SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Julai 2009

BINCANG ISU POTONGAN BULANAN

Berita Harian
30/7/2009




KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), 7 Ogos ini. Presidennya, Omar Osman, berkata kongres juga akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan membuat penyelidikan dan kajian mengenai cadangan itu untuk melihat impak serta kebaikannya kepada 1.2 juta kakitangan awam. "Kongres tidak berhasrat untuk mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa dalam tempoh terdekat ini.
"Sebaliknya, kongres mahu mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara terlebih dulu bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sebelum ini, Cuepacs menggesa Kementerian Kewangan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan. Kongres itu mendakwa Angkasa memperoleh RM8.1 bilion setahun dalam bentuk komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi sektor awam dan swasta.
Omar berkata, cadangan untuk mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa, bertujuan untuk menyelaraskan sistem potongan terbabit di kalangan kakitangan awam secara lebih sistematik. "Sememangnya idea ini lahir daripada ahli kongres sendiri yang meminta supaya Cuepacs mengambil alih perkhidmatan terbabit, malah secara tidak rasmi juga ada kakitangan awam yang melaporkan terdapat masalah dalam sistem pemotongan gaji mereka sekarang. "Cadangan ini juga tidak bererti kita tidak mahu bekerjasama dengan Angkasa, malah kita berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Angkasa serta menjalinkan kerjasama dalam bidang tertentu," katanya. Beliau berkata, berkata bagi mengambil alih perkhidmatan terbabit daripada Angkasa, Cuepacs memerlukan dana sekurang-kurangnya RM16 juta termasuk tenaga kerja mencukupi bagi melaksanakannya.
Katanya, sekiranya perkhidmatan terbabit diambil alih Cuepacs, ia akan memberi manfaat dan faedah yang begitu banyak kepada sektor awam.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat amat patut dan sesuai jika pihak cuepacs sendiri yg ambil alih soal pemotongan bayaran bulanan pinjaman bank kakitangan.

kerajaan sepatutnya bersetuju jika tidak mempunyai kepentingan lain.

apa yg penting, kakitangan awam perlu dijaga macam pihak tentera jaga staf mereka.

tak perlu bincang lama-lama jika nak berjaya. Kata pepatah (setelah disesuaikan), 'biar cepat lagi selamat'. bukan biar lambat asalkan selamat...

sokong cadangan cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

Saya memberi pendapat di luar tajuk..
Apa pendapat Cuepacs tentang faedah (Interest) 4% Pinjaman Perumahan. Saya berpendapat ia patut dikecualikan daripada Income tax. Ansuran bulanan pinjaman perumahan itu (pokok+interest) dikira sebagai pendapatan tahunan. Pada saya, bila dikira sebagai pendapatan bercukai, maka dah kena 2 kali cukailah..

Ahli Lame Kesatuan berkata...

Jangan tunggu lama-lama, jalankan urusan cepat kerana ia dapat memberi kebaikan kepada Cuepacs dan mengembalikan kembali faedah komisen itu kepada kakitangan awam dengan cara yang berhemah. Pihak Angkasa apa yang mereka bagi kepada kita......tiada.....hanya ahli lembaga ANGKASA sahaja yang kenyang.
Bila berjaya dan mempunyai dana yang banyak tak perlulah mengutip yuran keahlian kesatuan lagi, yang selama ini setiap bulan kami dikenakan yuran bulanan sebanyak RM 5, bergantung kepada kesatuan masing-masing.

Tahniah Cuepacs di bawah kepimpinan Presiden Cuepacs Sdr Omar Bin Osman.

Tanpa Nama berkata...

angkasa telah menjalankan tugas yg baik.lebih baik mereka uruskan.

takut cuepac bercelaru bila uruskan.

fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

duit kerajaan biarlah diorang uruskan dah lama angkasa handle bagi peluang pada orang lain pulak mungkin ada perubahan.....

pucuk pimpinan pun boleh tukar tak salah kan?......

"kenyang biar sama-sama"

Tanpa Nama berkata...

kalau sebelum ini angkasa ada masalah. kita boleh suruh cuepacs ambil alih tapi angkasa telah jalankan tugas yg baik..
kenapa perlu tukar...

apa kata kepimpinan cuepacs ditukar oleh siswazah...

mcm mana?

Tanpa Nama berkata...

apa maksud kamu
"kepimpinan cuepacs ditukar oleh siswazah" ?

kamu nak pihak/golongan mana uruskan?

Tanpa Nama berkata...

SALAM...SAYA MENCADANGKAN FAEDAH 4% PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN DIKURANGKAN KEPADA 1% ATAU DIHAPUSKAN. CUEPACS JUGA WAJAR MENGAMBIL ALIH PENGURUSAN POTONGAN GAJI DARI BIRO ANGKASA.KEUNTUNGAN BERBILION RINGGIT ITU BOLE DIAGIHKAN KEMBALI KEPADA KAKITANGAN AWAM DALAM BENTUK BONUS ATAU INTENSIF.TAMBAHAN PULA KEGAWATAN EKONOMI SEKARANG INI TIDAK MENJAMIN BAYARAN BONUS SEBULAN GAJI OLEH KERAJAAN KEPADA KAKITANGAN AWAM. SEKIAN TERIMA KASIH.