SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Jun 2009

CUEPACS MINTA TPM KAJI PENSWASTAAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL PBT

Bernama
23/6/2009


PUTRAJAYA, 22 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta agar kerajaan memberi lebih perhatian dan menimbangkan kedudukan para pekerja kumpulan sokongan khususnya yang berkhidmat mengikut kontrak.Presidennya, Omar Osman berkata, kumpulan pekerja berkenaan terdiri daripada 25,000 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara yang bakal menghadapi kemungkinan hilang pekerjaan jika enggan menyertai proses penswastaan pengurusan sisa pepejal bermula 1 Ogos tahun ini.Katanya, Cuepacs telah meminta jasa baik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengkaji semula penswastaan itu dengan menyenaraikan pilihan ketiga kepada para pekerja tersebut."Selama ini para pekerja itu hanya diberi dua pilihan iaitu menyertai penswastaan atau kehilangan pekerjaan."Jika ini berlaku, mereka akan kehilangan punca pendapatan, tambahan pula sebahagian besar daripada golongan pekerja terlibat sudah berusia dan sukar bagi mereka untuk memohon pekerjaan lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Isnin.Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai hasil pertemuan Cuepacs dengan Muhyiddin di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini Isnin.Omar berkata, kerajaan wajar menyenaraikan pilihan ketiga, iaitu membenarkan para pekerja berkenaan terus berkhidmat di bawah perbadanan jika enggan diserap sebagai pekerja swasta."Pilihan ketiga ini bukan sesuatu yang baru. Ia pernah diamalkan sebelum ini justeru tidak ada salahnya jika Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melakukan yang sama," katanya.Fasa pertama penswastaan pengurusan sisa pepejal akan dilaksanakan mulai 1 Ogos tahun ini melibatkan PBT wilayah utara.Dalam perkembangan lain, Omar memberitahu Cuepacs turut meminta jasa baik Timbalan Perdana Menteri untuk melihat semula kedudukan para pekerja pembersihan dengan Jabatan Pendidikan Negeri yang diupah mengikut kontrak.Katanya, lebih 400 pekerja dari Jabatan Pendidikan Kelantan hilang punca pendapatan selama lapan bulan ekoran kontrak yang tidak disambung."Perkara yang sama bakal berlaku kepada 119 pekerja dari Jabatan Pendidikan Terengganu apabila kontrak mereka yang berakhir 30 Jun ini tidak disambung," katanya.Muhyiddin jelas beliau, telah memberikan persetujuan untuk melihat dan menghalusi kedua-dua perkara berkenaan."Cuepacs bersedia menunggu dan berharap agar Tan Sri Muhyiddin akan melihat perkara ini dengan teliti demi kebajikan para pekerja berkenaan," katanya.-- BERNAMA

Tiada ulasan: