SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Ogos 2012

HAMPIR SEMUA JABATAN PERSEKUTUAN UTAMA DI SABAH DIKETUAI ANAK TEMPATAN, KATA KSN

Bernama
12/7/2012


KOTA KINABALU, 11 Ogos (Bernama) -- Hampir semua jabatan dan agensi Persekutuan utama di Sabah kini diketuai oleh penjawat awam di kalangan anak tempatan di negeri ini, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata ini termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pelajaran.

Katanya kerajaan Persekutuan sentiasa memberi peluang kepada anak tempatan untuk mengetuai jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini seperti yang diharapkan oleh rakyat Sabah. "Banyak lagi jabatan dan agensi Persekutuan lain di Sabah yang diterajui oleh anak tempatan, jadi isu ini tidak timbul (soal anak tempatan dipinggirkan)," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Ratu Elizabeth 1, dekat sini malam tadi.

Ali berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan berterusan pembangkang di Sabah yang menuntut supaya lebih banyak penjawat awam tempatan dari Sabah dilantik sebagai ketua jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini selaras dengan konsep 'Borneonisation' yang dipersetujui semasa pembentukan gagasan Malaysia.Mengenai kerja pembinaan bangunan baru Hospital Ratu Elizabeth 1, Ali berkata beliau berpuas hati dengan tahap pencapaian projek itu dan berharap ia dapat disiapkan mengikut jadual.

Katanya kerajaan Persekutuan melalui kementerian yang berkenaan sentiasa menyalurkan peruntukan yang diperlukan bagi memantapkan lagi kemudahan di hospital berkenaan demi kebaikan bersama. Terdahulu, ketika berucap pada majlis berbuka puasa dengan penjawat awam di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Likas dekat sini, Ali berkata antara prinsip pentadbiran yang beliau tekankan ialah merakyatkan perkhidmatan awam.

Beliau berkata pendekatan seumpama itu penting bagi meningkat imej perkhidmatan awam di mata rakyat.Ali meminta penjawat awam supaya membudayakan amalan turut padang, senyum dan mesra rakyat.Beliau turut berharap agar semua ketua jabatan dapat melihat soal kebajikan petugas terutama dalam hal kenaikan pangkat bagi mereka yang sudah lama berkhidmat dalam sesuatu jabatan atau agensi Persekutuan.

"Kita bukan sahaja tengok perkara di luar tetapi juga kita kenalah tengok-tengok di belakang kita terutama soal kebajikan kakitangan kita. Kalaulah semua ketua jabatan melakukan ini, tentu sekali kakitangan akan berasa senang hati dan mungkin tidak perlu lagi bagi Cuepacs membangkitkan hal ini," katanya.

-- BERNAMA

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah orang Sabah begitu kenegerian seperi orang Kelantan?

Begitu angkuh sampai rakyat negeri lain seboleh mungkin tidak dibenarkan bekerja di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya tidak timbul isu anak tempatan dipinggirkan.

Contoh jika ditanya siapa yang nak buang duri di tengah jalan, bukan semua anak tempatan mahu berbakti kepada negerinya sebaliknya mengharapkan pekerja sapu atau majlis perbandaran yang mengutip sampah dan duri. Ini cuma contoh. Maksud saya ialah berapa anak tempatan sendiri yang atas keinsafan dan keikhlasan hati sendiri yang sanggup bersusah payah untuk negeri sendiri?

Jika sanggup, cuba hantar ke pandalaman. Tak rugi sebab dapat elaun susah RM1,500 sebulan. Berapa rama yang sanggup menetap terus di pulau-pulau?

Tanpa Nama berkata...

Bila ada 'orang luar' (negeri lain) sanggup bersusah payah dan secara kebetulan laluan naik pangkat ditempat pendalaman mudah, maka dilihat 'orang luar' lebih cepat menjadi ketua-ketua jabatan. Saya harap jangan salahkan orang luar dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah orang Sabah begitu kenegerian seperi orang Kelantan?
isnin, Ogos 13, 2012 11:17:00 PG<---betul ker ayat ini mengenai org kelantan

Tanpa Nama berkata...

Ye la tu..
Banyak lagi jabatan yg tidak dipimpin oleh orang sabah. Dalam kementerian kewangan misalnya. Mungkin jabatan kastam sahaja yg dipimpin oleh rakyat jati sabah. tetapi jabatan2 lain di dalam kementerian seperti jabatan akauntan negara dan jabatan audit negara masih lagi dipimpin oleh org semenanjung.

Tanpa Nama berkata...

hentikan fanatik kenegerian. kita satu negara. mana2 orang boleh bekerja dan bercampur gaul di mana mana negeri.

jangan jadi macam orang kelantan. datang ke tempat orang, buat huru hara macam duduk kampung sendiri, lepastu berpuak2 hanya berlonggok sesama kaum dia sahaja.

jangan bawa pepatah: dimana bumi dipijak, disitu LANGIT NEGERI ASAL dijunjung. itu sudah salah!

Tanpa Nama berkata...

Bukan tak boleh tapi janganlah nak monopoli semua jabatan.Mcmmana perasaan kamu jika di negeri kamu, hampir semua ketua jabatan dimonopoli org sabah.Sebagai manusia biasa tentu ada perasaan terkilan@jangal seolah2 org sabah tak ada yg berpelajaran dan tak pandai memimpin. SO WHAT DO YOU THINK?

Tanpa Nama berkata...

Isu sebegini harus diatasi oleh pihak atasan kerana tanpa kessedaran dan sensitiviti terhadap keadaan yg melibatkan pemilihan ketua jabatan maka akan timbullah bermacam persepsi negatif di kalangan penduduk tempatan. Seperti juga calon parti politik yg bertanding di sesuatu kawasan, kebiadaannya jika kawasan itu majoriti cina tentu secara logiknya calon2nya akan terdiri dari org cina. Jika kita letak calon kaum lain sudah tentu peluangnya menang adalah tipis. Justeru dalam PA juga jika ketua jabatan itu bukan dari kalangan kaum majoriti di kawasan tersebut sudah pasti akan timbul perasaan tidak puashati. Jika spt dlm politik sudah lama ketua jabatan itu disingkirkan. Ini bukan soal sentimen perkauman kerana anda boleh lihat banyak berlaku di sabah dan sarawak yg melibatkan banyak berlaku di sekolah2 rendah.

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan tuan tuan, Orang Sabah tidak kenegerian. Malah amat ramai PA dari semananjung(Malaya) teramatlah minat mintak ditukarkan ke Sabah sehinggalah sanggup bergaduh, contoh di jabatan saya.
Dan contoh satu lagi, Harta harta Sabah banyak dibolot orang semananjung(Lepeh)...apa bila UMNO, PKR, DAP, MCA masuk, habis harta tanah kena bedal. Tidak seperti di Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

Jab ne lak tu yg bergaduh nk tukar ke sabah? Kesiannya...Jab saya PA dia kalau boleh x nak tukar ke sabah...

Tanpa Nama berkata...

Sebab apa nak tukar ke Sabah. Kerana elaun rumah besar, Elaun perkhidmatan Awam besar dan kemudahan lain.. boleh hiduplah katakan...

Tanpa Nama berkata...

Cuba buat kajian berapa ramai PTD, doktor, akauntan & lawyer PA yg berkhidmat di Sabah adalah rakyat jati negeri Sabah.
Seimbas pandang, memang xsampai 50% pun.

Tanpa Nama berkata...

ko ckp angkuh.. x btl tu.
kmi dah lalui slama ini, jika org smnnjg yg jd BOS ( x bmksud smua) d ssbuah jbtn. x mmhami budaya org sbh. ini kdg2 agak mnyusahkn..

Tanpa Nama berkata...

satu lagi yg sa pertikai dlm pdrm...kbykn ketua polis daerah org semenanjung dan kebykn nereka berpangkat tinggi...sa naj tanya KANAPA ORG SEMENANJUNG MONOPOLI JAWATAN TU SEDANGKAN RAMAI ORG SABAH BERKELAYAKAN!!!! APA PARASAAN KORANG KALO INI BERLAKU di NEGERI KAMU!!!!....da jadi bos di sini nak naik kepala pula...kesabaran manusia ada had...kbykn mereka tidak memahami budaya org sabah...jika ini berlaku 1mlysia tidak tercapai sepenuhnya...KORANG LIHAT NEGERI SARAWAK pentadbiran baik....sbb kebijsksanaan pemimpin terdahulu...

Tanpa Nama berkata...

1 – 14 daripada 14
Tanpa Nama berkata...

Mengapakah orang Sabah begitu kenegerian seperi orang Kelantan?

Begitu angkuh sampai rakyat negeri lain seboleh mungkin tidak dibenarkan bekerja di Sabah.
Isnin, Ogos 13, 2012 11:17:00 PG

=============================

semuanya sudah termaktub dalam 20 perjanjian bagi sabah & 18 perjanjian bagi sarawak iaitu ketua jabatan haruslah daripada penduduk tempatan.. apakah kau ni buta sejarah ke apa... maklumlah perjanjian tersebut seboleh-bolehnya disembunyikan & tidak ditunjukkan di dalam buku sejarah... hari malaysia pun baru2 ni diraikan...

Tanpa Nama berkata...

mo ketawa pon ada...adoiii...mo sgt jabatan kerajaan dipimpin anak Sabah?

x da masalah...ambil sgt laa...jabatan Imigresen Negeri Sabah siapa Pengarahnya skrg..org Semporna!!

adakah masalah PATI yg amat kritikal sejak dulu itu surut dgn hebat & amat berintegriti???


dlm PDRM..tiada masalah...boleh letak anak Sabah..tapi kena ingat...kalau prinsip buleh bha kalau kau diamalkan..mcm mana nak kuatkuasakan undang2 ???

jgn asyik nak sebut Malaya..brp ramai sesama kita sudah kawin campur di Borneo..org Semenanjung sama Dusun..sama Bajau..Bugis..Tidung..Tator..di Sabah...& mereka ada keturunan sudah...bukankah itu eratkan hubungan silaturrahim...

hal2 yg sepatutnya x perlu kecoh ni..jgn bikin provokasi la...tiada masalah la kalau nak sgt anak negeri jadi big boss..silakan..tapi mesti jujur pada situasi & realiti..

Tanpa Nama berkata...

ap kau ingat orang sabah tak jujur kah? CIBAI punya LEPEH..

Tanpa Nama berkata...

nak merakyatkan perkhidmatan awam..poorraahh..!!.. dekat raya nie harga barang melambung naik berkali ganda, spt ayam, daging, tepung, segala jenis bawang, segala jenis ikan, susu, mentega, segala jenis air minuman, segala jenis sos, segala jenis makanan dan sebagainye, ape cite semua nie.. kata dah pantau, habuk pun tarak, bulan ramadan nie, tak yah puasa lea, asyik menipu jea si Ismail sabre nie..

Tanpa Nama berkata...

setiap perjanjian yg telah dimeterai sebelumnya haruslah dipatuhi sepenuhnya.. apabila perjanjian tersebut telah dikhianati, ia umpama seperti telah melanggar sumpah.. bila sumpah telah dilanggar, akibatnya akan memakan diri tuannya sendiri..

Tanpa Nama berkata...

plz read this...

http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html?fb_ref=title_inline&fb_source=home_multiline

Tanpa Nama berkata...

So, kalau tak puas hati, what you do to fight it?

Kami dari Semenanjung sebenarnya dengan rasa persahabatan, berasa bangga jika anak sabah sendiri yang memimpin rakyatnya sendiri.

Bukan nak kata apa, tapi tak baik kita buat orang semenanjung bak habis madu diambil, maka sepahnya dibuang begitu sahaja. Bukan mahu dipuji, tapi sekurang-kurangnya janganlag diletakkan di kaki.

Saya sebagai anak semenanjung yang bekerja di Sabah berasa amat bangga jika ada anak negeri yang saksama serta adil yang dapat menjadi ketua-ketua jabatan. Beberapa ketua jabatan seperti Pengarah Pelajaran Sabah saya lihat begitu berintegriti dan tidak memilih bulu dalam kepimpinannya. Jika beliau diangkat menjadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sekalipun, saya sokong dan setuju.

Bukan sahaja ketua jabatan, malah kalau boleh saya mahukan semua pekerja di Sabah ini adalah rakyat Sabah sendiri. Biarlah orang semenanjung berbakti dan meraih sedikit lebihan rezeki kerana mereka pun, jauh dari sanak saudara dan dalam hati mereka sedih kerana tidak dapat berbakti pada kampung mereka sendiri. Jika anda rakyat Sabah berpendapat orang semenanjung bagai suka sangat berkhidmat di Sabah, anda salah kerana mereka sebenarnya jika diberi pilihan tidak mahu jauh dari keluarga mereka.

Saya setuju ramai semenanjung sudah berkahwin dengan orang borneo malah saya lihat anak-anak mereka mengambil pihak di atas pagar kerana tidak mahu menyakiti hati si ayah atau si ibu. Maka, kita jauhilah persengketaan ini.

Kepada orang borneo, jika anda rasa sudah tiba masanya anda berdiri di atas kaki sendiri, silakan ambil tempat anda. Itu memang hak anda. Tapi jika memang betul belum layak (untuk special case yang tiada calon sesuai) nak buat macam mana?

Tidak timbul isu anak tempatan dipinggirkan. Bagi saya masanya akan tiba juga nanti. Bersabarlah.

Anggaplah ini adalah bantuan untuk orang sabah. Kerajaan membelanjakan kos yang besar semata-mata untuk apa? Untuk kebaikan orang Sabah sendiri.

Maaf jika ada salah dan silap. Maaf zahir batin.

Tanpa Nama berkata...

kesian org sabah sudah dijajah oleh umno.. tiada lagi sistem giliran menjadi ketua menteri di sabah seperti sebelumnya.. org kadazan dari majoriti sudah jadi minoriti....

Tanpa Nama berkata...

Org malaya dah tau sabah dan swak mundur tapi kenapa masih nak rampas apa yg mereka ada? Sistem jlnraya 100 thn di belakang malaya, harga rumah, kereta berbeza ribuan ringgit mahal harganya. Ini semua dimanupulasi oleh org2 kaya dan berpengaruh dari malaya. Sudahlah jgn lagi terus-menerus menjadi parasit terhadap apa yg kami ada. Bayangkan dengan kekayaan hasil semulajadi yg sabah dan sarawak miliki dgn penduduknya yg sedikit sudah tentu rakyatnya dpt hidup lebih baik dari apa yg ada skrg. Budak sekolah rendah pun tau hal ini.......

Tanpa Nama berkata...

21Tanpa Nama berkata...
mo ketawa pon ada...adoiii...mo sgt jabatan kerajaan dipimpin anak Sabah?

x da masalah...ambil sgt laa...jabatan Imigresen Negeri Sabah siapa Pengarahnya skrg..org Semporna!!

adakah masalah PATI yg amat kritikal sejak dulu itu surut dgn hebat & amat berintegriti???


dlm PDRM..tiada masalah...boleh letak anak Sabah..tapi kena ingat...kalau prinsip buleh bha kalau kau diamalkan..mcm mana nak kuatkuasakan undang2 ???

jgn asyik nak sebut Malaya..brp ramai sesama kita sudah kawin campur di Borneo..org Semenanjung sama Dusun..sama Bajau..Bugis..Tidung..Tator..di Sabah...& mereka ada keturunan sudah...bukankah itu eratkan hubungan silaturrahim...

hal2 yg sepatutnya x perlu kecoh ni..jgn bikin provokasi la...tiada masalah la kalau nak sgt anak negeri jadi big boss..silakan..tapi mesti jujur pada situasi & realiti..

=================================================

salam hujung Ramadhan..

saya dgn sukacitanya lafazkan kenyataan atas ini benar..saya dah tinggal hampir 25 tahun di Sabah & saya berasal dari Perak.

betapa realitinya keadaan tersebut..PATI bersenang lenang keluar masuk memenuhi SABAH..

benar skrg ini PENGARAH IMIGRESEN NEGERI SABAH adalah anak jati SABAH..org Semporna..

anda semua boleh google..

apa sgt pencapaian IMIGRESEN SABAH sebuah jabatan persekutuan yg besar..dalam usaha bersihkan SABAH drpd disesak kan oleh org BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA..

MASALAH UTAMA di SABAH adalah PATI..org bukan warganegara memenuhi membanjiri SABAH..

jadi siapa yg patut bertanggungjawab??? siapa patut buat operasi tegas???

Tanpa Nama berkata...

ramai org semenanjung dah kahwin dgn org2 Sabah...siap bercucu & menetap di Sabah...ok saja...tiada masalah pon...siap ada yg kawin 2-3-4 lagi dgn org Sabah..steady saja..aman damai..

org lain yg nak kepoh saja nak buat provokasi ni buat apa???

cari modal lebih matang lain kalau nak pecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia ni!!

Tanpa Nama berkata...

jangan salahkan ibu mengandung..

Tanpa Nama berkata...

orang malaya ni kepala otak diorang memang licik....mula-mula mohon tanah Sabah kononnya nya nak buka rancangan tanah utk masukkan rakyat Sabah sebagai peneroka...orang Sabah pun masuklah dengan cara sistem Saham yg diperkenalkan olih org malaya ni...mana lah orang Sabah tahan kalau pendapatan RM 150.00 sahaja pd masa tu...orang Sabah pun tak mau masuk peneroka dan ramai yg lari keluar...orang malaya kata orang Sabah tidak mau jadi peneroka,dan ambil keputusaan utk tutup pintu kpd org Sabah utk jadi peneroka lagi...bayangkan betapa liciknya orang malaya bhw sehingga kini hanya seramai 1647 orang Sabah sahaja yg jadi peneroka dgn keluasan 9,000 ekar sedangkan seluas 220,000 ekar ladang sawit di Felda Sabah di miliki olih Felda malaya.Sungguh malang nasib orang Sabah...orang Sabah pd orang mslaya pasal inilah!....perancangan cantik tapi akhirnya orang Sabah juga yg kena TIPU!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

orang malaya ni kepala otak diorang memang licik....mula-mula mohon tanah Sabah kononnya nya nak buka rancangan tanah utk masukkan rakyat Sabah sebagai peneroka...orang Sabah pun masuklah dengan cara sistem Saham yg diperkenalkan olih org malaya ni...mana lah orang Sabah tahan kalau pendapatan RM 150.00 sahaja pd masa tu...orang Sabah pun tak mau masuk peneroka dan ramai yg lari keluar...orang malaya kata orang Sabah tidak mau jadi peneroka,dan ambil keputusaan utk tutup pintu kpd org Sabah utk jadi peneroka lagi...bayangkan betapa liciknya orang malaya bhw sehingga kini hanya seramai 1647 orang Sabah sahaja yg jadi peneroka dgn keluasan 9,000 ekar sedangkan seluas 220,000 ekar ladang sawit di Felda Sabah di miliki olih Felda malaya.Sungguh malang nasib orang Sabah...orang Sabah pd orang mslaya pasal inilah!....perancangan cantik tapi akhirnya orang Sabah juga yg kena TIPU!
Sabtu, Ogos 18, 2012 9:04:00 PG

++++++++++++++++++++++

betul tu.. sangat2 setuju dengan pendapat saudara.. apa malangnya nasib org sabah.. menjadi pelarian di tanah air sendiri... inilah namanya penjajahan di alaf baru.. sime darby pun boleh masuk sabah sudah... labuah yang pada asalnya adalah milik sabah sudah menjadi milik malaya...

Tanpa Nama berkata...

Ermmm..wlu mcmnapun..pr suda berjanji..jika menang..perjanjian masuk malaysia akn dikembalikan oleh sbh...atleast ada harapan..hapie juga ckit..

Tanpa Nama berkata...

mohon supaya elaun cola juga dibagi kepada pa sabah & sarawak.. ini tidak adil & pilih kasih jika menyamakan elaun cola dgn elaun wilayah.. nama saja dah tak sama... dahlah elaun wilayah lebih rendah drp elaun cola..

Tanpa Nama berkata...

Kita org sabah dan sarawak memang terang2 diperbodohkan oleh org malaya. Andaikan hasil2 negeri sabah dan sarawak digunakan sepenuhnya utk membangun rakyat dan prasarana negeri2 kita sudah tentu kita lebih maju dari tanah malaya. Sebaliknya negeri2 miskin di malaya yg tanpa hasil menjadi lebih kaya dan maju dari sabah dan sarawak. Sama2 kita manusia yg punyai keinginan yg sama justeru layanlah penduduk borneo dgn afil dan saksama. Jgn apabila nak pilihanraya baru nak bagi itu dan ini umpama ibubapa yg memujuk anaknya yg sdg menangis tapi lepas tu buat tau sahaja lagi.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU,WAJAR DIPERLUASKAN KE NEGERI PULAU PINANG KERANA ANAK NEGERI SAHAJA YANG TAHU CITA RASA ANAK NEGERI DAN BERPENGALAMAN MENTADBIR DARI DIMASUKKAN ANAK LUAR.

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah anak jati Negara Sabah Borneo, dlm Persekutuan Malaysia. Dalam perkara 20 dan 18 Sabah Sarawak.. Di sini ada pendapat yg saya amat setuju ada yg tidak, pernahkah anda terpikir (kepada org malaya) siapa yg menentukan kemasukan/pemilihan calon2 PA? siapa yg memilih dan siapa yg kena pilih.. klu mengikut perjanjian persekutuan malaysia, ratio adalah 1/1/1 makna jika ada 3 kekosongan dlm kerajaan pusat 1 patut diberikan kepada Malaya, 1 kpd org Sabah dan 1 lg kpd org Sarawak.. sekiranya 3 kekosongan itu ada di berikan kdp org malaya bila masa org tempatan dari sabah dan sarawak yg berkemampuan menunjukan kebolehan mereka utk memimpin? .. dan kepada org Sabah n Sarawak, kita perlu usaha lebih gigih.. sila beri pendapat anda.. sekiranya cuepacs benar2 tulus dan memperakui bahawa ramai org2 borneo menerajui Jabatan2 dlm kerajaan.. sila tunjukan semua senarai ketua2 jabatan di Malaya, Sabah dan Sarawak. Kita lihat ratio org dari mana yg paling banyak memegang jawatan2 tertinggi ini.. selain itu kepada seluruh rakyat Malaysia sila rujuk sejarah.. sabah n sarawak tidak bersikap kenegerian kerana kami adalah negar dgn sendirinya.. pengabungan antara 5 buah negara yg membentuk malaysia.. iaitu Sabah, Sarawak Singapura Brunei dan Malaya (persekutuan Tanah Melayu... Berunei mengetahui sekiranya negaranya bergabung mereka akan rugi yg banyak.. singapura keluar dari malaysia selepas pembentukan malaysia, kerana mereka jg berasa rugi.. JD SILA PERIKSA SEJARAH ANDA SEBELUM MENYATAKAN SESUATU.. SABAH n SARAWAK ADALAH NEGARA YG MEMBENTUK MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Sama2 kita bayangkan, andai sabah dan sarawak keluar dari malaysia, bagaimana nasib tanah melayu. Satu topik yg amat wajar difikirkan. Lihat negara brunei dan singapura yg pemimpin mereka dpt lihat nasib mereka jika terus menyertai malsysia. Para pemimpin mereka telah membuat pilihan yg tepat lagi bijaksana hingga negara mereka lebih aman dan maju berbanding malaysia. Tanah melayu jgn lagi terus membuli sabah dan sarawak. SEMUA RAKYAT MALAYSIA TAHU SABAH DAN SARAWAK MAMPU LEBIH MAJU JIKA HASIL DAN SUMBER NEGERI2 BERKENAAN TIDAK DIMANIPULASU OLEH PARA MEMIMPIN TANAH MELAYU. SABAH DAN SARAWAK TIDAK MEMILIKI SEBARANG KELEBIHAN WALAUPUN KAYA DENGAN HASIL SEMULAJADI. DI MANA ADILNYA?

Tanpa Nama berkata...

Apa yang orang Sabah ni mahukan sebenarnya? Amat confius la.... Kalau nak asing2, minta pulangkanlah semula apa yang diberi ke tempat asalnya - SEMUA SEKALI

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awam kategori sokongan yg berijazah dari swak & sabah terabai..kenaikan pangkat lambat berbanding dgn PA dari semenanjung..kita seolah dijajah semula..bukan kan kah kta sama -sama menubuh malaysia..singapore & brunei tidak ikut serta mennubuh msia..mereka menikmati hasil maksul negeri mereka,,..Fikir-fikirkan lah..

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan bekas Presiden Sukarno dari Indonesia adalah tepat apabila beliau memberi amaran semasa Pembentukan Malaysia, bahawa.."status Sabah sebagai tanah jajahan tidak akan berubah melalui penubuhan Malaysia, beliau mengatakan bahawa apa yang berubah hanyalah pertukaran pejabat penjajah dari London ke Kuala Lumpur"... nyata Sukarno adalah benar belaka! Apapun rakyat Malaya memang terbukti cetek tentang sejarah Pembentukan Persekutuan Malaysia...SABAH & SARAWAK ADALAH RAKAN KONGSI SAMA TARAF DENGAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DALAM GABUNGAN PERSEKUTUAN MALAYSIA..BUKAN NEGERI YANG KE 12 & 13!! Persekutuan Malaysia terbentuk hasil daripada pengabunggan 4 buah negara merdeka dari Penjajahan British iaitu, Negara Persekutuan Tanah Melayu (merdeka 31 Ogos 1957)+ Negara Singapura (Merdeka 3 Jun 1959) + Negara Sarawak (merdeka 22 Julai 1963) + Negara Sabah (merdeka 31 Ogos 1963) = Negara Persekutuan Malaysia. Malaysia BUKAN terbentuk hasil: Perlis + Kedah + P.Pinang + Perak + Selangor + N.9 + Melaka + Johor + Pahang + Kelantan + Terengganu + Singapura + Sabah + Sarawak =SEJARAH SESAT MALAYSIA!! MAKA DENGAN ITU WAJARLAH SABAH MENUNTUT PELAKSANAAN PERJANJIAN 20PERKARA & PERJANJIAN PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963!

Tanpa Nama berkata...

kenapa baru sekarang kerajaan persekutuan/umno mengambil berat terhadap negeri sabah/sarawak? kenape tak dari dulu? org sabah/sarawak terpaksa merantau ke kl utk cari kerja...salah siapa? kalaulah dari dulu hasil kekayaan negara dapat diagihkan perkara ini takkan terjadi.
jabatan2 kerajaan pun di monopoli oleh org malaya. takpelah hari ini hari mereka....besok pula utk sabah/sarawak.

Tanpa Nama berkata...

salam hujung Ramadhan..

saya dgn sukacitanya lafazkan kenyataan atas ini benar..saya dah tinggal hampir 25 tahun di Sabah & saya berasal dari Perak.

betapa realitinya keadaan tersebut..PATI bersenang lenang keluar masuk memenuhi SABAH..

benar skrg ini PENGARAH IMIGRESEN NEGERI SABAH adalah anak jati SABAH..org Semporna..

anda semua boleh google..

apa sgt pencapaian IMIGRESEN SABAH sebuah jabatan persekutuan yg besar..dalam usaha bersihkan SABAH drpd disesak kan oleh org BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA..

MASALAH UTAMA di SABAH adalah PATI..org bukan warganegara memenuhi membanjiri SABAH..

jadi siapa yg patut bertanggungjawab??? siapa patut buat operasi tegas???

Jumaat, Ogos 17, 2012 4:36:00 PTG
___________________________________

Kenyataan oleh saudara di atas sudah terjawab agaknya. Dalangnya drpd orang semannjung yang buat arahan. Bekas PM lagi suruh bagi ic.. jadi ternyata org semenanjung memperalatkan negeri Sabah untuk kepentingan parti dan diri sendiri.

Tinggallah rakyat sabah menderita di tindas dari segi ekonomi. Pendapatan yang tidak setimpal dengan harga barangan disebabkan Dasar Kabotaj semenanjung untuk meraih keuntungan setiap barangan keluar masuk dari Sabah Sarawak.

Kalau dibandingkan pembangunan negeri2 di semenanjung berbanding Sabah jauh sekali. Sedangkan hasil bumi yang sangat kaya di Sabah tidak dapat dirasai oleh rakyat sabah sendiri. Ada pun pembangunan sekadar cukup makan sahaja. Tengok saja dari infrastruktur jalan raya. Ternyata bukan lagi pernyataan "Bulih bah kalo ko" tapi disebabkan politik dan nilai pembangunan yang sgt2 tidak masuk akal. Contoh Projek Jalan Kalabakan Tawau.

Fikir-fikirkan wahai semua rakyat Sabah. FIkirkan apa akan jadi pada anak cucu kita sebagai rakyat Sabah nanti. Sedangkan sekarang pun sudah teruk keadaan ekonomi keluarga. Ini lagi pada masa akan datang. Perlukah kita merayu suatu hari nanti untuk sesuap nasi. Sekarang pun dah jadi salah sebuah negeri Termiskin dalam carta negara.

Yang orang dapat jawatan tertinggi di Sabah sudah tentu ada agenda-agenda di sebaliknya juga kan. Takkanla baik hati sgt. Bagus lagi kamu berkhidmat di negeri kamu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik nenek moyang kami dahulu bijak dan membuat peraturan immigresen utk menghalang kemasukan org Malaya(Persekutuan Tanah Melayu)Ke Negara Sabah Dan Negara Sarawak kalau tak????Rasanya di Sabah telah dilonggarkan akibat U***No.