SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Ogos 2012

STATEGI LAUTAN BIRU AKAN DITERUSKAN: KSN

Bernama
12/8/2012


TAWAU, 11 Ogos (Bernama) -- Konsep 'Strategi Lautan Biru' iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan akan diteruskan kerana ia terbukti membawa impak positif kepada rakyat dan negara, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa.

Beliau berkata strategi berkenaan juga perlu diteruskan kerana pendekatan itu jelas mampu menggalakan pelaksana dasar kerajaan termasuk penjawat awam untuk berfikir secara baharu atau berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan sebarang masalah.

"Sebagai contoh, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai hal dalam usaha (mengurangkan kadar jenayah). Pada masa ini sudah terdapat lima program melibatkan kerjasama antara ATM dan PDRM.

"ATM juga bekerja sama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam membantu kerajaan membina rumah dan infrastruktur asas seperti jambatan untuk masyarakat miskin di luar bandar,"" katanya ketika mengadakan pertemuan dengan penjawat awam di sini.

Menurut Ali program terbaru di bawah Strategi Lautan Biru ialah 1Malaysia Youths For You (1M4U) yang bertujuan menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan kira-kira 10 juta belia di negara ini agar mereka dilibatkan secara langsung dalam arus perdana pembangunan negara.

-- BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada KSN yang cepat bertindak dan tidak memilih KRONI (setakat ini lah)...

Kami mengharapkan KSN menggerakkan ekonomi negara dan menghapuskan kezaliman ketua-ketua jabatan kepada pekerja yang lemah.

Undi Datuk KSN!

Tanpa Nama berkata...

horey , saya yang kedua
TAHNIAH KSN

Tanpa Nama berkata...

Lautan Biru (BOS) perlu lihat strategi Perkhidmatan kini, adakah ianya berfokus kepada kompentesi delivery sistem atau berfokus kpd kerja makan gaji!

Kita tak mau penumpang (free rider). Kita mau PA yang proaktif, assertif dan berfokus.

Emolumen dan perkhidmatan kepada pelanggan boleh ditingkatkan lagi ...

Tanpa Nama berkata...

Biru ke merah ke mana kenaikkan gred J17 ke J27 ni? Dah 20 tahun kami tunggu. Kami mau hak kami dibela.

Tanpa Nama berkata...

Kami nak strategi lautan hijau pula, kami dah muak strategi lautan biru.

Tanpa Nama berkata...

betul.... bosan dengan biru... sekali-sekali apa salahnya terima warna hijau... ini tidak.. politik jek memanjang...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah KSN "Strategi lautan biru" ni PA terjamahkan dlm PRU13 dgn berfikir diluar kotak .Undi Datuk KSN

dari PA yg tercicir knaikan gred.Terma kasih.........

Tanpa Nama berkata...

Bertrillion2 Buih lautan xpernah berkurang tp "strategi lautan biru" dilihat secara fizikal sebaliknya bagaimana tranformasi kerjaan nak lakukan .........
Fikirlah diluar kotak utk jangka pjg,ingat kami bukan robocop yg mampu mjaga sebuah kotaraya New York
.
Undi Datuk KSN

Tanpa Nama berkata...

tak yah nak blue ocean la, harga barangan tak selesai-selesai lagi untuk jutaan rakyat malaysia.. ksn bolehlah cakap, gaji kau puluhan ribu, rakyat ape cite, dekat raya nie harga barang melambung naik berkali ganda, spt ayam, daging, tepung, segala jenis bawang, segala jenis ikan, susu, mentega, segala jenis air minuman, segala jenis sos dan sebagainye, ape cite semua nie.. kata dah pantau, habuk pun tarak, bulan ramadan nie, tak yah puasa lea, asyik menipu jea si Ismail sabre nie..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa laut biru yg mendpt nama? Elok tukar kpd strategi sungai tercemar akibat kerja pembalakan yg tidak mengikut speksifikasi kerja. Banyak sungai di msia airnya berwarna coklat bak air milo kerana aktiviti pembalakan yg rakus.

Tanpa Nama berkata...

Walau menggunakan apa strategi sekalipun yg pasti matlamtnya hendaklah memberi manfaat kpd semua. Sejak akhir2 ini kerajaan sering mengumumkan sesuatu secara tergesa2 hingga rakyat ternanti2 dan dikecewakan. Cth paling ketara apabila menteri pelajaran selaku TPM mengumumkan kehaikan pangkat utk guru. Setakat ini hanya segelintir saja yg telah menetima keputusan xrasmi dari jumlah ribuan org guru terlibat. Susah sangatkah kerajaan nak memastikan semua kerja dah selesai baru mengumumkan. Utk PA bukan guru mrka tentu rasa cemburu dgn apa yg diberi kpd guru walhal lain yg berlaku. Apa yg diumumkan skrg akan hanya terlaksana dlm masa 1 hingga 3 thn. Kantoi... ghairah dan berahi xtentu pasal.

Tanpa Nama berkata...

Buatlah strategi apa pun, yang pentingnya adalah pemikiran itu sendiri, tak kiralah samada jawatan apa pun, pegawai tinggi ke, pekerja bawahan ke, perlukan pemikiran yang betul dan disulami dengan kejujuran, kesungguhan untuk menjayakan sesuatu tugasan yang diamanahkan demi agama, bangsa dan tanah air.

Mari kita renung sejenak, berapa ramai yang sanggup berkorban demi kejayaan jabatan? Yang banyaknya nak mempergunakan jabatan untuk mengaut apa saja kepentingan diri sendiri. Lihatlah berapa ramai yang sanggup menipu kerja lebih masa, jam lima petang ketik kad masuk keluar kerja untuk keluar kerja, lepas tu jam lima satu minit petang ketik untuk buat kerja lebih masa, konon sajalah, tapi berambus balik rumah, jam sepuluh malam baru datang ketik kad masuk keluar kerja, kononnya bekerja lebih masa, inilah sikap tidak bertanggungjawab yang diamalkan oleh golongan yang tidak peduli akan halal dan haram dalam kehidupan, kalau diberi daging babi dia pandai pula cakap, haram, najis mughallazah, tapi makan duit secara menipu kerja lebih masa itu apa pula? Itu tak haram ke?

Selain itu, menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan peribadi secara melampau seperti memfotostat buku rujukan untuk kegunaan anak, itu memang teruk bebenor, dosa berganda, sudahlah mencuri kertas A-4 milik kerajaan, kemudian curi pula toner mesin fotostat untuk buat fotostat buku rujukan tu, tak cukup lagi, cetak rompak pula buku rujukan tu, macam mana anak nak dapat belajar dengan elok kalau anak diberikan sumber haram oleh ibu bapa sendiri? Jangan membebel kalau anak-anak lembab dalam pelajaran, kalau anak-anak gagal periksa, kerana ibu bapa sendiri memberikan bahan haram yang dicuri, yang dicetak rompak kepada anak-anak, macam mana nak berkat?

Itu adalah dua senario yang saya utarakan, banyak lagi senario yang berlaku akibat kegagalan berfikir menggunakan akal tapi sibuk mengikut nafsu serakah hingga menyebabkan gaji yang diperolehi setiap bulan tidak berkat, bagi anak bini makan dari sumber haram, tak malu ke? Jangan nak menyalahkan pihak kerajaan berkenaan isu gaji ini, kerana pendapatan yang diuruskan dengan sebaiknya sememangnya cukup, kerana ada pekerja gred rendah yang bergaji kecil tapi boleh jaga anak lima enam orang tanpa buat kerja haram sebegini, jadi apahal pula nak disalahkan kepada gaji pula? Kalau merasakan gaji sekarang ini kecil, sila letak jawatan dan pergilah cari kerja yang bergaji tinggi, belajarlah cara bersyukur dan menguruskan kewangan, kalau hanya layak membawa kereta proton saga second hand, jangan nak mengada-ngada nak membeli toyota alphard pula, perangai tak sedar diri macam inilah yang menyebabkan berlakunya penipuan dan rasuah dalam kerja, sedarlah, nanti salah laku yang dibuat itu akan dipertanggungjawabkan.

Saya tidak tuduh siapa-siapa, tapi ada yang buat kerja tak senonoh sebegini, siapa makan cili dia terasa pedasnya, siapa makan gula banyak dia akan kena sakit diabetes, salah sendiri jangan salahkan orang lain.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kassim.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Biru ke merah ke mana kenaikkan gred J17 ke J27 ni? Dah 20 tahun kami tunggu. Kami mau hak kami dibela.

Isnin, Ogos 13, 2012 7:02:00 PTG

--------------------------------------------------------------

Kalau gred J17 naik 27, maka gred 27 sedia ada perlu dinaikkan gred 37, gred 20 hingag 40 sentiasa terainaya, gred 27 hingga 40 sedia ada perlu diperjuangkan. Minta KSN beri pertimbangan yang munasabah kepada gred 27 hingga 40 yang selama ini ditindas dengan kejam oleh pihak yang sepatutnya melindungi penjawat awam kerana gred 27 hingga 40 pun penjawat awam juga.

Kalau nak didowngredkan gred 27 hingga 40 dengan disamatarafkan dengan gred 17, lebih baik segala kerja gred 27 hingga 40 disamakan saja dengan gred 17 sajalah, ini tidak, gred 27 hingga 40 jaga satu unit, sedangkan gred J17 yang nak naik gred 27 buat satu kerja saja, apa cerita, KSN perlu bertindak adil, bersihkan segala masalah yang ditimbulkan oleh KSN dan KPPA yang sebelum ini.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kassim.

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..

Tanpa Nama berkata...

hapuskan semua skim. tinggalkan PTD sahaja. sebab PTD ni fleksibel bak kata mereka.

ok?