SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Ogos 2012

KELUARAN PENUH CARUMAN KESP PADA USIA 55 TAHUN TEPAT - MTUC

Bernama
5/8/2012

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan keputusan kerajaan mengekalkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi sektor swasta pada 55 tahun adalah tepat.

Presiden MTUC Mohd Khalid Atan berkata keputusan itu jalan terbaik walaupun kerajaan telah melanjutkan had umur persaraan minimum pekerja swasta kepada 60 tahun.

"Pencarum ketika ini boleh membuat pengeluaran separa KWSP pada usia 50 tahun sementara pengeluaran penuh hanya dibenarkan selepas pencarum bersara iaitu 55 tahun.

"Keputusan ini juga amat kami alu-alukan kerana MTUC sejak awal lagi memberi pilihan kepada pencarum sama ada mahu mengeluarkan wang caruman pada usia 55 atau 60 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Khalid berkata MTUC juga menjalankan kaji selidik dalam kalangan pekerja swasta tentang pemilihan untuk mengeluarkan wang caruman KWSP pada usia 55 atau 60 tahun.

Katanya hasil kaji selidik mendapati 80 peratus pekerja swasta memilih untuk mengeluarkan wang caruman KWSP pada usia 55 tahun manakala selebihnya pada usia 60 tahun.

Langkah kerajaan itu turut disambut baik Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Omar berkata ini jelas membuktikan kerajaan juga mengambil berat tentang pekerja swasta kerana semua tenaga kerja di negara ini merupakan penjana ekonomi negara.

"Saya harap pencarum sektor swasta merasa lega dengan keputusan ini kerana saya difahamkan sebelum ini ada kebimbangan di kalangan para pencarum setelah ada ura-ura mengatakan had umur pengeluaran penuh KWSP dinaikkan kepada 60 tahun selari dengan batas umur persaraan minimum swasta," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan belum bercadang mengubah peraturan pengeluaran wang caruman KWSP pada masa ini, sekalipun usia persaraan untuk pekerja sektor swasta dilanjutkan daripada 55 kepada 60 tahun berkuat kuasa Januari depan.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

patutnya pencen pun kena 55 jugak.... bukan 60 tahun

Tanpa Nama berkata...

patutnya pencen pun kena 55 jugak.... bukan 60 tahun

................................

aku sokong.inilah cadangan yang paling aku setuju antara semua cadangan.tq bro.harap btol ko ni lelaki.kalau salah,tq sis.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang tepatnya MTUC ni. Cadangan apa yang dibawa MTUC. Cuba tengok CUEPACS, semua cadangan orang tahu.

Tanpa Nama berkata...

Teguran ;
ejaan tajuk kena betul lah!
KWSP jangan eja KESP

Tanpa Nama berkata...

ramai juga yang telah menyesal sign pencen 58/60 sebab tak baca habis & tertipu dengan kononnya skim perkhidmatan akan ditambah baik bla bla bla.

diharap pihak kerajaan dapat membuat semula perjanjian tersebut supaya yang telah menyesal tu dapat revert ke 55/56 semula


sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kembalikan umur pinsin 56 tahun jer sbb lepas tu batalkan had pinsin 60 sbb kakitgn awam yg da 58 tahun mcm nampak ketara malas da nak kerja...ramai lagi muda mudi yg masi proaktif fikiran cergas dan berinovatif bole diambil bekerja dgn kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

right! kembalikan umur pencen ke 55. maksudnya sapa nak pencen 55, terus boleh nikmati bayaran pencen pada bulan berikutnya, bukan kena tunggu tarikh bersara wajib ataupun apa yang dia dah sign.

sapa yang nak keje lagi sampai umur 60 dipersilakan, takda sapa nak larang. tapi kembalikan semula umur minimum pencen kepada 55 dan maksimum 60