SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Ogos 2014

SINDIKET JUAL SIJIL CUTI SAKIT PALSU TUMPAS

Bernama
15/8/2014



SHAH ALAM, 15 Ogos (Bernama) -- Polis Shah Alam mematahkan satu sindiket menjual sijil cuti sakit (MC) palsu berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias berkata kedua-dua suspek berusia 22 dan 32 tahun itu dipercayai menjalankan kegiatan itu lebih setahun lalu.

Beliau berkata suspek pertama yang bekerja sebagai penghantar surat diberkas di sebuah stesen minyak di Seksyen 19 di sini pada pukul 11 malam, hasil penyamaran seorang anggota polis sebagai pelanggan.

"Penangkapan itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah di Seksyen 18 di sini dan pihak kami berjaya menahan suspek kedua berumur 32 tahun serta merampas beberapa bahan bukti yang digunakan untuk mengeluarkan sijil cuti sakit palsu seperti stamp pad dan buku sijil cuti sakit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini, hari ini.

Azisman berkata siasatan awal mendapati sijil cuti sakit palsu ini dijual oleh sindiket dalam lingkungan harga antara RM15 hingga RM20 sekeping mengikut sektor pekerjaan.

Beliau berkata pelanggan dalam kalangan penjawat awam akan dikenakan harga lebih mahal berbanding pekerja swasta.

"Kedua-dua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat dalam sindiket ini, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek kini direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu bagi kesalahan tipu.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Unknown berkata...

takda bezanya pun dengan mereka yang ke klinik swasta dengan membayar harga rm20-30 untuk mendapatkan MC walaupun mereka berjumpa doktor dan mendapatkan ubat tetapi "berpura-pura" sakit.

sama saja

Unknown berkata...

Gamen x berapa nk terima mc klinik swasta bang x laku

Unknown berkata...

Benda dah kronik baru nak ambil tindakan.

Sebelum ni masalah ni orang kata ala beli je mc tak ambil tindakan. Dah masuk berita baru nak ambil tindakan. Macam ni macamana rakyat tak marah. Dah terhantuk baru tengadah.

musimpanas berkata...

Alaaaa.....mc swasta kan boleh 15 hari. Selagi belom lebih 15 hari dan mc tu dikeluarkan oleh klinik, tak payah la nak pertikai apa2.