SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

01 Jun 2009

PULANGAN LANJUT PELAJARAN TIDAK SETIMPAL

Utusan Malaysia
1/6/2009





TULISAN Ridzuan Mahmud dari Kuala Lumpur bertajuk CUEPACS abaikan lulusan universiti bertarikh 26 Mei lalu mengimbau kenangan sedih, pilu tahun 2007 setelah pelarasan gaji dibuat atas tuntutan CUEPACS.
Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang bernasib malang. Saya menyahut cabaran kerajaan supaya kakitangan awam meningkatkan ilmu pengetahuan untuk diri, bangsa dan negara.
Saya tidak pernah menyalahkan kerajaan kerana saya tahu ia adalah ketidakprihatinan manusia sendiri. Saya pasrah dengan rezeki yang Allah telah tentukan untuk saya.
Mungkin disebabkan kes saya ini hanya satu dalam seribu jadi semua pihak tidak begitu sensitif dalam membuat sebarang tuntutan.
Untuk pengetahuan, saya adalah seorang guru DGA29 yang telah menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan cuti separuh gaji pada tahun 2001, iaitu sebanyak RM551.65 sebulan.
Saya terpaksa berulang-alik dari UPSI ke Terengganu setiap minggu kerana saya ada tanggung jawab lain terhadap suami, tiga anak saya yang masih kecil yang berumur antara tiga bulan hingga lima tahun. Juga tanggung jawab terhadap kedua orang tua yang semakin uzur.
Syukur kerana saya diberi pinjaman PTPTN yang membolehkan saya menampung kehidupan saya selama tiga tahun pengajian. Terima kasih PTPTN.
Akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian saya tanpa menyusahkan pensyarah, UPSI dan juga kerajaan. Pada tahun 2004, saya dapat menggenggam segulung ijazah yang kini menjadi perangsang kepada anak-anak saya untuk berjaya.
Namun begitu selama tiga tahun pengajian, saya dapati banyak kerugian yang saya alami.
Di antaranya ialah:
*Saya kehilangan separuh dari gaji saya.
*Gaji saya selama 3 tahun adalah statik.
*Saya terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN yang menampung pengajian saya.
*Saya kehilangan masa bersama keluarga terutama dengan anak-anak yang sedang membesar.
*Paling menyedihkan, saya terlepas ke gred DG32.
Jika masa boleh diputarkan semula, saya tidak mungkin memilih untuk belajar sepenuh masa. Lebih baik saya belajar secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang tidak membebankan saya dan memberikan banyak faedah. Di antaranya ialah:
*Bergaji penuh.
*Gaji tidak statik.
*Belajar di maktab yang berdekat dengan rumah.
*Tidak perlu berhutang kerana bergaji penuh.
*Dapat DG32 apabila cukup 10 tahun.
*Tidak membazir wang dan masa.
Pada 16 Mei 2004 saya melapor diri di sebuah sekolah menengah di Besut, Terengganu. Saya menyimpan hasrat untuk menabur bakti yang tidak terhingga untuk anak-anak bangsa saya.
Saya ditawarkan dengan gred DG41 pada mata gaji PIT4 dengan gaji RM1710.60. Pada masa yang sama kawan-kawan saya yang tidak menyambung pengajian memperoleh gaji pada gred DG32 pada mata gaji PiTI dengan gaji RM1932.85 tanpa bersusah payah menimba ilmu.
Pada tahun 2007 pula satu kejutan yang amat tidak munasabah dibuat oleh CUEPACS apabila menuntut pelarasan gaji yang tidak selaras dan tidak peka kepada keadaan semasa.
Bayangkan saya yang sudah bergaji kecil mendapat 15 peratus kenaikan dan kawan-kawan saya mendapat 25 peratus kenaikan.
Orang yang tidak bersekolah pun boleh menghitung perbezaan gaji antara saya dengan kawan-kawan saya. Betapa beruntungnya mereka yang tidak menyambung pengajian.
Ini tidak termasuk peluang kenaikan pangkat menjadi guru kanan.
Hari ini saya sekali lagi kecewa apabila CUEPACS menuntut kenaikan gaji khas untuk pekerja sokongan sahaja.
Dengan kata lain, sebagai kakitangan kerajaan tak payah nak susah-susahkan diri untuk belajar.
Tanpa berbuat demikian pun nasib mereka terus beruntung dan sentiasa dibela sehinggakan mereka yang hanya kelulusan SPM mempunyai gaji jauh lebih tinggi berbanding gaji yang berkelulusan ijazah.
Wajarkah perkara ini berlaku dan haruskah berlaku?

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Guru lagi..hmmmm

Tanpa Nama berkata...

guru dimalaysia terlebih subsidi

Tanpa Nama berkata...

guru lagiii..mmmmm..kalau dorang dah pernah duk dalam kumpulan sokongan tak kira la sokongan 1 or 2 baru tau mcm mana peritnya..kursus2 pun susah mau dpt jika mau bandingkan dgn pengurusan profesional keatas + gaji yg hanya ckp2 mkn..baru naik gaji skit dah melenting...

Tanpa Nama berkata...

saya faham keluh kesah guru ini. kita mesti adil dalam membuat penghakiman.

guru ini berusaha untuk memajukan dirinya dalam kerjaya perguruan sehingga sanggup belajar berterusan, berkorban apa sahaja dan sebagainya. bukan setakat 'dok nganga' untuk 'disuapkan' tanpa sebarang usaha.

apalagi bila keadaan menjadi tidak adil bilaman yang pergi belajar dan berkorban masa dan wang ringgit tidak mendapat 'faedah sangat' jika dibandingkan dengan yang 'dok ngaga' sahaja di rumah.

cuepacs dalam soal seperti ini memang 'tidak nampak' isunya. kerajaan pula hanya 'akan nampak' bila cuepacs yang 'membukanya'. jika tidak..kerajaan pun 'akan tak nampak' persoalan seperti ini.

sama jugalah kakitangan kumpulan sokongan yang berterusan belajar dan mendapat pelbagai kelulusan tetapi 'tidak dihargai'.

dalam hal ini kerajaan dan cuepacs perlu 'jujur' dalam menyelesaikan pelbagai 'kelucuan' dalam sistem perkhidmatan awam ini dan cuba atasi dengan lebih adil.

sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

masalah sekarang bukan tidak memahami kehendak guru,,tapi jangan kerana hendak diri diambil perhatian hingga nak menidakkan kepentingan kumpulan yg lain,,pendek kata bahasa kasarnya jgn tutup periuk nasi orang lain hanya kerana awak nak merasa nasi tambah beras wangi,,,ada pahem ke...

Tanpa Nama berkata...

ketika pelaksanaan time based untuk guru,,penjawat awam yg lain ternganga saja mendengar,,kenapa masa tu guru takde yg bersungut kenapa guru sahaja dapat keistimewaan tu,tidak kepada penjawat awam yg lain...sendiri mau ingat la WAHAI CIKGU BUDIMAN

sokong Pak Najib kerana prihatin semua golongan bukan golongan elit dan bangsawan sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Salam Sejahtera
Sebenarnya Guru ini mungkin tidak menjadi ahli kesatuan nutp.untuk makluman elauan pegawai A telah di tambah sebanyak RM 50 Pada tahun 2008 yang menjadikan elaun khidmat awam kepada 300.tetapi bagi kakitangan sokongan tidak di naikkan mungkin anda tidak sedari tapi boleh lihat pada pekeliling JPA.

Kenaikan gaji yang di beri kalau hati kita sedar semua orang menerima kadar yang sama cuma peratus berbza kerana ia berdasarkan gaji Pokok.Cuepacs perjuangkan semua skim perkhidmatan awam saya sendiri adalah mantan timbalan presiden kesatuan di tempat kerja , saya tahu bagaimana sukarnya untuk bela kebajikan pekerja.

Masalah dengan pemindahan gred dari DG 29 Ke DG 41, layari laman web nutp dan adukan aduan rasmi berkaitan masalah ini, saluran sudah tersedia dan mmg perkara ini sedang di ambil tindakan oleh NUTP.

Pohon layari lama web NUTP untuk aduan.

Tanpa Nama berkata...

hmmmm...asyik citer guru jer..

srizals berkata...

Dalam memberi motivasi kepada pelajar2, guru2 akan berkata, berusahalah bersungguh2 untuk masa depan kamu, biar susah dahulu senang kemudian, namun dasar kerajaan kini sudah terbalik (PARITY GAP??), usaha tidak lagi menentukan pendapatan/masa depan yang gemilang. (Sama saja semuanya).
Kelihatannya kini semakin bijak anda, semakin anda menjadi liabiliti kepada kerajaan. Jangan salah faham, saya tidak menentang sedikitpun kenaikan untuk kumpulan sokongan. Pinta saya, keadilan. Berilah kenaikan yang adil kepada semua.
Mereka yang berijazah telah mengorbankan masa, kudrat dan wang ringgit yang besar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian. Mereka2 ini yang berusaha mencungkil potensi diri disebalik setiap cabaran, dugaan dan godaan, yang tidak memberi alasan untuk gagal atau menjadi biasa sahaja...(MODAL INSAN?)
Negara dibangunkan oleh mereka yang sanggup berubah.
Namun kini, mereka yang tidak berbuat apa2, malahan sedikitpun tidak berusaha, mendapat lebih daripada mereka yang berusaha.
Oh, pasal time based guru2,.. kakitangan lain, 3 thn, boleh naik, balik kursus, naik, sambung belajar, naik, ada master, PhD, naik, macam PTD, ..guru???? selepas SEPULUH tahun baru naik pangkat DG 44, lebih RM100,RM200 sebelum NAIK PANGKAT, DG29? DG 29 mendapat lompatan saujana RM 400, RM 500 lebih, tunggakan berbelas ribu, (baru betul naik pangkat) ke DG 32..Jangan salah faham, sekali lagi diingatkan kami bukannya dengki. Persoalannya dimanakah logik dan keadilannya. Nafikan logik ini dan serulah anak2 tuan2 sekalian, belajar biasa2 sudahlah, buat apa susah2, bergolok bergadai, berhutang untuk mengejar ilmu, Dapat gaji tak banyak beza dengan mereka yang tak payah bersusah payah...Buang masa je..Give merit to those who deserve it.. IF NOT..I'm afraid and deeply sad regarding the direction of our nation is heading..

Tanpa Nama berkata...

sekali lagi saya faham dengan persoalan diatas...

para guru-guru bukan mahu kerajaan asyik fikirkan nasib mereka sahaja tanpa mempedulikan nasib kakitangan awam yang lain. mereka sebenarnya mahu semua staf kerajaan sama-sama mendapat 'layanan' yang adil daripada kerajaan.

sebab itu kita minta mana-mana staf yang bekerja keras untuk maju dalam kerjaya mereka dengan berkorban masa dan wang ringgit dan sebagainya diberi keprihatinan yang lebih untuk kenaikan gaji dan sebagainya.

sama jugalah dengan kumpulan sokongan, mana-mana yang ada diploma, degree atau master dan sebagainya tetapi masih berjawatan kerani atau pembantu am rendah atau jurutaip..kita minta kerajaan berikan perubahan gred kepada mereka secara automatik macam bagi kepada pensyarah-pensyarah IPTA. pensyarah di IPTA bila ada master..akan naik gred 45, bila lulus PTK akan naik gred 52/53.

macam itu jugalah kita minta kerajaan buat pada kakitangan bawahan atau sokongan ini termasuk guru-guru dan sebagainya.

kita minta kerajaan adil dalam memberi 'imbuhan' kepada 'pekerja nya' itu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

T.kasih keprihatinan cuepacs dan kerajaan. Bgmnapun cuepacs harus perjuangkan nasib k/tgn yg sanggup berkorban utk meningkatkan ilmu dan taraf pendidikan.Antaranya
1. Tangga gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan harus diambilkira sptmana bekas askar yg berkhidmat semula dlm perkhidmatan awam dan sbg penghargaan atas pengorbanan masa dan wang.cth

Tanpa Nama berkata...

10 tahun naik pangkat tu yg dipersoalkan,,
kalau kami kumpulan sokongan sampai pencen digred yg sama tak bising pun ,,walaupun banyak juga yg berpotensi dan berpelajaran sama dengan awak cuma tiada diploma perguruan sahaja..jgn asyik memandang yg ditas je pandang gak yg dibawah.....

Tanpa Nama berkata...

guru ni bila time based je dia bandingkan PTD je,tu je yg dia tahu,berapa ratus jenis jawatan sokongan lain yang takde time based?Jangan bandingkan dengan di atas cuba banding dengan jawatan lain di bawah.Muak la dengan guru ni...tau mintak je kat sekolah ramai gak kaki tuang.

Tanpa Nama berkata...

isu di sini ialah kita mohon kerajaan dan cuepacs peka dan buka mata dengan semua masalah yg kita sebut itu. itu yg penting.

kerajaan memang tak sedar pun dan buat-buat tak sedar saja dengan nasib pekerja awam ni..

kerajaan hanya prihatin akan nasib para pensyarah di IPTA sahaja. nak bagi naik pangkat dalam pelbagai cara.

lulus ptk naik gaji dan gred, dapat master naik gaji dan gred,khidmat 10 tahun naik gaji dan gred, pegi belajar dapat biasiswa dan gaji dan dapat cuti free dan pelbagai lagi..

kerajaan hanya bela kaum ini sahaja, selain dari guru, askar dan polis...sekali sekala doktor..

yg lain akan terlepas peluang kenaikan seperti anda semua sebutkan...

oleh yg demikia, peranan cuepacs dalam menyedarkan pihak kerajaan amat penting.

cuepacs biasalah...dia dipimpin oleh kumpulan sokongan juga...so, tahap pemikiran dia juga agak rendah dan kurang daya fikir..

kerajaan jgn ambil peluang dengan sikap 'kurang daya fikir' pemimpin cuepacs dalam membela nasib semua pekerja sektor awam di negara ini, baik cikgu, polis, askar, kakitangan sokongan dan sebagainya.

TQ

Tanpa Nama berkata...

bagi saya presiden cuepacs dah perjuang semua golongan tapi tak semua diperolehi,ingat senang ke nak minta sesuatu kat orang,,suka-suka judge orang tak berapa tinggi ilmu,masa tak dapat kerja nak kerja dah dapat kerja sibuk dengan kenaikan pangkat tak tahu bersyukur betul...bawak mati k semua duit yg dikejar tu

Tanpa Nama berkata...

jangan la mudah sangat tuduh presiden cuepacs orang kurang fikir/kumpulan sokongan,awak tu pandai sangat ke?kalau pandai sangat jangan kerja kerajaan, buka bisnes ke, kerja swasta syarikat besar-besar tengok dia orang nak ambil awak kerja tak?Saya seorang pensyarah, saya tengok pensyarah2 muda baru kerja pemikiran dan tindakan macam kumpulan sokongan je.Saya cakap macam tu sebab saya berasal dari kumpulan sokongan dan sambung belajar naik pangkat.So saya tahu perit kumpulan sokongan dan saya akan sokong kenaikan gaji dan elaun bagi kumpulan sokongan walaupun saya kini dah P&P.Orang yang tak puashati dengan kenaikan kumpulan sokongan ni sebenarnya tak kaji betul2 skim tanggagaji kumpulan sokongan.Dapatkan skim gaji gred 32 dan ke bawah, sila lihat kenaikan gaji tahunan dan gaji mati mereka baru le faham.Ini tuduh tak tentu pasal.Kumpulan diploma contohnya mereka belajar 3 tahun dan beza tempoh belajar dengan ijazah sekitar 1-2 tahun je tapi gaji diploma sokongan dan ijazah masih jauh hingga kini,padahal yang tercirit buat kerja kumpulan diploma ni le, kumpulan P &P cam saya ni lepak je banyak.Dulu saya dari sokongan kerja banyak,tension tapi sekarang saya dah naik Profesional relax je, hari-hari boleh baca suratkhabar.So be fair le ok sebab kita P&P ni bukannya banyak sangat kerja, cuma lebihnya kita ada ijazah.Macam cikgu yang tak puas hati sebab DG32 lebih untung dari DG41, so kata dia rugi sambung belajar banding kawan dia tak sambung belajar.Sebenarnya cikgu tu memang tak layak jadi cikgu sebab pemikiran sempit dan singkat,dia cuma fikir tempoh pendek.Jika dikaji mendalam banyak bezabya dg32 dan 41, kenaikan gai tahunan 41 adalah lebih dan paling mustahak 41 lebih banyak peluang untuk naik hingga JUSA, 32 pulak nak pergi mana?Pencen takat tu je le ataupu 34 je.The moral of the story, Cuepacs dah jalankan tanggungjawab dia,syabas presiden cuepacs dan kerajaan tak boleh layan semua permintaan, you win some you lose some ok.Kerajaan ada pakar-pakar gaji, kewangan, dia tau berapa nak bagi sokongan dan berapa nak bagi P&P.Janganlah kita kutuk mengutuk antara sokongan dan P&P, sama-sama kita berganding bahu membantu misi visi kerajaan.Syukur kita kerja kerajaan banding rakan lain di swasta yang tak tau meminta-minta dan seperti melukut di tepi gantang sahaja.

Tanpa Nama berkata...

manusia yg berkata presiden cuepacs kurang berfikir,,at least dia buat juga kerja membela,dari pada awak asyik merungut dan hantar kat forum apa dapat,,,,sumpah orang dapat la

Tanpa Nama berkata...

macamana awak pandang presiden cuepacs begitu juga awak pandang pada golongan yg cerdik(ibubapa) awak sebab mereka takde ijazah/phd.sombong dan ego betul ilmu ada dimana-mana bukan U shj,,kalau masuk U pun banyak gak yg dungu IT,minta tolong gak kat golongan yg dikatakan kurang berfikir
setiap manusia ada kemahiran dan keistemewaan masing-masing...aku byk jumpa golongan U yg kaku bila buat kerja...

Tanpa Nama berkata...

Maklum Balas: “Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal”
Jabatan Perkhidmatan Awam merujuk kepada surat Puan Nora, Besut, Terengganu bertajuk “Pulangan Lanjut Pelajaran Tidak Setimpal” yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 1 Jun 2009..
Jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah (PPPS) Gred DG41 tidak wajar dibandingkan secara linear dengan jumlah gaji Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 memandangkan Gred DG41 adalah merupakan gred jawatan lantikan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional manakala Gred DGA32 adalah merupakan gred jawatan kenaikan pangkat dalam Kumpulan Sokongan.
Penulis perlu mengambil kira mata gaji paling tinggi dalam Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatan yang berkaitan iaitu bagi Gred DG41 sebanyak RM5226.19 (P3T27) manakala bagi Gred DGA32 pula sebanyak RM3700.20 (P2T11). Pegawai di Gred DG41 juga telah disediakan bayaran insentif, elaun dan kemudahan di atas kadar yang lebih tinggi. Ini bermakna pegawai di Gred DG41 mempunyai jumlah pendapatan yang lebih tinggi berbanding pegawai di Gred DGA32.
Dari aspek kemajuan kerjaya pula, PPPS berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Jawatan Utama Sektor Awam berbanding dengan PPPLD yang hanya berpeluang untuk dinaikkan pangkat sehingga ke Gred DGA38. Kerajaan juga telah mengiktiraf pengalaman mengajar semasa di skim PPPLD dengan memberikan Hadiah Kenaikan Gaji serta mengambil kira tempoh pengalaman tersebut untuk tujuan kenaikan pangkat secara time-based ke Gred DG44.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
5 Jun 2009
baca wahai guru yg sentiasa tidak puashati

Tanpa Nama berkata...

buang kerja aja semua staf sokongan..

lepas tu suruh semua guru-guru buat kerja pentadbiran,cuci,pemantauan dan apa2 lagi lah..

biar lepas ni mereka bercakaran sesama sendiri..

dan mula lah puak golongan baru..

Tanpa Nama berkata...

sririzal & redzuan tak payahlah bersyukur semoga bertambah rezki awak dengan sikap tak bersyukur tu...........kaji dulu semua skim sebelum bercakap....saya rasa beribu-ribu orang menyumpah dengan kata-kata awak

Tanpa Nama berkata...

paling penting bukan guru atau pekerja sokongan punya ulasan...yang paling penting ialah sikap keprihatinan keraaajn sendiri menyelesaikan masalah yg timbul ini.

kerajaan kita sejak saya kenal sektor awam ni, tak pernah ubah dasar kenaikan pangkat pekerja awam terutamanya kumpulan sokongan.

yang hebat dalam kenaikan pangkat ialah pensyarah IPTA sahaja seperti pernah disebutkan sebelum ini oleh seseorang.

ada juga staf kumpulan sokongan yg terus belajar sehingga ke peringkat yg tinggi, adakalanya sama taraf dengan pensyarah sendiri tapi tak ada peluang mudah dlm kenaikan pangkat/gred seperti pensyarah disebabkan oleh nama jawatan, bukan nama pensyarah. skim-skim lapok seperti inilah yg perlu disemak dan dikaji oleh cuepacs atau kerajaan.

tak payah la cakap soal modal insan tau sebagainya kerana ianya tidak mendatang apa-apa impak jika pelaksaannya gagal..

ok, itu saja..

jangan marah la..sekadar nak berbincang...

tapi logik perlu dlm sesuatu perbincangan..

alright..

Guru Kesal DG44 berkata...

saya menyokong penuh dengan rintihan tuan...saya telah sambung belajar pada tahun 1993 dan tamat pengajian pada tahun 1997...saya hanya menerima separuh gaji sahaja...sama seperti puan...selain itu, gaji saya tidak berganjak langsung...saya ditawarkan P1T4 walaupun telah mengajar selama lebih 10 tahun...sekarang...gaji saya lebih rendah daripada rakan - rakan yang baru selesai pengajian mereka dengan cara PJJ..harap pihak kerajaan dapat pertimbangkan semua ini...saya cadangkan pihak kerajaan membayar balik separuh lagi gaji kami yang teraniaya ini semasa pengajian dahulu ataupun memberi kami empat kenaikan gaji secara terus...sharap dipertimbangkan...sekian terima kasih...

saraly berkata...

Setiap skim ada kepentingan dan perbezaan masing2. Takkan tukang taip surat nak gaji besar macam pemikir? Apatah lagi tak pernah sambung belajar dengan separuh gaji?

Yang awak semua susah-susah ni apahal? Golongan guru bukan meminta duit dari anda semua. Mereka sekadar meluahkan pendapat. Anda semua tidak sepatutnya merasa marah atau terancam. Mereka tidak meminta hak anda. Kenapa perlu tersinggung?

Berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang di kaki.
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Patut la ramai sangat yang sokong Ambiga dan Anwar...

Tak reti hormat guru rupanya...