SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Julai 2009

CUEPACS KEMUKAKAN OPSYEN KETIGA PEKERJA PBT

Bernama
22/7/2009



ALOR SETAR, 21 Julai (Bernama) - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan menimbangkan opsyen ketiga terhadap pekerja-pekerja sokongan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setelah pengurusan sisa pepejal diswastakan.Presiden Cuepacs Malaysia, Omar Osman berkata, pekerja sokongan PBT mendesak supaya mereka diserapkan ke Perbadanan Sisa Pepejal, selain menangguhkan pelaksanaan penswastaan itu sebelum mendapat persetujuan pekerja."Cuepacs tidak membantah pelaksanaan penswastaan tetapi cuma minta opsyen ketiga ditawarkan kepada pekerja PBT, iaitu serapkan pekerja PBT ke Perbadanan Sisa Pepejal," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai isu penswastaan sisa pepejal dan kebersihan awam zon utara, di sini, Selasa.Omar berkata, sebelum ini, pekerja PBT diberi dua pilihan, sama ada bersara awal atau bekerja dengan syarikat E-idaman yang akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal di Kedah, namun pekerja mendesak supaya mereka diserapkan dalam Perbadanan demi masa depan yang lebih terjamin.Menurutnya, Cuepacs telah pun menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 23 Jun lalu bagi meminta opsyen ketiga itu.Lebih seribu pekerja dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang hadir pada perjumpaan yang dianjurkan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa-Penguasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae).Seramai lebih 25,000 pekerja seluruh negara terbabit dalam proses penswastaan itu, 5,000 daripadanya dari Wilayah Utara.-- BERNAMA
_______________________________________________________________________
Photo (Media Cuepacs)


Klip Video

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Waaa...tak puas hati bila kata N17 nie minta lelebih.. kalau N17 tak dea..ada org lain boleh ganti.. nak tahu gred mana yg nak ganti tue? kalau cuti sakit pun pihak atasan dah kelang kabut..lagi kalau kena PA satu office yang kerap cuti.. siapa nak ganti N17 gak.. diorang naik ke gred N28 nie pun mmg dah rezeki melimpah ruah. Telefon PA kat office yg diklasifikasikan class A senang2x diorang bergayut kalau bos tak dea... lagi mau minta elaun telefon coz sms/call bos dari rumah..nak tergelak rasanya:)) (Segelintir ada yg macam tue)

Tak pea lah N17... org kata kita nie bodoh walaupun ada Dip... tak pea duduk jek lah senyap2x kat tahap kita...org kata syukur dapat kerja. Nak minta tolong pun tak didengari..
Rehat lah dari bertelagah.

zita NZarina berkata...

Mulai tahun 2010 Penyelia Asrama N17/N22 telah dikeluarkan dari Unit Dietetik dan Sajian Hospital seluruh Malaysia, maka berteraburlah kami di Sekolah Latihan KKM kerana terlalu ramai, tiadakah cadangan Cuepacs utk jadikan jawatan Peneylia Asrama sebagai jawatan gunasama agar kami boleh bertukar ke Kementerian Pelajaran atau KPM. Harapkan pembelaan.

Tanpa Nama berkata...

Mmg tidak dinafikan yang N17mempunyai SPM tpi dari segi kemahiran dan tugas2 yang diberi adalah lebih kepada N1,N11......sedangkan N17 banyak yang hanya memandangkan sijil tapi bukan tugas yang diberikan....sewajarnya N1,N11 dipertimbangkan untuk ke N17...oleh itu jgnlaH N17 nak memandang rendah kepada N1,N11......LUAHAN JE

Tanpa Nama berkata...

Bagi N17 yg ada diploma/ijazah, anda kena faham anda yg memohon kerja menggunakan sijil SPM.. jadi kena terima taraf gred gaji anda.. harap pihak kerajaan perlu mengkaji semula kelayakkan perjawatan dlm sesebuah jabatan dan TUGAS KERJA n17(jumud) harus digubal sama seperti n17 hakiki agar adil dengan gred ydg diterima.. ini kerana timbul banyak ketidakpuasan hati staf di pejabat sekolah @ mana2 jabatan. Harap CUEPACS dapat memberi apa2 kelebihan/keistimewaan lain kpd n17hakiki untuk menghilangkan ketidakpuasan hati masing2.Biarlah adil dalam membuat keputusan.. Jangan biar ada yg rasa terpinggir.. cadangan & Luahan rasa

Tanpa Nama berkata...

di malaysia ni, tak de pilihan untuk mengurangkan pengangguran dan tak da pilihan walau ada sijil, diploma atau ijazah tetap kena ambik kerja kelayakkan spm. rasa tak berguna belajar tinggi2 baik setakat spm dapat kerja gaji pun sama. kalau la ada jabatan yang ambik kerja bayar gaji ikut kelulusan tertimggi yang pemohon ada mesti tak da org bising. pangkat atau gred tak kisah asalkan gaji setaraf dengan kelulusan yang ada. tapi permulaan gaji kakitangan awam memang kecil dan ditahap kemiskinan. nak beli rumah pun tak dapat. loan pun tak dapat tinggi. makin lancar rumah pertamaku kelayakkan pun tak cukup harga rumah pun naik. kalau la kerajaan dapat selaraskan gaji supaya semua rakyat dan kakitangan hidup selesa. keistimewaan kerja kerajaan hanya ada pencen dan senang nak loan tapi tak dapat loan tinggi. nak beli kereta pun susah kalau yang kakitangan sokongan. bayar kereta gaji dah seciput tinggal. bukan setakat gaji kakitangan sokongan je kecik gaji golongan profesional pun kecik. kerja dah 20 tahun baru dapat rasa gaji 2 ribu. zaman sekarang gaji banyak tu bayar segala bil pun susah tiap2 bulan. rasa tak da apa2 istimewa kerja makan gaji ni. tapi nak hidup terpaksa juga kerja. harap kerajaan teliti dan kaji gaji yang diberi kepada semua kakitangan awam agar selaras dengan taraf kehidupan sekarang. baru la dapat basmi kemiskinan. pasti kakitangan awam tidak makan rasuah dan kerja pun lebih berkualiti dan dapat meningkaykan prestasi. ini sekadar luahan renung2kan la.

Tanpa Nama berkata...

saya lebih suka kalau ujian ptk. penyelarasan untuk penilaian kecekapan sekarang tidak adil kalau ketua jabatan yang menilai. pasti ketidakadilan berlaku. harap pertimbangkan lagi untuk menilai kecekapan

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU DENGAN SARANAN zitaNZarina. JAWATAN PENYELIA ASRAMA DI INSTITUT LATIHAN KKM PERLU DIBERI RUANG DAN NAFAS BARU UNTUK PERKEMBANGAN KERJAYA PENYELIA ASRAMA. HARAP KAMI TIDAK DI ANAK TIRIKAN WALAUPUN KAMI HANYA BERGRED N17.