek kenaikan 25% 2007, kenaikan seragam, nak program jadual gaji pun lebih simple. Tinggal tambahkan "KGT" pada pada setiap berikutnya.

Contoh

T15

P1T1 X 1.13 + (15-1) X KGT
2000 X 1.13 + 14 X 100
= RM3660.00
* lagipun PM kata kenaikan 7-13%. Mungkin kenaikan nampak sedikit, tapi nampak lebih adil. Lagipun pejabat gaki pun tak pening nak kira pasal dah ada jadual standard.

n17 berkata...

Tanpa Nama berkata...

PTD kira cm budak blom baligh...kire la 13% dri P1T1...bru gaji jadi seragam..maksimum-minimum..kalo kire dri P1T1,compem smua puas ati...sifir gaji jdi sekata bg sesuatu gred...Name jek PTD,tp sengal....kalo cmnie buat kje,boleh wt tumbng kerajaan..nmpk sgt pihak tertinggi nie ade agenda tersndiri...pembangkang ape???BAGHAL.. dri Gred U....

Rabu, April 04, 2012 11:26:00 PM


sebab PTD PTD bodoh kat JPA tu tau kalau kira peratus dari T1 dan pergerakan KGT ikut gred, banyak bezanya.

sebagai contoh, gred N17 kenaikan 13% dari T1 akan jadi 927.03

sapa yang dah T8 apabila bergerak RM95 sebanyak 8 kali akan menjadi 1592.03

sedangkan T8 sekarang ditambah 13% hanya dapat 1321.82

beza 270.21 tu poit!

cuma dengar cerita pekeliling tu bersifat sementara. gunapakai untuk tahun ni saja, sebab tu dia kira macam tu nak bagi semua puashati naik gaji pada tangga gaji sekarang. cuma dia akan menjadi tak adil sekiranya masih digunapakai sampai 2-3 tahun akan datang.

harapnya ia hanya sementara untuk tahun ni saja sementara mereka rangka sistem perkhidmatan baru.

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa ada contact Presiden, cakap kat dia kenaikan berdasarkan "T1" bagi setiap "P" kemudian campur "KGT"untuk "T" seterusnya.

Gunakan formula

P1T1 X 1.13 + (n-1) X kgt

nota
n="T"
selesai masalah, takkan ada junior potong senior. kenaikanseragam. betul tak Pak Cik Jepun. Bila nak pergi Jepun laGI.

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa gunakan sekali

y = mx+c

dimana c = pintasan y

mekaseyyyy!!

Tanpa Nama berkata...

nota
n="T"
selesai masalah, takkan ada junior potong senior. kenaikanseragam. betul tak Pak Cik Jepun. Bila nak pergi Jepun laGI.

-----------------
Pokcik setuju sesangat formula tu...mmg canggih, kat jepun pun tak dapat nak cari formula sebegitu...
Pokcik ingat albert einstein pun ternganga jika dia masih idup bila nampak formula tu...mmg canggih..hehehe
Nanti pokcik bgtau anak kat jepun formula tu....

Tanpa Nama berkata...

hehehe...penjawat awam malaysia mmg pakar betul...
Mcm-mcm formula dah dicipta...semua boleh diketengahkan ke jurnal sains haha

Tanpa Nama berkata...

Bangang,takde keje lain korang ni.mgumpat jer.buat tmbah dosa.takde fakta jgn ckap.

Tanpa Nama berkata...

kenapa gaji junior lebih daripada gaji senior? berikan sebab!

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun yang lepas, saya telah memilih umur persaraan 60 kerana gaji saya tak akan capai maksimum walaupun saya bekerja sehingga umur 60 di bawah SBPA.
Sekarang, kalau ikut SSM baru ini, gaji saya akan mencapai maksimum dalam masa 2 tahun. Buat apa saya kerja sampai umur 60 ? Kita patut diberi peluang memilih semula umur persaraan selepas SBPA dibatalkan.
Adakah JGMM baru ini untuk sementara waktu sahaja dan akan dikaji semula oleh Perundingan Suruhanjaya Tambahbaik SSM?
Kalau gaji. Kalau gaji JGMM deteruskan, baik kita balik kepada SBPA yang jauh lebih menguntungkan dalam jangka panjang

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Pada tahun yang lepas, saya telah memilih umur persaraan 60 kerana gaji saya tak akan capai maksimum walaupun saya bekerja sehingga umur 60 di bawah SBPA.
Sekarang, kalau ikut SSM baru ini, gaji saya akan mencapai maksimum dalam masa 2 tahun. Buat apa saya kerja sampai umur 60 ? Kita patut diberi peluang memilih semula umur persaraan selepas SBPA dibatalkan.
Adakah JGMM baru ini untuk sementara waktu sahaja dan akan dikaji semula oleh Perundingan Suruhanjaya Tambahbaik SSM?
Kalau gaji. Kalau gaji JGMM deteruskan, baik kita balik kepada SBPA yang jauh lebih menguntungkan dalam jangka panjang
Khamis, April 05, 2012 10:34:00 PM

++++++++++++++++++++++++++++++

jpa sengaja buat mcm tu sebab sakit hati sbpa dibatalkan.. belum pernah dalam sejarah malaysia skim baru dibatal dan ditentang hebat sedemikian rupa..

Tanpa Nama berkata...

Bila suruhanjaya khas akan ditubuhkan? Tak sabar nak tengok penambahbaikan yang dijanjikan.

Tanpa Nama berkata...

Adakah Perundingan suruhanjaya tambahbaik SSM akan ditubuhkan?
Menurut pekeliling 2012 (ms 10)
"16. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, PGT pegawai adalah terhad kepada gaji maksimum
dalam JGMM. Contoh PGT adalah seperti di Lampiran H."
Sound like JGMM ini akan digunakan untuk tahun-tahun seterusnya. Duka cita betul dengan gaji maksimum yang rendah itu. Harap pihak Cuepacs cepat-cepat suarakan!

Tanpa Nama berkata...

PTD= Pegawai Tipu Daya

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulan JGMM pada firasat saya'

Ia adalah suatu pra-transformasi sebelum dibina jadual gaji ala SBPA oleh Suruhanjaya baru yang akan dibentuk. Jika dirujuk JGMM, setiap PA mempunyai jadual perbadi sendiri bergantung kpd "P" dan "PGT" masing.

Jawaban yang diberikan
- kita akan melakukan penyelarasan dan penambahbaikan, sedang yang melakukan "cacamerba" pun dia juga.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Pertanyaan untuk Pokcik Pencen yang melawat anak kat JEpun tu....kat Jepun ada PTD tak Pokcik?
Selasa, April 03, 2012 4:01:00 PM


...eh..ade.. PTD penyek

Tanpa Nama berkata...

Datuk Omar yg dihormati...dlm PDRM jawatan INSPEKTOR sudah dinaiktaraf dgn kelayakan minima adalah IZAZAH KE ATAS dan bukan lagi STPM ATAU DIPLOMA ATAU STP ATAU HSC...oleh itu lojik dan patut taraf J17-G17-S17 JUGA DINAIKTARAF KE J27...I HARAP DATUK OMAR BINCANG SEMULA DGN KSN JPA...ini memastikan keseragaman sistem perjawatan dan penambaikan...tak adil la kalo jawatan tertentu jer dipandang tinggi so kaji la bagi memastikan semangat 1sistem perjawatan yg adil dan saksama....TQVM DATUK OMAR YG BIJAKSANA

Tanpa Nama berkata...

Tanggaji Atendan Kesihatan U14 lebih tinggi dari Pembantu Kesihatan Awam U22 minta kerjasama tuan membawa perkara ini ke pihak JPA. Sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

SALAM 1 MALAYSIA... RAMAI GURU AGAMA DB17 (KONTRAK)YANG BELUM DISERAPKAN KE JAWATAN DGA29 DAN GAJI TELAH LANGGAR DINDING. JIKA TAHUN NI TAHUN KE-7, MAKNENYA THUN HADAPAN TIADA KENAIKAN GAJI TAHUNAN. HARAP PIHAK YANG TERLIBAT AMBIL PERHATIAN.RUGI LA KLAU BELUM TETAP JAWATAN.HARGA BARANG MAKIN NAIK. BUKAN X BERSYUKUR TP FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Tanpa Nama berkata...

GAJI ATAU ELAUN SEPATUTNYA NAIK SETIAP TAHUN.KLAU IKUT TANGGA GAJI, BILA SAMPAI MAKSIMUM TIADA PERGERAKAN GAJI. MEMANG SATU KERUGIAN YANG BESAR!

Tanpa Nama berkata...

BILA GRED DB 17 YANG SENIOR DAH LANGGAR DINDING, GAJI DB17 JUNIOR DAH SAMA GAJI DENGAN SI SENIOR. ADE KE PATUT MACAM TU.... MEMANG TAK ADIL!!!!!!!! HARAP PIHAK CUEPAC DAPAT MEMBANTU.

Tanpa Nama berkata...

KERJA UTAMA.
KUMPULAN J17 minta naik gred J27,bila dapat ketawa katanya JPA bodoh kami buat kerja masih buat kerja hakiki J17,masa SBPA puak puak ketawa/berlagak,lihat kami dah skim baru J27,kerja J17,tugasan hakiki tak diubah.

KELULUSAN DIPLOMA.
GRED GRED YANG MEMINTA NAIK GRED DARI 17 KE 27 ADA DIPLOMA TAK.
TAKKAN GRED SIJIL SAMA DENGAN DIPLOMA IAITU 27.NAK CADANG BIAR LOGIK, BELAJAR 2 TAHUN NAK MINTA GRED SAMA DENGAN DIPLOMA.
KAMI KUMPULAN DIPLOMA KENA BELAJAR 3 TAHUN BARU DAPAT DIPLOMA,BERSUSAH PAYAH PULA.

ANJAKAN GRED DIPLOMA GRED LEBIH BAIK

KALAU JPA BAGI GRED SIJIL NAIK 27,NAIKKAN GRED KAMI DIPLOMA SUPAYA JURANG DENGAN SIJIL LEBIH.

Tanpa Nama berkata...

Org gaji maksimum mcm aku...akan naik 13%...tp kgt sekali jer(2012).. pastu mampuih keraih.. walhal khidmat ada 8 taun lagi(sampai 60)...haiyya..ini betui2 aniaya org tua..

pembantu perubatan u 29. berkata...

saya respek gred J kerana bukan semua orang boleh belajar bidang teknikal.SUSAH OOOO......

kALAU tak ada rezeki,maSuk poly atau utm sekerat jalan kena reject.

Ramai kawan saya yang masuk latihan separa perubatan,adalah orang bijak,ada yang dah tahun akhir kena reject dari utm.keputusa SPM ada yang 8A.

sokong perjuangan gred J,atau setidaknya beri gerd J elaun teknokrat.

orang yang bukan otak matematik tak boleh jadi gred J.

respect gred J.

Tanpa Nama berkata...

kalau kata belajar susah macamana orang gred J,waktu exam di universiti main banyak,kalau susah mesti sentiasa mengadap buku.Nak tipu biar bertempat,ada setengah gred J buat lukisan pun tak tau,tau lukis kartoon pandai.

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerja kumpulan pelaksana/sokongan.. Asik tak puas hati je apa yang orang buat.. dah tu pandai pulak buat matematik bodoh..

Korang faham tak kenaikan gaji 13% dari gaji semasa.. Najib dah umum hari tu, Omar pun dah setuju.. korang dok bising apa lagi?

Syukurlah dengan apa yang ada.. jangan bagi tuhan tarik balik rezeki yang kita terima..

Tanpa Nama berkata...

Korang faham tak kenaikan gaji 13% dari gaji semasa.. Najib dah umum hari tu, Omar pun dah setuju.. korang dok bising apa lagi?

Syukurlah dengan apa yang ada.. jangan bagi tuhan tarik balik rezeki yang kita terima..

_____________________________________
kau yg x paham la. kau cuma tengok 13% tu je dah kena ditipu. lepas kau betul-betul paham ssm ni kau takkan ckp macam ni. dan sy lebih rela tarik balik rezeki ni dan kekalkan ape yg kita ada skrg.

Tanpa Nama berkata...

Kau nak kekal sistem lama kekal laaa...aku tak mau...kenaikan 13% campur dgn PGT = RM600.....syukur.... cakap mcm pandai tapi tak reti nak bersyukur...pompang aje lebih

Tanpa Nama berkata...

itu kau 600. aku ni 200 je dpt. dasar penting diri sendiri

PTDB (PTD Bodoh) berkata...

kenaikkan saya RM571.00, syukur. Tapi yang saya tak puashati ialah gaji maksimum JGMM lebih rendah daripada gaji maksimum SBPA, kenapa?

Tanpa Nama berkata...

confirm, wa tak undi BN

KAPA berkata...

sebagai tanda protest ke atas kebodohan PTD JPA membuat JGMM, jom kita semua kumpulan sokongan bersatu jangan undi BN pada PRU13 nanti......baru padan muka KPPA.

Bekas J17 berkata...

Tanpa Nama berkata...

KERJA UTAMA.
KUMPULAN J17 minta naik gred J27,bila dapat ketawa katanya JPA bodoh kami buat kerja masih buat kerja hakiki J17,masa SBPA puak puak ketawa/berlagak,lihat kami dah skim baru J27,kerja J17,tugasan hakiki tak diubah.

KELULUSAN DIPLOMA.
GRED GRED YANG MEMINTA NAIK GRED DARI 17 KE 27 ADA DIPLOMA TAK.
TAKKAN GRED SIJIL SAMA DENGAN DIPLOMA IAITU 27.NAK CADANG BIAR LOGIK, BELAJAR 2 TAHUN NAK MINTA GRED SAMA DENGAN DIPLOMA.
KAMI KUMPULAN DIPLOMA KENA BELAJAR 3 TAHUN BARU DAPAT DIPLOMA,BERSUSAH PAYAH PULA.

ANJAKAN GRED DIPLOMA GRED LEBIH BAIK

KALAU JPA BAGI GRED SIJIL NAIK 27,NAIKKAN GRED KAMI DIPLOMA SUPAYA JURANG DENGAN SIJIL LEBIH.

####################################################################

Gred diploma 27 ka 29?
Dah termaktub dalam pekeliling skim lantikan sijil poli bermula gred 27, sama dgn STPM. Masalahnya sampai skrg gred J17 tak ikut pekeliling tu, masih ikut gred SPM, itu yg mereka perjuangkan, hehe...

jo berkata...

jOM kita undi BN...kita bantu Tok Jib...kalu Pakatan haram menang...banyak jawatan akan di mansuhkan..dan ramai akan diberhentikan kerana nak kurangkan kakitangan awam yang banyak melayu nih!

Tanpa Nama berkata...

SPBA lebih baik... tak mau lagi undi BN... mnyesal....

Tanpa Nama berkata...

HIDUP GRED J27

Tanpa Nama berkata...

Gaji dh naik...prestasi kerja mesti ditingkatkan...baru berkat hasilnya..

Tanpa Nama berkata...

GAJI NAIK,PUAK BAWAH AMBIL GAJI,BUAT KERJA MACAM ITU SAHAJA,SETENGAH KUMPULAN VETERAN DAN setengah golongan muda malas

Tanpa Nama berkata...

Dalam Perkhidmatan Awam,apa hukuman penjawat awam yang suka tidur dalam pejabat waktu pejabat.ketua ketua pejabat tak ambil tindakan pun kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam yang suka balik lewat malam perlu diawasi oleh ketua pejabat,mereka buat apa,setengah kata bagus,tetapi apa mereka buat,check bilangan kerja yang dibuat supaya bayaran elektik tidak dibazirkan secara sia-sia

Tanpa Nama berkata...

Ketua ketua pejabat perlu awasi penjawat awam yang tidak melaksanakan kerja hakiki mereka seperti Pembantu tadbir asal jurutaip,Pembantu Am Pejabat dulu Office boy,Operator telefon kini Pegawai khidmat Pelanggan asyik menghilangkan diri dan gred gred 17 yang lain cakap lebih macam ahli politik,ketua kerani,ramai penjawat awam suka berbual kosong dipejabat terutama pejawat awam yang veteran(wanita)

Tanpa Nama berkata...

jo berkata...

jOM kita undi BN...kita bantu Tok Jib...kalu Pakatan haram menang...banyak jawatan akan di mansuhkan..dan ramai akan diberhentikan kerana nak kurangkan kakitangan awam yang banyak melayu nih!
----------------------------------

contoh melayu bebal mau minta undi BN. Moga bala turun ke atas kamu.

Tanpa Nama berkata...

F22 berkata...
Kenapa dulu SBPA gaji akhir RM3545.55 kini dlm SSM kurang pulak iaitu gaji akhir RM3351.55...aduhhhh tak bijak langsung lah dia orng wat gaji ni...kalu dikatakan kenaikan gaji buat lah betul2 naik gaji permulaan dan terakhir...biar lah betul2 baik.bukan main hentam je .....13% lepas tu dah lantak lah kau org..
Nama je sekolah tinggi makna semakan gaji pun tak faham.......apalah kau orng ni...

halmin che min berkata...

Saya sokong komen anda.kalau skim gaji dulu gaji PTD bermula P1T4, Doktor mula P1T6. Skim gaji baru PTD=Doktor. Ini sgt tak adil sbb doktor belajar 5 tahun dan susah ,PTD belajar 4 tahun saja. Harap CUEPAC tanya semula JPA

jo berkata...

Jangan jadi orang yang tidak kenang budi...Dengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Last sekali kena banjir rumah pon hanyut.
mari kita sama-sama bersyukur kehadrat Allah...mengagalkan pihak yang ingin menghuruharakan negara. Kekalkan pemerintahan yang ada sekarang. tak bersifat patriotik. aku pakai kereta jepun...baru. tak sampai 6 bulan...bering tayar pecah. Nyaris tak maut. Ada juga member beli honda civic...bukan yg murah...rosak sana-rosak sini...nak repair pon kena bayo...walaupon dalam gerenti service after sale yg buruk. Jangan nak rendahkan produk negara atau sabotaj. kalau dilihat dijalan raua 20 proton barau 1 kereta import. dari segi nisbah memang le proton lebih banyak masuk woksyop. Kita biasa tengok di Lebuh raya mercedis dan volvo baru pon kena Towing...Alangkan Fereri pon terbako...
kalau dah sifat hati busuk kot buat mana pon busuk...Nizar jamaluddin pakai Toyota Camry pon terbalik.

Tanpa Nama berkata...

bagaimana penentuan gaji bagi kenaikan pangkat,di mana gaji baru akan diletakkan kalau tiada lagi mata gaji?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana penentuan gaji bagi kenaikan pangkat,di mana gaji baru akan diletakkan kalau tiada lagi mata gaji?

UJANG berkata...

BILA NK ROMBAK BALIK GAJI NIE..KLU MASIH GUNA SISTEM SBPA NIE..UNTUNG LER JUNIOR SAYA..DIA MAKAN GJI LEBIH RM 300 DARI SAYA..SAYA PULAK HANYA NAIK RM 80..BUKAN NK KACAU ORG PUNYA PERIUK NASI..TP TAK ADIL LER..SY PENCEN DULU..LPS 2 TAHUN TU..DIA PULAK PENCEN..KLU MCM NIE LER..SRUH DIA PENCEN DULU..LPS TU BRU SY..DIA DH MENTEDARAH GAJI BYK2..TAPI PENCEN LEWAT..SY PLAK X SEMPAT NK RASA GAJI SIKIT..DH PENCEN AWAL..APE CER NIE..TAU KIRA KE TAK

halmin che min berkata...

Terima aje lah. Dulu tak setuju SBPA, sekarang dah pindah kpd SSM.JPA nak buat kerja lain lagi. Sekarang JPA dah tak dengar komen CUEPECS dah walaupun byk benda perlu dilihat balik dlm skim gaji baru.

Tanpa Nama berkata...

APC ape citer ? MAMPU dah mansuhkan PKPA bil 2 Tahun 2002 !!! Pengurusan ofis aku bagitau penerima APC xkan dibayar RM 1000 lagi...melepas la bagi sape2 yang berangan2 tuh...kuikuikui

Rujuk :

http://www.mampu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=1f6e8568-026b-4a1d-87bb-0d484591d508&groupId=10136

Tanpa Nama berkata...

Yeop..

Bulan bile ker dapat naik gaji?

Sape bleh Jelaskan...

10thJ/11thFT berkata...

Bila nak upgred FT27 pulak...ramai juga yang ada sijil kejuruteraan polteknik. Sepatutnya dah boleh dilaksanakan kerana lepasan SPM. Kalau kelulusan SPM FT17 kesesuainya.

X-PUO/PSA berkata...

Bila nak upgred FT27 pulak...ramai juga yang ada sijil kejuruteraan polteknik. Sepatutnya dah boleh dilaksanakan kerana lepasan SPM. Kalau kelulusan SPM sahaja FT17 adalah kesesuaiannya. Rasanya ramai PA yang akan berpuashati.

Tanpa Nama berkata...

yang x puas hati dgn ptd ...tlg letak jawatan dan mohon jd ptd esp cikgu cikgu...put yr self in our shoes...sy mohon omar osman jadi ptd...tgk apa yg boleh dia buat sebagai ptd utk korang semua..belajar bersyukur..dan jgn kutuk org lain...nilai dulu diri sendiri, apakah sumbangan kita sebagai penjawat awam dh optimun sgt...belajar bersyukurlh kawan

piye berkata...

untuk sebarang cadangan penambahbaikan gaji, cuba layari laman web http://docs.jpa.gov.my/skmtpa/...............harap yang barada pada situasi tidak adil dapat kita sama-sama suarakan.

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya ,... Kenaikan gaji tahunan baru bg 41 adalah rm225, adakah kenaikan itu secara tetap?

Tanpa Nama berkata...

MAKCIK DH 51 THN.BAR 3THN.PELARASAN SJA,NAIK TDK.KELUAR INCRIMENT TPI POTG CUKAI RM567.SEDGKN BULNN DH POTONG LEBIH 100.ANAK 6,SEMUA MASIH BELAJAR.DIMANA NAK SEDAP ATINYA???MENANGIS ADA.DRI DULU SEMGT KERJA MMG TINGGI.KINI NKRA TENTU LEBIH PRESURE TPI LIHAT GAJI UTK LAYAN KEHIDUPN KINI TAK MACAM RAKAN YG SAMA BERJUANG.PELUANG BELAJAR DULU SUSAH,SEKRG SNNG,MLGNYA USIA DAH BAR TPI BEBAN BELUM BAR MALAH BER +.MUGKIN RAMI GINI.MOGA KRJN TELITI UTK TRUS BERTNDK.RAYUAN CEUPECS TIMBGKNLAH.