SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Ogos 2012

CUEPACS HARAP BAYARAN KHAS RM500 DIPANJANGKAN KEPADA PESARA KWSP

Bernama
1/8/2012


PUTRAJAYA, 31 Julai (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berharap agar Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan turut dipanjangkan kepada pesara yang memilih untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata pada masa ini bayaran berkenaan hanya diberi kepada pesara kerajaan yang memilih opsyen pencen, dan kira-kira 300,000 pesara yang memilih opsyen KWSP ini tidak pernah menerima apa-apa imbuhan daripada kerajaan selepas tamat perkhidmatan.

"Ramai yang menelefon saya meminta saya membuat rayuan kepada kerajaan agar mereka juga dapat menerima bayaran ini.

"Jadi kalau boleh sekali ini kita minta jasa baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turut memberikan mereka bayaran khas ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa.

Omar berkata kerajaan turut diminta mempertimbangkan untuk memberi bayaran berkenaan kepada tentera yang berkhidmat 18 tahun ke bawah yang tidak mempunyai pencen, agar mereka tidak merasa tersisih.

10 ulasan:

Cecupak berkata...

saya harap cecupak dapat mintak semua PA buat keje dan harapan dipanjangkan kepada semua

Tanpa Nama berkata...

orang yg dah meninggal pun kena bagi gak lah....pergi sangkut kat batu nesan kubur bekas pesara tu

Tanpa Nama berkata...

tolong perjuangkan pasal cuti kakitangan sedang berkhidmat yang dilantik kejawatan baru agar dapat membawa kelayakan cuti jawatan lama ke jawatan baru...

juga kaji jika dapat tambah cuti kumpulan sokongan kepada 25 hari.

mohon supaya kaji balik pekeliling cuti 2009.

DENGAN RASA RENDAH DIRI HAMBA MEMOHON.

Tanpa Nama berkata...

orang yg dah meninggal pun kena bagi gak lah....pergi sangkut kat batu nesan kubur bekas pesara tu

...................................

betul,nanti ko pg ambik k.p enjoy kat siam.bernas x cadangan aku?

Tanpa Nama berkata...

Pesara KWSP dah dapat dah. Duit banyak dalam KWSP tu termasuklah duit bonus raya tu. Kalau pencen tak dapat sumbangan majikan setiap bulan. KWSP dapat sumbangan majikan setiap bulan. Lagi banyak KWSP dapat dari Pencen. CUEPACS ni tak pandai kira ke? Selalunya suka adil lah, tak adil lah kumpulan Profesional dapat banyak lah. Tak nampak ke KWSP tu dah dapat betis nak peha pula. Adoooiii... duit rakyat tu dah diberi dalam bentuk sumbangan majikan semasa mereka berkerja tu dah banyak dah oiii

Tanpa Nama berkata...

Pesara KWSP dah dapat dah. Duit banyak dalam KWSP tu termasuklah duit bonus raya tu.
________________________________________

aku setuju kenyataan ini

Pencen Tentera berkata...

Duit kwsp dah habis. Kereta baru dan rumah baru. Urusan kenduri kawin anak2. So nak PRU13 ni minta aje pasti dapat.

pesara berkata...

Bonus tu ihsan Kerajaan kpd pesara diatas apa justtifikasi? Kalau beri kpd pesara, tak perlulah bezakan yg berpencen dan tak berpencen (kwsp)...Kalau nak, berilah kpd kesemua pesara

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh la macam tu...yg pilih pencen macam kakitangan kerajaan..yg pilih KWSP macam kerja SWASTA...sebab semasa memilih KWSP kerajaan terpaksa membayar caruman kepada mereka sampai tamat tempoh kerja...bayangkan kalau potongan mereka RM 280 sebulan..kerajaan terpaksa menambah potongan KWSP kepada mereka RM 340 sebulan...jadi simpanan mereka setiap bulan RM620.00..bayangkan kalau kerajaan terpaksa membayar selama 15 tahun...banyak tu...Bila dah banyak jg BOROS...simpan dalam ASB pulak...tiap2 tahun dapat bonus dan bahagi la 12 bulan..dapatla duit pencen..jangan salah orang lain sebab sendiri yang pilih skim KWSP.

Tanpa Nama berkata...

Hello, Semua orang (Pinjaman Tawaran)
Adakah anda berminat untuk mendapatkan pinjaman @ 2%? Jika ya,? email kami sekarang untuk maklumat lanjut mengenai pinjaman yang anda perlukan sebagai pinjaman. Sekarang sila hubungi kami di: anitacharlesloancompany@mail.com bersama-sama dengan maklumat di bawah.
kami menawarkan dari $ 1,000.00 kepada $ 25,000.000.00 juga memohon untuk maklumat lanjut

{Lengkapkan borang pinjaman di bawah}
Nama anda: ===========
NEGARA: ===========
NEGERI: ===========
ALAMAT: ===========
GENRE: ===========
Jumlah yang diperlukan: ===========
TEMPOH: ===========
BILANGAN TELEFON: =========== =============
Hubungi kami dengan email ini: anitacharlesloancompany@mail.com
Akaun yang lebih baik daripada syarikat yang sah.
Salam
Puan Anita