SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Disember 2012

KETUA HAKIM NEGARA KETUAI 98 PENERIMA DARJAH KEBESARAN SELANGOR.

Bernama
12/12/2012



SHAH ALAM, 11 Dis (Bernama) -- Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai senarai 98 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor sempena Ulang tahun Keputeraan Ke-67 Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah Selasa.

Arifin menerima Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.


Turut menerima S.P.M.S ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Dewan Diraja Selangor, Datuk Ramli Mahmud dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang membawa gelaran 'Datuk Setia'.


Seramai 15 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.


Mereka ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin; Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; Hakim Mahkamah Rayuan Mah Weng Kwai; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Seri Prof Sahol Hamid Abu Bakar; Panglima Armada, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A.Rashid; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Group Bhd Tan Sri Liew Kee Sin; Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor Datuk Azis Yacub dan Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Fatimah Mohamed Arshad.


Penerima lain ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Yusoff Ayob; Pakar Perunding Kanan Ortopedik dan Ketua Jabatan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang Dr C.M.M Thirumal; Pakar Perunding Kanan Nefrologi HTAR Dr Tan Chwee Choon; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Hassan Mohd Amin; Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ali Mohammed, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Kamarulzaman Jamil dan Pegawai Daerah Pejabat Daerah/Tanah Gombak Nor Hisham Ahmad Dahlan.


Seramai 14 orang menerima Darjah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang juga membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.


Mereka ialah Tengku Seri Paduka Shah Bandar Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid Shah (Orang Besar Istana); Pakar Perunding Perubatan Pemulihan Hospital Gleneagles yang juga Kerabat Diraja Selangor Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir; Pengarah Urusan Kuzie Catering Sdn Bhd yang juga Kerabat Diraja Selangor Raja Roslay Raja Mazlan; Pelukis Diraja Selangor Azaman Yusof; Timbalan Asisten Ketua Staf J7, Markas Angkatan Bersama, Kementerian Pertahanan Laksamana Pertama Azhari Abd Rashid; Profesor UPM Prof Tai Shzee Yew; Anggota Jawatankuasa Fatwa Selangor Abdul Aziz Andik Achok.


Turut menerima D.S.I.S ialah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin; Yang Dipertua Persatuan Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur Dr Mohd Yusof Ismail; Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Pusat Pakar Universiti Malaya Dr Aljafri Tan Sri Dr Abdul Majid; peguam Muhammad Adam @ Edward Abdullah yang mentadbir harta pusaka Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj; Pengurus Reka Bentuk Produk & Pemasaran Penerbangan Malaysia (MAS) Badaruddin Jalil Mohd Azmi; Pengerusi Persatuan Eng Choon Selangor yang juga penyumbang kebajikan Yayasan Raja Muda Selangor Lee Peng Hock dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Axis REIT Managers Bhd George Stewart LaBrooy.


Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S) iaitu Timbalan Ketua Polis Selangor SAC Datuk A.Thaiveegan; Kolonel Pergigian Markas Medan Tentera Darat Kolonel (Dr) Normah Samsuri; Pengarah Hidrografi, Pusat Hidrografi Nasional, Pangkalan TLDM Pulau Indah Kapten Hanafiah Hassan; Ketua Unit Pendakwaan Negeri Selangor, Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Mohd Azari Harun; Profesor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM Prof Madya Dr Lim Swee Tin; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Dr Abdul Latif Borhan.


Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Tukiman Nail; Setiausaha Bahagian (Bahagian Teknologi Maklumat), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Wahilman Siwar; Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Ab.Hamid Md Daud; Kontroler Pembangunan Wilayah Selatan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Lokman Abd Kadir; Ketua Penolong Setiausaha, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Zulkifli Abdul Hamid; Yang Dipertua Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) Hashim Sibelik dan Pengarah Jabatan Reka Bentuk, Kumpulan Senireka Sdn Bhd Ar.Nik Azlan Nik Mohamed.


Sementara itu, dua atlet paralimpik Malaysia merupakan antara 16 penerima Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) iaitu atlet melontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli, pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik, London 2012 dan atlet memanah Hasihin Sanawi, pemenang pingat perak juga dalam Sukan Paralimpik, London 2012.


Turut menerima SIS ialah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah; Pegawai Staf 2 Laut, Markas TLDM Komander Azman Ahmad; Pakar Perunding Kanak-kanak, Hospital Sungai Buloh Dr Foo Lai Sin; Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (Luas) Md Khairi Selamat; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim; Pegawai Tadbir/Pengarah Pusat Islam UPM Mohamed Ghazali Ali; Setiausaha Majlis Perbandaran Kajang Zul-kefli @ Zulkefli Khalid.


Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Mohammad Rohib Misnan; Pengurus Kanan Pengurusan Projek PKNS Izharuddin Abd Rahman; Pengurus Kanan Pembangunan Sumber Manusia & Pentadbiran, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) Mohd Yusof Joned; Ketua Pegawai Eksekutif Selangor State Investment Centre Bhd Hasan Azhari Idris; Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Sarul Bahiyah Abu; Juruukur Bahan, JKR Selangor Norshimah Meon dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Mastura Muhamad.


Selain itu, seramai 15 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) iaitu Timbalan Komander, Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh Leftenan Kolonel Azman Shah Omar; Pegawai Senggaraan Misil merangkap Ketua Pegawai Senggaraan, Depot Peluru dan Letupan TLDM Leftenan Komander Azmee Puteh Mohd; Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor; Anggota Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Mais Dr Budah @ Udah Mohsin; Setiausaha Bahagian (Dewan/Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri), Pejabat Dewan Negeri Selangor Suliman Abdul Rahman.


Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Ismail Omar; Ketua Jurutera Elektrik Negeri, JKR Selangor Mat Nasir Kari; Pensyarah Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim; Pengarah Kejuruteraan, Majlis Perbandaran Klang Dr Anuar Abd.Wahab; Jurutera Majlis Perbandaran Subang Jaya Ismail Shafie; Jurutera Majlis Perbandaran Selayang Othman Idris; Penolong Mufti, Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor Rizal Ramli;
Pengerusi Cuepacs Selangor Pek Choon Moy; Pengurus Besar Hartanah, Worldwide Holdings Bhd Rosli Ismail dan Pegawai Tadbir, Majlis Perbandaran Ampang Jaya Sarodin Shahri.

Seramai 15 orang pula dianugerah Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) iaitu Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Klang, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Kapten Maritim Christopher W.D.D Ravindran; Juruterbang Operasi, Skuadron 502 TLDM Leftenan Komander Mohamad Sham Saimon; Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Klang Samsudin Mon; Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat Mohd Azhar Mohamed Ali; Penguasa Penjara, Kementerian Dalam Negeri Mohamad Asa'ad Hamzah; Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pertanian Negeri Selangor Misrudin Hadis.


Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Azman Talib; Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Jamsari Khamim; Pengarah Kewangan Majlis Perbandaran Klang Zahrin Md Nasir; Pengurus Bahagian Program & Latihan Pendidikan Yayasan Selangor A Rahim Abdullah; Pegawai Tadbir Majlis Bandaraya Petaling Jaya Aznan Hassan; Pengarah Juhari & Hashim Chartered Architects Muhamad Juhari Daud; ahli perniagaan Chew Sang Hin; Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Selangor Khoo Chye @ Si Hock Mee dan Pengurus Besar Kanan, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid.


Tujuh orang lagi menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) iaitu Pegawai Tentera (Pendidikan), Kementerian Pertahanan Mejar Siti Normiah Marzuki; Jurutera Daerah, JKR Daerah Petaling Abdul Latif Moktar; Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor Ahmad Shaffie Ahmad Kasdu; Penolong Kanan Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Samsath Begum Salihoo; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pasukan, Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kapten Abdul Rahim Abdul Rahman (B), Penolong Pegawai Sains, Fakulti Pertanian, UPM Shamsudin Bojang dan Ketua Penolong Bendahari Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor Nik Azrimah Abdul Ghafar.


-- BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah....

Tanpa Nama berkata...

Pangkat dunia cacamerba.Semacam tidak ikhlas dengan hidup.Masing-asing mau tojolkan diri.Mau buktikan kat orang bawah.Aku dan kelompok aku mau terus hidup egoan atas mukabumi Malaysia ini.Kau orang lantak ler..Mesti respek aku.Awas periak dan takbur....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd Pengerusi Cuepacs Selangor Pek Choon Moy. Di atas kurniaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).

1 malaysia.
- peace bro.

Tanpa Nama berkata...

wa laii yer....

wa caya sama luu....

Shahrin berkata...

Artikel ni ada kena mengena ke? dengan peranan cuepacs untuk dimasukkan dalam ruangan ni.