SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Disember 2012

CUEPACS GESA AGENSI KERAJAAN LANJUT KONTRAK 50,000 PENJAWAT AWAM

Bernama
12/12/2012


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Selasa menggesa agensi kerajaan agar melanjutkan kontrak 50,000 penjawat awam yang status perkhidmatan kontrak mereka bakal ditamatkan hujung tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs menerima aduan daripada penjawat awam berstatus kontrak dari pelbagai agensi serta jawatan mengenai penamatan perkhidmatan mereka.


"Kami akan memastikan kebajikan golongan ini terbela kerana rata-rata penjawat ini telah berkhidmat selama lebih 10 tahun.


"Yang paling penting, mereka juga ada keluarga untuk ditanggung maka kita harap kerajaan menyemak semula keputusan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs di Wisma Cuepacs di sini.


Turut hadir Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng serta 37 anggota kesatuan.


-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa terpadam

Tanpa Nama berkata...

kakakakakkakakakakkakakakakakakakkakakakakakakakakakkakakakakakakakakkakak gara-gara mamat SPA tu kena ejek?

Tanpa Nama berkata...

Usia umno/bn dah tak panjang dah menunggu PRU-13 nie jea, tanda-tandanya dah jelas.. sebab tue kerajaan sakit hati dgn PA kontrak nie, sebab 100% mereka tak menyokong kerajaan PRU-13 nie, kesian, tau tak pa..!!

Tanpa Nama berkata...

Pekerja kontrak pun kena faham la.... Sekarang kerajaan mana ada duit nak sambung kontrak tu.... duit dah abis lebih2 lagi nak pilihanraya ni.... kesian kat kerajaan tau.... kalau kerajaan ada banyak duit dah lama dah segala tuntutan CUEPAC telah ditunaikan.... untuk memenangi hati PA...

Tanpa Nama berkata...

Dah tamat kontrak tamatlah. Kerajaan jgn asyik tunduk dgn tekanan, bila lagi kerajaan nak membuat mereka ini berdikari? Nama dah kontrak seharusnya pekerja kontrak faham terma dan syarat yg telah ditetapkan dlm perjanjian. Mana ada kerja seumur hidup dan boleh diserap ke jawatan tetap. Anda faham? Kerja kontrak jgn timbulkan hal yg bukan2 tapi harus akur dgn perjanjian kontrak.

Tanpa Nama berkata...

1st!!! wakakakakkaa

Tanpa Nama berkata...

Nah baca Tulisan dalam Paper ini sikit..itulah ko, bodoh..tak baca paper..

KELUHAN PEKERJA KONTRAK TAJAAN BIASISWA JPA YANG TERABAI

Saya mewakili 300 Pegawai Tadbir Diplomatik (Kontrak) berasa terpanggil untuk memberi respon berhubung kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri pada 25 April 2012 mengenai “Pemegang Biasiswa Wajib Khidmat Dengan Sektor Awam” dan Kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 April 2012 mengenai “Pelajar tajaan perlu kembali berkhidmat untuk Negara”.
Kami merasa “terkena” dan sungguh terpukul dengan kenyataan tersebut, kerana kami adalah graduan cemerlang yang rata-rata mempunyai CGPA 3.5 ke atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dipanggil untuk berkhidmat melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) secara kontrak, sedangkan kebanyakan dari kami telah pun berkhidmat di sektor swasta atau kerajaan dalam situasi yang “sangat selesa dan terjamin”, namun terpaksa akur dipaksa untuk menerima jawatan PTD Kontrak tersebut. Jika kami menolak, maka kami akan didenda antara RM 45,000 – RM 400,000 dengan alasan kami adalah pemegang biasiswa JPA.
Untuk pengetahuan, kami telah pun berkhidmat dengan kerajaan hampir 3 tahun, dan amat menyedihkan ada diantara kami (PTD Kontrak) telah pun ditamatkan kontrak oleh SPA malah boleh dikatakan rata-rata kini telah tamat kontrak dan bergelut dengan perjuangan mencari pekerjaan baru di luar sana.
Sesekali pedih terasa dihati, segala apa yang telah nyatakan oleh PM dan TPM tidak diendahkan oleh pihak-pihak tertentu kerana sehingga kini rayuan, ihsan dan keprihatinan yang kami pohon dari pelbagai pihak tidak dipedulikan bahkan semua pihak membisu diam seribu bahasa. Malah lebih mendukacitakan, apabila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetap dengan keputusan tidak akan melantik kami secara tetap dengan alasan kami perlu melepasi ketiga-tiga peringkat syarat lantikan yang telah ditetapkan.
Kami merasakan alasan tersebut yang sangat remeh, kerana sudah tentulah kami akan dan sentiasa sangat-sangat bersedia mengikuti apa sahaja syarat lantikan PTD sebagaimana yang disepatutnya. Cuma, kami berharap pengalaman sebagai PTD Kontrak dalam tempoh tiga tahun itu diambil kira, yang mungkin boleh dijadikan asas untuk mengecualikan syarat lantikan sebagai PTD.
Mungkin kita terlepas pandang dan teralpa, apabila pada tahun 2007, atas arahan YAB Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) melalui ucapan Pembentangan Bajet 2008, kesemua PTD Kontrak lantikan JPA telah diberi pengecualian khusus oleh SPA hendaklah dilantik secara tetap, dan hasilnya ramai PTD Kontrak yang menikmati kemudahan berkenaan walaupun kebanyakan mereka ketika itu tidak memenuhi syarat skim iaitu Lulus Peperiksaan dan PAC.
Kami berpendapat, adalah menjadi satu kerugian yang amat besar kepada negara sekiranya pegawai-pegawai muda yang cemerlang ini dibuang begitu sahaja, tanpa dilantik semula secara tetap, sedangkan dengan kos dan masa serta ruang dan peluang, mereka menjadi sangat terlatih dan pakar dalam bidang masing-masing. “Ketidakmahuan” mereka melantik secara tetap, hanya membenarkan dan men’iya’kan tanggapan negatif, bahawa seringkali kita membiarkan anak bangsa yang cemerlang menjadi penganggur terhormat mengemis “sesuap nasi” di tanah air sendiri.
Sekali lagi, kami mohon dibela oleh YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri!.

Tanpa Nama berkata...

dah nama kontrak.. ikut lah perjanjian berdasarkan kontrak.. kerajaan usah tunduk kepada tekanan puak-puak PTD yang jahanam dan merosakkan perkhidmatan awam di negara ini.. keja macam sial pulak tu belagak sombong dan pangkat nak naik cepat.. bagus pegi mampos PTD...

Tanpa Nama berkata...

buang sja penjawat awam,kerja malas gaji nak bnyk...yang dah tamat kontrak tu cari la kerja swasta baru boleh tau langit tu tinggi atau rendah...

Tanpa Nama berkata...

Pointer 3,5 kah, 4.0 kah tak semestinya hebat apabila berada di alam pekerjaan. Ramai yg rasuah, malas, so jgn hanya kerana hebat dlm akademik maka nak segalanya lebih2 dari org lain. Ada banyak kes pelajar cemerlang melakukan perkara yg bertentangan dgn nilai moral dan agama. Apa guna nak agung2kan PTD, ramai pekerja kolar biru lebih hebat dan berdisiplin dari PTD yg dpt pointer 4.0. Tak boleh kaya dgn hanya glamour tanpa usaha.

Tanpa Nama berkata...

salam seme....saya ni terpanggil utk komen luahan isihati ptd kontrak.di tempat saya ni ade jgak ptd kontrak yg grad wth flying colors....dh betahun2 asyik smbg kontrak ja....dlm mase yg same diberi pluang utk g perikse ptd,pac & interview.ini meripakan standard prosedur yg digunapakai oleh spa sblum diserap tetap.pada saya ape yg spa lakukan adalah utk keadilan seme calon yg memohon jawatan ptd.lain2 jawatan 41 pun spa guna stdard prosedur yg same kalu yg pkai kabel or watsover x tau la plak.smbg blik ptd kontrak tdi....diaorang dh diberi ample time utk g pekse same mcm calon2 laen tpi malangnye mgkin x ade rezeki la kot x pas2 stlah bnyk kali mncube tu yg dok ptd sngkut smpai la.saya pun heran jgak kalu grad cukup2 mkn x pas2 ada gak logiknye ni grad wth flying colors & dh keje dgn governmnt betahun thun x kan x pas...tu blum g pac n interview lg aduhai....la ni dok komplem nape x srap.kene ade maruah diri berusaha utk bjaya same mcm org2 laen baru adil jgn asyik merungut.....pd saya x adil la kalu dsrap sbb ptd sblum ni kene go thru seme tu....g pekse lpas tu pac.pac pun bole tahan jgak kene buli.so ape istimewanye sgt diaorg ni smpai x go thru seme tu.....bak kate nabil lu pikir la sndiri

Tanpa Nama berkata...

Elok juga dikaji semula pengambilan jawatan kontrak. Kakitangan kontrak yang mencapai tahap prestasi kerja cemerlang sepatutnya layak ditetapkan manakala kakitangan kontrak yang mempunyai tahap prestasi kerja yang tidak memuaskan ditamatkan. Jika ini dilaksanakan ia mampu melahirkan generasi kakitangan yang berdaya saing dan produktif.

Tanpa Nama berkata...

ikut cara aku,rasa tak boleh nak bagi komitmen kat jabatan,opsyen je.yang tak dapat keja boleh keja,yang kontrak boleh sambung. dapat saguhati dll,enjoy hidup selagi boleh. yang belum pi ke mekah,guna duit tu. hidup berkat,jiwa selamat. amin!

Tanpa Nama berkata...

haiyyyyaaa.. apa laa punya PTD kontrak ni... kata hebat tapi bahlul.. woiii term kontrak pun ko x leh faham ker....

Tanpa Nama berkata...

KAKITANGAN KONTRAK SILA BERSABAR. 2013 NANTI KALAU PR MENANG DAN KE PUTRAJAYA, INSYAALLAH NASIB TUAN2 AKAN TERBELA. KERJA TETAP, KERETA MURAH, RUMAH MURAH, BARANG MURAH, PETROL MURAH, PENDIDIKAN PERCUMA.....

TAPI KALAU NAK TERUS JADI PEKERJA KONTRAK SAMPAI TUA, TERUSKAN UNDI UBN.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni, kalau kabel korang setakat besor ibu jari, jangan harap le korang nak ke jawatan tetap dan berpencen.

Tanpa Nama berkata...

Oh ya.... jgn susah kwn2, nampak gayanya segalanya akan baik jika PR memerintah negara. Gaji minimum RM1000, pekerja kontrak akan mendpt jwtn tetap, tol free, pendidikan free dr thn 1 hingga ke universiti, air, ekektrik free. Bak kata org; segala2nya free dan murah. Sokong jgn tak sokong PR. Guruh kedengaran, air dlm tempayan dibuang. Fikir pakai otak di kepala bukan pakai lutut. Hehehe......

Mazwan Rosli Aloy berkata...

Penipu je sambung kontrak... Apsal aku x sambung? Dah la x sambung.. Pastu bagi tau lambat bodoh nak mampus... Menyirap je x fikir org ada anak bini semua ke? Kerajaan menyusahkan hidup rakyat x tahu la berapa ramai yg kena.... Yang betul2 aku x puas hati.... Tamat kontrak 31.7.13 bagi surat 29.7.13 macam haram jadah sial pnya kerajaan kencing x habis2....