SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Jun 2009

LARANGAN MEROKOK DI PEJABAT

Berita Harian
Oleh Faiza Zainudin
1/6/2009




Cuepacs bincang dengan JPA tegas elak kakitangan awam abai peraturan

KUALA LUMPUR: Cuepacs akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengeluarkan arahan melarang semua kakitangan awam merokok di tempat kerja masing-masing tidak kira dalam pejabat atau pe karangan jabatan. Presidennya, Omar Osman, berkata surat pekeliling juga akan dikeluarkan kepada setiap kakitangan dalam masa terdekat, bagi mengingatkan mereka tindakan bakal diambil sekiranya ingkar terhadap arahan itu.

Beliau berkata, mana-mana kakitangan yang didapati merokok dalam premis tempat kerja masing-masing akan dipanggil ketua jabatan untuk tindakan lanjut. Katanya, usaha itu bagi mendisiplinkan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan orang ramai supaya tidak merokok apabila berurusan dengan jabatan kerajaan. “Jabatan kerajaan dilarang terus merokok, tidak kira kawasan lobi, kaunter, kawasan berhawa dingin dan pekarangan pejabat, lebih mudah untuk penguat kuasaan.
“Selama ini, jabatan kerajaan ada sediakan kawasan zon larangan merokok tetapi tidak dipatuhi kakitangan termasuk pegawai atasan yang merokok sesuka hati termasuk di biliknya sehingga menimbulkan rungutan orang ramai. “Kini Cuepacs cadang semua kawasan pejabat kerajaan diwarta zon larangan merokok dan akan bincang perkara ini dengan JPA dalam masa terdekat, serta buat pekeliling sebagai peringatan dan amaran, mana-mana kakitangan yang didapati merokok akan dipanggil peringkat jabatan... jadi kakitangan akan terikat sikit untuk merokok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan terbaru kerajaan untuk mewartakan dua lagi kawasan zon larangan merokok iaitu di tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan lobi hotel. Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilaporkan berkata cadangan itu yang akan diwartakan tidak lama lagi itu amat perlu bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok.
Sehingga kini, terdapat 22 zon larangan merokok termasuk kaki lima kompleks membeli-belah, restoran dan kafe terbuka di luar premis. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya menyambut baik usaha kerajaan menambah zon larangan merokok, pada masa sama mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan. Beliau berkata, kerajaan juga perlu membanyakkan papan tanda larangan merokok di tempat awam serta mengadakan lebih banyak kempen larangan. “Masyarakat juga perlu memainkan peranan membantu kerajaan dengan membuat teguran terhadap mereka yang merokok di tempat awam,” katanya.

3 ulasan:

Mr ROMPERS berkata...

Salam...

Tuan YDP CUEPACS,

Untuk makluman pihak tuan, tidak semua jabatan atau kementerian menyediakan ruang khas untuk merokok di tempat masing2..

Saya berpendapat, masalah rokok ini tidak hanya diatasi dengan cara mewartakan larangan merokok semata2..

Fitrah manusia akan melanggar larangan walau apapun hukumannya. selagi ada rokok dijual selagi itulah perokok ini akan merokok tak kira dimana sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

wisma pahang signboard merata-rata
dilarang merokok tertulis diatasnya
apalah teruk perangai orang kita
sudah di larang masih buat juga

minum pagi di kantin wisma pahang
dilarang merokok terpampang sana sini
tapi hamba merasa sungguh heran
kakitangan merokon sesuka hati

Tanpa Nama berkata...

bagaimana plak kalau terdapat notis didalam pejabat tidak boleh merokok tetapi majikan sendiri yang merokok?saya dah tak tahan nak hidu asap rokok ni setiap hari waktu bekerja.paling teruk majikan saya sudah tahu yang saya menghidap penyakit asma.sebelum ni saya dah bebas dari penyakit itu.tetapi setelah bekerja disini saya telah menghidapinya semula.sehinggakan pada suatu hari tu saya telah dikejarkan ke wad kecemasan pada tengah malam kerana sesak nafas.suami dan ibu saya telah menghantar saya pada masa tu.kesian..waktu malam untuk berehat tetapi terpksa kejarkan saya ke hospital untk dapatkan oksigen.saya betul2 dah tak tahan.tolong bantu.walaupun saya akan berhenti bekerja pada hujung bulan ni..saya harap perkara seperti ini dapat dihentikan supaya sesiapa saja yang menggantikan tempat saya lepas ni akan berasa selesa bekerja dan dapat menjaga kesihatan pekerja lain.saya dah rasa kepala dan dada saya sakit bila di pejabat.mohon apa2 candangan.. terima kasih.. ulasan dr sorang hamba Allah yg kerdil lg Hina..