SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Jun 2009

20 PERATUS GRATUITI SEBELUM BERSARA

Sinar
4/6/2009


BANDARAYA MELAKA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Sektor Awam (Cuepacs) akan memcadangkan kepada kerajaan agar membenarkan kakitangan awam mengeluarkan 20 peratus daripada jumlah ganjaran perkhidmatan (gratuiti) masing-masing sebelum meraka bersara.

Presidennya, Omar Osman berkata , pengeluaran itu bagi membolehkan kira-kira 1.3 juta kakitangan awam menampung perbelanjaan mereka, lebih-lebih lagi ketika ekonomi dunia tidak stabil ketika ini.

"Cuepacs akan memohon kepada kerajaan agar membenarkan pengeluaran 20 peratus itu kepada kakitangan yang berkhidmat melebihi 20 tahun.

"Kita Berharap melalui pengeluaran ini mereka dapat menampung perbelanjaan seharian , ataupun menggunakan wang berkenaan untuk keperluan keluarga seperti untuk tujuan pendidikan, urusan perumahan dan sebagainya.

Ïni adalah wang mereka, dan sebaliknya kerajaaan membenarkan pengeluaran dilakukan sebagai pendahuluan kepada mereka yang mempunyai masalah kewangan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja Risda Semenanjung Malaysia, di Dewan Tun Si Lanang, Pejabat Risda, di sini semalam.

Hadir sama Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Risda (KPPR) Semenanjung Malaysia, Shamsudin Mohd Nor , Pengurusi KPPR Cawangan Negeri, Kamilah Abdul, dan Pengarah Negeri Md Tahir Othman.

Omar berkata, wang hasil pengeluaran ini dapat menghalang kakitangan awam daripada berhutang dengan pihak tidak bertanggungjawab seperti ceti haram, seperti ah long atau kepada pihak bank lain.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat menyokong sekiranya diluluskan. sekurang-kurangnya, akan membantu mereka-mereka yang amat memerlukan daripada meminjam daripada ah long. tambahan pula, ini wang hasil titik peluh mereka sendiri selama mereka berkhidmat dengan kerajaan. takut nanti, tak sempat nak merasa. cuma sekadar nak bertanya bila agaknya berita gembira ini akan menjadi kenyataan...