SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Disember 2012

CUEPACS: 45,000 KAKITANGAN DISAMBUNG KONTRAK 6 BULAN

Sinar harian 27 Disember 2012

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mengumumkan kontrak 45,000 kakitangan awam yang berstatus perkhidmatan kontrak akan disambung enam bulan lagi.
  
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kontrak mereka akan diperbaharui mulai 1 Januari sehingga hujung bulan Jun nanti.
  
"Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebenaran ini, kesemua mereka akan mendapat surat penyambungan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Kongres di sini hari ini.
  
Beliau mendapat keputusan itu dalam minggu ini dan pengumuman itu akan memberi harapan baru kepada 45,000 kakitangan kerajaan yang bimbang dengan masa depan mereka ekoran kontrak bakal ditamatkan pada hujung tahun ini.
  
Omar juga meminta jasa baik kerajaan untuk membenarkan kakitangan kerajaan yang mempunyai rekod baik mengambil cuti tanpa rekod selama 10 hari.
  
Katanya, selain itu cuti tanpa rekod juga perlu diberi kepada ibu-ibu yang terpaksa menjaga anak yang sakit.

"Setahun ada 25 hari, kalau anak kena kuarantin 10 hari, kaum ibu kena ambil cuti 10 hari dan tinggal 15 hari sahaja, kalau tidak cukup cuti, kena ambil cuti tanpa gaji," katanya.
  
Beliau juga meminta penjawat awam yang mahu menunaikan umrah dibenar mengeluarkan caruman daripada simpanan gratuiti perkhidmatan antara RM5,000 dan  RM10,000.
  
Wang tersebut boleh diganti semula selepas mereka bersara nanti menggunakan duit pencen mereka, katanya.
  
"Cara ini lebih sesuai kerana kakitangan kerajaan tidak mempunyai KWSP tetapi mempunyai simpanan gratuiti perkhidmatan," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan orang ramai mengeluarkan wang daripada akaun kedua mereka untuk menunaikan umrah.

Cuepacs juga hari ini sebulat suara mengusulkan kepada kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
  
"Kajian terperinci perlu dibuat kerana ada kamera yang dipasang di kawasan yang tidak mempunyai data kemalangan, kawasan yang kerap kemalangan pula tidak dipasang," katanya.
  
Omar turut melahirkan rasa simpati terhadap pemandu jabatan kerajaan yang dipaksa membayar sendiri saman sedangkan mereka disaman kerana mematuhi arahan ketua yang menaiki kenderaan berkenaan.
  
Beliau memohon supaya saman had laju termasuk daripada AES dalam kes-kes seumpama itu dibayar oleh jabatan masing-masing.
  
"Mulai sekarang, biarlah yang membayar saman ini terdiri daripada pihak jabatan. Pemandu dengan upah RM800 ke RM1,500 sebulan, mana nak mampu bayar saman 2-3 kali sebulan sedangkan mereka dipaksa (memandu) laju kerana mengikut arahan," katanya. - Bernama

32 ulasan:

azrin berkata...

kenapa tidak diteruskan usaha membela gred J yang terus terabai selepas penambahbaikan skim dalam sbpa dibatalkan, sedangkan gred lain seperti c sudah diupgred.

Tanpa Nama berkata...

adakah pekerja PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH) di jabatan kolej komuniti pun terlibat????hanya sekadar bertanya..

Tanpa Nama berkata...

serap kn je tetap terus..kesian dalame da dieorg berkhidmat..ade yang dah kawen..nak tanggung anak bini lagi..kite tolong orang,Allah akan tolong kite pulak nant

kontrak sokong umno berkata...

adakah selepas 6 bulan,selepas PRU 13 kami pekerja kontrak akan diserap ke jawatan tetap?

Tanpa Nama berkata...

Kalau BN menang kemungkinan besar akan diserap tetapi jika PR menang yang tetap + kontrak akan dibuang terus.

Tanpa Nama berkata...

ORG ATAS NI...MCM TIPU JE..NAK TANYE SEBENARNYE STAFF LEASING TELEKOM MALAYSIA SELURUH NEGARA AKAN DITAMATKAN KONTRAK PADA 31 DISEMBER INI. ADAKAH CUEPAC MAMPU MEMBANTU PEKERJA2 INI. SAYA MANGSA KEADAAN

KONTRAKTOR BINAAN berkata...

kenapa yer, bilangan staff kontrak yang ada dalam jabatan/agensi kerajaan tidak diserap terus ke jawatan tetap, akan tetapi pihak SPA tiap-tiap tahun adakan temuduga akan jawatan yang sama. lebih baik hire saja yang kontrak ni lebih memudahkan kejer sebab memang berpengalaman dalam kejer yang dilakukan.

kenapa perlu hire yang lain, sedangkan di luar sana sudah bekerja di sektor swasta. adakah pihak SPA hanya untuk penuhkan KPI (SKT) tiap-tiap tahun iaitu tugas utama penemuduga SPA ialah menemuduga calon-calon.

Tanpa Nama berkata...

kenapa yer, bilangan staff kontrak yang ada dalam jabatan/agensi kerajaan tidak diserap terus ke jawatan tetap, akan tetapi pihak SPA tiap-tiap tahun adakan temuduga akan jawatan yang sama. lebih baik hire saja yang kontrak ni lebih memudahkan kejer sebab memang berpengalaman dalam kejer yang dilakukan.

......................................

Bukan apa kawan, kan gaji tiap2 tahun ada kenaikan. Kalau naik RM95setahun, 10 tahun naik RM950, makin lama makin besor. Jadi kalau ambik yang baru, gaji mula dari kecik, so ringan le beban kewangan. Tahun depan kalau naik lagi, makiiiiiiiin besoooo. Bukan kah begitu???

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak serap yg jawatan kontrak jadi tetap pulak.PA kontrak kena la faham u minta jawatan kontrak pastu nak paksa kerajaan ambik u jd pekerja tetap.akai ada ka?Perlu sedar dan insaf diri berapa tahun pun u keja masih taraf kontrak tetap kontrak le.Ada jawatan kosong taraf tetap jika diiklan mohon le kenapa bangang sgt.Elok le ditamatkan staff kontrak ni menyemak n menyusahkan kerajaan dan CUEPACS nk fikir masalah u all.ada 1 juta lebih lagi PA yg kerajaan kena utamakan tapi ni staff kontrak lak nak mengada-ngada.sial betul.

Tanpa Nama berkata...

fuyyoo, " u " , pegilah.

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH SAMBUNGAN INI SECARA OTOMATIK?MEREKA YANG TAMAT KONTRAK PADA 31.MEI 2013`ADAKAH MEREKA DISAMUNG SEHINGGA 31.12.2013.MOHON PENJELASAN.TQ

PROGRAMMER IT berkata...

Kepada pihak cuepacs, mohon pihak cuepacs terbitkan PORTAL untuk blog rasmi yang ada hosting dan URL sendiri.

contoh : http://www.cuepacs.org.my/blog

guna blogspot ni, agak kurang konfiden akan isu yang diterbitkan oleh badan UNION bagi kakitangan kerajaan.

mmg patut sangat cuepacs TRANSFORMASI dalam bidang IT ni terutama dalam penerbitan isu-isu yang berkaitan. sebagai wakil bagi kakitangan kerajaan, perlu sangat ada PORTAL tersendiri yang SECARA RASMI melambangkan BADAN UNION bagi kakitangan kerajaan

KONTRAKTOR BINAAN berkata...

Tanpa Nama berkata...
Kenapa nak serap yg jawatan kontrak jadi tetap pulak.PA kontrak kena la faham u minta jawatan kontrak pastu nak paksa kerajaan ambik u jd pekerja tetap.akai ada ka?Perlu sedar dan insaf diri berapa tahun pun u keja masih taraf kontrak tetap kontrak le.Ada jawatan kosong taraf tetap jika diiklan mohon le kenapa bangang sgt.Elok le ditamatkan staff kontrak ni menyemak n menyusahkan kerajaan dan CUEPACS nk fikir masalah u all.ada 1 juta lebih lagi PA yg kerajaan kena utamakan tapi ni staff kontrak lak nak mengada-ngada.sial betul.

Jumaat, Disember 28, 2012 8:17:00 PTG


aku rasa ko ler yang bangang sebenarnya... sebab ada kekosongan jawatan la yang aku bagitahu ni. bukan aku tak tau brp bilangan kekosongan base on permintaan drpd bahagian pengurusan sumber manusia di kementerian terbabit. selalu follow up carta organisasi, dan keperluan pengisian jawatan tersebut dengan beban kerja yang diperlukan. aku rasa ko yang ni mmg jahil betul la... main sedap jer hentam org... kalau ramai lagi la PA mcm ko dlm kerajaan, rosak habis... semua ko tanggap buruk jer... hakikatnya ko pun makan gaji juga. jadi jangan la takbur sangat... walaupun ko bertaraf tetap.

GYNECOLOGIST berkata...

SUDAHKAH ANDA MENJALANI PEMERIKSAAN PAP SMEAR. the-gynecologist

http://www.bangsarbabe.com/2012/07/the-gynecologist.html

Tanpa Nama berkata...

Kontrak n J17 yg dianiaya....fikil fikil la masa pru13.......

Tanpa Nama berkata...

Nak ugut kerajaan pula bila PRU 13. Itu sudah nasib baik diberikan kerja walaupun kontrak.Muhasabah dirilah ya!.

PA KONTRAK TAHUN KE-5 berkata...

DISAMBUNG KONTRAK 6 BULAN...... KENAPA TIDAK DISAMBUNG KONTRAK 1 TAHUN??

Maknanya selepas pilihanraya ler tuh. Lepas pilihanraya nanti nasib pekerja kontrak seperti kami masih samar-samar. Tak tau ler macamana kami nak menguruskan anak dan isteri, bayaran rumah sewa, makan pakai, bayaran motosikal yang belum langsai dan sebagainya. Kenapalah PM tak mahu menyerapkan kami sebagai pekerja tetap dan berpencen? Gaji kami bukanlah sebesar gaji menteri, ketua setiausaha, pengarah atau PTD.

Tanpa Nama berkata...

gol bangsawan habiskan duit melancong luar negara berjuta ringgit. kita kerja kontrak dianaktirikan.

Tanpa Nama berkata...

sapo ni? ... standad la sbb lu kerja pun tahap kontrak. lu bukan anak gol bangsawan.

Tanpa Nama berkata...



fuyyoo, " u " , pegilah.

kite dengo nok muntah la

STAFF KONTRAK berkata...

saya tak kisah walaupun kejer bertaraf kontrak... cumanya minta pihak kerajaan kasi la kemudahan pinjaman perumahan sama kami. itu jer... mau pinjam bank pun susah juga, bank tak mau kasi, nak pinjam along tak berani, nnt tak bayar rumah kena cat merah. jadi mohon cuepacs usulkan kemudahan pinjaman perumahan bagi staff kontrak

1CUEPACS, 1MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan boleh bg bantuan kepada orang luar negara( mangsa2 malapetaka), guna bajet ribu2 dan juta2 dalam masa yang cepat... tp bila sampai isu pekerja kontrak, tiap tahun ceupac mohon di serapkan ke jawatan tetap... kerajaan tak berani mahu sediakan bajet... itukah "rakyat di dahulukan"? atau sepatutnya "orang luar yg di dahulukan"? dia boleh pula fikirkan pasal pekerja swasta... tapi kenapa dia tak fikirkan nasib pekerja kontrak ni yer yang kejap2 habis kontrak, lewat penyambungan kontrak sebab bajet tak ada.. MUSTAHIL kan? kalau pun payah sangat mahu serapkan pekerja kontrak ni, tolong la panjangkan tempoh kontrak ni selagi pekerja kontrak ni menjalankan tugas dengan baik..

Tanpa Nama berkata...

Kalo karajaan utamakn rakyat didahulu....misti bantu kakitgn kontrak diserap jawtan tatap...ni kalo part part bantu negara luar terus dilaksanakan cepat TAPI PART PART RAKYAT RAKYAT SENDIRI MAU MINTA DISERAP JAWATAN TATAP APA LAGI MEREKA YG DA LAMA KARJA DIFIKIR DUA KALI DAN LAST LAST NAK TERMINITKAN PULA KONTRAK....INI YG PERLU PEMIMPIN FIKIR RAKYAT SENDIRI DULU BARULA .....kesihanilah

Tanpa Nama berkata...

bagi aku kalau kontrak hanya disambung utk tempoh 6 bln maknanya selps 6 bln tiada sebarang penyambungan lg akan dibuat. jgn la berharap sgt yg kerajaan akan sambung lg utk 6 bln seterusnya atau semua pekerja kontrak akan diserap ke jawatan tetap. ni semua politik kalau tempoh kontrak disingkatkn bermakna mudah utk kerajaan membuang pekerja kontrak di negara ini.

aku pasti ramai antara korg terutama yg anti pekerja kontrak bertepuk tgn bila dgr berita ni kan? namun aku sgt yakin bg jabatan yg menjalankan tugas2 kritikal, khidmat pekerja kontrak amat diperlukan. mrk tidak mampu bergerak tanpa pekerja kontrak. aku sgt yakin ketua jabatan terbabit akan memohon agar kontrak disambung selama sethn. jd beruntung lah sekiranya anda berada di jabatan berkenaan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu. Aminnnn

Tanpa Nama berkata...

mak ai bahase....kasar nmpak..

Tanpa Nama berkata...

aku pasti ramai antara korg terutama yg anti pekerja kontrak bertepuk tgn bila dgr berita ni kan? namun aku sgt yakin bg jabatan yg menjalankan tugas2 kritikal, khidmat pekerja kontrak amat diperlukan. mrk tidak mampu bergerak tanpa pekerja kontrak. aku sgt yakin ketua jabatan terbabit akan memohon agar kontrak disambung selama sethn. jd beruntung lah sekiranya anda berada di jabatan berkenaan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu. Aminnnn

Isnin, Disember 31, 2012 8:23:00 PG

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Salam Tuan

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.

Tuan Maafkan Saya..Pancar Hina.

Tanpa Nama berkata...

lepas pru13 abis la kontrak...abis cite...itu pasal 6bln je

rukendo berkata...

dah mohon jawatan tu tahap kontrak kalo dah dapat sambung tu dah patut bersyukur tau tak...

Tanpa Nama berkata...

elehhhhh.... kalau setakat nak mintak tolong kat orang2 yang gambar kat sebelah kiri skrin ni utk tukar taraf kontrak kepada taraf tetap dan berpencen,.... mintak mahaf ajer larrr

Tanpa Nama berkata...

Ni lah PA yg tetap kurang pengatahuan...hanya pentingkan diri sendiri...mungkin kt opis org ni xberkembang kot..

Tanpa Nama berkata...

Sambung amendenye.. Ada byk lagi yang sangku.. Publisiti je ni.. Takpe.. Pru13 nanti kita tengok

Tanpa Nama berkata...

berkhidmat selama 2 tahun sbg leasing staff, dan selama 2 thun jgk la gaji rm950 x pernah naik, pada 31/12/12 ditamatkan kontract.. budak yang br masuk sebulan 2, terus dapt tetap.. semua tawaran kerja ditolak, semata2 nk stay dgn tm... last2 kene tendang bodoh je... x berhati perut langsung... janji pahit je tinggal...