SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Ogos 2014

CUEPACS MINTA KERAJAAN SELARAS ELAUN TETAP PERUMAHAN KUMPULAN PELAKSANA

Bernama
29/8/2014



MELAKA, 29 Ogos (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan melaksanakan penyelarasan elaun tetap perumahan kumpulan pelaksana kakitangan awam melibatkan gred 40 dan ke bawah dalam Bajet 2015.

Presidennya Azih Muda berkata penyelarasan elaun dari RM180 ke RM450 itu perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan dengan segera kerana ia merupakan isu tertunggak yang memberi kesan langsung kepada kira-kira 700,000 kakitangan pelaksana di negara ini.

Beliau berkata kadar elaun tersebut tidak dikaji lebih 11 tahun dan sudah masanya ia dipertimbangkan dalam bajet akan datang selaras dengan taraf ekonomi yang kian menigkat.

"Kenaikan ini wajar dipertimbangkan kerana harga sewa rumah sama ada di kawasan bandar atau luar bandar tidak dapat lagi pada harga RM180.

"Justeru kumpulan pelaksana ini terpaksa memperuntukkan sejumlah besar gaji yang diperoleh bagi menampung sewa rumah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali-26 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak berkuasa Tempatan di sini, Jumaat.

Azih berkata dianggarkan lebih 50 peratus daripada 1.5 juta penjawat awam di negara ini terutama kumpulan pelaksana terpaksa menyewa kerana tidak mampu membeli rumah disebabkan harga yang tinggi.

Beliau berkata isu tersebut jika tidak ditangani dengan baik mampu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada golongan penjawat awam malah kepada negara.

"Kita bimbang golongan ini tidak mempu memiliki rumah sehingga mereka bersara dan akhirnya menjadi gelandangan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan elaun sara hidup (Cola) penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan bagi meringankan beban golongan tersebut.

"Pemotongan ini tidak wajar kerana kuarters merupakan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan awam dan elaun Cola itu tidak seharusnya dipotong dengan pemberian kelebihan itu," katanya.



-- BERNAMA

14 ulasan:

AZKI MUSLIMAH berkata...

inilah yg terbaik...sewa rumah zaman sekarang rm450 ke atas..diharap cadangan ini dapat dilaksanakan..insyaallah..

iklan..sesiapa yg ingin mendapatkan minyak jtx red, gold, jtx 5000, susu kambing wildan dgn harga yg berpatutan (rm40 ke bawah), ingin berubah kepada talian tuneexcell boleh melayari facabook sy di M Johan Mohammad atau menghubungi sy di talian 0127242057(talian tuneexcell)..terima kasih..

Unknown berkata...

Mohon lihat sekali ITP gred 41

Unknown berkata...

dah name pun elaun.... bagi je selaras rm700 sebulan....

Made in Pahang berkata...

kenapa x mintak selaras je semua utk kakitangan awam tanpa mengira gred..nama pun elaun bukan gaji pokok..bagilah sama rata antara sokongan dgn pengurusan..adal dan saksama

Unknown berkata...

ini hanya mimpi....dan mimpi yang lapuk...dan terus bermimpi..untuk dapatkan ITP itu...

SHAMSUDDIN berkata...

Dah letih dah nak mengharap. Elaun ITP bila dibincangkan kenapa masih 180, "Orang Besar²" cakap 'itu namanya bantuan, bukan tanggungan. Kerajaan bantu sikit, yang selebihnya pepandai la sendiri..' kalau camtu memang sampai bila² elaun ITP ini akan di'kaji' & di'semak'..

sulaiman berkata...

satu lagi pasal bonus bagi jer selaras 3k ke 4k jangan kira gaji pokok sebab itu bonus bukan nya gaji.bagi dapat sama banyak lagi bagus.

sulaiman berkata...

Harap harap tahun ni ada perubahan.

Rubber berkata...

harap ada kenaikan thn ni..sapa nk bli ubat terapi resdung, dpt mgurangkan resdung, sakit kepala..insha allah mujarab..fb mieGS..

Unknown berkata...

Rumah dah ada .tapi x duduk tetap menyewA kerana perkhidmatan 5 tahun tukar tempat bertugas sewa umah rm400 rumah yg dibeli rm600 ....sapa nak tanggung rm400 huhuhu

Miss Nasha Kamarudin berkata...

mohon dipertimbangkanla elaun itp dinaikkan ke rm 450 sebab kelayakan membeli rumah bagi kakitangan pelaksana ni memang tidak ader. kami yang duduk di selangor ni rumahnya amat mahal, apartment pun dah dijual hampir rm 300 ribu. tidak layak pun nak memiliki rumah, menyewa pun mahal hampir separuh gaji kami ni untuk menyewa rumah sahaja. mohon sangat pertimbangkan nasib kami kumpulan pelaksana nie

Miss Nasha Kamarudin berkata...

mohon dipertimbangkanla elaun itp dinaikkan ke rm 450 sebab kelayakan membeli rumah bagi kakitangan pelaksana ni memang tidak ader. kami yang duduk di selangor ni rumahnya amat mahal, apartment pun dah dijual hampir rm 300 ribu. tidak layak pun nak memiliki rumah, menyewa pun mahal hampir separuh gaji kami ni untuk menyewa rumah sahaja. mohon sangat pertimbangkan nasib kami kumpulan pelaksana nie

harriz berkata...

Jgn pk kump pelaksana jer...kumpulan pnp pun kna fokus gak...kalo nk 'bias' baik tukar nama persatuan kumpulan pelaksana jer...

harriz berkata...

Jgn pk kump pelaksana jer...kumpulan pnp pun kna fokus gak...kalo nk 'bias' baik tukar nama persatuan kumpulan pelaksana jer...