SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

11 Oktober 2013

PEMAKAIAN TWO/THREE-PIECE SUIT PANTS BAGI PEGAWAI AWAM WANITA SEMASA BEKERJA

Media CUEPACS
11/10/2013

Pemakaian Two/Three - Piece Suit Pants Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja
Muat Turun: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 09/2013

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eden yg pertamo yo. baghu ni la nak kuar pekeliling pasal org pompuan pakai suar kat ofis.

Tanpa Nama berkata...

juruteknik dgn pelukis pelan punya pekeliling naik gred ni ntah bila la nak kuar...eh eh aku lah yg first, tak pernah berlaku sblm ni...

Tanpa Nama berkata...

Wow...bini aku naik gred bestnyer jadi GURU...

Pasti aku akan lebih syang dan cinta bini aku huhuhu

Tanpa Nama berkata...

kalau guna "pekeliling" yang datangnya dari Allah S.W.T tentang pemakaian makhluknya yang berakal, aku rasa pekeliling ni tak perlu dah.

sesiapa yang mengaku BERIMAN tu pasti tahu bagaimana tatacara pemakaian yang sebenar..

Tanpa Nama berkata...

"kalau guna "pekeliling" yang datangnya dari Allah S.W.T tentang pemakaian makhluknya yang berakal, aku rasa pekeliling ni tak perlu dah.

sesiapa yang mengaku BERIMAN tu pasti tahu bagaimana tatacara pemakaian yang sebenar..

Selasa, Oktober 22, 2013 6:38:00 PTG"

Sangat setuju..

PROF JUSA B berkata...

Saya perlu bangkitkan tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.
Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (pra-universiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.
Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaik taraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.
Kepada KPM, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama universiti tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke universiti swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.
Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPM berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya menginsafi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya.Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPM dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Tanpa Nama berkata...

Lebih elok pemakaian jubah seluar yg ternyata lebih sopan diperjuangkan..lebih2 lg bgi guru2 yg perlu berlari,melompat,menari dan mencuci serta mcm2 bnda lgi sewaktu mengajar murid di sekolah

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemikir polisi pentadbir Krjaan Khasnya PTD jadilah pemikiran islamik dalam polisi utk penjawat awam beretika pakaian .
Cuba design pakaian seragam utk jawatan JURURAWAT mengikut kesesuaian etika Islam masa kini . Mereka bertugas membantu pesakit & tugas adalah mulia . Pakaian uniform mereka sekarang tidak sesuai mengikut garis panduan islam .
Wahai pemikir PTD Anda akan dipersoal diakhirat kelak ?

Tanpa Nama berkata...

minta maaf la wahai wanita wanita PA... walaupun anda berbaju kurung etc... tp masih nak menampakkan shape badan anda... samala seperti tak berpakaian...

terlalu ramai PA wanita tak alert pasal aurat ni... berubahlah...

Tanpa Nama berkata...

tidakah jubah seluar itu boleh dikira sebagai two siuts pants....cuma mungkin agak labuh sedikit menutupi punggung....sesuai untu guru islamic yg aktif d seokolah....

Administration berkata...

Saya setuju