SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Julai 2009

40,000 KUARTERS KERAJAAN MASIH KURANG KEMUDAHAN

Berita Harian
Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my



Premis wajar dibaik pulih, disewa kepada kakitangan awam KUALA LUMPUR: Kira-kira 40,000 unit kuarters kerajaan di seluruh negara berada dalam serba kekurangan, termasuk hanya mempunyai dua bilik, selain ada bangunan milik agensi kerajaan yang terbiar sehingga usang tanpa usaha untuk memulihkannya. Sehubungan itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman meminta kerajaan mengambil langkah segera dengan menaik taraf kemudahan kuarters sedia ada atau menyediakan perumahan lebih selesa bagi kakitangan sektor awam. "Cuepacs kecewa kerana masih ramai lagi kakitangan awam yang tinggal dalam rumah yang hanya mempunyai dua bilik. Walaupun ada kuarters yang sudah dinaik taraf, i bilangannya masih sedikit.
"Selain itu, kegagalan sesetengah kementerian, agensi kerajaan atau badan berkanun menguruskan kemudahan kuarters disediakan menyebabkan berlakunya kes di mana kuarters terbiar tanpa penghuni," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Omar menggesa kerajaan segera mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah kuarters yang masih dibiarkan kosong dengan menawarkan kemudahan itu kepada kakitangan awam yang layak, tetapi tinggal atau menyewa di luar. "Cuepacs banyak menerima aduan daripada kakitangan awam yang enggan tinggal di kuarters kerajaan dengan alasan keadaan tidak selesa selain merendahkan imej kakitangan awam apabila mereka tinggal di rumah yang serba kekurangan.
"Kerajaan juga perlu memastikan agensi yang perlu berada dalam keadaan bersiap sedia 24 jam seperti tentera, polis, kastam, doktor dan jururawat diberi kemudahan kuarters yang berdekatan dengan pejabat mereka," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, kerajaan perlu mengkaji masalah kakitangan awam yang tinggal di kuarters kerajaan tetapi tiada kemudahan penyelenggaraan disediakan. "Kerajaan tidak harus membezakan pangkat atau tangga gaji dalam menempatkan kakitangannya di kuarters. Kalau pegawai kerajaan boleh tinggal di rumah selesa, kakitangan bawahan juga harus menikmati kemudahan sama. "Jangan mengambil mudah aspek penyediaan tempat kediaman kakitangan sektor awam kerana kehidupan yang berkualiti akan turut mempengaruhi prestasi kerja," katanya.
Omar juga berkata, Cuepacs sedang berunding dengan kerajaan untuk membolehkan kakitangan awam yang menetap di kuarters memperoleh

3 ulasan:

Ismail Bin Ahmed berkata...

Kuaters kakitangan kerajaan patut di kaji semula. Ia bukan setakat kemudahan dan kelengkapan, malah banyak lagi perkara yang dah lapok dan mungkin tidak sesuai dengan keadaan semasa.

Peraturan berkaitan rumah oncall atau rumah khas jabatan tidak lagi memberi sebarang munafaat dan advantage kepada kakitangan yang menjalankan tugas oncall.

Rumah berdasarkan kelas jawatan juga telah jauh tertinggal.

Unknown berkata...

Benar. Terdapat kuarters yang tidak disediakan kemudahan perabot yang wajar. Maksud saya kandungan perabot tidak dinaik taraf berbanding kandungan perabot kuarters terdahulu. Contohnya di kementerian tertentu masih tidak menyediakan set kerusi panjang dan meja tulis dan kerusi di kuartersnya. Sedangkan pemotongan elaun perumahan dipotong habis, manakala elaun cola dipotong separuh. Harap perkara ini dibela oleh cuepacs.

Unknown berkata...

Selain itu, saya mohon sangat cuepacs mengemukakan cadangan kepada kerajaan dengan kadar segera agar kuarters kerajaan yang terbiar dibela. Kerana kuarters terbiar dan tidak dihuni begitu leluasa ditemui. Apalah salahnya kuarters sebegini diurus dengan baik dan berkesan, maksud saya dimanfaatkan sebaiknya dan bukan dibiarkan pembaziran khazanah ini sedemikian rupa. Bangunan yang masih boleh dibaik pulih dibaik pulihkan ia sebagai warisan sejarah. Bukan dibiarkan menjadi 'sarang hantu'.