SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

03 Oktober 2013

KOS SARA HIDUP AKAN DIKAJI

Utusan Malaysia
3/10/2013

DR. Ali Hamsa
JAKARTA 2 Okt. - Keluhan dan rungutan penjawat awam yang bertugas di luar negara mengenai kos sara hidup di negara yang ditempatkan mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang berjanji untuk mengkaji secara serius masalah tersebut.
Menurut Ali, kerajaan amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh sejumlah penjawat awam yang terpaksa berhadapan dengan kesulitan hidup di negara orang khususnya di negara yang indeks harganya tinggi yang boleh menyebabkan inflasi.

"Kerajaan akan kaji secara serius (elaun perbezaan sara hidup). Kita perlu melihat keadaan negara penjawat awam ditempatkan. Ada bandaraya indeks harga tinggi, ada yang rendah. Kita akan kaji bentuk formula yang akan dipakai untuk tentukan elaun itu."Salah satu cara yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah memperkenalkan formula fleksibel iaitu penetapan kadar elaun berdasarkan kenaikan atau penurunan indeks harga dan kadar inflasi di negara mana mereka ditempatkan," kata Ali kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau yang dalam lawatan kerja selama dua hari di sini sebelum itu menyampaikan amanat kepada ketua-ketua jabatan dan kakitangan di Kedutaan Besar Malaysia.
Masalah peningkatan kos hidup yang dihadapi penjawat awam di Jakarta khususnya ditimbulkan oleh beberapa pegawai Kedutaan Besar Malaysia di sini menarik perhatian Ali untuk membantu menyelesaikan isu itu.

"Isu inflasi di negara penjawat awam ditempatkan akan dikaji dan dibincangkan di peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk cari jalan terbaik atasi kenaikan kos penjawat awam di luar. Ini komitmen kita (kerajaan)," jelasnya.
Pada sesi soal jawab bersama penjawat awam di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini juga, beliau turut meminta Wisma Putra supaya memberi pertimbangan kepada sesi soal persekolahan anak-anak penjawat awam di luar negara sebelum membuat keputusan menukarkan mereka sama ada kembali ke Malaysia atau ke negara lain.
Menurut Ali, sesi persekolahan anak-anak sangat penting kerana terdapat beberapa kes anak-anak penjawat awam di luar negara tidak sempat menduduki peperiksaan penting disebabkan mereka ditukarkan ke tempat lain awal beberapa bulan sebelum itu.
"Ambil kira sesi persekolahan anak sebelum penjawat awam ditukarkan kerana masalah ini bukan hanya menyusahkan mereka (penjawat awam) tetapi juga untuk anak-anak. Biar anak-anak habiskan sekolah," katanya.

Pada perjumpaan itu juga, Ali turut memberitahu kerajaan akan memberi keutamaan kepada mana-mana penjawat awam yang berkhidmat di luar negara untuk mendapatkan kuarters sebaik mereka diarahkan kembali berkhidmat ke Malaysia jika mereka belum mengambil pinjaman perumahan kerajaan.

Dalam lawatan pertama ke Jakarta sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak dilantik lebih setahun lalu, Ali turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kabinet Kerajaan Indonesia, Dr. Dipo Alam bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan penjawat awam. - UTUSAN

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

IPuyu
Nak kaji elaun tu tak salah... tapi jangan la bertahun tahun kaji tak sudah sudah. Bila ditanya senang jer jawapan.... masih dalam kajian. Hampeh.

Tanpa Nama berkata...

Jangan cakap banyak lah dr.... cuba buat kerja jujur, amanah.... nie asyik bcakap jak nak kaji dari 2011 kaji sampai sekarang tapi habuk pun takda.... Dr senang lah gaji bpuluh ribu sebulab tp gred 1-54 mangsa mjalankan tugas sampai ramai anggota pelaksana tension bekerja tp sekian atasan duduk mngarah jak makan gaji buta ka?? Cuba lah kaji betul2 Dr kehidupan anggota pelaksana terutamanya... Dr duduk rumah mewah tp org bawahn tggl menyewa atas kedai, tu pun sewa 300 satu bilik...

Tanpa Nama berkata...

yehhhhh..

kaji jangan tak kaji....

itu saja la alasan yang popular bagi tahun ni.

tahun lepas tubukan suruhanjaya khas MENGKAJI transformasi perkhidmatan awam, tapi sampai sekarang habuk pun takda. laporan hasil kajian pun takda ditunjukkan kepada umum.

Tanpa Nama berkata...

Hari raya aidilfitri hari tu kita dpt bonus raya cuma rm500...tp Selangor dpt sebulan gaji...bajet 2014 ni ntah dpt ntah tidak ...asik2 diulang kata dh di bagi 2 KGT tahun ni...nti ckp lebih kata PA tak tau bersyukur...

XiOuS berkata...

Aku kata..dulu kgt di awalkan .. bonus ni pulak dilambatkan .. ampa kata lagu mana plak? mcm pantun la plak..hehe

Tanpa Nama berkata...

Nmpknya kena tunggu tahun 2018 la plak...time tu kupec merayu tak payah dibayar bonus pun kita di bagi juga bonus...

Tanpa Nama berkata...

rasanya sebelum ni PM ada umumkan "kenaikan pangkat laluan pantas".

jadi apa mekanisma yang akan digunakan bagi KPLP tersebut? JPA tengah buat apa lagi tu? tengah garu kepala nak karang pekeliling ke? apa slow sangat kerja? bila bab nak masuk tender guna proksi, keluar main golf, pergi melancong sana sini atas tiket "kursus", laju pulak!


buat kertas kerja, buat pekeliling slow!

Tanpa Nama berkata...

mmg tak leh pecaya langsung,berbelit lebih pada ulor.

Tanpa Nama berkata...

Mana dia Pekeliling bagi kenikan pangkat ke KUP bagi mereka yang telah berkhidmat selama 13 tahun...sampai sekarang JPA tak keluar lagi...INIKAH PERKHIDMATAN YANG CEKAP!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

cakap merapu berbelit nk suh org percaya....KORANG JGN TERPEDAYA DENGAN IKLAN....TIDAK ADA YG DUSTA MELAINKAN DUSTA BELAKA...tak caya..tunggu dan lihat 5 tahun lagi...aku dah masak dah...

Tanpa Nama berkata...

no words to say....sik habis2 bulak..this is the way gomen try to calm us and fooling us...with their promise...klu tak nak bagi jangan janji...mudah....PA jadi tak puas hati kerana gomen berjanji...minta PA belanja berhemah...tapi...yg dok atas boros....belanja keluar negara meningkat....lawatan2 keluar meningkat...meeting teh "o" n karipap....tuntutan hotel, pejalanan meningkat...keputusan x der...waktu kerja golf...macam mana tu...org bawah g bank nak cucuk duit pun kena question...apa ni....mita buat 5S...org bawah kena keluar duit sendiri....ada betul ke? pegawai atasan...pi balik umah pakai kereta Jabatan...tak gaduh isi minyak...kad Tol pun ada yg sapu buat pi balik kerja....ada akai kerrr.....

Tanpa Nama berkata...

Menurut sumber : Terbaru budget 2014, di mana tiada keistimewaan bagi 1.42 juta penjawat awam, hanya mendapat bantuan sekolah diberikan sebanyak RM500 pada akhir tahun naik persekolahan, itu telah di kira bonus cukup RM1000 dicampur bantuan raya tempohari bulan dulu, skim baru diperkenalkan tidak menguntungkan gred bawahan iaitu gred R1-N32 tetapi menguntungkan gred 41 ke atas, ada sedikit penambahan elaun tetap perumahan, tapi tiada perubahan bagi elaun cola, elaun khidmat awam, elaun kritikal, elaun kerja luar, elaun keraian, BITK, elaun perjalanan, lojing, overtime dsbnya.. tiada kenaikan gaji, tempoh kenaikan pangkat KUP masih 13 tahun, tiada kenaikan pangkat bagi penjawat awam yg memiliki ijazah dan master bagi tempoh lama berkhidmat, skim transformasi tiada anjakan gaji serta pangkat serta akhir sekali pemilikan rumah mampu milik bagi penjawat awam masih di takuk lama, harga rumah dianggarkan RM180 ribu- 300 ribu, kini kos sara hidup akan meningkat naik pada awal bulan Oktober nie (bulan 10) dgn kenaikan harga minyak RON 95 -20 sen, Diesel-20 sen dan RON 97-15 sen, kenaikan segala bentuk barangan dan perkhidmatan akan naik mendadak.. bajet 2014 juga akan memperlihatkan kenaikkan segala jenis cukai/duti eksais dsbnya, yg terhimpitnya adalah penjawat awam gred R1-N32 yg kini dalam kesempitan hidup.. INSYA'ALLAH, FAKTA KAMI AKAN TEPAT APABILA BUDGET 2014 DIBENTANGKAN,, TIADA KENAIKAN GAJI DAN GRED.. SEKADAR KENAIKAN ELAUN SAJA, ITU PUN NAK DIKAJI LAGI..APA DA TAK HABIS-HABIS KAJI..!!!!!

Tanpa Nama berkata...

patut org begini diberi peluang attach ke JPA baru tahu kerja kajian itu bagaimana. Dah tahu kesusahan kerjs itu biasa nya akan senyap.

Tanpa Nama berkata...

Poorraahhh..!!! hei tambi, kaji tak habis-habis, itu duit dana sudah tak ada mahu kasi itu gaji naik sikit, itu mcm kea kasi urus negara, itu menteri-menteri rumah banyak cantik, juta-juta itu harga, mana duit itu dapat.jadi tambi, kasi pikir itu masalah.. tambi,tambi..!!!

Tanpa Nama berkata...

hai... pihak cuepacs... adakah anda berjuang utk semua penjawat awam tanpa mengira agama bangsa? bln oktober ni gaji dah di bayar pd 10hb semata2 utk sambutan hari raya haji... bln depan 2hb November lak sambutan deepavali utk penganut agama hindu. adakah ceupacs akan berjuang utk mendapatkan bantuan atau elaun khas sempena sambutan deepavali bagi penjawat awam yg Bergama hindu? terutuma terdpt cikgu2 & kakitangan awam yg lain? adakah ceupacs akan berjuang seperti mana berjuang pd hari raya utk dptkan bantuan wang ehsan sebyk RM 500?
persatuan patut berjuang utk semua org bukan utk yg agama islam sahaja.. harap utk deepavali ada gak bantuan dr kerjaan agar dpt meringankan beban penjawat awam yg beraga hindu utk sambut deepavali dgn keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Naik mual aku dengar

Tanpa Nama berkata...

Akan dikaji NOKTAH. Akan dikaji NOKTAH Akan dikaji NOKTAH Asyik ulang tayang cerita lama. Bosan sgt dah dengar dan lihat perkataan 'DIKAJI' ni.

Tanpa Nama berkata...

kaji kaji kaji kaji kaji kaji kajiiiii................. 4tahun lagi baru dpt jawapan kot

Tanpa Nama berkata...

Pohon supaya selaraskan KOS SARA HIDUP antara bandar2 besar dengan daerah2 kecil memandangkan minyak dan barang2 lain naik mendadak. walaupun tinggal di daerah2 kecil, harga minyak dan barang2 tak kan jd harga rendah,ia tetap sama mcm di bandar.klu bleh jgn trlalu dok KAJI tapi tlg PIKIAQ cmna nak hidup tambahan pula yang anak ramai.....

Tanpa Nama berkata...

xder cete terbaru ker dah 4/11 dah ni. kate bln ni nak kuar pekeliling tp xkuar2 pn