SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Disember 2012

OPSYEN BARU PENCEN STAF AWAM

Utusan Malaysia
8/12/2012

 

TANJUNG MALIM  7 Dis. - Kerajaan bercadang memperkenalkan skim yang bakal memudahkan pertukaran keluar masuk ke perkhidmatan awam di negara ini tanpa terikat dengan sistem pencen mulai 2014.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, cadangan yang hanya melibatkan lantikan baharu itu bagaimanapun adalah pilihan kepada sistem pencen sedia ada.Beliau berkata, skim dinamakan Faedah Persaraan Bercarum (FPB) itu pernah dicadangkan pada 2005 namun ditolak CUEPACS kerana caruman dan faedahnya yang sedikit.
Menurutnya, CUEPACS telah diberi taklimat semalam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pasca Perkhidmatan dan skim itu ketika ini baru dibincangkan di peringkat awal. 

"Kita belum membuat sebarang keputusan dan akan membawa perkara ini ke kongres untuk melihat pro dan kontranya supaya tiada sebarang pihak yang teraniaya."Melalui skim ini, seseorang yang berhenti daripada kerajaan contohnya, pada umur 40 tahun akan dibayar penuh, kemudian kerja di syarikat milik kerajaan (GLC) dan boleh kembali bekerja di sektor awam dengan skim FPB yang sememangnya lebih baik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bicara eksekutif isu kenaikan gaji, elaun dan tuntutan CUEPACS di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini. 

Sempena majlis tersebut, beliau turut melancarkan Skuad Pengguna, penerbitan Suara Perjuangan Kelab Perkhidmatan Awam (KPA) dan Tabung Gaza oleh UPSI.Omar berkata, skim FPB itu berkemungkinan menarik minat golongan muda peringkat atasan iaitu gred 41 ke atas yang gemar bertukar pekerjaan selain tidak terikat dengan kerajaan.Namun katanya, skim itu juga boleh mendatangkan kesan kepada penjawat awam peringkat bawahan kerana tidak mendatangkan pulangan caruman yang banyak."Bagaimanapun, skim ini tidak melibatkan mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini," jelasnya yang turut mengakui negara lain termasuk Singapura telah melaksanakan skim seumpama itu.


Artikel Penuh:

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana yang selalu first tu? Masih ngular ke?

Yes. berkata...

Kahkahkahkiok...

Tanpa Nama berkata...

saya antara ahli majlis yang turut sama berbincang dgn JPA yg diwakilli oleh Konsultan di satu Bengkel FPB di putrajaya pada tahun 2005.
Impak yang besar ialah kepada PA kumpulan sokongan.
Mohon ahli majlis kongres yang baru dilantik melihat pelbagai sudut sebelum terima skim ini. Kami pernah menolaknya dulu.
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya 'first' dah kehilangan stamina setelah sekian lama memegang rekod tanpa cabaran. Dah pengsan.....

Tanpa Nama berkata...

yang suka taip 1st 2nd 3rd tu dah sedar akan kebodohan dirinya main benda tak berfaedah tu.


sepatutnya skim pencen dikaji semula supaya mereka boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja dan dibayar pencen berdasarkan berapa lama mereka bekerja dan pencen tersebut dibayar pada bulan berikutnya selepas seseorang itu bekerja

sebagai contoh boleh tetapkan syarat minimum untuk pencen adalah 5 tahun perkhidmatan dan maksimum 35 tahun. pencen penuh(separuh gaji) dibayar selepas 25 tahun perkhidmatan dimana siapa yang berkhidmat antara 5-24 hanya dibayar berdasarkan separuh gaji / 25 x bilangan tahun perkhidmatan

manakala yang berkhidmat lebih dari 25 hingga 35 juga dibayar pencen separuh gaji / 25 x tahun perkhidmatan

jadi siapa yang berkhidmat lama dapat lebih, yang berkhidmat kurang dapat kurang.

ini juga dapat mengelakkan budaya MEMBELA BIAWAK HIDUP dalam sesuatu jabatan/unit.

mereka yang dah malas dan jumud untuk bekerja boleh dibersarakan. jadi mereka tetap dapat faedah, taklah hidup melarat dan boleh guna duit pencen untuk melakukan kerja lain, berniaga, berkebun dan sebagainya. bukan semua orang di dunia ini dilahirkan untuk menjadi bijak dalam bekerja di pejabat, jadi ulat buku dan sebagainya.

masalah di sini adalah sistem perkhidmatan awam yang lebih memaksa seseorang itu untuk berkhidmat sekian hari dan tahun. jadi mereka ini ada yang terpaksa, sebab kalau berhenti, tak dapat apa.

ubahlah sistem perkhidmatan awam. ada banyak model perkhidmatan awam dari negara maju yang kita boleh ambil. malah model perkhidmatan awam negara kapitalis seperti amerika juga boleh dikatakan membela nasib penjawat awam mereka.

kita nak jadi negara maju, benda senang seperti pentadbiran awam pun masih di takuk lama.

Tanpa Nama berkata...

hahaha biawak hidup. i like ur statement!

Tanpa Nama berkata...

sy setuju dgn komen 'biawak hidup' di atas. Ada juga komen yg berfaedah utk dibaca..

Tanpa Nama berkata...

nama pun biawak hidup, patutlah statement pun mcm binatang bunyinye.. binatang kea manusia kau nie..!! ha..!!ha..!!kah..!1kah..!!

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. selagi ditadbir oleh PTiDO perkhidmatan awam di malaysia selamanya akan berada di takuk lama...

Tanpa Nama berkata...

ramai rupanya 'biawak hidup' yg xleh terima kenyataan dlm nih. wakakakaka.

bagus tuh. dah2 syuh2 pi wat keje!