SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Jun 2009

RAKYAT NEGARA INI MASIH MAMPU URUSKAN RUMAHTANGGA TANPA PEMBANTU RUMAH - CUEPACS

Bernama
26/6/2009



IPOH, 26 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpendapat penduduk tempatan sendiri boleh berkhidmat sebagai pembantu rumah ekoran keputusan Indonesia menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke negara ini.Presiden Cuepacs Omar Osman berkata mereka boleh mengambil kesempatan ini untuk mengatasi masalah kekurangan pembantu rumah yang bakal berlaku.Bagaimanapun, kerajaan harus mengkaji semula kadar upah yang ditawarkan mengikut bebanan kerja yang diamanahkan, katanya selepas majlis perjumpaan dan dialog bersama Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di sini Jumaat.Selain itu, Omar berkata, kerajaan harus meneliti cadangan mewajibkan pembantu rumah diberi cuti sehari kerana dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial.Di Kota Kinabalu, Persatuan Pengguna Sabah (Cash) meminta kerajaan Indonesia supaya menimbang semula cadangan menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, terutama di Sabah.Presidennya Datuk Patrick Sindu berkata kes-kes terpencil penderaan pembantu rumah tidak patut dijadikan sebab utama bagi kerajaan Indonesia mengambil tindakan drastik itu."Jika ia membabitkan satu atau dua kes pembantu rumah didera, ia tidak adil untuk membuat anggapan umum kerana ia memberi kesan buruk kepada rakyat tempatan yang benar-benar memerlukan pembantu rumah."Kami masih percaya kerajaan Malaysia dan Indonesia akan dapat menyelesaikannya untuk kebaikan bersama," katanya kepada Bernama.-- BERNAMA

Tiada ulasan: