SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Disember 2012

CUEPACS BINCANG SKIM FAEDAH BERCARUM DALAM MASA TERDEKAT - OMAR OSMAN

Bernama
7/12/2012



TANJUNG MALIM, 7 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB). Presidennya Datuk Omar Osman berkata beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.


Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.
Omar berkata sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.
Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.
Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya.

-- BERNAMA

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana first, 2nd & 3rd

Tanpa Nama berkata...

PALUI.. TEDA KEJA

Tanpa Nama berkata...


sepatutnya konsep "honourable discharge" dan "dishonourable discharge" digunapakai dalam perkhidmatan awam negara ni. barulah kakitangan boleh diberhentikan dari perkhidmatan atas kepentingan awam dan samada mereka itu dapat benefit atau langsung tak dapat.

contoh. seseorang itu diberhentikan kerana berlaku beberapa kesilapan yang tidak memberi impak besar kepada organisasi, mereka boleh diberhentikan dan dibayar pencen mengikut kadar berapa tahun mereka sudah berkhidmat. manakala yang membuat sesuatu sehinggakan memalukan imej jabatan dan negara, seperti ditangkap khalwat bersama kakitangan sendiri sebagai contoh, wajar ditamatkan perkhidmatan tanpa sebarang pencen.

banyak model pentadbiran awam negara maju yang kita boleh ikut. kata nak jadi negara maju, tapi pentadbiran awam masih lagi kuno dan lapuk. tu yang menyebabkan banyak BIAWAK HIDUP dalam sesuatu jabatan sebab mereka sudah jumud pemikirannya, takda minat nak bekerja tapi terpaksa tunggu lagi sebab nak mengejar tempoh yang panjang sebelum dibersarakan. sebab kalau nak berhenti awal tak dibayar pencen, atau kalau mohon bersara awal pula, pencen hanya dibayar apabila seseorang itu cecah umur 56/58/60. jadi disebabkan sistem kuno sebegini, ramai yang jadi biawak hidup.

Tanpa Nama berkata...

ptd2 kt spa/jpa yg wat dasar tuh mana leh pikir cam tuh. tuh yg dok guna dasar lapuk & ketinggalan zaman tuh.

Tanpa Nama berkata...

kau nie asyik cite biawak hidup jea, agaknya kau nie keturunan biawak hidup kot, tengok kau nie mcm cibai..!! konon kaulah pandai-bodoh sorang, palatlah lah lu..!!

Tanpa Nama berkata...

wakakakak ramai rupanya 'biawak hidup' yg xleh terima kenyataan dlm nih. wakakakaka.

bagus tuh. dah2 syuh2 pi wat keje!

Tanpa Nama berkata...

poorraahh..!! cciitt..!! cakap tak serupa bikin, kononya 3.0 pointer layaklah konon dapat kerja, dia org nielah lagi bijak menipu kerajaan, syarikat korporat, rasuah tahap kelas 1, berpoya-poya di deluxe, paradise, blue waves dgn gro-gro, tgk jealah di akhbar-akhbar, kes rasuah di kalangan CEO, PENGARAH, KETUA PENGARAH, YB, MENTERI boleh mengakibatkan kerajaan bangkrap, kalau keluar U tiada pengalaman kerja , lagi haru-biru kerja, merapu semacam jea, bertindak dan membuat keputusan yang bodoh-bahlul, cuci jamban pun tak lepas, tau berak merata jea, org mcm nie cekik darah rasuah kuat, pantang taukeh datang meluru jea, mcm anjing menjelir lidah, sudahlah beb..!! pada aku nak ambik PA, kena lihat agama, ahklak, akademik dan sosial, barulah dibuat nilaian.. barulah seimbang.. semuanya dalam keserderhanaan sebagaimana tuntutan ISALAM..